SHAH ALAM 3 Dis. – Sebanyak 132 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan polis dalam Op Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran dan Persiaran Masjid, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, daripada jumlah itu, kesalahan yang banyak dilakukan pengguna jalan raya adalah tidak mempunyai lesen memandu iaitu 65 saman manakala lesen tamat tempoh sebanyak 23 saman. 

Jelasnya, daripada 65 saman yang dikeluarkan atas kesalahan tersebut, 17 daripadanya membabitkan remaja di bawah umur.  

“Selain itu, antara kesalahan lain yang dikenakan saman adalah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan kabur, lampu brek kenderaan gagal berfungsi, tiada cermin sisi dan lampu hadapan serta mengubah suai ekzos kenderaan.

“Menerusi operasi yang dijalankan hampir tiga jam itu, sebanyak 61 motosikal dan dua buah kenderaan masing-masing kereta dan van disita polis,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: