NAMA SEKOLAH PUN JADI MODAL POLITIK SEMPIT!!! ~ SEMUT HITAM


Pertukaran nama Sekolah St Thomas Kuantan, di sini, bagi sekolah menengah dan rendah tidak seharusnya dijadikan isu memandangkan keseluruhan pentadbiran sudah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.

Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan St Thomas, juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah Baru, Datuk Tengku Abu Nirah Tengku Ahmad berkata, pembinaan sekolah di tapak baru nanti secara tidak langsung menggunakan nama baru.

“Sepatutnya tidak perlu dibangkitkan mengenai nama memandangkan ia merupakan sebuah sekolah baru yang dibina bagi membantu untuk menampung jumlah pelajar di sekitar Kuantan yang semakin meningkat.

“Daripada segi pelajarnya tidak semestinya akan menempatkan pelajar asal Sekolah St Thomas sahaja dan pemindahan mereka bukanlah automatik. Kita akan memberi pilihan kepada mereka sama ada untuk terus ke sekolah berkenaan atau memilih sekolah lain.

“Manakala segi pentadbiran pula akan ditentukan oleh pihak kementerian memandangkan ia sudah menjadi sekolah yang lebih besar,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, menurutnya, terdapat juga cadangan bahawa nama sekolah St Thomas masih boleh dikekalkan sekiranya pentadbirannya berada semula di bawah pengurusan pihak Gereja St Thomas.

Sementara itu, katanya, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tapak baru seluas 12 hektar bagi kedua-dua buah sekolah di Kemunting, di sini melibatkan peruntukan sebanyak RM56 juta.

“Saya difahamkan pihak kementerian akan melantik kontraktor bagi melaksanakan pembinaan sekolah berkenaan pada tahun hadapan.

“Sebelum ini bagi murid sekolah rendah mereka telah ditempatkan untuk menumpang di SK Teruntum manakala pelajar sekolah menengah ditempatkan di SMK Sultan Abu Bakar sejak tiga tahun,” katanya.

Terdahulu, terdapat laporan akhbar menyiarkan bahawa sekolah itu akan diberikan nama ‘Mahkota Abdullah’ selepas ia dipindah ke bangunan baru hingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Sekolah itu tersepit dalam pertelingkahan undang-undang antara Gereja St Thomas dan kerajaan negeri berkaitan tanah milik gereja seluas 2.4 hektar di Jalan Gambut. Apabila kerajaan negeri menggugurkan kes dan tidak meneruskan pemerolehan tanah, sekolah rendah dan menengah perlu dipindahkan.




Source link

read more

Ekonomi digital keselamatan siber antara fokus ICT ASEAN dan rakan dialog



PUTRAJAYA: Ekonomi digital, keselamatan siber dan perlindungan kanak-kanak dalam talian ialah antara fokus kerjasama ICT pada 2018 antara ASEAN dan rakan dialognya China, Jepun, Korea dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata kerjasama itu sejajar dengan Pelan Induk ICT ASEAN 2020, yang kini dalam tahun kedua pelaksanaannya.

“Malaysia menyokong penuh semua bidang yang digariskan dalam pelan kerja 2018 yang dicadangkan oleh China, Jepun, Korea dan ITU.

“Rakan dialog kita dan ITU sangat peka kepada keperluan kita serta bidang-bidang kerjasama ini sangat berguna kepada kita sebagai satu rantau, dan kepada Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jailani menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan IT ASEAN (TELMIN) ke-17 yang diadakan di Siem Reap, Kemboja hari ini.

Mesyuarat dihadiri oleh menteri-menteri komunikasi dan ICT dari kesemua sepuluh negara anggota ASEAN dan China, Jepun dan Korea serta Setiausaha Agung ITU. Mesyuarat diadakan dari 30 Nov hingga1 Dis di Siem Reap, Kemboja.

Mengenai TELMIN ASEAN tahun ini, Jailani berkata pusat keselamatan siber ASEAN, yang dicadangkan oleh Jepun tahun lepas telah ditubuhkan di Thailand untuk menyediakan latihan kepada profesional keselamatan siber dan membangunkan sumber manusia keselamatan siber di rantau ini.

“Jepun akan menyokong inisiatif ini untuk sekurang-kurangnya empat tahun melalui sumber kewangan dan penyediaan pakar untuk menjalankan latihan. Pusat itu dijangka beroperasi pada 2018,” kata beliau.

Mengenai Korea, beliau berkata fokus tahun depan ialah kepada teknologi baharu seperti 5G, Internet of Things, kecerdasan buatan dan realiti maya.

“Semua ini adalah sebahagian daripada ekonomi digital. Kita perlu meningkatkan usaha sebagai rantau untuk membangunkan kapasiti dalam menangani perkara ini kerana jika tidak, kita akan ketinggalan,” kata beliau.

Sementara itu, Jailani berkata kerjasama ICT ASEAN dengan ITU ialah mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian.

“Malaysia telah bekerjasama rapat dengan ITU mengenai Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian selama bertahun-tahun. Oleh itu, Malaysia amat gembira kerana ia kini dilaksanakan di peringkat serantau,” kata beliau.

— BERNAMA



Source link

read more

Unik Kek tergantung di majlis resepsi Mawar dan Raf jadi perhatian


SELEPAS diijabkabulkan pada 9 November lalu, pasangan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang sangat indah pada malam semalam (Jumaat).

Bertemakan dekorasi Echanted Garden ilham perancang perkahwinan Glamweddings by Rizalman, resepsi Mawar dan Raf tidak ubah seperti perkahwinan Cinderella dan Putera idamannya.

Mawar atau penama lengkap Wan Mawar Shaputri Dato’ Wan Abdul Rashid itu kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Putra Aziz daripada Cosry dengan wajahnya disolek oleh Ramzamode, rambut (Syuk Qadir) dan henna (Lea Henna).

Sementara itu, Raf yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Dato’ Fazley itu turut mengenakan sut rekaan Cosry.

Menariknya pada majlis resepsi tersebut, kek yang diletakkan di atas lampu chandelier yang tergantung turut menjadi perhatian 600 tetamu yang hadir.

Kek diberi nama Echanted Rose itu yang pada setiap lapisannya bertatahkan kristal Swarovki disediakan oleh Ketua Pereka Kek SukaSucre Bistro, Azrene.

BACA: Sekali lafaz, Mawar Rashid sah bergelar isteri Raf Yaakob

BACA: Berserinya wajah Mawar Rashid dan Raf Yaakob di Majlis Bersiram

BACA: Nikah Mawar Rashid, Raf Yaakob pohon restu ibu

Lapisan kek yang menggunakan sebanyak 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki itu sekali gus menjadikannya sebagai kek perkahwinan tertinggi pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

Majlis serba indah itu telah berlangsung dalam suasana tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian oleh salah seorang bakat SukaSucre Creatives, Imran Ajmain selain kejutan persembahan oleh kawan baik Raf yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Festival Nombor Satu Malaysia, Mood Republic; Kimi Iskandar Ismail, penyanyi sedang meningkat popular; Amira Othman, persembahan tarian Asyik dari Kelantan oleh isteri Fazley; Datin Azrene Ahmad dan nyanyian daripada Fazley, Kiss From A Rose.

Setiap satu daripada tetamu yang hadir turut memberikan 200 jambak bunga ros kepada pasangan mempelai semasa persembahan khas Fazley.

Foto: Amir Naufal Photography



Source link

read more

India: Lelaki ditahan gara-gara stokin busuk – Luar Negara


NEW DELHI 2 Dis. – Seorang lelaki ditahan selepas menimbulkan kekecohan dalam sebuah bas di India gara-gara memakai kasut dan stokin yang didakwa mengeluarkan berbau terlalu busuk.

Menurut polis, insiden bermula apabila seorang penumpang mengadu terhidu bau yang amat busuk daripada stokin dan kasut yang dipakai lelaki tersebut.

Suspek kemudian membuka kasut dan stokinnya sebelum meletakkan barang berkenaan berhampiran lorong tengah antara penumpang dalam bas terbabit sehingga menyebabkan penumpang lain pula marah dan terjadinya pergaduhan.

Berikutan itu, pemandu bas tersebut terpaksa menghentikan bas yang dipandunya berhampiran sebuah balai polis di Una, sebuah daerah di Himachal Pradesh.

Ketua polis Una, Sanjeev Gandhi memberitahu, bas itu berhenti beberapa kali sebelum sampai ke balai polis disebabkan bau yang amat busuk.

“Lelaki itu kemudian ditahan atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Difahamkan, suspek turut memfailkan tuduhan balas terhadap penumpang serta pemandu bas itu kerana mendakwa mereka sengaja menimbulkan kekecohan sedangkan stokin yang dipakainya tidak berbau busuk. -AFP



Source link

read more

Nelayan terjejas banjir akan terima bantuan



PASIR SALAK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyalurkan bantuan kepada golongan nelayan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda Perak, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun bancian perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan kepada nelayan yang terjejas banjir.

“Kita mengambil berat dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka dan bukan sahaja nelayan, petani serta penternak yang terlibat juga kita akan bantu.

“Bantuan akan diberikan secepat mungkin dan ketika ini pegawai kementerian sedang memantau dan melakukan bancian terhadap golongan nelayan yang terjejas,” katanya.

Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 18 keluarga mangsa ribut di Kampung Sungai Timah di sini hari ini.

Setakat tengah hari tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak melaporkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus berkurangan kepada 568 orang daripada 134 keluarga dan tujuh pusat pemindahan sementara masih beroperasi di Manjung dan Muallim

— BERNAMA



Source link

read more

Wanita ditemukan mati dibunuh – Jenayah


KAMPAR 1 Dis. – Seorang wanita ditemukan mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Permai, Mambang Di Awan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Ng Kong Soon, berkata, mayat S. Lethumi, 28, dijumpai oleh seorang lelaki berusia 60 tahun yang sedang mencari cendawan di kawasan tersebut pada kira-kira pukul 1 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati, terdapat kesan jerutan di bahagian leher mangsa dan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain dan ditinggalkan di ladang kelapa sawit. Polis turut menemui kunci motosikal dan topi keledar berhampiran lokasi mangsa ditemui.

“Berdasarkan kunci tersebut, polis berjaya menjumpai motosikal mangsa yang diletakkan di sebuah restoran di Bandar Baru Kampar dekat sini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Kong Soon, polis juga percaya tiada unsur jenayah rompakan sebelum mangsa dibunuh berikutan gelang emas milik mangsa masih berada di tangannya sewaktu mayat mangsa ditemui.

Katanya, siasatan awal terhadap mayat mangsa dipercayai dibunuh kurang dari 24 jam.

“Polis menghubungi keluarga mangsa dan kini menjalankan siasatan untuk mengesan suspek terlibat,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif pembunuhan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Banjir Perlis dan Pulau pinang diminta tingkat siap siaga



KUALA LUMPUR: Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) menyarankan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Perlis untuk mengambil langkah siap siaga selaras dengan laporan paras air di Empangan Timah Tasuh yang melepasi bacaan paras bahaya. 

Dalam satu kenyataan, pusat itu turut memaklumkan Perlis diramal dilanda hujan bermula petang ini dan berlarutan sehingga esok. 

Keadaan itu juga diburukkan dengan ramalan paras air laut pada awal pagi esok. 

Sementara itu, pihak berkuasa di Pulau Pinang diminta melaksanakan tindakan pemantauan di kawasan Sungai Ara mulai petang ini memandangkan paras sungai dijangka meningkat

Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah juga disarankan bersiap siaga sebagai langkah persediaan awal. 

Kenyataan itu juga menyebut keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih. 

Namun kawasan berhampiran hilir Sungai Golok dijangka kekal digenangi bah susulan hujan sederhana diramal berlaku pada malam ini sehingga esok.



Source link

read more

Kedutaan Malaysia di Tehran pantau gempa bumi di tenggara Iran



KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti gempa bumi bermagnitud 6.0 yang berlaku di tenggara Iran dekat bandar Kerman, 1,000 kilometer selatan Tehran pada 6 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana ini diminta menghubungi kedutaan di No 25, Second Alley, North Zarafshan St, Eyvanak Blvd Phase 4, Shahrak Qods, Tehran atau menghubungi 00982188072444 dan 00989335352602 (selepas waktu pejabat).

Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan cedera dan sehingga 30 rumah musnah akibat gempa bumi itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Stor simpan kereta potong terbakar – Nahas & Bencana


PASIR GUDANG 1 Dis. – Kepantasan bomba berjaya memadamkan kebakaran sebuah stor di Taman Permas Jaya di sini sekali gus berjaya menyelamatkan api daripada merebak ke rumah kedai berhampiran.

KEBAKARAN di sebuah stor yang menempatkan 20 buah kereta potong berjaya dipadamkan daripada merebak di Taman Permas Jaya, pasir Gudang, Johor, hari ini.

Kejadian pukul 2.20 petang tadi di stor yang menempatkan kira-kira 30 kereta potong itu disedari orang ramai sebelum mereka menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Permas Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.29 petang sebelum sepasukan enam anggota dan pegawai membabitkan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Apabila tiba kira-kira 20 minit kemudian, anggota kami mendapati bangunan separuh kekal itu menempatkan hampir 30 kereta potong di tanah lapang.

“Walaupun kami berdepan masalah tekanan air rendah, kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan hanya 10 kereta yang musnah manakala kira-kira 20 kereta potong lain berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.44 petang dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku kerana stor tersebut kosong ketika kejadian.

Menurut Syed Nasir, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan pihaknya mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat lengkap. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MB PAHANG SERU PERWAKILAN BAHAS ISU KONTROVERSI!!! ~ SEMUT HITAM


Perhimpunan kali ini mesti menunjukkan sesuatu yang luar biasa sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Demikian diantara kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang ketika ditemubual oleh pihak media berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan diadakan minggu depan.

Jelas beliau, semua perwakilan perlu menunjukkan kesepa­duan dan yang penting semangat mesti ditingkatkan untuk menghadapi pilihan raya ini bagi menggerakkan jentera di peringkat bawah.

Keduanya, tambah beliau, semua para perwakilan (pembahas) yang melambangkan UMNO itu sendiri perlu memperlihatkan kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti.

Sokongan ini boleh dizahirkan menerusi ikrar dan dalam ucapan wakil negeri dan sayap termasuk mematuhi keputusan Presiden dalam menentukan calon yang akan bertanding pada PRU-14.

Manakala jurucakap negeri atau sayap perlu menggunakan pentas perhimpunan ini tidak perlu takut untuk bercakap kerana Perhimpunan Agung UMNO ini adalah pentas terbuka, tiada ‘bodek-bodek’.

“Walaupun kita mengkritik tetapi akhirnya tetap menyatakan sokongan kepada Presiden. Kritikan kita, kalau ada, adalah untuk kebaikan dan setahu saya, Presiden UMNO adalah seorang yang bertoleransi dengan boleh mene­rima kritikan serta pandangan.”

“Jurucakap atau wakil setiap negeri dan sayap mesti membahaskan perkara yang nampak kontroversi yang menjadi isu secara terbuka. Umpamanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikatakan sebagai merasuah rakyat. Di samping itu, kita kena menggunakan kekuatan Bajet 2018 untuk menunjukkan bahawa kerajaan prihatin.”

“Begitu juga dengan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST). Pembahas sewajarnya mengambil pendekatan dengan menunjukkan bahawa GST selain daripada memberi pendapatan dari segi cukai, ia merupakan penyelamat kepada belanjawan negara,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut menegaskan bahawa ucapan dan amanat Pre­siden UMNO itu sendiri yang akan memberi kita semangat serta me­nunjukkan keyakinan beliau mengemudi parti menghadapi PRU-14.




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons