Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu – isteri pemuzik



SEORANG wanita dikenali sebagai Intan mengakui tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan seorang pelakon popular dua minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Intan, 32, dia reda dengan perkara tersebut dan merestui perkahwinan suaminya dan pelakon tersebut.

“Saya baru tahu ‘benda’ ni, dua minggu lalu. Mula-mula saya dapat tahu… iyalah isteri mana boleh terima apabila dapat tahu ‘macam ni’ (suami berkahwin lagi).

“Tetapi selepas berbincang dengan suami saya terima dan reda dengan takdir. Mungkin sudah jodoh mereka,” jawabnya tenang.

Intan berkata demikian ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, di sebuah restoran di ibu kota.

Ketika ditanya adakah dia menerima pelakon popular tersebut sebagai madunya, Intan berkata, demi sayangnya kepada suami dan keluarga dia rela.

“Pada mulanya saya tidak terima, tetapi bila saya fikir saya sayang family saya, saya sayang suami saya, saya tahu dia macam mana…dia baik.

“Saya percaya suami saya. Saya tak nafikan tanggungjawab dia dan saya rasa dia mampu. Hubungan kami suami isteri tiada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia turut berlapang dada menerima madunya (pelakon) sebagai kawan.

“Saya reda, tetapi di pihak sana (pelakon) saya tak tahu macam mana. Saya terima demi anak-anak. Saya sayang family saya, saya nak suami saya itu sahaja.

“Saya kenal suami saya, dialah yang terbaik… Tanggungjawab dia terhadap saya dan anak-anak tidak pernah terabai. Saya yakin dia boleh adil,” ujarnya.

Intan dan pemain muzik dikenali sebagai Ude, sudah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Ketika ditemuramah, Intan ditemani kakaknya Angah yang turut mengakui sangat menyayangi adik iparnya, Ude.

“Saya sayangkan Ude. Saya mahu Ude kekal sebagai adik ipar saya. Dia seorang yang baik,” katanya dalam nada kesal.

 



Source link

read more

Narathiwat isytihar semua daerahnya sebagai zon bencana terjejas akibat banjir



NARATHIWAT: Banyak wilayah di selatan Thailand ditenggelami air manakala wilayah Narathiwat telah mengisytiharkan semua daerahnya sebagai zon bencana yang terjejas akibat banjir, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Banjir di selatan Narathiwat melanda kesemua 13 daerah dalam wilayah itu dengan situasi di tiga daripadanya adalah kritikal, termasuk Ra-ngae yang menyaksikan sejumlah 2,700 rumah ditenggelami air sedalam satu hingga 1.5 meter. 

Banjir yang melanda Sungai Kolok pula menyaksikan paras air sedalam satu meter atau lebih.

Di wilayah Trang, banjir melanda tujuh daerah susulan hujan lebat semalaman. Air Sungai Trang telah melimpah melepasi tebingnya dan menenggelami jalan pintas di daerah Muang.

Kira-kira satu kilometer sepanjang laluan masuk dan keluar kedua-dua lorong jalan itu telah ditenggelami air. Penduduk kampung terpaksa menggunakan tali untuk membantu mereka berjalan melalui air banjir.

Di Phatthalung, situasi agak membimbangkan. Semua 11 daerah dalam wilayah itu dilanda banjir dengan enam daripadanya terjejas teruk. Paras air melebihi satu meter menyebabkan 22 sekolah terpaksa ditutup. 

Pihak berkuasa tempatan telah mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Di Songkhla, paras air di Terusan U Tapao terus meningkat dengan alirannya agak deras. Ia telah merosakkan sebahagian jalan dan jambatan yang menghubungkan dua kampung di daerah Hat Yai dan daerah Klong Hoi Kong. 

Beberapa pegawai telah meletakkan halangan bagi menghalang penduduk menggunakannya. Beberapa jalan sepanjang terusan itu telah terhakis akibat aliran air yang deras.

— BERNAMA



Source link

read more

Tak Tun Tuang keluarkan Upiak Silvia Nanda dari kemiskinan – Hiburan


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Penyanyi dan pencipta lagu berjudul Tak Tun Tuang, Silvia Nanda atau dipanggil dengan nama Upiak, 32, bukan dilahirkan dalam keluarga yang mewah dan berada.

Dilahirkan di Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, Indonesia, keluarganya hidup dalam kemiskinan sebelum dia berpindah dan menetap di Pariaman bersama keluarga angkat.

Cerita Upiak, selepas ibu bapanya bercerai, sebagai anak sulung daripada tiga orang adik beradik, dia melakukan apa sahaja pekerjaan demi sesuap nasi.

Maka itulah, kata Upiak, dia mula menyanyi sejak usia 13 tahun di mana-mana majlis perkahwinan di Pariaman.

Kata Upiak, dia dibesarkan dari satu keluarga angkat kepada satu keluarga angkat dan pernah berkahwin selama dua tahun setengah sebelum perkahwinannya berakhir dengan perceraian.

Upiak sewaktu ditemui pada majlis sidang akhbar Tak Tun Tuang hari ini ternyata tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata kegembiraan apabila lagu Tak Tun Tuang telah mengubah kemiskinan hidupnya yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

Kata Upiak, dengan duit pendahuluan yang diserahkan oleh MVM Production (MVM) selepas dia menandatangani persetujuan untuk bernaung di bawah label tersebut, dia sudah mampu untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa untuk dirinya di kampung halaman.

“Untuk hidup, saya dibesarkan oleh keluarga angkat. Dari satu keluarga angkat kepada satu keluarga angkat yang lain. Saya juga melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk menyanyi di khemah-khemah orang kahwin seawal usia 13 tahun.

“Saya tidak memilih pekerjaan dan sebelum MVM datang berjumpa saya, saya menjual makanan nutrisi tetapi saya bukanlah misi yang bekerja di klinik,” katanya sambil mengesat air mata.

Upiak yang tidak mencilok lagu berjudul Madu dan Racun ciptaan dan nyanyian Ari Wibowo memberitahu, Tak Tun Tuang dicipta bersama kawannya, Ardi sekitar tahun 2014.

Kenyataan melodi Tak Tun Tuang tidak sama dengan melodi Madu dan Racun di mana hak penyiaran (publishing) adalah di bawah label Goodsound Music, disokong oleh Pengarah Urusan MVM Production, Hadi Rumnan.

Menurut Hadi, isu yang timbul itu telahpun diselesaikan dan hak penyiaran lagu Tak Tun Tuang adalah milik Upiak dan MVM.

Upiak yang menjadi popular dalam sekelip mata, mengakui tidak mempunyai suara yang gah tetapi populariti yang diraihnya berjaya menembusi pendengar di Thailand.

“Sememangnya saya tidak menyangka penerimaan pendengar di Malaysia dan Thailand kerana penerimaan awal masyarakat di tempat saya sendiri, orang melihat lagu Tak Tun Tuang sebagai lagu orang gila,” kata Upiak yang tidak berapa fasih berbahasa Melayu kecuali bertutur dalam dialek Minang Padang.

Upiak berkata, biarlah dia menikmati kehidupan hari ini dan serik untuk berkahwin lagi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

BEKAS PENGERUSI SPR GANTI NURUL IZZAH??? ~ SEMUT HITAM


Desas desus mengenai rombakan beberapa kawasan PKR kini semakin hangat kedengaran dan mula menjadi perbualan dikalangan rakyat termasuk ahli parti tersebut secara tertutup.

Jika sebelum ini, kita dengar cerita pasal kemungkinan Parlimen Kuantan yang bakal ditandingi oleh PPBM walaupun Ahli Parlimen tersebut masih lagi diwakili oleh pemimpin PKR.

Malah, dalam pendedahan yang dibuat, kebarangkalian kawasan Parlimen Pandan yang diwakili oleh Rafizi juga yang digantikan dengan calon dari PPBM juga turut menjadi perhatian.

Kali ini, khabar angin mengatakan yang Si Nurul Izzah bakal melarikan diri dari Parlimen Lembah Pantai pula menjadi topik hangat apabila ada yang mendakwa PPBM akan ambil alih.

Khabar mengenai perpindahan Si Nurul Izzah ke Permatang Pauh bukan berita baru. Tapi kemungkinan dia akan dipindahkan ke kawasan lain yang lebih selamat menjelang PRU yang akan datang.

Namun, ada dikalangan ahli PKR mendakwa perpindahan beberapa kawasan Parlimen PKR kepada PPBM ini merupakan sebahagian dari strategi Azmin untuk melemahkan kem Wan Azizah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin – pemimpin yang Pro Wan Azizah sahaja yang dipindahkan. Tetapi mereka yang menyokong kartel Azmin masih kekal untuk memastikan kedudukan Timbalan Presiden PKR itu bertambah kukuh!!!




Source link

read more

Banjir Kelantan Pemuda maut dihanyut air


PASIR MAS: Seorang pemuda ditemui lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus deras di Kampung Kenak, di sini, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 pagi ketika mangsa yang dikenali sebagai Mohd Arif Mohd Nor, 26 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Padang Mandol, Tumpat ke Kampung Kenak, Pasir Mas.

Bagaimanapun, ketika mangsa melalui jalan yang dinaiki air, motosikal mangsa dipercayai dibawa arus deras dan terjatuh ke dalam tali air. Mayat mangsa yang berkerja di sebuah pasaraya di Tumpat itu ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 1.50 petang.

Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 1.50 petang. - Foto Astro AWANI/ Muhafandi Muhamad

Mayat mangsa ditemui lebih 10 meter dari kawasan beliau dilaporkan terjatuh.

Jenazah mangsa kini ditempatkan di unit forensik Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.



Source link

read more

Abu gunung berapi Indonesia tutup semula Lapangan Terbang Lombok



JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Khamis menutup semula Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok akibat kesan abu Gunung Agung, gunung berapi di pulau Bali, kata seorang pegawai kanan kerajaan, lapor agensi China Xinhua. 

Penutupan bermula pukul 10.37 pagi waktu tempatan sehingga 12 tengah malam, menurut Ketua Direktorat Kementerian Pengangkutan Udara. 

Kenyataan mendedahkan, penyebaran abu gunung berapi menuju ke selatan dan tenggara kawasan di mana lapangan terbang itu terletak.

Sebelum ini, pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan pada Isnin dan membukanya semula sehari selepas itu. 

Semasa letusan, kerajaan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok sebagai alternatif kepada Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, yang tidak dapat menyediakan perkhidmatan penerbangan.

Pihak berkuasa penerbangan sebelum ini, menurunkan tahap amaran penerbangan. Bagaimanapun, Gunung Agung di kabupaten Karangasem masih berada pada tahap paling tinggi.

Lebih 1,500 orang terbunuh dalam letusan terakhir gunung berapi itu pada 1963. Gunung Agung satu daripada lebih 100 gunung berapi aktif di kepulauan tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

MAIPs perkasa wakaf secara kolektif dengan kerjasama strategik – Perlis


KANGAR 30 Nov. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta wakaf di Perlis telah mengorak langkah memperkasakan wakaf secara kolektif dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi persekutuan dan kepakaran luaran.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebagai contoh, kerjasama yang sedia terjalin bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dalam pembangunan tanah wakaf MAIPs dengan terbinanya fasiliti komersial seperti Bazar Wakaf Rakyat dan Kompleks Rumah Kedai melalui RMK-9.

Baginda selaku Yang Di Pertua MAIPs bertitah, badan ini juga melaksanakan pelbagai projek pembangunan di atas tanah wakaf termasuklah Dewan Kuliyyah MAIPs Behor Temak, Centre of Sunnah Arau dan Darul Abrar – Pusat Pengurusan Jenazah, Kubang Gajah.

Tambah baginda, MAIPs juga sedang bekerjasama dengan YWM dalam memperkasakan Wakaf Tunai supaya manfaatnya dapat disalurkan untuk pelbagai tujuan pembangunan.

“Terkini MAIPs bekerjasama dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dalam kutipan Wakaf Tunai Khas Pembinaan Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dianggarkan bernilai RM6 juta,’ titah baginda ketika merasmikan Seminar Celik Wakaf dan Pengurusan Kewangan Masjid Peringkat Negeri Perlis 2017 di Dewan Warisan, di sini hari ini.

Seminar ini dianjurkan oleh MAIPs dengan kerjasama YWM, CIMB Islamic Bank Berhad dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Khairi Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Seminar ini juga membentangkan lapan wacana antaranya bertajuk `YWM – Peranannya Dalam Pembangunan Wakaf di Malaysia’ yang dibentangkan oleh Eksekutif Kanan Pemasaran dan Penyelarasan YWM, Haidatul Azia Husin dan Mohd. Nazim Mohd. Noor bertajuk `Ibadat Zakat, Wakaf dan Sadaqah Dalam Pembangunan Sosi-Ekonomi Ummah – Pengalaman MAIPs. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rempuh MPV polis Suspek masih bolos selepas 9 das tembakan



KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang suspek lelaki dipercayai warga Indonesia yang dipercayai telah melanggar kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian diJalan Klang Lama kira-kira 4.25 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek enggan memberhentikan kenderaan dan melanggar kenderaan MPV terbabit.

“Anggota MPV telah mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya dan ketika dihampiri suspek tiba-tiba bertindak melanggar kenderan MPV beberapa kali.

“Anggota polis kemudiannya melepaskan sembilan das tembakan dalam usaha menghalang suspek daripada melarikan diri.

“Suspek kemudiannya meninggalkan kenderaan yang dinaiki di Taman Medan dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya.

Rakaman kejadian tembakan berkenaan turut tular di media sosial.

Siasatan awal polis terhadap kenderaan jenis Proton Persona yang dibawa suspek mendapati ia dicuri di Subang Jaya pada 2015 dan menemui empat kesan cap jari.

Tambah Mazlan, pihaknya masih menyiasat mofis suspek melarikan diri dan usaha memburu suspek yang dipercayai masih berada di kawasan sekitar sedang giat dijalankan.



Source link

read more

Identiti pekerja Twitter yang tutup akaun Trump didedahkan



CALIFORNIA: Identiti bekas pekerja Twitter yang bertanggungjawab menutup akaun Presiden Donald Trump selama 11 minit pada 2 November lalu kini telah dikenalpasti.

Warga Jerman berusia 20an, Bahtiyar Duysak kini sudah kembali ke negara asal selepas kejadian itu.

Dalam satu temubual bersama portal Techcrunch, Duysak menjelaskan ia tidak disengajakan.

Duysak bertugas di Bahagian Amanah dan Keselamatan Twitter, dimana tugas hariannya termasuk menyelesaikan aduan salah guna kuasa akaun Twitter seperti penggunaan kata-kata kesat dan bersifat perkauman.

Twitter bagaimanapun memberi pengecualian kepada akaun Twitter presiden Amerika Syarikat itu daripada laporan salah guna kerana status Trump sebagai presiden.

Pada hari terakhir dia bekerja, Duysak berkata Twitter menerima aduan mengenai akaun Twitter Trump.

Sebelum menutup komputer buat kali terakhir, dia mengemaskini akaun Trump sebagai salah satu akaun yang patut ditutup kerana salah guna.

Dia tidak menyangka bahawa perbuatan itu akan menyebabkan akaun Twitter Trump terpadam.

“Saya tidak menyedari apa yang berlaku sehingga beberapa jam kemudian. Seorang wanita yang saya tidak kenali mendekati saya dan berkata dia telah dihubungi dan ditanya berkenaan saya dan akaun Twitter Trump. Saya hampir tidak percaya apabila diberitahu bahawa akaun tersebut terpadam,” katanya.

Jelasnya walaupun dia telah pulang ke Jerman, Duysak masih diburu media antarabangsa dan tempatan yang turut menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk mendapatkan temubual bersamanya. Malah ada wartawan yang menghubungi jiran-jiran, bekas universiti dan tempat dia pernah bekerja.

“Saya mahu meneruskan hidup dengan normal. Saya tidak mahu menghabiskan masa melarikan diri dari media. Saya mahu berjumpa dengan jiran-jiran dan rakan-rakan saya seperti biasa. Di laman media sosial, saya terpaksa membuang ratusan rakan-rakan dan gambar kerana wartawan memburu mereka juga,” katanya.

Akaun Twitter Trump merupakan antara akaun Twitter paling popular dan diikuti ketika ini dengan 43.5 juta pengikut dan ratusan ribu pengikut baru setiap minggu.



Source link

read more

Tengkujuh: Penternak ikan berdepan risiko kerugian – Nasional


KEMAMAN 30 Nov.-  Seramai tiga peserta projek penternakan ikan sangkar air tawar berkelompok di Tasik Banho, Felda Cerul Hujan kerugian hampir RM30,000 selepas kira-kira tiga tan metrik ternakan mereka mati akibat hujan lebat yang berlarutan selama tiga hari, baru- baru ini.

Ketua projek, Ahmad Fakhruddin Ahmad Ridzuan, 33, berkata, hujan lebat bermula pagi Isnin lalu, dan dia menyedari ternakan kekurangan oksigen kira-kira pukul 8 malam pada hari sama selepas ikan-ikan yang sudah boleh dituai itu mula terapung dalam keadaan tercungap-cungap.

“Seramai 16 peserta terlibat dalam projek dengan menternak tilapia, baung, patin  dan keli tetapi tiga peserta yang paling teruk terjejas termasuk dirinya kerana melaksanakan projek dalam skala lebih besar iaitu masing-masing mempunyai 12 petak sangkar.

“Jadi saya pasang kincir (paddle wheel) untuk tingkat kadar oksigen dalam air tapi menjelang pukul tiga pagi keesokannya ada ikan yang sudah timbul kerana mati, dan semakin banyak terapung,” katanya.

Menurut Ahmad Fakhruddin, ikan yang diternak di bawah projek itu dibekalkan kepada Pasar Binjai, Pasar Kerteh dan pemborong dari Bukit Goh, Kuantan, Pahang dengan harga borong RM10 sekilogram untuk tilapia dan patin, RM18 untuk baung dan RM6 untuk keli.

Akibat dari kejadian tersebut, dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM12,000 dengan jumlah ikan yang mati dianggarkan seberat 1.24 tan.

Rentetan insiden itu, Ahmad Fakhruddin merayu agar ada pihak yang berkaitan dapat menyalurkan bantuan untuk pembelian benih dan makanan ikan agar mereka dapat mengusahakan semula.

Sementara itu Pengarah jabatan Perikanan Negeri, Zawawi Ali ketika dihubungi memberitahu, pihaknya membantu peserta yang terlibat dengan memasarkan baki ikan yang ada sebagai mengurangkan kos kerugian yang dialami manaka bantuan benih dan makanan ikan akan disalurkan apabila keadaan persekitaran benar-benar sudah pulih. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons