ANAK RAJA MALUKAN SI BUDAK HINGUSAN!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Buat malu je Si Budak Hingusan tu mendabik dada mengaku kononnya dia seorang Pendebat yang hebat di Malaysia apabila dia dimalukan oleh seorang anak raja secara terbuka.

Perkara itu jelas apabila Si Budak Hingusan tu sampai hari ini masih gagal membuat sebarang laporan kepada SPRM berhubung wujudnya sogokan RM 5 juta yang didakwa sebelum ini.

Tampil memperlekehkan tindakan itu, anak kepada Raja Petra Kamaruddin, Raja Sara tetap mempertahankan pendiriannya yang turut mempertikaikan kredibiliti Ketua Armada PPBM itu.

Sebelum itu, Raja Sara telah memuat – naik rakaman video di Facebook terhadap Syed Saddiq berhubung isu yang sama dan mendakwa ianya hanya pandangan peribadinya sahaja.

“Saya tidak ada masalah dengan sesiapa. Cuma maksud saya, bila pihak sebelah (pembangkang) dah berlaku sesuatu, itu sebab saya tulis macam itu di Facebook,” katanya kepada MalaysiaGazette petang tadi.

Menurut Raja Sara, apa yang cuba dibangkitkan dalam rakaman itu adalah gesaan supaya Syed Saddiq supaya membuat laporan kepada SPRM jika berlaku unsur sogokan sepertimana yang didakwa.

“Kalau dia tahu ada rasuah berlaku dia patut buat laporan ke SPRM. Kalau tak buat laporan bermakna kamu selindung. Dengan undang-undang yang kita ada, kalau ada ugutan lapor kepada polis. Kalau dia buat laporan polis, SPRM tidak boleh bertindak. Jadi dia kena lapor ke SPRM,” tegasnya lagi.

Pada 4 Oktober lepas, Syed Saddiq dalam sidang medianya mendakwa diancam oleh individu yang mengugut keluarganya agar beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Armada dan politik .

Syed Saddiq turut membuat laporan polis terhadap ancaman yang dibuat terhadap diri dan ahli keluarganya oleh pihak yang menawarkan RM5 juta kepadanya untuk meninggalkan PPBM.

Namun tindakan yang mendakwa kononnya dia menerima ugutan dan melaporkannya kepada pihak Polis hanya dianggap sekadar taktik untuk mengelakkan diri dari membuat laporan kepada SPRM.

Bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan oleh Si Budak Hingusan itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti berhubung dakwaan kewujudan sogokan RM 5 juta seperti mana yang telah didedahkan sebelum ini!!!




Source link

read more

Perdana Menteri hadir pertemuan tertutup bersama kepimpinan kerajaan negeri – Kedah


ALOR SETAR 1 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri perjumpaan tertutup bersama kepimpinan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau hadir pukul 11.05 pagi diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Turut hadir barisan Exco, ketua-ketua jabatan persekutuan dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Utusan Malaysia difahamkan, antara mesej dan penekanan dalam perjumpaan selama satu jam itu adalah perlunya penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di samping melaksanakan agenda pembangunan yang dirancang untuk manfaat rakyat.

Sebaik tamat perjumpaan itu, Perdana Menteri bergerak ke Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini untuk mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 7,000 penjawat awam negeri ini dan pemimpin masyarakat.

Beliau juga dijangka menerima kunjungan hormat Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Abdul Aziz Al-Faleh di sini petang nanti.

Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini dengan menghadiri jadual padat bermula dari pagi hingga malam. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Thailand ambil banduan kerja buat senjata



BANGKOK: Kementerian Pertahanan Thailand merancang untuk mengambil pesalah atas kesalahan membuat senjata api haram untuk bekerja menghasilkan senjata api bagi pihak tentera.

Jurucakap kementerian, Kongcheep Tantravanich berkata para banduan itu akan bekerja dengan kementerian selepas menamatkan hukuman penjara mereka dan mengikuti latihan di pengeluaran senjata api tentera.

“Perdana Menteri (Jen Prayut Chan-o-cha) telah mengarahkan Jabatan Pembetulan Kementerian Keadilan untuk membuat survei jumlah banduan yang didapati bersalah membuat senjata api dengan mereka yang memenuhi kriteria akan menjalani latihan,” katanya.

Jabatan Ordinan Tentera Darat Diraja Thailand telah diberi tanggungjawab untuk memberi latihan kepada para banduan.

Selepas selesai menjalani hukuman, para banduan pilihan akan diberi peranan dengan Institut Teknologi Pertahanan atau Industri Pertahanan dan Pusat Tenaga di bawah Kementerian Pertahanan, kata jurucakap itu.

Kongcheep meminta agar semua pihak tidak menganggap cadangan kementerian itu sebagai negatif kerana para banduan akan diberi peluang membuat senjata api secara betul, bukan secara rahsia dan haram seperti sebelum ini.

Cadangan itu mendapat sokongan Majlis Pertahanan Thailand yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Jen Prawit Wongsuwan.

— BERNAMA



Source link

read more

Bual Bola: Sepakan penalti hanya permainan minda – Paul Robinson



Tekanan mengambil tendangan penalti semakin tinggi dalam bola sepak moden

34 daripada 146 penalti yang dihadiahkan kepada Liverpool gagal disudahkan pemainnya, jumlah yang sama dicatat Arsenal (134 penalti) iaitu tertinggi dalam Premier League (PL).

Bukan mudah untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sekarang berbanding dahulu. Bagi bekas penjaga gol England dan Tottenham Hotspur, Paul Robinson memberitahu penyerang dan penjaga gol mengetahui rahsia pemain yang bakal mengambil tendangan sebelum sepakan penalti itu diambil dan ia menjadi satu permainan psikologi.

Ikuti bahagian 2 sesi bertemu peminat bersama dengan kelab penyokong Tottenham, Malaysia Spurs di Kelana Jaya, Sabtu lepas.

Jangan lupa saksikan rancangan Bual Bola setiap Jumaat 10:15 malam di Astro Awani.



Source link

read more

Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang



SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Yayasan Sungai Jarom, Jenjarom dekat sini pada 1 tengah hari tadi ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata kanak-kanak itu dijumpai bersendirian oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan tepi sungai yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 5.30 petang tadi.

“Kanak-kanak itu diserah kepada polis dan telah dibawa ke Hospital Banting untuk pemeriksaan lanjut sebelum dikembalikan ke pangkuan keluarganya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Azizan turut menafikan kanak-kanak berkenaan dilarikan atau diculik oleh individu yang tidak dikenali seperti yang ditularkan di media sosial.

Menurutnya sebelum hilang, kanak-kanak itu dikatakan mengikuti nenek dan jirannya ke belakang rumah untuk membuang kayu.

“Selepas membuang kayu, neneknya menyedari cucunya itu telah tiada dan usaha mencari di sekitar kawasan perumahan itu gagal menemuinya,” katanya sambil menambah ibu kanak-kanak itu sedang bekerja di sebuah klinik swasta berhampiran kawasan perumahan itu ketika kejadian berlaku.

Terdahulu telah tular satu salinan laporan polis kononnya kanak-kanak berkenaan telah dilarikan oleh seorang individu yang memakai jaket hitam dengan menaiki motosikal berwarna merah.

— BERNAMA



Source link

read more

Dakwaan seksual Kevin Spacey Apa yang kita tahu setakat ini



KUALA LUMPUR: Mungkinkah kerjaya dan populariti Kevin Spacey sebagai aktor Hollywood tersohor kini di ambang kehancuran selepas pelakon Anthony Rapp mendakwa Spacey pernah cuba untuk menidurinya ketika beliau berusia 14 tahun.

Spacey yang sudah mula bergelar pelakon ketika itu pula berusia 26 tahun.

Respon Spacey terhadap dakwaan ini ialah tindakan luar kawalan itu ialah susulan kelakuan melampau sewaktu beliau sedang mabuk.

Ini apa yang kami tahu setakat ini:

Spacey mengaku beliau seorang ‘gay’

Spacey menerusi laman Twitter peribadinya menzahirkan permohonan maaf kepada Rapp dan memaklumkan beliau langsung tidak mengingati insiden tersebut gara-gara ia berlaku lebih 30 tahun lalu.

Spacey turut membuat pengakuan bahawa beliau merupakan seorang ‘gay’.

Siapa Anthony Rapp?

Rapp merupakan seorang aktor Broadway dan pelakon drama TV bersiri, Star Trek: Discovery.

Beliau mula berkecimpung dalam industri filem sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 1986 sewaktu beliau bertemu Spacey di satu majlis sosial di Manhattan, New York.

Netflix tamatkan siri drama House of Cards

Netflix mengumumkan syarikat tersebut bakal menamatkan drama bersiri, House of Cards menjadikan musim keenam yang sedang menjalani penggambaran ketika ini sebagai musim terakhir.

Netflix sebagai memetik laporan BBC turut berkata, saluran itu “sangat terganggu” dengan tuduhan terhadap Spacey.

Begitupun, sumber yang dipetik Agence France-Presse (AFP) mendakwa bahawa keputusan untuk menghentikan siaran House of Cards dibuat bukan kerana pendedahan Rapp.

Laporan AFP itu turut memetik sumber itu sebagai berkata, keputusan itu sudah dicapai sebelum skandal ini tercetus.

Penerbit sedang rancang ‘spin-off’ House of Cards

Sekurang-kurangnya, tiga spin-off daripada siri House of Cards sedang dalam perbincangan awal pihak penerbitan drama Media Rights Capital, lapor portal antarabangsa, Variety.

Konsep pertama melibatkan watak Doiug Stamper, seorang setiausaha politik yang dimainkan Doug Stamper.

Eric Roth yang sinonim dengan filem, Forrest Gump dilaporkan diberi tanggungjawab menulis siri baharu berkenaan.

Bagaimanapun, tiada perkembangan tentang dua lagi spin-offs itu lagi.

House of Cards sedang menjalani penggambaran di Maryland, Amerika Syarikat

House of Cards merupakan antara drama yang memberi impak besar kepada kerjaya Spacey.

Di adaptasi daripada siri terbitan BBC ia mula ditayangkan pada 1 Februari, 2013.

Sehingga kini, drama itu sudah memperoleh 46 pencalonan Emmy dan Golden Globe.

Ia merupakan siri pertama terbitan Netflix dan disifatkan antara siri terbaik syarikat itu. Netflix tidak mendedahkan jumlah tontonan yang diraih House of Cards.

Ketika ini, pengambaran musim keenam sedang giat dijalankan di Maryland.

Tarikh tayangan musim terbaharu itu masih belum diumumkan namun kebiasaannya tayangan perdana musim selalunya dibuat sebelum bulan Mei.

BACA: Kevin Spacey apologizes after actor says he was subjected to sexual advance when only 14

BACA: Didakwa ‘pancing seks’ remaja lelaki: Pelakon Kevin Spacey mohon maaf

Apa kata peminat tempatan?

Impak House of Cards cukup besar. Peminat drama di seluruh dunia turut merasai keputusan Netflix itu.

Produser dan pelakon filem popular tempatan, Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa kekecewaan beliau selepas jangka hayat House of Cards “dipendekkan”.

“Potong stim! That’s what I can say about House of Cards being pulled from the network, this is one of the most intriguing political dramas I have watched since Scandal and will be sorely missed!,” kata pelakon dan produser filem, Datuk Afdlin Shauki dalam satu mesej ringkas kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Afdlin merupakan peminat drama bersiri itu dan setakat ini sudah selesai menonton musim keempat.

(“Potong stim!” Itu sahaja yang mampu saya katakan mengenai penamatan siri House of Cards ini. Ia merupakan drama bertema politik yang paling menarik selain drama Scandal dan akan dirindui.)

Batal anugerah kepada Spacey

Badan pengiktirafan filem, International Emmy Founders Award 2017 memutuskan untuk membatalkan hasratnya untuk menganugerahkan penghargaan khas kepada Spacey.

Pengumuman tersebut dibuat di laman Twitter (twitter.com/iemmys) hari ini.

Family Guy sudah jangka

Ketika ramai yang nyata terkejut dengan pendedahan Rapp, barisan penulis siri “Family Guy” yang diketuai Seth MacFarlane mungkin bersikap sebaliknya.

Dalam satu pautan di Twitter jelas menunjukkan babak di mana karektor “Stewie” (seorang bayi dalam siri berkenaan berlari sambil melaungkan dialog “Help! I’ve escaped from Kevin Spacey’s basement! Help me!”

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada status itu mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan Rapp atau  aktor berkenaan ada kecenderungan untuk meniduri remaja bawah umur.



Source link

read more

443883 calon duduki SPM dari 6 Nov hingga 4 Dis



PUTRAJAYA: Sejumlah 443,883 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung dari 6 Nov hingga 4 Dis ini.

Dalam kenyataan pada Selasa, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata sebanyak 3,363 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan seramai 35,341 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Daripada 443,883 calon, sebanyak 87 peratus adalah calon dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (1.9 peratus), calon sekolah menengah agama negeri (1.9 peratus), calon sekolah menengah agama rakyat (0.4 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (3.4 peratus) dan calon persendirian (5.4 peratus).

“Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung,

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my,” katanya.

Kementerian itu berkata calon juga diingatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

–BERNAMA



Source link

read more

Tak mahu dibayangi Faizal Tahir Anas sanggup mengaku anak tunggal



PENYAMPAI radio Zayan, Anas Tahir akui tidak mahu dibayangi nama dan populariti abang kandungnya yang juga seorang penyanyi iaitu Faizal Tahir.

Pun begitu, Anas, 34, berkata dia tidak dapat lari daripada terpalit populariti abangnya kerana wajah mereka seiras.

“Bagaimana hendak tumpang populariti abang saya, sedangkan saya sendiri tidak pernah mengaku yang kami mempunyai pertalian darah.

“Namun, saya tidak boleh lari kerana orang pasti akan bertanya kerana rupa saya ada iras abang saya juga.

“Apa-apa pun terus-terang saya katakan, saya tidak suka dikaitkan atau dikenali sebagai adik kepada Faizal Tahir.

“Bukan sebab kami bergaduh atau apa, cuma saya rasa sedikit tidak selesa.

“Pernah dulu, bila orang tanya adakah saya adik Faizal saya terus beritahu saya anak tunggal dan tidak mengaku penyanyi itu abang saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Anas yang sebelum ini bekerja sebagai jurutera kini memulakan kerjaya baharunya sebagai penyampai radio sejak dua bulan yang lalu.

Mengulas mengenai bidang baharu diceburinya itu, Anas memberitahu tidak sangka dia akan terjebak dalam bidang penyiaran tersebut.

“Saya suka bercakap dan seorang yang peramah, malah sebelum ini saya memang ada juga menyanyi tetapi tidak sehebat Faizal.

“Apabila dipanggil untuk uji bakat radio baharu ini, saya tidak teragak-agak untuk pergi.

“Namun terus-terang saya katakan, saya tidak meletakan apa-apa harapan pun.

“Tapi apabila saya terpilih, saya bagai tak percaya malah sempat mengalirkan air mata kerana terharu.

“Alhamdulilah dua bulan bergandingan dengan Mawi saya semakin selesa dan seronok dengan kerjaya baharu saya,” katanya lagi.

Anas dan Mawi mengendalikan slot Salam Bros di Zayan.fm setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingag 10 pagi.

Selain Mawi dan Anas, Zayan.fm turut menampilkan bekas penyampai berita dan fesyen Lin Ariffin,  hos program televisyen aktif nasyid di televisyen Raqib serta pengacara majlis berpengalaman luas bidang radio Falyq.

Siaran Zayan #IndahdiHati boleh diikuti dengan jelas secara format RDS menerusi FM Stereo 104.9 Mhz (Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang Barat, Perak Selatan) dan 98.1 Mhz (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara).

Juga melalui frekuensi 106.4 Mhz (Perak Tengah), 91.6 Mhz (Pahang Timur, Terengganu Selatan), 98.9 Mhz (Melaka, Johor Utara) serta 92.8 Mhz (Johor Selatan, Singapura, Batam Indonesia)

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons