Sifat Taayush dorong rakyat hidup inklusif mengasihani – Dr Afifi



KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran bukan hanya sekadar mengamalkan sikap toleransi sebaliknya yang lebih penting adalah sikap saling menghormati antara satu sama lain yang juga dikenali sebagai Ta’ayush.

Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti berkata, Ta’ayush yang disebut ulama sebelum ini penting dalam memastikan rakyat hidup secara inklusif dan saling mengasihani.

“Kita perlu menghormati hak dan budaya orang lain dengan bukan hanya sekadar bersikap toleransi tetapi menghormati serta mengasihani antara satu sama lain,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Beliau yang jaga dikenali sebagai Orang Besar Lapan Perak itu menasihati umat Islam agar berhati-hati ketika merujuk maklumat mengenai agama menerusi internet bagi mengelak terjerumus dengan fahaman pelampau.

Kata beliau, di zaman ini, umat Islam terdedah dengan fahaman pelampau yang diperoleh melalui internet.

“Di zaman ini senang untuk sesiapa mendapat pedoman daripada internet seperti Tok Guru Google, Sheikh Google dan Maulana Google.

“Masalah itu dikhuatiri akan melahirkan golongan berfahaman ekstrim jika kita tidak berhati-hati,” katanya.

Beliau juga memberi amaran agar umat Islam tidak terbawa-bawa dengan ajaran kumpulan yang mensyirikkan Islam sehingga sanggup membunuh.

“Kumpulan Daish hanya beranggapan mereka sahaja yang betul lalu mensyirikkan amalan dan pegangan sekali gus membidaahkan amalan yang sudah dibenarkan oleh para imam terkemuka,” jelasnya.

Dr. Afifi merujuk kepada serangan terbaru kumpulan Daish ke atas sebuah masjid di utara Sinai, Mesir yang meragut 300 nyawa.

Tambahnya dunia Islam juga semakin ke hadapan, malah negara seperti Arab Saudi sudah mula menerima amalan yang pernah disifatkan haram sebelum ini, seperti menyambut Maulidur Rasul.

“Kita (di Nusantara) patut bersyukur yang mana kita sudah meraikan Maulidur Rasul sejak bertahun-tahun dahulu.

“Kini saudara kira di Arab Saudi mula mengikuti jejak langkah kita, jadi saya berharap orang-orang yang menentang akan berhenti menentang dan terus bergerak ke hadapan demi kejayaan ummah,” jelas beliau.

Arab Saudi sebelum ini melarang sambutan Maulidur Rasul. Bagaimanapun bermula tahun ini Riyadh mengumumkan cuti umum sempena Maulidur Rasul.



Source link

read more

Kompleks kerajaan Pakistan diserang penyerang ditembak mati



PESHAWAR: Sebuah kompleks kerajaan Pakistan di Penshawar diserang tiga lelaki bersenjata hari ini, menyaksikan 11 orang cedera termasuk enam pelajar.

Ketua Polis Khyber Pakhtunkhwa, Salahuddin Mahsud memaklumkan, serangan berlaku pada awal pagi tadi di pintu utama Jabatan Pertanian mencederakan dua pengawal dan dua pelajar.

Sementara tujuh yang lain cedera ketika pertempuran.

Tiga penyerang berkenaan memakai ‘burqa’ dan melepaskan tembakan di pintu utama bangunan itu.

Tambahnya, polis berjaya menembak mati salah seorang penyerang yang bersembunyi di bangunan yang menempatkan pejabat, institut pengajian dan asrama.

11 yang cedera dikejarkan ke hospital termasuk empat pengawal keselamatan, seorang wartwan dan enam pelajar.

Puluhan yang lain berjaya diselamatkan.



Source link

read more

Rumah musnah ditimpa tanah runtuh – Nahas & Bencana


GUA MUSANG 1 Dis. – Sebuah rumah yang dihuni tiga beranak di Kampung Sungai Toh di sini musnah ditimbus tanah daripada runtuhan bukit di belakang kediaman mereka semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku ketika hujan lebat melanda, namun tidak melibatkan kemalangan nyawa selepas keluarga terbabit berjaya menyelamat diri.

Ekoran kejadian itu, keluarga tersebut terpaksa menumpang di rumah saudara mereka selain tinggal sehelai sepinggang.

Mangsa, Rosdi Akiri Ismail, 27, berkata, ketika kejadian, dia dan keluarga tiada di rumah kerana sedang membantu ibu bapanya yang terperangkap dalam banjir di Kampung Jeram Tekoh.

Katanya, dia tergamam selepas seorang rakannya memberitahu rumah yang didiami sejak tiga tahun lalu bersama isteri dan seorang anak berusia dua tahun musnah ditimbus tanah runtuh.

“Pada pukul 5 petang, saya telah ke Kampung Jeram Tekoh untuk membantu ayah, Ismail Zainal, 74, memindahkan barangan berharga. Ketika itu, hujan turun dengan begitu lebat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, mereka sekeluarga juga tidak menyangka bukit yang terletak kira-kira lima meter dari tapak rumahnya akan runtuh selepas hujan lebat semalam.

“Selepas selesai membantu ahli keluarga berpindah, saya pulang ke rumah dan hati saya begitu luluh melihat keadaan rumah yang telah musnah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah yang melawat keluarga itu berharap mangsa bersabar dengan kejadian yang berlaku.

Katanya, keadaan hujan ketika ini memberi risiko kepada mangsa kerana kemungkinan berlaku runtuhan kali kedua. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mangsa banjir di Kelantan meningkat petang ini



KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 13,528 orang pada 5 petang ini berbanding 13,300 orang pada 12 tengah hari tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,357 keluarga itu ditempatkan di 64 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 9,320 mangsa daripada 3,966 keluarga yang berada di 38 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,934 mangsa daripada 1,019 keluarga di lapan PPS.

Selain itu, 824 mangsa daripada 245 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh; 200 mangsa daripada 61 keluarga di tiga PPS di Kota Bharu; 133 mangsa daripada 39 keluarga di empat PPS di Tanah Merah dan 117 mangsa daripada 27 keluarga di tiga PPS di Gua Musang.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan kekal pada paras 10.26 meter sejak 12 tengah hari hingga 4 petang tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.67 meter berbanding 3.70 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 5 petang ini manakala hujan kadangkala berlaku di beberapa tempat.

— BERNAMA

 



Source link

read more

Jenazah bekas setiausaha agung ASEAN Allahyarham Dr Surin Pitsuwan dikebumikan



BANGKOK: Jenazah bekas Setiausaha Agung ASEAN, Allahyarham Dr Surin Pitsuwan yang meninggal dunia semalam selepas serangan jantung dikebumikan hari ini.

Jenazah negarawan berusia 68 tahun itu dikebumikan kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) di tanah perkuburan Islam bersebelahan Masjid Tha It, di Nonthaburi, Bangkok tidak jauh dari kediamannya dengan dihadiri beratus-ratus rakyat dari kalangan masyarakat Islam tempatan.

Beratus-ratus orang termasuk anak-anak lelakinya menyertai solat jenazah untuk allahyarham di masjid yang sama.

Raja Maha Vajiralongkorn dan Puteri Chakri Sirindhorn serta Puteri Soamsawali menghantar wakil mereka ke upacara pengebumian dan menyediakan “tanah diraja” untuk upacara pengebumian.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 3 petang (waktu tempatan) semalam selepas rebah di kediamannya ketika sedang bersiap untuk menghadiri Perhimpunan Halal Thailand 2017 di Bitec Bangna.

Surin dikejarkan ke Hospital Ramkhamhaeng tetapi disahkan meninggal tidak lama kemudian.

BACA: Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN – Institut Integriti Malaysia

BACA: Belasungkawa: Tan Sri Dr Surin Pitsuwan

Antara kenamaan yang melawat kediamannya hari ini ialah bekas Perdana Menteri Chuan Leekpai yangh kekal sebagai penasihat kepada Parti Demokrat itu dan pemimpin kanan parti selain ahli politik dan anggota komuniti diplomatik.

Surin ialah timbalan menteri luar Thailand dari 1992 hingga 1995 sebelum dilantik sebagai menteri luar Thailand dari 1997 hingga 2001 semasa di bawah kepimpinan Leekpai.

Pada 1 Jan, 2008, beliau dinamakan sebagai setiausaha agung ASEAN.

Surin yang berasal dari Nakhon Si Thammarat meninggalkan seorang isteri, Alisa dan tiga orang anak. Allahyarham menjadi setiausaha agung ASEAN selama lima tahun dengan melakar banyak pencapaian di bidang diplomatik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Suwaphan Tanyuwattana yang mewakili Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha, juga mengunjungi kediaman Surin untuk menyampaikan ucapan takziah daripada kerajaan Thailand.

— BERNAMA



Source link

read more

1.8 anggota APM sedia bantu mangsa banjir – Nahas & Bencana


LUMUT 1 Nov. – Seramai 1.8 juta anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, kesemua anggota tersebut bersedia digerakkan pada bila-bila masa untuk membantu polis, tentera, bomba dan pasukan sukarelawan dalam memastikan mangsa banjir mendapat bantuan terbaik.

“Anggota pasukan penyelamat akan gerakkan ke seluruh negara. Saya juga bergerak dari Terengganu, Kelantan, Perak dan Perlis.

“Di pusat pemindahan sementara sewajarnya polis bertindak sebagai ketua, timbalannya pihak bomba dan agensi lain seperti APM, Rela dan sebagainya membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat penempatan banjir Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, di sini hari ini.

Mengenai keadaan banjir di daerah Manjung, Shahidan berkata, sebanyak enam pusat pemindahan kini dibuka bagi menempatkan 943 mangsa dari 225 keluarga dan kesemua pusat pemindahan tersebut diuruskan dengan baik khususnya dari aspek bekalan pemakanan.

Beliau berkata, Perak diletakkan pada tahap amaran berjaga-jaga dan APM bersedia menghantar pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke negeri ini sekiranya keadaan banjir membimbangkan.

Katanya, pasukan SMART telah di Kelantan dan Terengganu.

“Kita ambil pendekatan iaitu jika dapat amaran berjaga sahaja, anggota penyelamat mesti dihantar ke lokasi.

“Pusat pemindahan juga diaktifkan serta merta kecuali banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru di luar jangkaan,” katanya.

Menurut Shahidan, APM mempunyai aset yang mencukupi dan dalam keadaan terbaik bagi menghadapi bencana banjir.

“Aset kerajaan dan juga aset pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh kita sewa termasuk persatuan nelayan akan digembleng di bawah satu bumbung untuk digerakkan sekiranya diperlukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Enam rakyat Malaysia cuba seludup RM2.1 juta dadah ditahan di Hong Kong



HONG KONG: Seramai enam rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana dipercayai cuba menyeludup masuk dadah bernilai RM2.1 juta ke negara itu, lapor media tempatan semalam.

Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 dan 28 tahun itu tiba di lapangan terbang tersebut pada Rabu.

Menurut laporan The South China Morning Post (SCMP) yang memetik sumber berkata, pemeriksaan yang dilakukan pihak kastam di lapangan terbang itu menemui lebih lapar kilogram dadah ketamin yang dibalut pada tubuh pada empat daripada enam lelaki terbabit.

Berdasarkan sumber, kebanyakan dadah yang diseludup ke negara ini melalui Tanah Besar dan menambah kesemua suspek mungkin beranggapan mereka tidak akan diperiksa secara rapi oleh pihak berkuasa lapangan terbang memandangkan mereka menyertai kumpulan pelancong.

Malah, kesemua suspek belum lagi didakwa atas kesalahan itu.

Tambah SCMP, tangkapan sebelum ini melibatkan rakyat Malaysia berkaitan penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dilakukan pada 10 tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada pasukan Polis Hong Kong.

“Kita mengetahui mengenai perkara itu dan telah berhubung dengan pasukan Polis Hong Kong untuk mendapatkan maklumat terperinci.

“Untuk makluman, tangkapan itu dilakukan oleh pihak kastam dan bukannya polis. Oleh itu, PDRM perlu mendapatkan maklumat dari rakan kita (polis) di negara tersebut,” katanya.



Source link

read more

Elaine Daly hamil anak kedua alami alahan teruk



PELAKON dan model, Elaine Daly mengumumkan sedang hamil anak kedua yang kini berusia 14 minggu.

Menerusi akaun Instagram(IG)nya, Elaine mengesahkan dia bakal menyambut kelahiran bayinya itu pada Mei 2018.

Pun begitu, Elaine yang memuat naik gambar ultrasound bayinya itu memberitahu dia kini sedang berehat dan tidak dapat menghadiri mana-mana acara hiburan dan sebagainya.

Elaine meminta maaf kerana tidak dapat berbuat demikian disebabkan alahan teruk yang dialaminya.

Bagaimanapun dia mengharapkan agar proses kehamilannya selepas ini berjalan dengan lancar dan baik sehingga bersalin.

Elaine berkahwin dengan seorang doktor berasal dari Afrika Selatan iaitu Nick Borden pada 4 Disember 2014.

Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Jean Boden yang kini berusia dua tahun.



Source link

read more

Dua maut kemalangan kereta, bas – Nahas & Bencana


PARIT 1 Dis. – Dua maut apabila kereta jenis Proton Saga yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah bas Perak Transit di Bukit Berapit, di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 4.28 petang.

Menurutnya, ketika anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit tiba di tempat kejadian, dua orang didapati tersepit di dalam kereta manakala pemandu bas enam dan penumpangnya tidak mengalami kecederaan.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dengan peralatan khas dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

India kurangkan eksport harga bawang dunia dijangka melambung



MUMBAI/DHAKA: Negara-negara rantau Asia seperti Malaysia dan Bangladesh dijangka berhadapan masalah untuk mendapatkan bekalan bawang selepas pengeksport bawang terbesar dunia, India, mengambil keputusan menghadkan penjualannya ke negara lain.

Bawang yang merupakan antara bahan asas di dalam masakan warga Asia, sedang mengalami kekurangan bekalan di serata dunia.

Menurut seorang penjual di Dhaka, Bangladesh harga bawang dianggar akan kekal mahal dan bekalannya berkurangan untuk sekurang-kurangnya dua bulan sehingga India menamatkan had eksport bahan itu.

“Di Dhaka, harga bawang tidak stabil untuk beberapa bulan dan pernah mencecah 100 taka (sekitar RM5) satu kilogram minggu ini.

“Kami harap harga akan kembali normal setelah tuaian baharu di India mula dijual di pasaran,” kata Mohammad Idris kepada Reuters.

Kenaikan harga runcit bawang sebanyak tujuh kali ganda dalam masa lima bulan telah menyebabkan India menetapkan harga minimum kepada US$850 (sekitar RM3,480) satu tan sehingga hujung 2017, dibandingkan dengan US$700 (RM2,863) sebelum ini.

Seorang pengeksport dari India, Ajit Shah, berkata tidak ramai pengimport yang sanggup bayar US$850 untuk satu tan bawang.

India mengeksport 2.4 juta tan bawang pada 2016/17, kebanyakannya kepada Bangladesh, Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Pengeksport lain termasuk Pakistan, China dan Mesir.

Negara pengimport seperti Malaysia, Bangladesh, Sri Lanka, UAE, Indonesia dan Nepal kini beralih ke China dan Mesir untuk bekalan, tetapi bekalan mereka masih tidak mencukupi.

Pembeli Asia lebih suka bawang dari India kerana rasa yang sedap, kos pengangkutan murah dan penghantaran cepat.

Penghantaran dari Mesir mengambil masa satu bulan, 20 hari dari China manakala penghantaran dari India hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons