Penampakan wajah manusia di kepulan asap Gunung Agung


MANUSIA Raksasa!

Demikian merupakan topik yang hangat diperbincangkan dalam satu forum di laman web KASKUS, Indonesia apabila ada gambar abu letusan Gunung Agung pada 26 November lalu yang dirakam menerupai wajah manusia.

Dari video yang diambil dari Ketua Data dan Infrmasi Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho @Sutopo_BNPB, terdapat fenomena volcano yang membuat netizen membuat spekulasi mengenai imej tersebut.

Sutopo turut memaklumkan bahawa beliau juga pernah melihat kepulan asap mirip wajah atau seseorang ketika letusan Gunung Merapi 2010.

Beliau juga dalam status di akaun twitter itu turut mempersoalkan adakah ia satu kebetulan.

Sutopo turut memberitahu beliau melihat imej sama ketika letusan Gunung Merapi 2010.

Forum itu bertambah ‘hangat’ apabila terdapat pengikut (follower) Sutopo yang membalas twitnya dengan penjelasan bahawa wajah yang dilihat pada kepulan asap tersebut adalah gejala pareidolia.

Ini kerana kata seorang pemilik twitter @Agus_Mahendra bahawa otak manusia ‘menggambarkan’ sesuatu yang mirip dengan sususan wajah manusia.

Pareidolia adalah kecenderungan melihat wajah di tempat-tempat yang tidak biasa. Fenomena para psikologi ini sering sekali dialami oleh banyak orang. Mungkin, Anda tak terkecuali.

Selain itu, Sutopo turut memuat naik status di Twitter dengan mengatakan bahawa asap atau abu kemerahan yang dilihat selepas letusan Gunung Agung itu bukan api mahupun lava.

Sebaliknya warna merah itu merupakan efek sinar matahari yang menembusi abu letusan.



Source link

read more

Kumpulan Mpay Jalin Kerjasama Bersama Kelab Sahabat Persaudaraan – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 1 Dis.- Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) telah meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital bagi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

Program itu menerima sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan untuk itu Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan Negaraku merujuk kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Pengasas KSP, Dr. Mohd. Zamri Noordin, melalui kerjasama secara eksklusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan,rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.

“Visi kami adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi.

“Kerjasama dengan Kumpulan Mpay seiring dengan visi kelab kami dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Tambah Dr. Zamri, ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan kerajaan, masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus.

“Ini juga membolehkan usaha bagi mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah dapat dijayakan dengan berkesan.

Sementara itu, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Datuk Chew Chee Seng berkata, program MPay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

“Ciri baharu ini juga akan membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Penghantaran siaran pesanan (broadcast messaging) juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain.

“Ini bermakna pengerahan bantuan perkongsian akan lebih cepat ketika kecemasan. Kad prabayar MasterCard yang bertemakan NegaraKu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam era digital baharu ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MPay NegaraKu, sila layari laman web www.kadnegaraku.com.my – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Anggota polis tentera ditahan reman curi lembu dan kambing



JELEBU: Lapan individu termasuk empat anggota tentera dan seorang polis yang disyaki mencuri lembu serta kambing di Kampung Ulu Lakai, Simpang Durian di sini, awal pagi semalam ditahan reman selama tiga hari sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua lapan suspek itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi semalam selepas dikepung oleh penduduk kampung yang curiga dengan perbuatan mereka.

“Kesemua suspek yang berusia 29 hingga 54 tahun telah ditahan reman bermula semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, kesemua suspek disyaki telah menembak dua ekor lembu dan empat kambing milik penduduk kampung dengan menggunakan senapang patah serta pistol, sebelum melapah haiwan tersebut dan memasukkannya ke dalam dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux untuk dibawa keluar.

Semasa ditahan, pihak polis turut menemui senjata api, beberapa butir peluru hidup, kapak dan pisau di dalam kenderaan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

— BERNAMA



Source link

read more

Instagram Janna Nick dengan 3.1 juta pengikut kena hack dia disabotaj



AKAUN Instagram milik pelakon Janna Nick yang mempunyai 3.1 juta pengikut digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Menerusi pemerhatian di laman sosial, ramai peminat Janna meluahkan rasa pelik kerana semua gambar dipadam serta Instagram milik Janna tidak mengikuti mana-mana akaun.
 
Ada peminat yang mula berspekulasi dan membuat andaian akaun Janna disabotaj oleh pihak penggodam.
 
Menerusi kemas kini akaun Instagram kelab peminat Janna, @janna_nicker, gadis itu sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya.
 
Dalam perkembangan lain, Janna akan muncul dengan single kedua berjudul Akan Bercinta.
 
Dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza, muzik video lagu Akan Bercinta bakal dilancarkan secara rasmi pada 9 malam ini menerusi akaun YouTube Janna Nick.
 
Lagu ini juga menjadi lagu tema drama bersiri My Coffee Prince lakonan Janna bersama Fattah Amin.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal
 



Source link

read more

Amaran siren nuklear di Hawaii



PENDUDUK dan pelancong di Hawaii, Amerika Syarikat kini berdepan kebimbangan baharu apabila Korea Utara melancarkan serangan nuklear baru-baru ini.

Gabenor Hawaii, David Ige berkata pihaknya kini bukan sahaja bimbang tentang bencana alam tetapi kebimbangan itu beralih ke serangan nuklear dari Korea Utara.

Ini kerana, Hawaii merupakan negara paling hampir dengan Korea Utara dan kehadiran tenteranya dalam jumlah yang besar memudahkan sasaran.

“Apa yang dilakukan Korea Utara baru-baru ini dirasakan boleh mengancam penduduk dan pelancong di pulau percutian ini,” katanya.

Sehubungan itu, sebagai persediaan awal, pihaknya mengadakan ujian bulanan sistem alat penggera pada Jumaat dengan bunyi siren amaran baharu.

“Ini yang pertama sejak Perang Dingin berlaku,” katanya.

Jelasnya, dengan bunyi amaran itu penduduk dan pelancong boleh melarikan diri dalam masa kurang 20 minit.

“Walaupun serangan (nuklear) hari ini amat jauh tetapi kami percaya langkah proaktif penting sebagai persediaan,” katanya.

Sementara itu bagi pelancong, langkah awal keselamatan yang dilaksnaakan Hawaii itu tepat pada masanya.

Hawai merupakan negara paling hampir dengan Korea Utara dan kehadiran tenteranya dalam jumlah yang besar memudahkan sasaran.



Source link

read more

Banjir: Jangan tunggu air mencecah lantai – Nasional


HULU TERENGGANU 1 Dis. – Masih ramai penduduk di kawasan yang terjejas akibat banjir di daerah ini bersikap ‘tunggu dan lihat’ sebelum memutuskan untuk berpindah walapun kawasan persekitaran sudah dinaiki air.

Tinjauan pihak Bomba dan Penyelamat daerah bersama media hari ini di beberapa kampung yang dilanda banjir mendapati sebilangan daripada mereka belum bersedia meninggalkan rumah walaupun dinasihatkan agar berbuat demikian kerana air dikatakan belum mencecah lantai.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Hairysam Mat Taha berkata, penduduk perlu mengambil kira keselamatan mereka dan keluarga dengan tidak menunggu keadaan semakin buruk apatah lagi hujan belum reda.

Di beberapa buah kampung termasuk Nibong dan Bukit Tadok, tinjauan mendapati air semakin naik apabila hujan lebat sejak semalam, dan pihak bomba yang mendekati sebilangan penduduk, menasihatkan mereka agar berpindah segera sebelum banjir lebih teruk.

“Biasanya dah menjadi amalan bagi mereka, air dah nak mencecah anak tangga rumah atau lantai… baharulah mereka sedia berpindah, dan ini menyukarkan pihak yang terlibat untuk melakukan operasi menyelamat.

“Dalam keadaan air sungai semakin naik, banjir mungkin bertambah besar, jadi semakin sukarlah pihak kami untuk menjalankan kerja menyelamat apatah jika waktu malam ditambah lagi dengan arus air deras,” katanya pemberita. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pasangan suami isteri disyaki terlibat penipuan pakej umrah ditahan



KUANTAN: Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam penipuan pakej umrah terhadap 48 mangsa, melibatkan kerugian berjumlah RM356,200.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berusia 47 dan 43 tahun itu ditahan pada 28 Nov lalu, selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, dekat sini.

Katanya, perbuatan kedua-dua suspek terbongkar selepas salah salah seorang mangsa dihubungi oleh agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah kerana didakwa belum menjelaskan bayaran untuk mengerjakan umrah.

“Mangsa sebenarnya berurusan dengan suspek lelaki yang merupakan pengurus agensi pelancongan itu bagi cawangan di daerah ini.

“Suspek dipercayai meminta mangsa menjelaskan bayaran ke dalam akaun syarikat yang mempunyai nama seakan-akan nama agensi pelancongan itu, yang mana isterinya merupakan pengarah syarikat itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah, tempoh reman pasangan suami isteri itu tamat hari ini, dan mereka dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

— BERNAMA



Source link

read more

5 tahun tak putus usaha ini ikhtiar suami Elyana demi mencari penawar barah



Tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati, azimat itu yang dipegang suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi mencari penawar menyembuhkan barah limfoma yang dihidapi suri hatinya.

Kata Khairul, sejak lima tahun lepas mereka tidak berputus asa untuk mencari ikhtiar merawat dan mencegah sel-sel kanser itu daripada menular.

“5 tahun berperang dengan penyakit kanser, bercerita, bertanya dan berkongsi segalanya tentang penyakit itu rasanya seperti pakar kanser pula.

“Selain kemoterapi, pelbagai ubat-ubatan sudah kami cuba. Sebut sahaja jenis ubatnya, semua pernah Elyana telan.

“Ramai yang menyarankan Elyana cuba pelbagai rawatan namun pendek katanya hampir 90 peratus sudah kami buat.

“Berubat secara moden, berjumpa doktor pun sudah. Berjumpa ustaz, berubat secara tradisional pun sudah, makan jamu pun sudah.

“Malah, sebelum bermula Gegar Vaganza 4 (GV4) pun kami sekeluarga ke Jakarta, Indonesia untuk berubat dengan seorang pengamal perubatan berpangkat Ketua Doktor Angkatan Tentera di sana dengan kaedah jamu.

“Katanya, mengamalkan perubatan jamu mungkin makan masa dan ada banyak pantang larang daripada segi makanan, namun apa salahnya kami berikhtiar,” kongsi Khairul eksklusif kepada Astro Gempak.

Penjelasan Khairul sedikit sebanyak menjawab dan menangkis persepsi buruk tentang ulang-aliknya Elyana ke kepulauan maritim itu.

BACA: Di Sebalik Tawa, Ini Cerita Dan Air Mata Dari Hati Suami Elyana

BACA: Saya okay, jangan risau’ – Elyana

BACA: ‘Elyana mengadu letih, tapi tak sangka pula tengah sakit’ – Hazami

Tekanan juga kata Khairul menjadi baja untuk sel-sel kanser dalam badan Elyana pantas membiak.

“Selepas dia membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan kemoterapi, saya lihat dia lebih berkeyakinan dan gembira apabila mendapat semula dirinya yang dulu,” katanya.

Kali pertama Elyana mengetahui dia menghidap kanser limfoma tahap dua pada tahun 2012 selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Cinta Sumayyah.

Namun, pada awal tahun ini, kanser limfoma itu dikesan sudah berada pada tahap empat dan telah menyerang paru-paru dan tulang badannya.

Bersama-sama kita doakan kesihatan Elyana kembali pulih seperti sedia kala dan hadiahkan kata-kata positif kepadanya. Jangan putus harapan dan kuatkan semangat!

Kami di Astro Gempak mendoakan kesejahteraan Elyana.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Anak mati kesejukan ibu ditahan polis



SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit asma dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia (keadaan terdedah kpd cuaca sejuk).

Mayat kanak-kanak malang yang bercita-cita menjadi seorang doktor itu ditemui ‘kaku’ di luar rumahnya di Birmingham pukul 7.30 pagi pada Ahad.

Mangsa, Hakeem Hussain disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pasukan perubatan tiba di kediaman keluarganya.

Hakeem dipercayai berada di luar rumah beberapa jam dan dilaporkan jantungnya terhenti.

Difahamkan, mangsa mati akibat hipotermia walapun perkata itu belum dapat disahkan lagi malam tadi.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dilakukan hari ini.

Ibunya, Laura Heath, 35 dikatakan tinggal bersama datuk saudara mangsa iaitu Timothy Busk, 56 dan kedua-dua mereka ditahan polis.

Busk ditangkap kerana disyaki dengan sengaja melayan seorang kanak-kanak itu dengan buruk manakala Laura pula disoal siasat kerana dipercayai cuai.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah dilepaskan dalam siasatan sementara pertanyaan terus diteruskan.



Source link

read more

Akihito dijangka turun takhta April 2019 – Luar Negara


TOKYO 1 Dis. – Maharaja Jepun, Maharaja Akihito dijangka turun daripada takhtanya menjelang penghujung April 2019 nanti.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Shinzo Abe selepas mempengerusikan satu mesyuarat panel khas diraja berkaitan perkara tersebut di sini, lapor BBC.

Maharaja Akihito, 83, sebelum ini pernah memaklumkan bahawa baginda tidak lagi mampu menggalas tugasnya selaku pemerintah Jepun disebabkan faktor usia dan kesihatannya yang tidak menentu.

Pada tarikh itu, baginda dijangka menjadi maharaja Jepun pertama yang turun takhta dalam tempoh lebih 200 tahun sebelum digantikan oleh anakanda sulungnya, Putera Mahkota Naruhito.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons