Gol lewat penjaga gawang Benevento hampakan Milan – Bola Sepak


MILAN, Itali 4 Dis. – Pendatang baharu Serie A, Benevento memperoleh mata berharga apabila jaringan lewat permainan penjaga gol, Alberto Brignoli membantu mengikat AC Milan, 2-2 malam tadi sekali gus menghampakan pengendali baharu kelab itu, Gennaro Gattuso.

Dikala pemain dan penyokong AC Milan sudah membayangkan kemenangan pada minit ke-95, Brignoli beraksi cemerlang apabila melakukan tandukan terbang yang menghadiahkan mata pertama kelab itu dalam 15 perlawanan.

“Seseorang daripada bangku simpanan menyuruh saya naik ke atas kerana ketika itu tiada apa yang perlu dibimbangkan (selepas ketinggalan). Saya kemudiannya melompat dengan menutup mata.

“Ini sangat hebat dan emosi saya adalah sangat sukar untuk digambarkan,” katanya penjaga gol yang dipinjamkan dari Juventus itu.

Untuk rekod, jaringan tersebut merupakan gol pertama Brignoli sepanjang kariernya.

“Saya dedikasikan gol ini kepada semua orang yang mengharapkan kami agar dapat melakukan sesuatu yang lebih baik musim ini.

“Kami tewas dalam banyak perlawanan dan kebanyakkannya adalah tidak patut. Selepas lebih tiga bulan, pengorbanan semua yang berada di sini berbaloi dan adalah lebih baik kami meraikannya,” ujarnya.

Dalam aksi di Stadium Vigorito, Giacomo Bonaventura meletakkan Milan di depan pada minit ke-38 sebelum kedudukan disamakan George Puscas, lima minit sebelum masa rehat babak pertama.

Penyerang antarabangsa Crotia, Nikola Kalinic meledak gol kedua Milan, tujuh minit selepas perlawanan bersambung namun pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Alessio Romagnoli dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Namun, saat-saat terakhir perlawanan nyata tidak berpihak kepada Milan apabila Brignoli menanduk masuk gol penyamaan yang berpunca daripada sepakan percuma bagi mengembirakan ribuan penyokong tuan rumah. – AFP



Source link

read more

Mangsa banjir di Pahang kian meningkat



RAUB: Jumlah mangsa banjir di daerah Raub meningkat kepada 71 orang daripada 19 keluarga sehingga pukul 10 malam tadi berbanding hanya 38 orang dari 10 keluarga pada jam 5.30 petang Ahad.

Pengarah Pasukan Pertahanan Awam Pahang, Zainal Yusof berkata bilangan mangsa banjir meningkat secara drastik kepada 35 orang berbanding hanya dua pada sebelah petang .

“Mangsa banjir dialihkan ke pusat pemindahan masyarakat Kampung Ulu Sungai setelah air sungai di kawasan itu melimpah.

“Dua pusat pemindahan yang dibuka di daerah ini terletak di Dewan Masyarakat Kuala Semantan yang menempatkan 26 orang dan surau RRM Cheroh 3  yang mempunyai 10 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini malam tadi.

Jalan Sangkela ke Chenua, yang sebelum ini ditutup selepas air naik ke kedalaman 0.4 meter, kini boleh digunakan oleh semua kenderaan.

Sementara itu, kerja-kerja sedang dijalankan untuk membersihkan jalan ke Kampung Orang Asli Sungai Kelit.



Source link

read more

Real Madrid mahu Salah – Cuper – Bola Sepak


LONDON 3 Dis. – Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah menjadi sasaran penyandang juara Eropah dan La Liga, Real Madrid, dakwa Ketua Jurulatih Mesir, Hector Cuper.

Salah, 25, menunjukkan prestasi mengagumkan sejak menyertai Liverpool dari kelab Itali, AS Roma musim ini dengan meledak 17 gol dalam semua pertandingan.

Penyerang antarabangsa Mesir itu muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris ketika ini dengan 12 gol, malah menjadi watak penting ketika membawa negaranya melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Cuper mendedahkan, pengurus Real, Zinedine Zidane berminat untuk membawa pemain itu keluar dari Anfield.

“Saya menerima maklumat yang sahih bahawa Real Madrid berminat dengan Salah, tetapi jangan terburu-buru dalam perkara ini.

“Bagi saya, situasi Salah ketika ini sangat luar biasa,” kata Cuper kepada saluran televisyen sukan Mesir, On Sports TV semalam.

Salah bakal mengetuai cabaran Mesir dalam Piala Dunia tahun depan, yang mana mereka diundi dalam Kumpulan A bersama Rusia, Arab Saudi serta Uruguay. – AGENSI



Source link

read more

Nasib ibu tunggal hadapi banjir



DUNGUN: Banjir yang datang dan pergi sepanjang musim tengkujuh adalah dugaan yang amat berat bagi seorang ibu tunggal di Kampung Tajung Hutan Paka, Dungun.

Bagi Liani Omar, 47 tahun, penyakit barah payu dara tahap empat dihidapinya membataskan keupayaan memikul beban yang terpaksa ditanggung.

Beliau yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) terpaksa berulang kali menghuni pusat pemindahan dan membersihkan rumah apabila keadaan pulih.

Malah hidupnya semakin terbeban sejak suami, Ramli Mohd Zain, 67 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung Oktober lalu.

Menurutnya, beliau menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.

Namun tidak cukup untuk  menyara sembilan orang anak yang berusia antara tiga hingga 21 tahun.

Liani berharap ada pihak yang dapat membantu membaik pulih rumahnya serta mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah sistem perparitan di kawasan berkenaan.



Source link

read more

Satu maut dirempuh 2 ditikam gara-gara berebut tempat letak kereta



NEW YORK: Gara-gara berebut tempat letak kereta, seorang lelaki bertindak menikam dua individu sebelum melanggar sekumpulan pejalan kaki di New York.

Akibat rempuhan, seorang dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi kritikal dan beberapa yang lain cedera.

Menurut polis, kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi Ahad di kawasan pejalan kaki di Queens.

Lelaki yang identitinya belum didedahkan itu dikatakan gagal mengawal kemarahan selepas berlaku pertengkaran gara-gara pertikaian tempat meletak kereta.

Setakat ini, dua individu yang ditikam itu dilaporkan stabil dan lima yang cedera kini sedang dirawat.

Polis bagaimanapun berjaya menahan lelaki terbabit tidak lama kemudian.



Source link

read more

Safiyah raih perak Kejohanan Dunia – Sukan


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman menghadiahkan pingat perak kedua buat Malaysia dalam Kejohanan Dunia, selain mengetuai kemaraan skuad boling wanita negara ke separuh akhir di Las Vegas, hari ini.

Siti Safiyah menamatkan saingan All-Event wanita di tempat kedua dengan mengumpul 5,048 jatuhan pin dalam empat acara – perseorangan, beregu, trio serta berpasukan, hanya dipisahkan 78 mata di belakang juara, Danielle McEwan dari Amerika Syarikat (AS) yang mengumpul 5,126 jatuhan pin.

Pemain Taiwan, Tsai Hsin-yi menduduki tangga ketiga dengan 5,017 jatuhan pin.

Malaysia juga menambah koleksi pingat dalam saingan wanita selepas gandingan Siti Safiyah bersama Shalin Zulkifli, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha Roslan serta Esther Cheah melangkah ke separuh akhir selaku pasukan tangga kedua terbaik di belakang Singapura.

“Syukur Alhamdulillah. Yay! Pasukan wanita kita berjaya melangkah ke separuh akhir acara berpasukan esok!

“Satu lagi berita gembira saya juga berjaya memenangi pingat perak dalam All-Events! Sangat gembira kerana semua orang akan pulang ke tanah air bersama pingat.

“Doakan kejayaan kami esok! Acara separuh akhir dan akhir berpasukan akan menggunakan format Baker,” kata Siti Safiyah dalam Facebook.

Malaysia menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik selepas mengumpul 6,227 jatuhan pin, 98 pin di belakang Singapura, manakala Colombia (6,167) di tangga ketiga dan Korea Selatan (6,140) keempat.

Pasukan negara akan berdepan Colombia dalam separuh akhir, manakala Singapura menentang Korea Selatan. Pemenang akan bersaing untuk merebut emas, manakala pasukan yang kalah sudah mengesahkan gangsa.

Malaysia pernah meraih emas acara berpasukan wanita dua kali iaitu di Kuala Lumpur pada 2003 dan Monterrey, Mexico pada 2007.

Sementara itu, skuad lelaki yang dianggotai Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Timmy Tan, Alex Liew dan Adrian Ang gagal menghadiahkan pingat selepas sekadar mengumpul 6,089 pin untuk menduduki tangga keenam.

Kem boling negara sebelum ini meraih perak menerusi beregu wanita, Shalin dan Li Jane. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jika golongan ateis meninggal dunia di mana kuburnya



HIDUP tanpa tuhan dan berpaksikan sesuatu yang wujud ataupun ghaib adalah hak individu yang jelas tidak melanggari perlembagaan negara, khususnya Malaysia.

Dari satu sudut pandang, individu yang berpegang kepada hidup tanpa tuhan atau golongan ateis adalah turut digelar sebagai individu yang berpegang kepada sesuatu yang difahami umum sebagai ‘agama’.

Tetapi adakah ateis itu agama?

Persoalan lainnya pula adakah ramai kalangan rakyat Malaysia menganuti ‘agama’ itu?

Jika ia bukan dalam kategori agama, di mana mereka ateis ini harus dikuburkan?

Penulisan ini merujuk kepada beberapa penyebaran di media sosial oleh golongan terbabit baru-baru ini yang mana wujud usaha menyebar luas fahaman ateis dalam kalangan pelayar media sosial.

Ada yang menafsir tindakan mereka itu sebagai sebahagian daripada ‘kebebasan bersuara’ dan ‘kebebasan beragama’.

Sebelum kita melihat isu kebebasan bersuara dan perlembagaan negara yang tersergam utuh sejak 1957 itu, penulis ingin menanyakan sesuatu yang telah diketahui umum sejak di bangku sekolah lagi.

Bukankah sebagai warganegara Malaysia kita mempunyai rukun negara untuk disemat sebagai persaksian sebagai rakyat yang setia?

Bukankah di tangga pertama rukun negara menyatakan tentang ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ dan diikuti ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’, Keluhuran Perlembagaan’, ‘Kedaulatan Undang-undang’ , Kesopanan dan kesusilaan’.

Mengambil rukun kelima negara, penulis berhasrat menyantuni golongan terbabit dengan pemahaman tentang Perkara 3(1) Perlembagaan iaitu Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Jadi di mana harus dikategorikan golongan ateis ini di Malaysia?

Bukankah mereka ini rakyat Malaysia?

Jadi untuk lebih menyantuni golongan ini yang diiktiraf sebagai warganegara, penulis ingin memetik sebuah lagi perkara utuh dalam Perlembagaan iaitu Perkara 8 (1) dan (2).

“8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

“(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak
berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa
pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.”

Kerajaan secara keseluruhannya melihat perkara ini dengan serius.

Pada 23 November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu Dewan Rakyat bahawa ateisme tidak mempunyai tempat di Malaysia kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Kita mesti faham bahawa dalam konteks Malaysia, kebebasan beragama bukanlah kebebasan dari mana-mana agama,” jelas Asyraf Wajdi sebagai tindak balas kepada persoalan mengenai usaha kerajaan untuk membendung atheisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jelasnya lagi, kerajaan menerusi peranan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan memastikan sebarang bentuk ekstrem atau pelampau agama termasuk fahaman ‘ateis’ di negara ini disekat agar kewujudannya tidak mendatangkan kemudaratan.

Sebagai negara yang yang mengutamakan agama Islam kerajaan katanya tidak sekali-kali akan memberi ruang atau peluang kepada aktiviti seumpama itu demi kepentingan umat Islam di negara ini.


Tidakkah ini jelas? Golongan ateis tidak hanya mencabar perlembagaan tetapi jelas mencabar agama-agama lain khususnya Islam itu sendiri.

Tidakkah anda yang berada di dunia tanpa sempadan ini gusar dengan tindak-tanduk anak-anak bangsa yang masih di bangku sekolah apabila mereka terdedah dengan isu kesongsangan ini?

Melihat isu ini dengan lebih mendalam Pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pihak berkuasa undang-undang, pengamal undang-undang dan ahli akademik perlu duduk semeja bagi berbincang lanjut mengenai kewujudan fahaman ateis.

Baginya jika terdapat keperluan mengiktiraf fahaman tersebut dalam perlembagaan negara, banyak perkara perlu diambil kira.

“Kalau kita lihat isu ateis dan agama ini amat sensitif kerana kita perlu lihat dari sudut perundangan.

“Sebab undang-undang negara bermaksud menjaga kepentingan individu, menjaga prinsip-prinsip asas negara dan demi untuk menjaga ketenteraman awam,” jelas Shamrahayu yang dihubungi penulis baru-baru ini.

Menurut frasa kebebasan beragama telah digunakan sebagai platform golongan itu dan ia sesuatu yang amat perlu dibahaskan.

“Cuma kita agak kekurangan definisi sebenarnya apa itu ‘agama’.

“Malaysia tiada definisi undang-undang tentang apakah itu agama dan ia jadi persoalan utama kini adakah ateis itu adalah pegangan agama?

“Jika ia agama maka ia layak mendapat jaminan kebebasan agamanya di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi kita perlu huraian undang-undang,” jelasnya.

Shamarahayu menegaskan ketika ini golongan ateis jelas memperguna frasa kebebasan beragama untuk kepentingan mereka kerana ia tidak termaktub dalam perlembagaan.

Mengikut perlembagaan, Malaysia katanya adalah sebuah negara yang mempunyai agama dan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama-agama lain hanya disebut sebagai agama yang diketahui umum semasa kemerdekaan tanpa huraian khusus.

“Dari sudut perundangan negara, kita mengiktiraf kedudukan agama dari sudut sosial dan budaya dan menerima kedudukan agama itu,” jelasnya lagi.

Shamrahayu turut menzahirkan kebimbangannya berhubung ketenteraman masyarakat beragama dengan kewujudan ideologi atau fahaman baharu ini

“Jika penyebaran ideologi, pemikiran, falsafah atau dogma kepercayaan itu berterusan dalam kalangan masyarakat beragama ia sudah pasti akan menimbulkan ketidakteraman.

“Jadi kita perlu tahu ke mana hala tuju negara dalam konteks beragama ini, adakah perundangan negara akan mengiktiraf satu kepercayaan yang tiada tuhan,” jelasnya.

Ditanya mengenai konsep Rukun Negara, Shamrahayu menjelaskan Rukun Negara bukan bersifat undang-undang.

“Dari sudut perundangan, ya benar, ia di luar konteks. Tetapi dalam kontek sebuah negara, negara itu perlu ada falsafahnya sendiri dan falsafah negara itu perlu ada tunjangnya dalam perlembagaan.

“Kalau perlembagaan itu mengiktiraf agama, maka saya percaya falsafah negara yang bukan dalam bentuk undang-undang adalah sebuah hala tuju negara kita,” jelasnya.

Hasil temu bual, penulis terfikir adakah hasil perbincangan akan datang akan memikirkan erti sebenar ‘agama’?

Kedua adakah tempatnya dalam perlembagaan?

Menurut Shamrahayu, Amerika Syarikat pernah mengiktiraf ateis sebagai agama dan diletakkan di dalam perlembagaan negara itu pada 2005.

Namun, maklum balas ahli akademik memutuskan keputusan tersebut sebagai mengelirukan maksud agama dalam perlembagaan mereka.

“Jadi kekeliruan yang diterima negara lain perlu dibincang kerana kita tidak mahu negara kita terjebak dalam isu kekeliruan dalam falsafah negara,” jelasnya ketika mengakhiri temu bual.

Sementara kita menantikan jawapan tuntas daripada pihak berkuasa dan ahli akademik, penulis benar-benar ingin tahu, jika ahli ateis ini meninggal dunia, adakah mereka akan dikuburkan? Dan jika dikuburkan, di mana kuburnya?

Atau mungkin ‘mati’ itu tidak wujud dalam kamus kepercayaan mereka? Kerana mati itu satu kepercayaan individu beragama.

Anda bijak, anda penilainya.


* Syah Hairizal Kamalul Arifin bertugas sebagai wartawan di Astro AWANI.

** Pendapat ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kena-mengena dengan Astro AWANI

 



Source link

read more

Dua maut motosikal bertembung – Nahas & Bencana


ISKANDAR PUTERI 3 Dis. – Seorang lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus maut selepas bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer (KM) 14.3 Lebuhraya Linkedua arah Utara (arah Senai), di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Nazri Abdullah, 23, yang berasal dari Kampung Rahmat, Rantau Panjang Kelantan dan Mohammad Hisham Mohd. Kassan, 29, dari Masai, Pasir Gudang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kedua-duanya merupakan pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Gelang Patah, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Deputi Superintenden M. Kumaresan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Muhammad Nazri menunggang motosikal Yamaha 125 secara melawan arus dari arah Senai ke Gelang Patah.

“Pada masa yang sama, motosikal itu beetembung dengan motosikal jenis Honda ditunggang Mohammad Hisham,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulai  dekat sini untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiga termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kemalangan di Sitiawan



SITIAWAN: Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia lingkungan tujuh bulan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kayan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki semua mangsa terbabas sebelum tercampak ke dalam parit berair sedalam 2.5 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku semasa keluarga berkenaan dalam perjalanan dari sini menghala ke Teluk Intan. 

Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.24 pagi dan sebaik tiba di lokasi segera membetulkan kereta tersebut sebelum membawa keluarga ketiga-tiga mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Di dalam kereta terdapat tiga orang terdiri daripada seorang lelaki berumur lingkungan 40an, seorang wanita berumur 30an dan seorang bayi lelaki dalam lingkungan tujuh bulan 

Beliau berkata mayat ketiga-ketiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan identiti kesemuanya belum dikenal pasti.

Mustafa berkata operasi tamat kira-kira pukul 6.10 pagi tadi.



Source link

read more

132 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan – Jenayah


SHAH ALAM 3 Dis. – Sebanyak 132 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan polis dalam Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran dan Persiaran Masjid, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, daripada jumlah itu, kesalahan yang banyak dilakukan pengguna jalan raya adalah tidak mempunyai lesen memandu iaitu 65 saman manakala lesen tamat tempoh sebanyak 23 saman. 

Jelasnya, daripada 65 saman yang dikeluarkan atas kesalahan tersebut, 17 daripadanya membabitkan remaja di bawah umur.  

“Selain itu, antara kesalahan lain yang dikenakan saman adalah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan kabur, lampu brek kenderaan gagal berfungsi, tiada cermin sisi dan lampu hadapan serta mengubah suai ekzos kenderaan.

“Menerusi operasi yang dijalankan hampir tiga jam itu, sebanyak 61 motosikal dan dua buah kenderaan masing-masing kereta dan van disita polis,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons