MPM diminta sumbang idea corak agenda besar negara – TPM



KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan mencorak agenda besar orang Melayu dan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MPM yang dianggotai tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang tidak seharusnya meletakkan pandangan mereka hanya di kertas seminar dan konvensyen, sebaliknya bersama-sama melaksanakan agenda berkenaan bersama kerajaan.

“Saya tidak mahu MPM memikirkan tentang hal titik bengik seperti bagaimana nak membayar sewa bangunan dan hal-hal pentadbiran, tetapi fokus kepada agenda besar negara,” katanya ketika berucap merasmikan Wisma MPM – Bina Daulah dan persidangan tahunan kelapan MPM di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung MPM Datuk Prof Dr Hasan Mad.

Ahmad Zahid turut meminta MPM dan pihak lain supaya tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keseorangan dalam menterjemahkan agenda negara.

“Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan keseorangan, ditambah dengan hujanan pelbagai isu yang dilemparkan kepadanya. Saya akan terus membantu beliau,” katanya.

Beliau turut mengingatkan MPM untuk membuka ruang kepada ilmuwan, agamawan dan golongan profesional yang lain dalam perbincangan mencorak agenda besar berkenaan.

“Kita tidak harus berada dalam kepompong sesama kita sahaja, bawa mereka duduk dalam MPM supaya menjadi ‘check and balance’ serta ambil kepedulian idea-idea mereka supaya ada keterangkuman dalam pelaksanaan agenda besar ini,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata masyarakat perlu sedar bahawa agenda diperjuangkan MPM selama ini tidak mendesak serta mengetepikan kaum-kaum lain.

Pada majlis itu, timbalan perdana menteri turut mengumumkan peruntukan bayaran sewa bangunan bangunan MPM berkenaan berjumlah RM2,800 sebulan bagi tempoh 10 tahun.

— BERNAMA



Source link

read more

Pernikahan Izreen Azminda dan Ude Hanya menumpang kasih bukan perampas


PELAKON Izreen Azminda mengakui tidak pernah berhasrat untuk merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama, sebaliknya hanya menumpang kasih.

Katanya lagi, dia juga tidak kejam untuk berbuat demikian dan tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersamanya.

Bagaimanapun katanya, dia kecewa dengan cemuhan dilemparkan netizen yang menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar.

BACA: “Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu” – Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4

BACA: ‘Doakan yang terbaik untuk kami’ – kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda

Tambah Izreen lagi, berat baginya berdepan cemuhan masyarakat yang melabelnya sebagai perampas kebahagiaan insan lain, namun akur kenyataan itu terpaksa dihadapi apabila memilih hidup bermadu.

“Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya.

Sebagai wanita yang pernah melalui kekecewaan dalam kehidupan berumah tangga, Izreen juga tidak rela menghancurkan hati wanita lain namun takdir sudah tertulis apabila terpaksa berkongsi kasih seorang suami.

Spekulasi mengenai status perkahwinan anak kelahiran Kangar, Perlis itu yang bertebaran sejak minggu lalu, tamat petang kelmarin apabila Intan Liana Saleh, 32, yang juga isteri pertama suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, membuat pengakuan rela hidup bermadu dengan pelakon itu.

Izreen dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, bakat yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu sah menjadi isteri pada jam 10 pagi.

Di bawah merupakan foto ketika majlis pernikahannya berlangsung:

Sumber/Foto: BH Online

 



Source link

read more

TPM Britain terus terima kecaman simpan gambar lucah di komputer pejabat



TIMBALAN Perdana Menteri Britain, Damian Green terus menerima kecaman selepas kantoi memiliki ‘ribuan’ bahan lucah ekstrem dalam komputer pejabat miliknya.

Kandungan imej lucah didakwa telah ditemui semasa serbuan pada 2008 yang bertujuan menyasarkan kebocoran kerajaan, lapor bekas detektif Scotland Yard Neil Lewis yang terlibat secara langsung dalam siasatan kes itu.

Pendedahan itu akan memberi impak memalukan kepada Green dan Perdana Menteri British, Theresa May, memandangkan kerajaan mereka berdepan pelbagai ‘serangan’ sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, Lewis lapor BBC tampil menyokong sumber Sunday Times yang memetik bekas pegawai kanan polis selepas Green dikatakan menafikan mengenai perkara itu.

Green dikatakan menafikan laporan The Sunday Times berhubung tuduhan itu dan menyatakan ia sangat tidak benar selain datang daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.

Lewis berkata, dia merupakan individu yang melakukan serbuan di pejabat Green dan menyiasat komputer miliknya.

Lewis berasa sangat ‘terkejut’ dengan jumlah kandungan itu yang terdapat pada komputer selain tidak meragui imej lucah itu telah dilayari Green.

“Komputer itu berada di pejabat Green, di atas mejanya, menggunakan kata laluannya, akaun serta nama beliau.

“Di samping melayari porno, Green juga telah menghantar e-mel daripada akaunnya… akaun personal beliau, membaca dokumen. Malah ia satu yang tidak masuk akal berkata perkara itu dilakukan oleh orang lain,” katanya kepada BBC.



Source link

read more

Kek kahwin Mawar Rashid dapat perhatian – Nasional


KUALA LUMPUR 2 Dis. – Majlis resepsi pelakon Mawar Rashid mencipta sejarah sendiri apabila kek perkahwinannya dicatatkan sebagai kek perkahwinan tertinggi dengan ketinggian 13 kaki.

Menamakan kek tersebut sebagai Enchanted Rose, setiap lapisan kek tersebut juga bertatah 7,777 kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah.

Sementara itu, Mawar, 22, yang bernikah dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf, 32, pada 9 November lalu dirai indah dalam majlis resepsi mereka semalam yang bertemakan Dekorasi Enchanted Garden.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, itu juga turut dihadiri seramai 600 tetamu.

Sementara itu persembahan tarian, Mawar di majlis resepsinya semalam turut tular.

Mengenakan pakaian indah rekaan Cosry, Mawar yang mempersembahkan tarian moden dilihat begitu bersahaja dihadapan suaminya dan tetamu yang hadir.

Melalui komen yang ditinggalkan netizen rata-rata memuji persembahan Mawar selain menghiburkan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Empat pusat pemindahan banjir di Manjung ditutup



MANJUNG: Sebanyak empat pusat pemindahan mangsa banjir ditutup sepenuhnya di daerah Manjung berkuat kuasa pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah, Datuk Mohamad Fariz Hanip berkata keempat-empat pusat pemindahan itu ditutup berikutan kesemua mangsa telah kembali ke kediaman masing-masing.

Jelasnya, antara pusat pemindahan banjir yang ditutup di daerah Manjung adalah Dewan Orang Ramai Batu 8, Sekolah Kebangsaan (SK) Muhamad Saman, SK Dato Ishak serta SK Nakhoda Mohamad Taib.

“Mangsa banjir di daerah ini juga berkurangan daripada 858 mangsa kepada 337 mangsa,” katanya.

“Jawatankuasa bencana Manjung bagaimanapun akan terus melaksanakan pemantauan berkala kerana masih terdapat mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Tebuk Yan (168), SK Sungai Batu, Pantai Remis (433),” katanya kepada Astro Awani ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) melaporkan bahawa terdapat dua lagi pusat pemindahan masing-masing di dua daerah iaitu Muallim dan Larut, Matang dan Selama.

Katanya, buat masa ini Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Muda menempatkan tujuh orang sekeluarga manakala Kampung Jawa Sungai Nyior Trong pula menempatkan seramai 13 orang dari tiga keluarga.

Sehingga pukul 11 pagi, kesemua empat pusat pemindahan di tiga daerah terjejas menempatkan seramai 521 orang berbanding 858 orang pada awal pagi Sabtu.



Source link

read more

Senat AS lulus undang-undang cukai baru orang kaya syarikat bayar cukai rendah



Kuala Lumpur: Wakil rakyat Parti Republikan dalam Dewan Senat Amerika Syarikat meluluskan undang-undang percukaian yang akan menyaksikan potongan cukai yang besar kepada syarikat dan kumpulan berpendatan tinggi di Amerika Syarikat, menurut sumber termasuk Reuters dan BBC.

Ini bermakna kumpulan ini akan membayar cukai yang lebih rendah dari yang dibayar ketika ini.

Ini dijangka menjadi undang-undang pertama yang diluluskan dalam pentadbiran Presiden AS Donald Trump.

Di Dewan Senat, undang-undang percukaian baru itu yang bernilai USD1.5 trilion diluluskan dengan 51 undi menyokong dan 49 undi menolak.

Undang-undang baru ini akan kemudian digabungkan dengan versi yang diluluskan di Dewan Perwakilan pada bulan lepas.

Trump ingin undang-undang ini dikuatkuasakan bermula akhir tahun ini.

Kumpulan Demokrat di Kongres Amerika mendakwa undang-undang cukai yang baru itu hanya akan menjadikan golongan berpendapatan tinggi dan syarikat lebih kaya.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan manyaksikan kadar cukai mereka hampir tidak berubah.

Kumpulan Republikan mendakwa potongan cukai kepada golongan kaya dan syarikat akan merancakkan ekonomi AS dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Potongan cukai adalah antara isu utama dalam kempen setiap pilihanraya presiden AS.

Ia akan menentukan sama ada kumpulan berpendapatan rendah atau tinggi yang mendapat lebih potongan cukai.



Source link

read more

SPRM bertindak profesional – Jenayah


PUTRAJAYA 2 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tindakan yang diambil terhadap anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana terbabit dalam aktiviti lombong pasir haram bukan berniat jahat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima dan bukan atas sentimen politik.

“Tindakan yang diambil oleh SPRM bersifat profesional dan tiada kaitan dengan pengiraan politik.

“Kita mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima dan apabila ada asas maka kita jalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pemimpin Persatuan Graduan Muda, di sini hari ini.

Kelmarin, anak saudara kepada Mohamed Azmin bersama tiga individu lain telah ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada akan terdapat tangkapan baharu susulan kes tersebut, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perjanjian Malaysia Abang Johari enggan layan jemputan Pandikar Amin untuk berdebat


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau tidak gentar dengan cabaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk berdebat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak Sarawak, tetapi menegaskan bahawa kerajaan negeri akan berunding mengikut undang-undang dan perlembagaan.

“Pendirian saya tegas dan saya tidak takut walaupun hilang jawatan, daripada saya melayan perdebatan yang tidak berfaedah,” katanya ketika berucap menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 1 Kuching di Penview Convention Centre (PCC) di sini hari ini.

BACA: Najib jelaskan pendirian kerajaan persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia

Pandikar Amin sebelum ini mengajak Abang Johari berdebat mengenai MA63, dan kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak sambil beberapa pemimpin negeri menyifatkan Pandikar Amin sebagai angkuh.

Pandikar Amin sebelum ini mengajak Abang Johari berdebat mengenai MA63, dan kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak . - Foto Astro AWANI

Abang Johari berkata kerajaan negeri Sarawak akan tetap meneruskan rundingan peringkat tertinggi dengan kerajaan Persekutuan mengenai pengembalian kuasa dan hak-hak negeri Sarawak serta rakyat negeri ini seperti yang termaktub dalam MA63.

Menurut ketua menteri, dua minggu lepas ketika melakukan lawatan ke Sarawak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pada pertemuan itu, beliau sekali lagi menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan mengembalikan hak negeri Sarawak.

“Kita ada hak untuk berunding. Kita Sarawak ada maruah, kita ada cara kita untuk berunding. Kita hendak mempertahan hak kita,” tegas beliau dan mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

Abang Johari sekali mengulangi janji beliau untuk meneruskan dasar bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk menuntuk kembali hak negeri ini.

Sebagai buktinya, katanya, kerajaan negeri telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British.

“Apabila kita semak, didapati banyak hak diberi kerajaan British kepada orang Sarawak. Kita mendapat bukti mengenai hak kita mengenai minyak kerana kita masih ada Ordinan Perlombongan Minyak.

“Gabenor orang putih beri hak kepada Sarawak untuk Sarawak Oil Limited menerokai minyak dan hasil bumi ini,” tambah beliau.

Beliau berkata Barisan Nasional Sarawak yang bertunjangkan PBB mempunyai asas perjuangan untuk berunding bagi mendapatkan kembali hak negeri ini, namun beliau memberi jaminan Sarawak akan terus berada di dalam Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Gara-gara stokin semerbak bau bangkai pemuda cetuskan rusuhan dalam bas



NEW DELHI: Gara-gara bau stokin yang ‘semerbak mengharum’ seorang lelaki ditahan pihak polis India kerana bau busuk telah menyebabkan sekumpulan penumpang bas di Wilayah Himachal Pradesh, India bertindak merusuh.

Lapor media tempatan, lelaki itu sebelum itu menanggalkan kasut dan stokinnya menyebabkan penumpang lain yang dalam perjalanan ke New Delhi tidak dapat menahan kesabaran dan mula memaki hamun lelaki terbabit.

Dia turut disuruh membuang stokin ‘semerbak’ yang disifatkan seperti bau bangkai itu keluar dari bas.

Namun tidak dipedulika  lelaki itu menyebabkan satu pertengkaran tercetus.

Pemandu bas yang bosan dengan tingkah laku kemudiannya bertindak menghentikan bas terbabit di sebuah balai polis di daerah Una dalam wilayah Himachal Pradesh.

“Dia ditahan kerana menyebabkan gangguan kepada orang awam dan kemudiannya dilepaskan atas jaminan,” kata Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi.

Lelaki itu sebaliknya memfailkan laporan polis dengan mendakwa penumpang lain telah mengancamnya dan tetap bertegas mengatakan stokinnya tidak berbau busuk.

Dia kemudiannya meninggalkan balai polis terbabit pada hari berikutnya.



Source link

read more

Honduras isytihar darurat, henti tunjuk perasaan – Luar Negara


TEGUCIGALPA, Honduras 2 Dis. – Kerajaan Honduras mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung selama 10 hari sebagai usaha menghentikan tunjuk perasaan di seluruh negara susulan dakwaan terdapat unsur penipuan dalam pemilihan presiden, semalam.

Menurut polis, sekurang-kurangnya dua orang anggota pihak berkuasa dan 12 penduduk awam cedera akibat ditembak selepas bertempur dengan pasukan polis rusuhan dan penyokong pembangkang di beberapa bahagian di negara ini.

Keganasan itu dimulakan oleh kumpulan penyokong calon pembangkang iaitu Salvador Nasralla yang mendakwa berlaku unsur penipuan dalam proses pemilihan Presiden dan menggesa semua penyokongnya berhimpun di jalanan.

Presiden Juan Orlando Hernandez yang turut memohon pemilihan semula diadakan mengeluarkan arahan perintah berkurung tersebut dijalankan dari pukul 6 petang waktu tempatan hingga 6 pagi.

Bagaimanapun, arahan tersebut dikecualikan daripada wakil-wakil daripada Tribunal Pilihan Raya Agung (TSE), parti-parti politik, kumpulan pemantau antarabangsa dan warga media yang bertugas membuat laporan mengenai pilihan raya tersebut.

Ribuan penyokong Nasralla membanjiri jalan-jalan utama di seluruh negara dan rakaman video menunjukkan mereka bertempur dengan pasukan polis yang cuba meleraikan tunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata menjadi tular dalam media sosial.

Di Tegucigalpa, kumpulan tunjuk perasaan menyalakan api pada kayu dan membakar tayar di jalan-jalan raya serta laluan keluar.

Situasi tegang itu mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai apabila mereka bergegas ke pasar raya dan stesen minyak untuk mendapatkan bekalan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Premis-premis perniagaan turut ditutup awal manakala beberapa penerbangan antarabangsa terpaksa ditangguh di lapangan terbang antarabangsa Honduras.

Berdasarkan hampir 95 peratus kertas undian yang dikira sejak minggu lepas, Hernandez menang tipis iaitu sebanyak 42.9 peratus mengalahkan pencabarnya, Nasralla yang mencatatkan sebanyak 41.2 peratus undian.

Presiden TSE, David Matamoros menangguhkan proses kiraan undi dan wakil dari kedua-dua pihak akan meneliti sebarang faktor yang boleh mempengaruhi undian sebelum keputusan diisytiharkan berdasarkan beberapa tuntutan baharu oleh pemimpin haluan kiri yang juga bekas Presiden Honduras, Manuel Zelaya.

“Dalam tempoh tiga hari, kita akan mempunyai keputusan. Kami akan menerima keputusan akhir jika mereka menerima syarat-syarat yang ditetapkan,” kata Zelaya.

Namun, Nasralla meminta supaya semua kertas undian dikira semula dan memberi amaran bahawa mungkin berlakunya pakatan antara TSE dan kerajaan. – AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons