Abdul Khalid sertai UMNO? – Politik


KUALA LUMPUR 2 Dis. – Kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Konvensyen UMNO Selangor 2017 bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah menimbulkan spekulasi sama ada bekas Menteri Besar Selangor itu akan menyertai UMNO dan bertarung bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan kononnya bekas pemimpin PKR itu akan menyertai UMNO namun telah dinafikan oleh beliau sendiri.


Justeru, kehadiran beliau yang dilihat bersama TPM dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang juga bekas Menteri Besar Selangor pada hari ini pula menimbulkan tanda tanya berhubung parti yang disokong oleh ahli Parlimen bebas itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun



KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,732 orang di 60 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 8.30 pagi.

Daripada jumlah itu, 5,408 keluarga terbabit ditempatkan di PPS di enam daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.

Berdasarkan Portal E-Banjir Kelantan, Pasir Mas terus mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi, tetapi berkurangan sedikit kepada 9,236 mangsa daripada 3,909 keluarga yang dipindah di 36 PPS berbanding 9,414 orang, malam tadi.

Bagaimanapun, Tumpat menyaksikan peningkatan kepada 3,302 mangsa banjir membabitkan 1,152 keluarga ditempatkan di lapan PPS berbanding 3,251 orang malam tadi.

Pasir Puteh pula mencatatkan 814 mangsa daripada 242 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan, manakala Tanah Merah seramai 104 orang daripada 29 keluarga di tiga PPS.



Source link

read more

Apa yang sedang berlaku di dalam kawah Gunung Agung



JAKARTA: Satu per tiga daripada kawah Gunung Agung di Bali yang berdiameter 900 meter dan kedalaman 200 meter kini bertakung dengan lava.

Penilaian itu didedahkan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia dalam satu kenyataan.

“Anggaran tersebut kami peroleh berdasarkan hasil pemantauan imej satelit dan penilaian data seismik, deformasi dan geokimia,” ujar Ketua Mitigasi PVMBG, I Gede Suantika, seperti yang dilapor agensi berita Antara.

Pemantauan itu antara lain menjelaskan mengenai biasan cahaya merah yang boleh dilihat pada asap yang dimuntahkan gunung berapi tersebut.

Cahaya merah itu adalah kerana terdapat takungan lava di kawah Gunung Agung.

“Ini juga menunjukkan bahawa magma di kawah itu masih sangat panas,” kata Gede Suantika.

Menurut maklumat daripada portal MAGMA Indonesia, memandangkan sudah berlaku siri letusan sejak beberapa bulan lalu, maka daya julangan magma Gunung Agung tidak terlalu kuat kerana jalur magma menuju ke permukaan sudah lebih terbuka.

Sebarang pergerakan magmatik ke mulut kawah pula menyebabkan kejadian gempa frekuensi rendah.

Laporan terkini juga menyatakan keadaan asap Gunung Agung sudah berkurangan sedikit. Paras kenaikan asap dan debu setakat ini adalah antara 1,500 hingga 2,000 meter dari puncak kawah.

Meskipun menunjukkan penurunan, kemungkinan letusan seterusnya masih ada

“Gunung Agung masih dalam status awas (Peringkat 4). Maka, tidak boleh ada sebarang aktiviti (manusia) dalam radius lapan kilometer dengan peluasan sektoral 10 kilometer di sebelah utara, timur laut dan tenggara, selatan dan barat daya,” jelas Gede Suantika.

“Walaupun sekarang secara relatif menurun, kita masih belum boleh menganggap Gunung Agung sudah mereda sepenuhnya,” katanya.

Dari kesemua data yang diperoleh, MAGMA merumuskan bahawa aktiviti pelancongan di Bali masih selamat untuk diteruskan selagi tidak melepasi sempadan zon berbahaya. 



Source link

read more

Bantuan makanan disalurkan kepada mangsa banjir – Nahas & Bencana


RANTAU PANJANG 2 Dis. – Kerajaan Pusat menyediakan bantuan makanan kepada keseluruhan 5,422 keluarga yang terlibat dengan banjir di negeri ini termasuk mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan tersebut disalurkan di seluruh PPS dan para petugas juga akan mengunjungi ke setiap rumah mereka yang terlibat bagi mengagihkan barangan keperluan itu.

Katanya, bantuan makanan yang disediakan di dalam bakul itu merangkumi beras, gula, gandum dan minuman.

“Apa yang dilakukan ini selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Saya ada bertemu Perdana Menteri pada Khamis lalu dan beliau meminta bantuan disegerakan kepada semua mangsa banjir.

“Bantuan yang diberikan ini adalah tambahan kepada bantuan sedia ada yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi kerajaan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran agihan makanan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Yahaya Mamat.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri turut meluang masa bertanya khabar mangsa di pusat pemindahan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa kagum dengan semangat dan komitmen seluruh jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan cukup baik bagi memastikan segala urusan membantu mangsa banjir berjalan lancar. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Berpantang di pusat pemindahan pengalaman menyeronokkan



KOTA BHARU: Berkhatan di tempat lain, tetapi berpantang pula di pusat pemindahan banjir.

Itu lah pengalaman seorang kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun apabila menjalani proses berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tiong, apabila rumahnya di Pasir Tumboh dinaiki air sehingga paras pinggang.

Ia nyata pengalaman baharu bagi kanak-kanak itu apabila terpaksa menempuh tempoh berpantang ketika banjir.

Kata Iman Hisham Radzuan, walaupun sukar tapi dia tetap gembira apabila jadi tumpuan orang ramai yang mendiami PPS itu.

“Suka duk sini ramai saing, tak malu, mari tengok,” katanya.

Ibunya Zuarina Abdul Ghani, 37 tahun berkata, kejadian banjir di kawasan rumahnya merupakan kali kedua selepas banjir buruk pada tahun 2014 lalu.

Bagaimanapun mereka bersyukur kerana segala keperluan asas dan makanan disediakan di PPS itu.



Source link

read more

Penjenayah perang Slobodan Praljak disahkan maut akibat keracunan sianida



THE HAGUE: Penjenayah perang Slobodan Praljak yang nekad meminum sejenis cecair ketika perbicaraan terhadapnya berlangsung disahkan meninggal dunia akibat keracunan sianida.

Pendakwa raya Belanda berkata Praljak meminum racun tersebut di hadapan hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini selepas hukuman penjara 20 tahun ke atasnya dikekalkan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ujian darah Praljak positif bahan kimia kalium sianida.

Tambah kenyataan itu lagi, bahan kimia ini telah menyebabkan kegagalan jantung yang dipercayai punca kematiannya.

Rabu lepas, bekas komander tentera Croat Bosnia itu minum daripada sebuah botol kecil sebelum menjerit “Saya bukan penjenayah perang. Saya menentang keputusan ini.”

Tindakannya itu, yang disiar melalui satu rakaman video, memaksa Hakim Carmel Aguis mengisytiharkan dewan perbicaraan itu sebagai lokasi kejadian jenayah.

Praljak dihukum penjara pada 2013 ekoran keganasan di bandar Mostar ketika perang Bosnia yang berlaku dari tahun 1992 hingga 1995.

Dia antara enam bekas pemimpin dan ketua tentera Croat Bosnia yang dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY).

Kesemua mereka sedang menghadiri keputusan rayuan terakhir oleh mahkamah tersebut.



Source link

read more

Kelab Alumni Program Khas Haji PM Terengganu dilancar – Nasional


KUALA TERENGGANU 2 Dis. – Terengganu menjadi negeri pertama melancarkan Kelab Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Bhd., (1MDB) di sini hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi program berkenaan, Datuk Jailani Ngah.

Menurut Jailani, sejak 2011 hingga kini terdapat seramai 449 alumni haji di negeri ini yang mendapat manfaat daripada program khas tersebut.

“Serentak penubuhan kelab ini, maka seorang pengerusi akan dilantik dalam kalangan alumni dan individu itu berpeluang untuk menunaikan haji buat kali kedua.

“Secara keseluruhannya kita memiliki seramai 5,711 alumni di seluruh negara dan pelancaran di setiap negeri akan diselesaikan sebelum Februari tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Program Khas Haji Perdana Menteri 8.0 di Hotel TH di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir Kelantan Mangsa muak makan ayam nak budu


RANTAU PANJANG: “Saya muak dihidangkan dengan menu ayam setiap hari selama empat hari berada di sini hingga saya rasa seperti ‘ayam’.”

Demikian keluhan seorang mangsa banjir, Fatimah Mat Noh, 69 yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, di sini pada Sabtu.

Ujar warga emas itu, dia sudah jemu untuk menjamah juadah yang disediakan tiga hari sekali dengan menu berasaskan ayam.

“Saya berharap sangat dapat makanan lain seperti ikan kering,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Malah terdapat mangsa banjir yang meminta pihak pengurusan menyediakan budu bagi menggantikan ayam.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan mencorak agenda besar orang Melayu dan negara.

Dalam pada itu, Ketua Tukang Masak pusat pemindahan tersebut, Jamaliah Ibrahim memberitahu, dia sering menerima aduan dan rungutan daripada mangsa banjir yang sudah jemu untuk menjamah lauk ayam.

Katanya, dia memasak lebih 100 kilogram ayam setiap hari dengan menyediakan 80 kg beras bagi makanan pagi, tengah hari dan malam dengan melibatkan 1,200 mangsa banjir.

Tambahnya, mangsa banjir turut meminta supaya dia menyediakan ikan atau ikan kering yang dilihat lebih membangkitkan selera mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup mengakui pihaknya tidak dapat menyediakan barangan basah seperti ikan kerana ketiadaan bekalan.

Said menjelaskan sejumlah 50 tan beras sudah dihantar ke 216 pusat pemindahan banjir seluruh Kelantan.

“Penggunaan harian dianggarkan 1.6 tan ayam sehari, 500 kilogram sayuran, 1,000 sarang telur dan lebih 500 kotak sardin untuk 59 buah pusat pemindahan banjir seluruh Kelantan.



Source link

read more

Pendakwah Amerika Syarikat Yusof Estes dilarang masuk Singapura



SINGAPURA: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) mengeluarkan arahan terbaharu untuk menghalang pendakwah bebas dari Amerika Syarikat Yusuf Estes daripada memasuki Kota Singa itu.

Arahan itu telah dikeluarkan pada Jumaat dan ia diputuskan selepas sebelum ini dua lagi penceramah terkenal iaitu Mufti Menk atau Ismail Musa Menk dan Haslin Baharim turut dikenakan sekatan oleh MHA.

Menurut MHA, larangan itu dibuat selepas mengambil kira kenyataan Estes yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat di negara itu yang berbilang kaum dan agama.

Ini termasuk kenyataan beliau yang didakwa mencetus kontroversi iaitu ‘meraikan perayaan agama lain bukan ajaran agama Islam’.

Difahamkan, larangan itu juga dibuat bagi menjaga keharmonian agama dan sosial di Singapura ketika ini.



Source link

read more

Pengasas Kelab Veteran UMNO meninggal dunia – Nasional


IPOH 2 Dis. – Pengasas dan Pengerusi Kelab Veteran UMNO yang pertama, Tan Sri Tajudin Ali, 95, meninggal dunia di kediamannya di Hala Gopeng, Off Jalan Sultan Nazrin Shah, di sini pagi tadi.

Menurut anaknya, Amirudin, Allahyarham bapanya dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh sejak dua minggu lalu, dipercayai mengalami jangkitan paru-paru.

“Ayah kemudiannya dibawa balik ke rumahnya dua hari lalu, sebelum meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ara, Pantai Besar di Batu Kurau, Taiping selepas solat Asar tadi.

Difahamkan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sempat meluangkan masa melawat Allahyarham selepas solat Jumaat, semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Putri Sharifah Megat Abd Rahman, 89, dan sembilan orang anak.

Allahyarham merupakan bekas wakil rakyat kawasan Kinta Utara (1955) dan dilantik menjadi Anggota Parlimen Larut mulai 1959 selama tiga penggal ketika zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.

Pada 1974, Allahyarham menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau dan dilantik sebagai exco kanan.

Allahyarham memulakan pendidikan di Sekolah King Edward Taiping dan berkongsi minat bermain hoki bersama Tun Abdul Razak yang mewakili Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada ketika itu. – BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons