Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu – Ude keyboardist Gegar Vaganza 4


PEMUZIK Gegar Vaganza 4 (GV4), Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, mengakui telah bernikah dengan pelakon popular Izreen Azminda, 32, pada 8 Ogos lalu.

Bagaimanapun Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude merahsiakan lokasi pernikahan mereka.

“Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.

“Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan dengan Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan,” katanya.

BACA: ‘Doakan yang terbaik untuk kami’ – kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda

BACA: Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu – Isteri pemuzik

Ude berkata demikian ketika mengulas kenyataan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 32, yang rela bermadu dengan aktres popular.

Sehubungan itu Ude memohon agar semua pihak berhenti menyebarkan spekulasi dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isterinya.

“Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.

“Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

“Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.

“Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain,” katanya.

Ude dan Intan Liana yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.

Mengulas dakwaan mengatakan rumahtangga bersama isteri pertama berantakan selepas berkahwin secara sembunyi dengan Izreen, Ude menafikannya.

Ude turut memohon pihak media juga tidak mengganggu privasi keluarganya.

“Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.

“Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga,” katanya.

Sumber: BH Online

Foto: Facebook Intan Liana



Source link

read more

ASEAN perlu wujudkan kaedah dan peraturan perkasakan teknologi maklumat – Nasional


PUTRAJAYA 30 Nov. – Negara-negara anggota ASEAN perlu terus mewujudkan kaedah dan peraturan untuk melindungi dan mempromosi manfaat jangka panjang bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta pengguna internet, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata, sebagai penggubal dasar dan pengawal selia komunikasi, terdapat keperluan untuk menjadi inovatif dan berusaha mewujudkan kaedah dan peraturan yang fleksibel, berkesan dan boleh dikuatkuasakan.

“Kita perlu terbuka untuk menguruskan semua kemungkinan dan memastikan persekitaran selamat bagi berjuta-juta masyarakat di ASEAN yang bergantung kepada Internet.

“Kita mesti terus memberi kepimpinan dan selaras dengan isu-isu pengguna, pihak berkepentingan, keterlibatan dan advokasi, kepercayaan dan keselamatan, infrastruktur, piawaian dan data,” kata beliau pada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan IT (TELMIN) ke-17 di Siam Reap, Kemboja, hari ini.

Untuk memajukan ekonomi digital ASEAN, Jailani berkata adalah penting untuk mencapai kesetaraan dan kesepakatan dalam dasar dan peraturan. – BERNAMA



Source link

read more

Forex Individu dinamakan RCI mungkin disiasat polis – TPM Zahid



PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan individu yang dinamakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an akan dipanggil untuk siasatan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan khusus untuk mendakwa mereka tetapi berdasarkan syor kajian, individu terbabit boleh disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebagaimana yang dinyatakan Ketua Polis Negara, pihak polis, khususnya JSJK akan menjalankan siasatan jika ada laporan polis dibuat selain permintaan secara rasmi,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Karnival Planet Ummah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2017 di Masjid Putra pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, pihak Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.



Source link

read more

Hidup sepi mati sendiri Kodokushi trend membimbangkan di Jepun



TOKYO: Bau busuk yang menusuk hidung mengisi ruang udara ketika petugas pembersih, Hidemitsu Ohshima, memasuki sebuah apartmen, dengan mayat seorang lelaki terbaring dan mereput sejak tiga minggu.

Lelaki berusia 50-an itu, mati sendirian di kota yang berpopulasi puluhan juta, namun tiada sesiapa yang tahu.

Keadaan kematian seperti itu menjadikannya mangsa terbaharu ‘Kodokushi’ atau bermaksud ‘mati keseorangan’ – suatu trend yang semakin membimbangkan di Jepun.

Lengkap berpakaian pelindung dan sarung tangan getah, Hidemitsu mengangkat sekeping tilam yang lencun dibasahi cecair tubuh mayat itu, lantas mendedahkan ribuan ulat dan kumbang-kumbang hitam.

“Ini serius. Anda memakai pakaian khas ini untuk melindungi diri daripada serangga yang mungkin membawa penyakit,” ujarnya yang seterusnya berdepan masalah untuk mencari waris mangsa tersebut.

Masalah Kodokushi semakin meningkat di Negara Matahari Terbit itu, dengan 27.7 peratus populasinya berusia lebih 65 tahun dan ramai orang putus asa untuk mencari pasangan ketika sampai ke pertengahan usia, lalu memilih untuk hidup bersendirian, lapor AFP.

Tiada statistik rasmi tentang kes orang yang mati tanpa diketahui selama berhari-hari atau berminggu-minggu, namun pakar menganggarkan jumlah itu mencapai 30,000 kes setahun.

Begitupun, bagi syarikat yang sering membersihkan keadaan seumpamanya, angka itu dipercayai dua atau tiga kali ganda.

Jepun era moden mengalami perubahan ketara dari aspek budaya dan ekonomi, namun sistem keselamatan sosial negara itu, sama seperti banyak negara di Asia, masih bergantung kepada keluarga untuk menjaga golongan warga emas.

“Di Jepun, institusi keluarga masih menjadi asas kukuh bagi sokongan sosial.

“Tapi sekarang ia berubah, dengan peningkatan individu membujang selain saiz keluarga yang menjadi semakin kecil,” ujar pakar isu kebajikan dari Institut Penyelidikan dan Maklumat Muzuho, Katsuhiko Fujimori.

Kadar perkahwinan juga menurun, dengan golongan lelaki memberi alasan dunia kerjaya mereka terlalu menuntut masa dan terlalu sibuk untuk memikirkan soal rumahtangga, manakala semakin ramai wanita memasuki alam pekerjaan dan tidak lagi bergantung kepada lelaki.

Atas sebab menjaga adab pula, warga emas Jepun tidak mahu membebankan jiran untuk mengharapkan bantuan dalam kes-kes kecemasan, menyebabkan kurangnya interaksi, jelas Fujimori.

“Jika institusi keluarga tidak lagi memainkan peranan, masyarakat perlu membentuk rangka kerja yang bertindak terhadap keperluan itu.

“Jika itu tidak dilakukan, kita akan melihat lebih banyak kes ‘mati keseorangan’,” kata Fujimori.



Source link

read more

Kita perlu realistik – Kim Swee – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pengendali skuad Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee memberi peringatan kepada peminat bola sepak tempatan agar tidak terlalu menaruh harapan tinggi kepada pasukan bimbingannya itu menjelang Kejuaraan B-23 AFC 2018.

Bagaimanapun, Kim Swee menegaskan penyertaan mereka dalam kejohanan tersebut bukan mahu mengambil bahagian semata-mata sebaliknya tetap bernafsu untuk menyaingi setiap lawan.

Malaysia pertama kali layak menyertai kejohanan tersebut diletakkan dalam Kumpulan C bakal memulakan kempen menentang Iraq pada 10 Januari depan kemudian Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari) di Jiangsu, China.

“Satu perkara yang positif (menaruh harapan) namun kita kena berbalik kepada realiti. Walaupun Malaysia layak untuk menyertai kejohanan ini tetapi perlu diingatkan ini merupakan kali pertama kita menyertainya.

“Bagaimanapun, itu bukan bermakna kita pergi ke sana (China) hanya mahu mengambil bahagian semata-mata. Apa yang penting, pemain dan penyokong perlu tahu ini kali pertama kita layak untuk beraksi di peringkat tertinggi di Asia bagi B-22.

“Apa yang penting pemain boleh beraksi dengan baik dan menyaingi pasukan lain di mana itu akan memberi pendedahan kepada pemain. Jika layak untuk ke peringkat seterusnya itu dianggap bonus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kim Swee memberitahu beliau akan menguji kekuatan pemainnya menerusi dua aksi persahabatan menentang Pj Rangers pada 9 Disember ini dan Melaka United (14 Disember).

“Daripada situ (aksi persahabatan) saya dapat menilai pemain dengan lebih baik. Penting juga untuk saya memantau ketika berlatih namun akhirnya pada aksi persahabatan yang menjadi keutamaan. Venue untuk kedua-dua aksi tersebut masih belum dapat dipastikan lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

New HIV infections AIDS-related deaths continue to stabilise in Malaysia



KUALA LUMPUR: “To uproot the AIDS epidemic, it will be necessary to deal with its root societal causes – namely a lack of respect for human rights.”

Those cautionary words of Dr. Jonathan Mann – pioneer of the global AIDS movement at the height of the epidemic in the 1980’s – could not ring any truer today as we observe this year’s World AIDS Day aptly themed Right to Health.

Regarding the spread of HIV as a social injustice, Dr. Mann established the intersection of health and human rights. The way the world viewed the AIDS epidemic was forever changed – or, at the very least, challenged.

The many successes of the AIDS response that we took for granted today were the result – direct or otherwise – of Dr. Mann’s groundbreaking work.

Without Dr. Mann’s authoritative voice and fierce advocacy, especially during his time as Director of the World Health Organization’s Global Programme on AIDS which he founded, we could not possibly dream of a world where the global scale-up of antiretroviral therapy has contributed to the 48 per cent decline in deaths from AIDS-related causes and enabled the more than 20 million people with HIV around the world to lead full lives.

At home, we share some of the progress made in the global AIDS response. New HIV infections and AIDS-related deaths continued to stabilise. Cases of mother-to-child transmission have fallen to a 20-year low.

And thanks to the expansion of harm reduction – a risk reduction strategy built on the respect for the rights of people who use drugs – new HIV infections via the drug injecting route have declined by over 60 per cent since the programme was introduced in 2006.

However, there were instances this past year where, in the words of Dr. Mann, “[the] lack of respect for human rights” threatened to undo the advances in the national AIDS response and the growing visibility and understanding of sexual minorities impacted by HIV/AIDS, namely men who have sex with men and transgender women.
 
With the rise of sexually transmitted HIV (which accounted for 84 per cent of new infections last year), certain quarters were quick to point the finger of blame to these sexual minorities and the LGBT community.

In response, we warned about the harms of hate and fear mongering and spoke against allowing homophobia and trans-phobia from pervading the HIV/AIDS discourse.

Transgender women – a key population whose HIV prevalence is 14 times higher than the general population – continue to suffer systemic harassment, arrests, abuse and persecution at the hands of religious authorities for expressing their gender identity.

Not only are these deplorable acts contrarian to human rights, they unjustly deny their access and right to health.

The ominous “lack of respect for human rights” has no place in the AIDS response, particularly now that we, together with the Ministry of Health Malaysia, have embarked on a mission to end AIDS by 2030.

To this end, we have introduced new community-based health innovations to tackle the escalating sexual health crisis.

The case management approach for men who have sex with men, the pilot project of which was proven successful, is now being expanded for scale and reach to cover other key populations such as people who use drugs and sex workers with lifesaving HIV prevention, treatment and support. 

Community-based testing, an approach to complement the Government-provided anonymous HIV testing and counseling at health clinics, empowers the key populations themselves to undergo HIV testing with the help of their peers without fear, stigma or prejudice.

Our commitment to the protection of rights of people living with HIV at the workplace pushed our advocacy and that of our sister organisation, the Malaysian AIDS Foundation, for the legislation of an anti-discrimination act. Our efforts were paid off when the Minister of Human Resources himself announced his Ministry’s support for this proposition.

The right to health also underpinned our work in advancing discussions with the Ministry of Education via its Deputy Minister on the integration of HIV/AIDS education into secondary school syllabus.

In our bid to further improve the understanding of HIV/AIDS issues through the religious lens, we worked with the Department of Islamic Development Malaysia on the Resolution of the Islam & HIV Roundtable Meeting, built on the principles of public health and values of compassion, acceptance and respect for the right to health.

We have more than enough evidence to show that a rights-based approach to the AIDS response is a right one, and we will continue to work within a human rights framework in meeting the targets and addressing the challenges of the ending AIDS phase.

Dr. Mann died almost two decades ago.

Today, his legacy continues in making the protection of the individual’s fundamental right to health our shared responsibility.


 * World AIDS Day is observed globally on 1 December each year

** This World AIDS Day Message 2017 is by Malaysian AIDS Council President, Bakhtiar Talhah



Source link

read more

Kongsikan idea anda di Kanvas Belia TN50



KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengeluarkan sorotan digital draf laporan aspirasi belia dalam fasa akhir inisiatif pendampingan belia Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Laporan yang dinamakan ‘Kanvas Belia TN50’ itu menghimpunkan pelbagai aspirasi belia malaysia untuk era transformasi negara seterusnya.

KBS dalam satu kenyataan memaklumkan sorotan digital laporan itu akan diaktifkan jam 12
tengahari, 1 Disember ini di www.mytn50.com/kanvasbelia.

Ia bertujuan mengumpul maklum balas akhir daripada golongan belia bagi memastikan semua pandangan diambil kira sebelum laporan penuh dimuktamad dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Januari tahun depan.

Para belia juga dijemput berkongsi idea dengan berinteraksi di laman web Kanvas Belia TN50 atau dengan meletakkan hashtag #ideaTN50 di media sosial.

Suarakan pandangan dan idea anda sebelum 31 Disember 2017 untuk menjadi sebahagian daripada usaha Transformasi Nasional ini.



Source link

read more

Lebih banyak keganasan kebuluran pada 2018



GENEVA: Krisis kemanusiaan di seluruh dunia dijangka terus memburuk tahun hadapan dengan ancaman perang saudara di Afrika, kebuluran dan ancaman keganasan kumpulan militan berasaskan agama, lapor badan pemikir Geneva.

Laporan dikeluarkan oleh ACAPS, badan bukan berasaskan keuntungan yang membuat kajian terhadap 18 buah negara mendapati krisis kemanusian memburuk di kawasan konflik.

“Jika 2017 tidak kelihatan bagus, ramalan untuk 2018 tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan: keadaan keganasan dan ketidakselamatan mungkin merosot di Afghanistan, Congo, Libya, Habsyah, Mali, Somalia dan Syria tahun depan,” kata Pengarah ACAPS, Lars Peter Nissen dalam laporan berkenaan.

Laporan bertajuk Kemanusiaan, Analisis Krisis-krisis Utama 2018″ itu turut meramalkan 
Habsyah akan menyertai Nigeria, Somalia, Selatan Sudan dan Yaman sebagai negara yang menghadapi risiko kebuluran. 

Pilihanraya yang dijangka akan diadakan di Afghanistan, Iraq, Libya, Selatan Sudan dan Venezuela tahun hadapan juga hanya akan menambahkan lagi ketegangan dan menyemarakkan keganasan.

Malah ekstremisme Islam juga akan terus mendatangkan kematian dan konflik, kata laporan itu lagi.

Walaupun kekalahan Daish di kubu-kubu utamanya di Iraq, kumpulan berkenaan dijangka meneruskan serangan-serangan untuk mengugat kerajaan, serta memperoleh kekuatan.

MIlitan Daish juga berkemungkinan mengukuhkan kedudukannya di Somalia, yang secara langsung memberi kesan terhadap orang awam.

Dalam satu laporan berasingan, Famine Early Warning Systems Network turut meramalkan kira-kira 76 juta orang merentasi 45 buah negara mungkin memerlukan bantuan makanan segera  pada 2018.

Keadaan itu didorong oleh konflik, kemarau panjang di benua Afrika dan ramalan taburan hujan sedikit di rantau berkenaan tahun hadapan.



Source link

read more

Pensyarah Oxford terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul – Nasional


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pensyarah Pengajian Islam, Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439 Hijrah yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Dengan penganugerahan itu, pakar dalam bidang teologi Islam, Falsafah dan Sains menerima wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.

Majlis penyampaian anugerah itu, disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, sambil diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Lapan penerima lain ialah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md. Amin, bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz, Setiausaha Agung Pertama dari Malaysia untuk Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8), Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, Perunding Utama Kriteria Pengukuran Indeks Syariah, Datuk Aidit Ghazali, Pengarah Eksekutif Akademi Kajian Syariah Antarabangsa (ISRA), Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, Presiden Persatuan Cina Muslim (Macma), Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Anggota Kumpulan Pakar ke Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Prof. Dr. Raihanah Abdullah serta Ahli Astronomi, Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Oxford University lecturer wins 2017 National Premier Maulidur Rasul



KUALA LUMPUR: Lecturer of Islamic Studies at the Faculty of Theology, Oxford University, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti was named as the recipient of the National Premier Maulidur Rasul Award 2017.

He received the award, comprising RM50,000, a plaque, a certificate of appreciation from Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V at the National Maulidur Rasul 2017 celebration at the Federal Territory Mosque here last night.

The event was also attended by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Deputy Prime Minister Datuk SeAhmad Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom and Director-General of the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

When met by reporters, Muhammad Afifi said he hoped that Malaysia could produce more Islamic scholars from outstanding students who performed well in all subjects at secondary school and university level.

“Previously, there was a perception that Islamic scholars were students who failed in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or secondary school.

Hence, the government through the Ministry of Education and the Ministry of Higher Education should encourage excellent students to choose Islamic studies to produce more Islamic scientists and intellectuals,” he said.

He also urged Muslim scholars and scientists to play a big role in clearing the image of Islam which was being badly represented by irresponsible parties.

Apart from Muhammad Afifi, eight other individuals received Maulidur Rasul awards.

They are Melaka Islamic Religious Council deputy chairman Datuk Yaakub Md Amin; Tabung Haji member of the Haj Advisory Committee Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz; and former Malaysian ambassador to Egypt, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

The other recipients are Yayasan Murni Aqidah chairman Datuk Aidit Ghazali; International Syariah Research Academy for Islamic Finance Executive Director Prof Dr Mohamad Akram Laldin; Panel member of Pemikir Dakwah Negara Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin; professor in the Syariah and Law Department, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Prof Datin Dr Raihanah Abdullah; and astronomer Dr Nur Adlyka Ainul Annuar.

They were selected based on their contributions towards empowering Islam at the national and international levels. – BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons