MILAN, Itali 4 Dis. – Pendatang baharu Serie A, Benevento memperoleh mata berharga apabila jaringan lewat permainan penjaga gol, Alberto Brignoli membantu mengikat AC Milan, 2-2 malam tadi sekali gus menghampakan pengendali baharu kelab itu, Gennaro Gattuso.

Dikala pemain dan penyokong AC Milan sudah membayangkan kemenangan pada minit ke-95, Brignoli beraksi cemerlang apabila melakukan tandukan terbang yang menghadiahkan mata pertama kelab itu dalam 15 perlawanan.

“Seseorang daripada bangku simpanan menyuruh saya naik ke atas kerana ketika itu tiada apa yang perlu dibimbangkan (selepas ketinggalan). Saya kemudiannya melompat dengan menutup mata.

“Ini sangat hebat dan emosi saya adalah sangat sukar untuk digambarkan,” katanya penjaga gol yang dipinjamkan dari Juventus itu.

Untuk rekod, jaringan tersebut merupakan gol pertama Brignoli sepanjang kariernya.

“Saya dedikasikan gol ini kepada semua orang yang mengharapkan kami agar dapat melakukan sesuatu yang lebih baik musim ini.

“Kami tewas dalam banyak perlawanan dan kebanyakkannya adalah tidak patut. Selepas lebih tiga bulan, pengorbanan semua yang berada di sini berbaloi dan adalah lebih baik kami meraikannya,” ujarnya.

Dalam aksi di Stadium Vigorito, Giacomo Bonaventura meletakkan Milan di depan pada minit ke-38 sebelum kedudukan disamakan George Puscas, lima minit sebelum masa rehat babak pertama.

Penyerang antarabangsa Crotia, Nikola Kalinic meledak gol kedua Milan, tujuh minit selepas perlawanan bersambung namun pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Alessio Romagnoli dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Namun, saat-saat terakhir perlawanan nyata tidak berpihak kepada Milan apabila Brignoli menanduk masuk gol penyamaan yang berpunca daripada sepakan percuma bagi mengembirakan ribuan penyokong tuan rumah. – AFP



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: