Mangsa banjir di Kelantan berkurangan tengah hari ini



KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,300 orang pada 12 tengah hari ini berbanding 14,237 orang pada 8 pagi tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,318 keluarga itu ditempatkan di 61 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Pasir Mas masih mencatat jumlah tertinggi apabila 9,622 mangsa daripada 4,102 keluarga yang masih ditempatkan di 39 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,447 mangsa daripada 855 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS.

Di Pasir Puteh, 828 mangsa daripada 247 keluarga ditempatkan di lapan PPS, 200 mangsa daripada 61 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Kota Bharu, 109 mangsa daripada 31 keluarga di tiga PPS di Tanah Merah dan 94 mangsa daripada 22 keluarga di dua PPS di Gua Musang.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.26 meter pada 12 tengah hari ini berbanding 10.29 meter pada 8 pagi tadi. Paras bahaya sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.70 meter berbanding 3.71 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat tengah hari ini manakala hujan kadangkala lebat dilaporkan berlaku di beberapa tempat.

— BERNAMA



Source link

read more

OPEC kekal potong bekalan harga petrol dijangka terus naik


Kuala Lumpur: Harga minyak mentah global mencatatkan peningkatan selepas negara pengeluar minyak utama dunia bersetuju untuk mengekalkan pemotongan pengeluaran sehingga akhir 2018.

Pemotongan ini yang bermula pada 2-16 adalah untuk mengurangkan lebihan 1.8 juta tong minyak dalam pasaran global setiap hari.

Bank Negara dalam Prestasi Ekonomi Suku Ketiga Tahun 2017 menjangka kadar inflasi akan terus meningkat ditengah jangkaan kenaikan harga minyak mentah global.

Di Malaysia, peningkatan harga minyak mentah global sejak suku kedua 2016 telah melonjakkan harga di pam daripada sekitar RM1.70 sen seliter untuk RON95 (harga minyak mentah global sekitar USD40/tong) kepada sekitar RM2.20 (USD60/tong) untuk dua minggu pertama November.

Petikan daripada laporan Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017 terbitan Bank Negara

Kadar inflasi Malaysia menurun kepada 3.8% untuk suku ketiga daripada 4.3% yang dicatatkan pada suku pertama. 

Dalam masa yang sama, negara pengeluar dalam Organisasi Pengeksport Petroleum, OPEC dan bukan OPEC bersetuju untuk menyemak semula langkah ini jika harga meningkat terlalu tinggi tahun depan dan jika pengeluaran minyak shale Amerika Syarikat kembali rancak.



Source link

read more

Argentina tamatkan misi mencari kapal selam hilang – Luar Negara


BUENOS AIRES 1 Dis. – Tentera Laut Argentina secara rasminya menamatkan usaha bagi mencari mangsa yang terselamat daripada tragedi kapal selam San Juan sejak ia dilaporkan hilang dua minggu lalu di perairan Atlantik Selatan.

Jurucakap tentera laut, Enrique Balbi berkata, pihaknya telah mengalihkan misi daripada usaha menyelamat kepada pemulihan.

Tambahnya lagi, pihaknya masih belum dapat mengesahkan kesemua 44 anak kapal telah hilang dalam insiden berkenaan.

Namun, menurut Balbi, tiada bukti kehilangan kapal tersebut dijumpai di kawasan pencarian tetapi usaha menyelamat masih diteruskan.

“Walaupun banyak usaha dibuat, kami masih tidak dapat mencari kapal selam tersebut,” ujar Balbi.

Kapal selam ARA San Juan yang membawa 44 orang kru dilaporkan gagal dikesan selepas kali terakhir dihubungi pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia), 15 November lalu.

Sebelum ini, lebih daripada 10 buah negara telah bersetuju untuk membantu Argentina mengesan kapal selam ARA San Juan dengan menawarkan khidmat kapal atau pesawat peninjau.

Selain Amerika Syarikat (AS), turut serta dalam misi pencarian itu ketika ini ialah Brazil, Chile, Colombia, Pe­rancis, Jerman, Peru, Afrika Selatan, Uruguay dan United Kingdom (UK).

Sementara itu, seorang pegawai tentera laut yang enggan dikenali berkata, dia tidak menjangkakan kesemua kru kapal akan terselamat.

“Kami berada di tengah-tengah tragedi. Kami diselubungi perasaan terkejut, sedih dan sakit kerana 44 rakan kami telah hilang.

“Selain kehilangan nyawa, separuh kapasiti kapal selam Argentina telah hilang,” kata pegawai berkenaan. – AFP



Source link

read more

Forex PDRM tubuh pasukan khas



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.

“Kita telah menerima laporan itu dan akan menyiasat perkara ini dari semua sudut.

“Setakat ini, pasukan khas telah ditubuhkan bagi meneliti kes ini… beri kami masa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu akan dipanggil untuk diambil keterangan, beliau berkata mereka akan dipanggil sekiranya perlu.

“Siasatan masih baru diambil alih Bukit Aman… jangan buat sebarang andaian. Mereka akan dipanggil berdasarkan keputusan siasatan yang kita lakukan,” katanya.

Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya tersebut.

Laporan setebal 400 muka surat itu dibentangkan di Parlimen semalam.

— BERNAMA



Source link

read more

Gempa 6.0 magnitud landa tenggara Iran



KERMAN: Gempa berkekuatan 6.0 magnitud melanda tenggara Iran berhampiran bandar Kerman pada Jumaat.

Menurut kenyataan jabatan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak pada jarak 50 km di timur laut Kerman yang menempatkan populasi lebih 821,000 penduduk.

Gempa yang melanda pada kedalaman 10 km itu pada awalnya dilapor berukuran 6.3 magnitud sebelum ditaraf semula oleh agensi berkenaan seketika kemudian.

Gempa 6.0 magnitud dianggap kuat dan boleh menyebabkan kerosakan teruk apabila melanda kawasan cetek.



Source link

read more

Saya tak tiru Haqiem Rusli – Ariff – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Dis. – Pendatang baharu, Ariff Bahran tidak kisah jika ada yang menyamakan dirinya dengan penyanyi remaja meningkat naik, Haqiem Rusli menerusi single terbaharunya berjudul Kata Akhirmu.



ARIFF BAHRAN

ARIFF BAHRAN

Kata Ariff atau nama penuhnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, dia langsung tiada niat mahu meniru teman baiknya apatah lagi sengaja mencari jalan singkat untuk popular.

“Haqiem merupakan kawan lama saya dan kami sentiasa berjumpa memandangkan tinggal di kawasan yang sama. Pada pendapat saya, semua penyanyi ada keunikan tersendiri begitu juga saya.

“Saya sentiasa memberi sokongan pada dia malah berbangga dengan pencapaiannya pada ketika ini. SAya jadikan dia sebagai inspirasi untuk bertapak di dalam industri seni tanah air,” ulasnya kepada Utusan Online.

Ariff,19, mengulas mengenai maklum balas yang diterima mengenai lagu Kata Akhirmu yang dikatakan sama dengan lagu Segalanya nyanyian Haqiem.

Sementara itu, Ariff yang mula menyanyi seawal usia tujuh tahun bersyukur apabila bakatnya dipandang oleh syarikat rakaman Rusa Music dan berazam untuk menghasilkan lebih banyak karya pada masa akan datang.

Saya banyak menyanyikan lagu saduran artis tempatan dan antarabangsa di Instagram dan SoundCloud. Saya sedar ramai artis baharu dan terpaksa bersaing untuk menempatkan diri sebab itu saya tak nak buat sambil lewa.

Saya berkebolehan bermain alat muzik piano, drum dan gitar. Justeru, insyallah saya akan aplikasi kelebihan itu pada karya seterusnya.

Saya harap para peminat muzik tempatan memberi sokongan kepada lagu saya dan segala komen positif dan negatif akan saya cuba perbaiki demi karier,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AirAsia had penerbangan ke Bali



KUALA LUMPUR: AirAsia kini mengadakan penerbangan terhad pada waktu siang ke dan dari Denpasar, Bali, berikutan juruterbang tidak dapat mengesan sebarang perubahan dalam awan abu pada sebelah malam kerana tidak dapat dilihat dalam kegelapan disebabkan oleh keadaan angin yang tidak boleh diramal di kawasan berkenaan.

“Kami memutuskan penerbangan mana yang akan beroperasi berdasarkan kepada awan abu dan ramalan cuaca daripada dua vendor antarabangsa serta notis dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” kata Pengarah Operasi Penerbangan Kumpulan AirAsia Adrian Jenkins dalam satu kenyataan hari ini.

Ia bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan serta untuk meminimumkan sebarang kemungkinan gangguan perkhidmatan seperti pembatalan penerbangan secara tiba-tiba atau peralihan di udara yang boleh berlaku berikutan pergerakan awan, katanya.

“Setiap penerbangan akan membuat penilaiannya sendiri dan bagi kami, kami mahu paras toleransi sifar. Keselamatan kekal keutamaan kami dan kami akan terus memastikannya dalam operasi kami,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Gunung Agung Lapangan terbang Lombok kembali beroperasi



MATARAM: Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok  (LIA) kembali beroperasi hari ini (Jumaat) pada jam 8.50 pagi waktu tempatan, selepas sebelum ini ditutup akibat aktiviti Gunung Agung yang memuntahkan abu tebal.

Perkara itu disahkan Pengurus Besar Angkasa Pura 1, LIA, Gusti Ngurah Ardita dalam satu kenyataan, lapor media Indonesia.

Sejurus lapangan terbang itu dibuka, semua operasi penerbangan keluar dan masuk ke LIA diteruskan seperti biasa.

Keputusan itu dibuat setelah pihak pengurusan dan pihak berkepentingan menilai data meteorologi selain faktor-faktor lain berkaitan perkembangan Gunung Agung.

Sementara itu, Ketua Stesen Meteorologi, Oral Sem Wilar, berkata pergerakan abu gunung berapi dilihat sudah menjauhi Pulau Lombok, lapor Kompas.com.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pelancongan Nusa Tenggara Barat menjelaskan pihaknya sudah menjalankan langkah bagi membantu ratusan para pelancong asing yang terkandas akibat penutupan lapangan terbang, lapor Tempo.co.

Antara penerbangan yang sebelum ini terjejas adalah Silk Air yang membawa penumpang dalam laluan Singapura-Lombok dan AirAsia yang menghubungkan Kuala Lumpur-Lombok.



Source link

read more

Jangkitan HIV baharu menurun 40 peratus – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kes jangkitan HIV baharu di negara ini menunjukkan penurunan positif sebanyak 40 peratus iaitu daripada 5,830 kes pada tahun 2006 kepada 3,330 kes pada tahun 2015.



ELISHA KOR

ELISHA KOR

Pengerusi Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum (PKKUM), Elisha Kor berkata, ia merupakan trend penurunan yang konsisten sepanjang hampir satu dekad hasil usaha berterusan Kementerian Kesihatan dan kerjasama daripada sektor pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan PKKUM. 

“Tahun ini genap 31 tahun epidemik HIV dan AIDS meninggalkan kesannya di negara ini sejak tahun 1986 namun, usahasama tanpa henti daripada semua pihak semakin menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

“Kes jangkitan baharu dalam kalangan penagih dadah juga menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus iaitu daripada 3,127 kes (2006) kepada 561 kes (2015) menerusi program pertukaran jarum dan alat suntikan (NSEP) dan terapi gantian metadon (MTT),” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Wakil Kedutaan Amerika Syarikat, Sona Ramesh dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL, A. Samalah Arumugan.

Sambutan itu diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan memberi sokongan kepada pesakit sekali gus menghapuskan stigma negatif terhadap mereka. 

Bagaimanapun, Elisha berkata, di sebalik pencapaian memberangsangkan itu, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu HIV dan AIDS dalam kalangan wanita. 

“Dalam tempoh yang sama, nisbah jangkitan HIV baharu wanita kepada lelaki meningkat daripada 1:10 kepada 1:5. 

“Beban stigma yang ditanggung kaum wanita yang hidup dengan HIV juga lebih berat disebabkan oleh jurang dan ketidaksamaan gender sehingga ramai yang disisihkan keluarga dan masyarakat lalu terpaksa menumpang di rumah-rumah perlindungan kami,” ujarnya.

Katanya, tanpa kesedaran dan pemerkasaan, kaum wanita akan terus berhadapan dengan risiko daripada suami atau pasangan intim, khasnya golongan suri rumah yang merangkumi 30 peratus penghidap HIV (dalam kalangan wanita). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mayat lelaki Jerman berdarah di kepala ditemui di bilik hotel



GEORGE TOWN: Mayat lelaki warga Jerman ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan Love Lane, di sini pagi tadi dalam keadaan berdarah di bahagian kepalanya.

Mayat Martin Leonhard Brill, 46, ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan pintu masuk bilik hotel oleh salah seorang pekerja hotel terbabit kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika ditemui, mayat mangsa yang hanya berselimut dengan sehelai cadar mempunyai kesan darah di bahagian kepala dan juga di dinding bilik.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai jururawat lelaki di Jerman dipercayai menghidapi masalah mental berdasarkan sekeping surat doktor yang ditemui di biliknya.

Berdasarkan keterangan penjaga hotel, jelasnya mangsa sering dilihat berkelakuan ganjil dan berada  dalam keadaan tidak terurus ketika menyewa di hotel berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Mangsa juga dikatakan turut membuang semua pakaiannya dan hanya membalut tubuhnya dengan sehelai cadar selain dilihat sering terjatuh dan gagal mengawal pembuangan najis.

Malah mangsa juga dikatakan tidak menjamah makanan dan hanya mengambil alkohol sambil meluahkan perasaan sedihnya setelah kematian adik perempuan serta lelakinya akibat kemalangan jalan raya.

Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat.

Polis mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons