Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat malam ini



KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu merekodkan peningkatan kepada 503 orang daripada 149 keluarga setakat pukul 10 malam ini berbanding hanya 49 orang daripada 12 keluarga pagi tadi.

Peningkatan mangsa banjir itu disebabkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Nerus mulai pagi tadi susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Marang merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 358 orang (107 keluarga) yang kini berada di empat PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, SK Marang dan SK Pasir Putih.

Mengikut laporan portal Info Banjir, seramai 45 orang (15 keluarga) ditempatkan di satu PPS di Kuala Terengganu iaitu di SK Chendering manakala 34 orang (sembilan keluarga) dipindahkan ke satu PPS di Dewan Sivik Paka, Dungun.

Di Kuala Nerus pula, 45 orang (12 keluarga) dipindahkan ke dua pusat pemindahan iaitu SK Bukit Nenas dan SK Bukit Guntong.

Jumlah mangsa banjir di Besut pula kekal tidak berubah seperti pagi tadi iaitu 21 orang (enam keluarga) di SK Tembila.

Mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran pada pukul 9.45 malam, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu masih merekodkan bacaan 21.52 meter (m) melebihi paras bahaya 21.50m manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok, juga di Setiu merekodkan bacaan 8.33m melebihi paras amaran 7.70m.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata cuaca mendung, hujan renyai dan sesekali lebat di sesetengah kawasan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

“Penduduk perlu sentiasa berhati-hati dan mengikuti perkembangan semasa daripada agensi berkaitan untuk mengetahui situasi banjir terbaharu di sekitar kawasan mereka,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Singapura larang kemasukan pendakwah AS – Luar Negara


SINGAPURA 2 Dis. – Selepas Mufti Menk atau Ismail Musa Menk dan Haslin Baharim yang dikenali sebagai Ustaz Bollywood dilarang daripada memasuki Singapura penghujung Oktober lalu, seorang lagi pendakwah asing turut berdepan sekatan yang sama, semalam.

Yusuf Estes yang juga pendakwah dari Amerika Syarikat (AS) dikenakan larangan tersebut oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura atau MHA, lapor Channel News Asia.

Difahamkan, larangan itu juga dibuat bagi menjaga keharmonian agama dan sosial di Singapura ketika ini.



Source link

read more

Musim banjir bukan hanya cerita air naik tapi rumah pun runtuh



GUA MUSANG: Sebuah keluarga yang menghuni sebuah rumah di Kampung Sungai Toh, Limau Kasturi di sini tergamam apabila mendapati sebahagian struktur rumah mereka runtuh akibat ditimbus runtuhan tanah dari bukit di belakang kediaman mereka pada malam Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam, ketika hujan lebat melanda.

Mangsa, Rosdi Akiri Ismail bersama isteri dan anaknya bernasib baik kerana berada di rumah ibu bapanya di Kampung Jeram Tekoh kerana memindahkan barang berikutan dilanda banjir.

Rosdi berkata, sebaik dimaklumkan rakannya, dia terus bergegas pulang dan melihat bahagian depan rumahnya sudah tertimbus tanah dari bukit berhampiran.

“Hujan lebat (maka) tak berani nak duduklah (di rumah). Masa berlaku kami sekeluarga tak ada di rumah kerana pergi tolong orang tua saya yang rumah mereka ditenggelami air.

“Tapi kawan-kawan saya beritahu rumah saya pula musnah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah yang turut melawat keluarga itu berharap mangsa bersabar dengan kejadian yang berlaku.

Keadaan hujan ketika ini memberi risiko kepada mangsa kerana kemungkinan berlaku runtuhan kali kedua.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons