Pengasas Kelab Veteran UMNO Tajudin Ali meninggal dunia



IPOH: Pengasas dan Pengerusi pertama Kelab Veteran UMNO, Tan Sri Tajudin Ali, 95, meninggal dunia di rumahnya di Hala Gopeng off Jalan Sultan Nazrin Shah di sini, pagi tadi.

Allahyarham merupakan bekas wakil rakyat kawasan Kinta Utara (1955) dan tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Larut mulai 1959, ketika zaman Allahyarham Tuanku Abdul Rahman al-Haj dan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.

Pada 1974, Allahyarham menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau dan dilantik sebagai exco kanan.

Menurut anak Allahyarham, Amirudin, ayahnya dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, dipercayai kerana jangkitan paru-paru.

Allahyarham kemudiannya dibawa balik ke rumahnya dua hari lalu, sebelum meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sempat meluangkan masa melawat Allahyarham selepas solat Jumaat.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Ara, Pantai Besar, Batu Kurau, bersebelahan kubur kedua ibu bapanya selepas solat asar hari ini.

Allahyarham memulakan pendidikan di sekolah King Edward Taiping dan berkongsi minat bermain hoki bersama Tun Abdul Razak yang mewakili MCKK pada ketika itu.

Selepas belajar Allahyarham berkhidmat sebagai kostabel dengan nombor polis 3414 dan sewaktu Perang Dunia Kedua, Allahyarham bertugas di bahagian pengedaran makanan kepada orang ramai pada ketika itu.

Allahyarham juga berniaga dengan  membuka stesen minyak di Tanjung Tualang, Perak dan bas Perak Roadway.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Putri Sharifah Megat Abd Rahman, 89, dan sembilan orang anak.



Source link

read more

Hubungan dengan Rusia Michael Flynn mengaku bersalah menipu FBI



WASHINGTON: Bekas Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS) Michael Flynn pada Jumaat mengaku bersalah kerana berbohong pada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenai hubungan dengan duta Rusia.

Pihak pendakwa raya juga mendedahkan bahawa dia pernah menghubungi pegawai kanan dalam pasukan peralihan Donald Trump sebelum bercakap dengan pegawai-pegawai Rusia.

Di sebuah mahkamah di Washington, Flynn menjadi anggota pertama dalam pentadbiran Trump yang mengaku bersalah atas jenayah yang dibongkar pasukan penyiasat khas berkaitan dakwaan percubaan Rusia mempengaruhi pilihan raya presiden AS pada 2016.

Flynn yang juga bekas panglima tentera dan anggota pasukan kempen politik Trump, mengaku bersalah dalam rundingan akuan bahawa dia memberi kenyataan bercanggah kepada FBI mengenai kaitannya dengan Duta Sergei Kislyak.

ABC News melaporkan Flynn, yang berdepan hukuman lima tahun penjara, bersedia memberi keterangan berkaitan Trump yang dikatakan telah mengarahkannya untuk berhubung dengan pihak Rusia, sebelum Trump memulakan tugas di White House.

Untuk berita penuh, SILA BACA DI SINI.



Source link

read more

Unimap juara sulung Kejohanan Woodbal Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra – Nasional


KANGAR 1 Dis. – Pasukan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) muncul sebagai juara sulung bagi Kejohanan Woodball bagi merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra 2017.

Dengan kejayaan ini, pasukan Unimap berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, medal, piala pusingan dan sijil.

Naib johan pula disandang oleh pasukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis yang menerima wang tunai RM1,000, medal dan sijil.

Pasukan Pejabat Duli Yang Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pula berkongsi di tempat ketiga di mana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan sijil.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung DiRaja Persatuan Woodball Perlis (PWPs) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang di Arena Futsal, Jabatan Belia dan Sukan Perlis.

Kejohanan anjuran PWPs ini telah diadakan secara liga yang berlangsung selama tujuh bulan setengah dengan penyertaan 800 orang daripada 42 jabatan kerajaan dan persekutuan di negeri ini.

Setiap pasukan mendaftarkan 20 pemain lelaki dan wanita.

Kejohanan ini adalah sebahagian daripada persiapan Perlis bagi memantapkan pemain, kemudahan tempat perlawanan dan kualiti padang serta pengurusan kerana bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Dunia 2020. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

12 maut diserang Taliban berpakaian burqa di kolej Pakistan



PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 12 maut manakala 35 lagi cedera dalam kejadian serangan di sebuah kolej pertanian di Peshawar, Pakistan.

Tiga penyerang dilaporkan memakai burqa bagi mendekati kawasan kolej itu menggunakan beca motor sebelum menembak orang ramai.

Anggota polis dan tentera kemudian berbalas tembakan yang menyebabkan kesemua penyerang itu terbunuh.

Menurut Ketua polis Salahuddin Mahsud, mangsa cedera termasuk dua anggota tentera, tujuh anggota polis, seorang wartawan dan seorang pengawal keselamatan selain pelajar kolej terbabit.

Seorang pelajar, Noor Wali, 19, berkata dia menyorok daripada penyerang itu bersama rakannya yang cedera parah dalam insiden terbabit.

“Saya lari ke pintu dan terlihat darah memancut daripada bahu rakan sebilik saya yang sedang berdiri di luar bilik.

“Kami kemudian menyorok di dalam bilik,” dia berkata.

Salahuddin berkata polis merampas pakaian dilengkapi bahan letupan, bom tangan dan senapang daripada penyerang terbabit.

Kumpulan militan Tehrik-e-Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Serangan itu turut dikutuk keras Menteri Besar Wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

“Kumpulan militan ini tidak mempunyai agama dan mereka lakukan serangan semasa negara ini sedang meraikan Maulidur Rasul,” beliau berkata.

Kejadian ini berlaku seminggu selepas seorang penyerang bunuh diri membunuh anggota polis pegawai tinggi di bandar itu dan beberapa minggu selepas satu tunjuk perasaan yang bertukar ganas di Islamabad yang meragut nyawa tujuh orang manakala ratusan lagi cedera.



Source link

read more

Lelaki lemas ketika menjala ikan – Nahas & Bencana


SEREMBAN 1 Dis. – Seorang lelaki ditemukan lemas ketika menjala ikan di sebuah kolam terbiar di Kampung Masjid Lenggeng, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.25 petang itu, mangsa Ghazlan Johari, 24, dari Rumah Rakyat Lenggeng meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, mangsa bersama dua rakannya datang ke kawasan itu untuk menjala ikan kira-kira pukul 2 petang.

“Mangsa dikatakan masuk ke dalam kolam itu selepas jala tersangkut, namun dia dipercayai tenggelam.

“Pihak bomba yang tiba pada pukul 4.20 petang menemukan mayat mangsa 25 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, mayat Ghazlan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

We miss you a lot- Nora Danish



TIADA siapa dapat menafikan naluri seorang ibu.

Meskipun sebagai ibu tiri, namun keakraban hubungan ibu dan anak mengundang rasa rindu yang meluap dan tidak dapat disembunyi.

Pelakon Nora Danish melahirkan rasa rindunya terhadap Mohamed Nedrin atau Dre, anak tirinya.

Dre merupakan anak kepada suaminya, Nedim Nazri Aziz hasil perkahwinan lalu.

Menerusi laman instagramnya, Nora menyatakan terlalu rindu kepada Dre.

Hey, if anyone see this cutie handsome boy right here , pls tell him that I miss him so much more than he can imagine. 🙂 I miss having conversations with him. How he loves to ask so many questions N we would laugh so hard every time he did that because of his innocence.

Nora kini sedang hamil 20 minggu, anak pertama dia bersama Nedim Nazri Aziz.

Pada masa sama, Nedim turut memuat naik video ucapan selamat hari lahir kepada Dre.

“Today is my son Dre’s birthday , Happy 6th birthday Sayang Daddy , you are a big boy now , I’m so proud of what you have achieved, rest assured that I will fight to the end to get justice for you to be able to come back to daddy , it’s been 3month since you have been blocked from calling or speaking to me , but don’t worry sweetheart, when you come back we will celebrate your birthday again okay sayang daddy ❤ , I miss you so much

Dre kini dibawah jagaan ibunya, Nabilah Khan Baharuddin.

Nabilah dalam laman instagramnya, memuat naik video sambuatn hari jadi bersama Dre.

Selain sambutan bersama ahli keluarga dan rakan, sambutan hari jadi Dre turut diraikan bersama anak-anak yatim dengan doa selamat serta sambuta Maulidir Rasul.



Source link

read more

80 peratus pusat perdagangan bandar Pattani lumpuh akibat banjir



PATTANI: Banjir yang melanda wilayah Pattani telah melumpuhkan 80 peratus daripada pusat perdagangan utamanya dan mengakibatkan golongan peniaga menanggung kerugian yang besar akibat bencana itu.

Datuk Bandar Pattani Piktak Kokiart berkata air banjir setinggi 50cm mula memasuki pusat perdagangan utama bandar itu sejak pagi tadi, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bencana banjir di Pattani itu telah mengakibatkan 500 kampung, 18,116 keluarga dengan 32,400 orang terjejas serta menyebabkan 58 buah sekolah ditutup. Empat orang meninggal dunia di wilayah itu akibat banjir.

Bencana banjir di selatan Thailand sehingga hari ini telah mengorbankan 12 nyawa.

Sementara itu, Gabenor Pattani Wiranan Penjang berkata enam daerah paling buruk dilanda banjir di wilayah itu adalah Nongchik, Mae-lan, Yarang, Khokpo, Yaring dan Muang.

— BERNAMA



Source link

read more

Suspek serangan Istanbul 2016 disahkan terbunuh di Georgia – Luar Negara


TBILISI, Georgia 1 Dis. – Seorang komander kumpulan pengganas Daesh berketurunan Chechen yang kudung sebelah tangan dipercayai telah meninggal dunia dalam satu operasi membanteras keganasan di sini minggu lepas, kata seorang anggota perkhidmatan khas Georgia hari ini.

Komander tersebut, Akhmed Chatayev sebelum ini disyaki merupakan perancang utama dalam serangan berdarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul pada Jun tahun lepas hingga meragut sekurang-kurangnya 46 nyawa.

Chatayev disahkan sebagai salah seorang daripada tiga lelaki yang terbunuh dalam operasi yang dijalankan di pinggir Tbilisi itu, kata seorang jurucakap, Nino Giorgobiani.

“Identiti suspek (Chatayev) telah dikenal pasti selepas satu siasatan dibuat dan ketika ini, sampel DNA (ujian asid deoksiribonukleik) bersama cap jarinya telah diambil untuk dianalisis dengan bantuan pakar dari Amerika Syarikat (AS),” katanya. -AFP



Source link

read more

AZMIN KENA “SEKOLAH” DENGAN ADIK SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Adik kepada Azmin Ali menyindir abangnya yang ‘cakap tidak serupa bikin’ bersabit amalan membanteras rasuah, yang mana kini Menteri Besar Selangor itu turut dikaitkan ekoran penahanan anak saudaranya berhubung kes perlombongan pasir di negeri itu. 

Ummi Hafilda turut menyatakan bahawa dia tidak akan bersubahat ke atas perkara yang mungkar sekalipun melibatkan anak saudara mahupun abang kandungnya sendiri.

“Sebagaimana Nabi Nuh sanggup membiarkan anaknya mati karam di depan matanya sendiri kerana kemungkaran, jadi siapalah saya hendak menghalalkan cara. 

“Sebab itu saya menentang PKR dari dulu lagi hingga kini. Sebab saya tahu siapa ketua lanun mereka. Cakap berdegar-degar nak hapuskan rasuah tapi diri sendiri…..keluarga dan kroni penuh tahi,” tulisnya menerusi satu psoting di laman Facebook beliau.

Selain itu, Ummi dalam masa yang sama turut meminta Azmin agar mengingati pesanan yang telah disampaikan oleh arwah bapa mereka sebelum ini.

“Arwah abah dah pesan apa Min (Azmin). Ingat tak..bila kita ditimpa bala dan musibah walaupun sebesar zarah terhiris jari dengan pisau atau berdarah terhantuk kaki. Cuba tanya pada diri, apakah dosa yang aku dah buat???

“Jangan menuding jari salahkan orang lain. Itulah kifarah penghapus dosa,” katanya lagi. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 November lalu menahan anak saudara Azmin, Nuzul Fadli dan tiga lagi individu atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram di Selangor.

Keempat-empat mereka terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Disember untuk membantu siasatan. Mereka disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkait projek lombong pasir pada 2014.

SPRM juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit. Azmin dalam reaksinya menafikan kononnya terlibat dalam penganugerahan tender tersebut.

Sebaliknya jelas Timbalan Presiden PKR itu, semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).




Source link

read more

Banjir Kelantan Fenomena air termenung dijangka berterusan hingga seminggu



TUMPAT:

Penduduk di jajahan Tumpat, khususnya melibatkan kampung bersempadan dengan Sungai Golok, di Kuala Jambu berdepan dengan fenomena air termenung atau air bertakung yang dijangka mengambil masa lebih seminggu.

 

Situasi ini menyebabkan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan banjir di Tumpat tidak dapat pulang lebih awal walaupun paras air sungai menurun.

 

Keadaan yang berlaku ini bukan perkara baru bagi penduduk di beberapa kampung melibatkan kampung Jejulok, Bendang Pak Yong, Kuala Jambu dan sebagainya.

 

Pada masa ini paras air sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih mencatatkan bacaan di paras bahaya namun trendnya menurun.

 

Begitu pun mangsa banjir di jajahan Tumpat dijangka akan berada lebih lama di pusat pemindahan banjir menunggukan air termenung itu surut.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail turut mengakui fenomena air termenung ini merupakan masalah yang dihadapi penduduk di jajahan ini sejak sekian lama.

 

Katanya masalah ini pernah diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau bersetuju untuk mengatasinya melalui peruntukkan RM 10 juta yang diluluskan sebelum ini.

 

Namun menurut Mat Razi pihak yang ditugaskan untuk melaksanakan projek membina terowong air termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS belum memulakan lagi projek berkenaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons