WASHINGTON: Satu pasukan arkeologi di bahagian barat laut China menemukan ratusan fosil telur Pterosaur sekali gus membuka lembaran pemahaman baharu tentang spesies reptilia terbang tersebut yang hidup bersama spesies dinosour yang berjalan di daratan.

Para saintis pada Khamis lalu berkata, mereka telah menemui 215 biji telur bagi Hamipterus tianshanensis – iaitu spesies Pterosaur yang memiliki bentuk tengkorak panjang yang ‘berjambul’, bergigi tajam dan sayap sepanjang lebih daripada 3.5 meter.

Selain itu, sejumlah 16 biji fosil telur yang mengandungi embrio juga ditemukan.

Semua fosil Hamipterus jantan dan betina dewasa itu dijumpai bersama fosil anak-anak dan telur di tapak ekskavasi Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang.

Semua fosil Hamipterus jantan dan betina dewasa itu dijumpai bersama fosil anak-anak dan telur di tapak ekskavasi Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang.

Penemuan fosil itu mengukuhkan bukti sifat dan kewujudan haiwan zaman Cretaceous tersebut yang hidup pada 120 juta tahun lalu.

“Kami mahu menggelarkan wilayah ini sebagai Pterosaur Eden (Taman Syurga Pterosaur),” ujar ahli paleontologi Shunxing Jiang dari Akademi Sains, Institut Paleontologi dan Paleoantropologi Vertebrata China.

Pterosaur adalah haiwan bertulang belakang pertama yang boleh terbang di Bumi. Burung dan kelawar muncul pada zaman terkemudian.

Sebelum ini, belum ada telur Pterosaur yang dijumpai bersama embrio yang terawet dalam tiga dimensi. Pasukan penyelidik menganggarkan 300 biji telur bakal didapatkan, dengan sebahagiannya dipercayai masih tertanam di tapak cari gali itu.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: