Rusa tersesat di kolam beku diselamatkan


OREGON : Secara tradisi mitosnya ketika menyambut perayaan Krismas, Santa Claus akan menaiki kereta yang ditarik oleh sejumlah rusa untuk mengagih-agihkan hadiah kepada kanak-kanak.

Namun di Oregon, Amerika Syarikat  semalam, keadaan itu bertukar apabila seorang lelaki terpaksa menggunakan peluncur ais untuk menyelamatkan seeokor rusa yang gagal menyelamatkan diri untuk keluar dari sebuah kolam yang beku selepas dipercayai tersesat.

Kejadian itu berlaku di sebuah kolam padang golf Sunriver yang beku pada Jumaat.

Foto Reuters
Disebabkan permukaan yang licin berais itu,rusa berkenaan gagal untuk bergerak keluar.

Menyedari masalah yang dialami seorang lelaki terpaksa menggunakan peluncur ais untuk menolak rusa berkenaan ke tepi.

Rusa tersebut selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.



Source link

read more

Cikgu Meera, Slash, Baggio Damasutra bergabung dalam Jom Chat malam ini – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Segmem bual santai secara interaktif Jom Chat di Utusan Online merupakan satu platform yang diintai ramai artis dan selebriti tanah air untuk membantu mereka menguar-uarkan tentang single dan persembahan yang bakal diadakan.

Malam ini, pukul 9 malam, selama satu jam Jom Chat menggabungkan tiga artis sekali gus iaitu Cikgu Meera atau Nur Ameera Nabila Azmi yang popular selepas menjadi tular di laman aplikasi ‘smule’ tahun lepas.

Kumpulan Slash yang bergerak dengan genre pop rock dan dikenali dengan lagu berjudul Taman Astakona kini melahirkan single terbaharu mereka berjudul Melodi Kasih.

Slash yang dibarisi oleh Nuar (vokalis), Joe, Rafix, Jack dan Alin kini bernaung di bawah label mereka sendiri iaitu Astakona menggunakan khidmat Adi daripada kumpulan 6ithsense selaku penerbit untuk kembali menggamit peminat muzik bagi menyokong perjalanan karier mereka.

Bagi Baggio vokalis kumpulan otai Damasutra, beliau sekali lagi tampil dalam Jom Chat malam ini untuk memberitahu kepada para pelayar Utusan Online tentang persembahan yang bakal diadakan oleh Damasutra di ibu kota pada Sabtu ini.

Nantikan dan tonton Jom Chat bersama Cikgu Meera, Slash dan Baggio yang dihoskan oleh pengacara Apak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lipat ganda usaha kekang sindiket jual bayi – Shahanim



KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melipat gandakan usaha dan kempen kesedaran berkaitan gejala pembuangan bayi menerusi pelbagai platform termasuk media sosial.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, kementerian berkenaan melalui media sosial juga perlu dekat dengan capaian pasangan muda dalam mengelakkan kes seperti ini terus berulang dan menjadi budaya negatif.

“Saya terpanggil untuk memberi reaksi berikutan kes penahanan pasangan muda warga tempatan yang dipercayai cuba menjual bayi kembar mereka menerusi sistem online.

“Ini agak memeranjatkan dan menggemparkan negara kerana bagi saya, kes ini menunjukkan pasangan muda sama ada yang bukan muhrim atau muhrim, masih belum diberi kesedaran dan pendidikan secukupnya sehingga tergamak cuba menjual bayi secara online.

“Kes ini tidak seharusnya berlaku jika mana-mana pasangan mahupun individu tahu cara untuk menyelesaikannya menerusi jalan dan cara yang betul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas isu penahanan pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di dalam talian dengan harga RM15,000 semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak pada 8 malam.

Kata Shahanim, pasangan yang terlanjur atau belum bersedia untuk menjaga bayi, seharusnya tidak membuang atau sewenang-wenangnya menjual bayi itu.

” Sebaliknya bayi itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa dan berwajib seperti hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijaga dengan rapi dan lebih baik.

“Perbuatan menjual bayi mahupun membuang bayi adalah satu kesalahan berat di sisi undang-undang.

“Malah, secara tidak langsung, ia membawa kepada pemerdagangan manusia yang menjadi jenayah merentasi sempadan benua Asia dan antarabangsa sekali gus memburukkan nama Malaysia,” tegasnya.

Sebelum ini, portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklanan di mudah.my mengenai kes penjualan bayi kembar daripada seorang wanita berusia 20 tahun.

Bayi kembar itu dijual pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali keterangan gambar bertulis ‘twins to let her go’€.

Susulan daripada aduan itu, Syed Azmi menghubungi pihak mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.



Source link

read more

Izara Aishah Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam Google



JIKA disebut nama Meghan Markle, ia pastinya sudah menjadi tidak asing lagi dibibir peminat terutamanya menerusi drama bersiri, ‘Suits’.

Google Trends hari ini menyenaraikan kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.

Carian nama pelakon berusia 36 tahun itu menjadi carian teratas di enjian carian Google selepas berita beliau bertunang dengan kerabat Diraja England, Putera Harry tersebar luas di media arus perdana dan media sosial.

Seterusnya diikuti dengan pencarian nama-nama pelakon Hollywood terkenal, Kevin Spacey antara carian kedua tertinggi yang membabitkan kontorversi kes dakwaan serangan seksual terhadap lelaki.

Di tangga ketiga pula, pelakon utama Wonder Women, Gal Gadot menjadi tumpuan pelayar di Google apabila video lucah palsunya tersebar meluas di internet.

Sementara itu pengarah filem, Louis C.K. dan pelakon filem seram thriller IT, Bill Skarsgård masing-masing berada di tangga keempat dan kelima di enjin carian berkenaan.

Namun di Malaysia pula, carian nama selebriti, Izara Aishah mengungguli carta selepas meninggalkan Gal Gadot, Hannah Delisha, Afifah Nasir dan Aiman Tino di carta masing-masing.

Nama Izara Aishah berada di tangga pertama dalam carian Google, dipercayai selepas kes memuat naik status menyindir golongan wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tidak perlu bekerja di Twitter pada Rabu lepas menjadi topik hangat rakyat Malaysia.

Berikut adalah senarai carian lima teratas Google Trends mengikut kategori di peringkat global pada tahun 2017:

Carian Am
1. Hurricane Irma
2. Matt Lauer
3. Tom Petty
4. Super Bowl
5. Las Vegas shooting

Carian Nama
1. Matt Lauer
2. Meghan Markle
3. Harvey Weinstein
4. Michael Flynn
5. Kevin Spacey

Carian Filem
1. It
2. Wonder Woman
3. Beauty and the Beast
4. Logan
5. Justice League

Carian Rancangan Televisyen
1. Stranger Things
2. 13 Reasons Why
3. Big Brother Brasil
4. Game of Thrones
5. Iron Fist

Carian Nama Pelakon
1. Meghan Markle
2. Kevin Spacey
3. Gal Gadot
4. Louis C.K.
5. Bill Skarsgård

Carian Lagu
1. Despacito
2. Shape of You
3. Perfect
4. Havana
5. Look What You Made Me Do



Source link

read more

Demokrat menang di Alabama apakah impaknya terhadap Presiden Trump



KEMENANGAN mengejut calon Demokrat Doug Jones di Alabama memberikan impak besar untuk parti itu di Dewan Senat Amerika Syarikat (AS). Ia membuka peluang realistik pertama parti itu untuk merebut kembali Senat AS pada tahun 2018. Dan jika mereka berjaya menawan Senat, masa depan presiden Donald Trump akan menjadi lebih suram.

Sebaik sahaja Jones mengangkat sumpah, 52-48 majoriti parti Republikan akan menyusut ke 51-49. Ini bermakna bahawa ahli-ahli Parti Demokrat perlu meraih, bersih, hanya dua kerusi, dan bukannya tiga, untuk mengambil alih semula ruang dewan itu.

Laluan sukar Demokrat menawan Senat pada pilihan raya 2018 kini mendapat perhatian yang lebih menarik disebabkan kemenangan di Alabama.

Demokrat perlu mempertahankan 26 kerusi Senat penting tahun depan, manakala hanya 8 kerusi penting parti Republikan harus dipertahankan.

Selain itu, Demokrat bertanding di wilayah yang sukar – mereka mempertahankan 10 kerusi di negeri-negeri di mana Presiden Trump menang. (Lima daripada mereka berada di negeri-negeri Trump menang besar.)

Tambahan pula, daripada lapan kerusi yang dipegang oleh parti Republik, hanya satu yang berada di negeri Hillary Clinton yang menang (Dean Heller di Nevada). Terdapat juga kerusi terbuka di Arizona, sebuah negeri di mana Clinton menang tipis. 

Dengan kedua perkara ini, Demokrat sukar untuk merancang laluan yang mudah untuk keuntungan Demokrat memenangi tiga kerusi tambahan. 

Kemenangan Jones mengubah congakan ini. Sekarang, mempertahankan semua penyandangnya dan menang hanya di Nevada dan Arizona akan memberi majoriti 51-49 Demokrat di Senat. Itu masih menjadi tumpuan yang sangat berat – tetapi itu adalah yang paling munasabah dalam memberi peluang kepada parti ini yang telah meyorot di peti undi setelah beberapa tahun.

Kawalan Senat akhirnya akan membolehkan Demokrat menghalang calon-calon Trump.

Kehilangan wakil Republikan sama ada di Kongres mahupun di Senat akan menjadi kekalahan seismik untuk Presiden Trump. Ia akan memastikan bahawa GOP tidak boleh melepaskan sebarang rang undang partisan utama melalui proses perdamaian anggaran, dan ia akan memberikan kuasa sepina Demokrat yang mereka semestinya akan gunakan untuk melancarkan siasatan mendalam terhadap pentadbiran Trump dan terhadap Trump sendiri.

Tetapi  penguasaan Senat akan memberikan satu lagi kesan besar – ia akan memberi kuasa kuasa Demokrat ke atas calon pilihan Trump.

Tidak seperti majoriti undang-undang, yang memerlukan 60 undi untuk mengatasi Senat, Trump boleh menamakan calon-calon melalui Senat dengan majoriti mudah – bermakna dia mendapat banyak calon yang disahkan tanpa sokongan Demokrat.

Di bawah Senat yang dikuasai Demokrat, itu tidak mungkin lagi. Dan bukan hanya Trump yang perlu memilih sekurang-kurangnya seorang calon Demokrat untuk memenangi sebarang undian pengesahan. Senator Demokrat Chuck Schumer akan dijangka menggunakan kuasa beliau untuk memutuskan kalendar dalam mempertimbangkan dan mengesahkan pencalonan Trump. Dengan Senat di bawah Schumer, media yakin Demokrat akan membenamkan ramai pilihan Trump selama-lamanya.

Untuk itu, kemenangan calon Demokrat di Alabama dilihat sebagai satu titik permulaan dalam proses parti itu untuk menyingkirkan Presiden Trump.



Source link

read more

Cheese Tarik Crust Domino’s Pizza dapat sambutan hangat – Gaya Hidup


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Baharu sahaja diperkenalkan, Domino’s Pizza Cheddar Cheese Tarik Crust habis dijual dalam tempoh beberapa minggu sahaja selepas pelancarannya baru-baru ini.

Cheese Tarik Crust yang menjadi hidangan terbaharu Domino’s Pizza akan kembali semula menemui penggemar tegar piza jenama yang sinonim dengan rakyat Malaysia pada 18 Disember ini.

Kelazatan piza Cheese Tarik Crust yang memberikan lebih rasa keju cheddar didalam kerak piza menjadi kegilaan ramai penggemar Domino’s Pizza.

Bukan sahaja tambahan keju cheddar didalam kerak piza yang enak tetapi tabuaran keju parmesan yang dibakar sempurna menjadikan cairan keju yang keluar dari kerak piza rangup.

Apabila dimakan panas-panas, tekstur cairan keju didalam kerak piza amat lembut sehinggkan ia boleh ditarik panjang.

Strategi pemasaran Cheddar Cheese Tarik Crust ini disertakan dengan peraduan iaitu cabaran Cheese Tarik Domino’s dan pemenang yang bertuah akan membawa pulang bekalan piza selama setahun, hadiah pemberian daripada Domino’s.

Pemilihan pemenang berdasarkan kepada cara dan kaedah peserta menarik keju Cheese Tarik Crust.

Siapa yang paling bergaya, kreatif dan penuh dengan ekspresi wajah, pasti boleh menang cabaran ini yang tarikh tutupnya adalah pada 24 Disember ini.

Sambil itu, jangan lupa tag @DominosMY; #CheeseTarikChallenge dan hantarkan kepada laman sosial Facebook, Instagram atau Twitter. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Seremban jadi bandar raya tahun depan – MB



SEREMBAN: Seremban akan diiktiraf sebagai bandar raya tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu katanya Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.

“Kita sedang menunggu bangunan baharu untuk Majlis Bandaraya Seremban beroperasi siap diubah suai.

“Bangunan ini dulunya merupakan sebuah pasar raya besar yang terletak di Rahang dan apabila siap serta beroperasi kelak, ia akan memudahkan orang ramai membuat urusan berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Seremban itu akan mempunyai pejabat wilayah di sesetengah kawasan seperti Nilai, Mantin dan Rantau bagi memudahkan unit pengurusan dan penguatkuasaan menjalankan tugas.

Mohamad turut memberi jaminan kenaikan taraf Seremban sebagai bandar raya tidak akan menyebabkan kenaikan cukai pintu sekalipun kali terakhir cukai pintu disemak ialah pada 2006.

“Kenaikan cukai bukan syarat utama untuk menjadi sebuah bandar raya. Dengan itu, saya umumkan tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2018,” katanya.

Beliau juga menegaskan penggabungan dua pihak berkuasa tempatan terbabit tidak akan melibatkan pengurangan tenaga kerja.

Status bandar raya itu diluluskan kerajaan persekutuan pada 2012.

Pada masa ini Majlis Perbandaran Nilai mentadbir daerah Seremban yang terletak di luar seliaan Majlis Perbandaran Seremban.

Ketika ini Malaysia mempunyai 13 bandar raya iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka, Alor Setar, Miri, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, George Town dan Iskandar Puteri.

— BERNAMA



Source link

read more

Seni Orang Asli dapat penghargaan dibawa ke Australia



KUALA LUMPUR: Seorang artis komuniti Temuan, Orang Asli di Selangor, Shahar A/L Koyok mencipta sejarah tersendiri apabil terpilih untuk mengkaji seni dan karya orang asli di Galeri Kebangsaan Australia.

Pemilihan ini juga dilihat dapat mengangkat martabat budaya orang asli di Malaysia.

Shahar merupakan antara penerima Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa 2017, hari ini.

“Kajian saya memberi fokus terhadap karya-karya seni penduduk asal dalam konteks meraikan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia di samping menekankan semangat Merdeka,” kata Shahar.

Selain Shahari, dua individu lain juga telah dipilih sebagai penerima geran yang sama.

Penganugerahan tersebut diumumkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzudin Shah, Sultan Perak selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka dalam satu majlis khas di Menara Berkembar Petronas, di sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam ucapan baginda bertitah, Anugerah Merdeka ini bertujuan untuk memupuk budaya cemerlang, mengalakkan pemikiran berkepimpinan dan invoaso serta memperluaskan dasar pandang global.

“Bagi mewarisi legasi untuk generasi mendatang, satu-satunya cara, adalah dengan mengekalkan kejayaan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik, berdaya saing dalam sektor yang merangkumi sains dan teknologi serta seni dan kemanusiaan.

“Tiga orang bakat muda Malaysia yang bersemangat perintis ini berpeluang mendapat manfaat daripada kerjasama bersama pakar-pakar terbaik dunia, mengumpul pengalaman berharga bagi bidang mereka dan mencari penyelesaian terbaik untuk kemaslahatan masyarakat sejagat,” titah baginda.

Bagi Dr. Sophia, beliau yang berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidikan Perubatan mahu menyelidik secara terperinci dalam pengajian lipidomic dalam mendapatkan maklumat tentang risiko penyakit kardiovaskular dalam konteks tempatan.

Sementara itu, Dr. Zetty pula akan memberi tumpuan kepada kajian mengnai rumpai laut di Malaysia sebagai rawatan alternatik untuk epidemik pangkal batang yang dilihat dapat mengurangkan kulat pada kelapa sawit secara ketara.

Ketiga-tiga penerima geran ini akan menerima penempatan jangka masa pened dalam memilih dan melaksanakan projek atau program kerjasama di institusi, syarikat, agensi dan organisasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selama tiga bulan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi anak-anak syarikat Exxon Mobil, Edward E. Graham.



Source link

read more

400000 kanak-kanak di Congo diancam kematian UNICEF



PERTUBUHAN BANGSA BERSATU: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa memberi amaran, sekurang-kurangnya 400,000 kanak-kanak di Republik Demokratik Congo mengalami masalah pemakanan tidak seimbang dan boleh mengakibatkan kematian pada 2018, lapor agensi berita Xinhua.

Keadaan yang teruk di rantau Kasai di negara itu, sebahagian besarnya disebabkan keganasan, perpindahan besar-besaran dan kekurangan hasil pertanian dalam tempoh 18 bulan lalu, menurut UNICEF dalam satu kenyataan akhbar.

Meskipun situasi keselamatan telah stabil dan beberapa penduduk mula kembali ke rumah masing-masing, namun keadaan kemanusiaan masih di tahap kritikal. 

Keganasan dan perpindahan 1.4 juta orang menyebabkan kekurangan bekalan makanan, dengan dua pertiga isi rumah tidak mampu untuk mengusahakan tanah pertanian mereka. 

Kekuranagan bekalan makanan telah menjejaskan kebanyakan wilayah di rantau berkenaan, dan keadaan dijangka  bertambah buruk menjelang Jun 2018, memandangkan musim penanaman sudah berakhir. 

Kemudahan kesihatan yang turut musnah, menjadikan keadaan lebih sukar bagi menyediakan rawatan perubatan dan penjagaan untuk kanak-kanak yang kekurangan zat makanan. 

Kira-kira 220 pusat kesihatan musnah, dirompak atau rosak, sekaligus mengurangkan akses kepada penjagaan kesihatan dan peningkatan risiko dalam penyebaran penyakit berjangkit seperti campak, kata UNICEF.

Tambah UNICEF, lebih 750,000 kanak-kanak di rantau Kasai mengalami kekurangan zat makanan, sementara 25 zon kesihatan di rantau itu berada dalam keadaan krisis makanan. 

— BERNAMA



Source link

read more

Pemuda ditemukan lemas di sungai Kelantan – Kelantan


KOTA BHARU 13 Dis.- Seorang pemuda ditemukan mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai Kelantan berhampiran Lembah Sireh di sini hari ini.

Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat di dasar sungai berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang.

Mangsa yang berusia sekitar 20-an itu dikatakan berlegar-legar di kawasan berkenaan sebelum terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut namun sehingga kini identiti mangsa masih belum diketahui.

Katanya, mayat pemuda itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons