Jangan terlalu obses dengan FattZura – Fazura



PETALING JAYA: Artis serba boleh, Fazura, tidak mahu peminat terlalu obses dengan terma ‘FattZura’ yang rancak digunakan, khususnya di laman sosial.

Kata Fazura, dia berharap peminat menyedari hakikatnya dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, masih dua individu yang mempunyai cara dan perancangan tersendiri dalam kerjaya.

“Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya.

“Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya,” kata Fazura dalam satu sesi bertemu media di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya jika mereka mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dalam sebuah lagu, kata Fazura ia mungkin dijayakan di masa depan.

“Buat masa ini kami mahu fokus kepada perancangan kerjaya sendiri terlebih dahulu. InsyaAllah, mungkin di masa depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh mereka mengadakan majlis pernikahan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi.

“Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan,” kata pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini.

Fazura selamat diijabkabulkan dengan Fattah pada 27 Nov lalu, selepas kira-kira enam bulan berkenalan.

BACA: Comelnya Fazura di majlis perkahwinan adik ipar



Source link

read more

Lelaki maut motosikal rempuh belakang treler – Nahas & Bencana


IPOH 3 Dis. – Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kiri di Kilometer 264.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu sebuah treler yang membawa muatan besi konkrit bangunan berhenti di bahagian lorong kiri lebuh raya.

Jelasnya, pemandu yang berusia 27 tahun kemudian turun daripada treler untuk memeriksa brek kenderaannya.

“Sewaktu melakukan pemeriksaan, dia terdengar bunyi rempuhan pada bahagian belakang treler yang dilanggar motosikal.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berkonvoi bersama-sama rakan-rakannya yang menunggang 10 buah motosikal lain dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lenggong,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TPM seru penunggang motosikal berdisiplin ubah persepsi masyarakat



SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penunggang motosikal agar lebih berdisiplin di jalan raya supaya golongan itu tidak terus menjadi penyumbang kepada peratusan tinggi jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya.

Menyifatkan dirinya juga seorang penunggang motosikal yang aktif sejak 40 tahun lalu, beliau berkata golongan berkenaan harus mengubah persepsi masyarakat yang sering menganggap mereka sebagai penyebab utama berlakunya kemalangan jalan raya.

“Malah saya juga dulu pernah dikatakan dalang utama penyebab kemalangan jalan raya. Saya dilemparkan pandangan yang buruk kerana saya mewakili penunggang motosikal.

“Kali ini saya bersama saudara-saudari membuktikan kepada masyarakat bahawa kita bukan penyumbang kepada peratusan kemalangan jalan raya,” katanya semasa merasmikan program Gegar Anak Seni dan Bikers 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Program anjuran Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Kelab Permotoran RXS RXK RXZ Malaysia itu berjaya menghimpunkan kira-kira 10,000 penunggang motosikal, melebihi sasaran 5,000 yang ditetapkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan amat prihatin terhadap isu kemalangan jalan raya dan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan, antaranya dengan menaik taraf unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata unit itu yang dahulunya diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, dinaik taraf menjadi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada tahun lepas.

“Kenaikan taraf unit itu kepada sebuah jabatan memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan motosikal,” katanya.

Sementara itu, beliau turut bercadang menubuhkan sebuah persatuan baharu bagi menggabungkan semua persatuan motosikal di negara ini, yang dinamakan Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GP Moto Malaysia) pada awal tahun depan.

Ahmad Zahid berharap 20,000 penunggang motosikal dari seluruh negara akan berkumpul pada majlis pelancaran GP Moto Malaysia itu, nanti.

— BERNAMA



Source link

read more

Tak tahu isi petrol pencuri kereta Ferrari kantoi



DALAM hidup, angan-angan sahaja tidak cukup untuk menjadi hebat. Pengetahuan juga perlu untuk mengelakkan kita daripada mengambil tindakan bodoh dan sia-sia.

Seorang lelaki di Amerika Syarikat bercita-cita besar untuk memiliki kereta Ferrari, tetapi nyata masih terlalu naif mengenai hal ehwal kereta mewah.

Portal Mirror.UK melaporkan Israel Perez Rangel bertindak mencuri kereta itu di sebuah pusat servis di Santa Ana, California, dua minggu lalu.

Pihak berkuasa yang memburu Rangel berjaya menahannya selepas dia dilihat mempamerkan tingkah laku yang mencurigakan ketika hendak mengisi petrol kereta itu.

Bukan sahaja dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengisi petrol, malah Rangel juga tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian.

Rakaman kamera litar tertutup memaparkan Rangel berusaha untuk membuka penutup petrol tank kereta terbabit namun gagal.

Siasatan polis juga mendapati ketika ditemui, kereta berkenaan dalam keadaan tidak terurus.

Sampah ditemui di dalam kereta, selain kerosakan pada kotak gear dan enjin.

Ketika disoal siasat, Rangel bagaimanapun menafikan mencuri kereta itu.

Bagaimanapun, pemilik sebenar Ferrari tersebut tidak perlu risau apabila dia dilaporkan menerima wang tuntutan insuran yang banyak dan telah pun membeli sebuah Lamborghini Harocan edisi 2018, lapor portal The Times.



Source link

read more

POKB sasar daftar 6,000 anak rantau – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyasarkan penambahan lagi kira-kira 3,000 ahli baharu dalam kalangan anak rantau terutamanya menetap di Lembah Klang namun daftar pemilihnya masih di Kota Bharu, Kelantan.

Penaung POKB, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, sasaran ini adalah bagi mengumpul anak-anak rantau sekaligus mendaftarkan mereka sebagai ahli serta pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, objektifnya adalah sebagai persiapan awal bagi membantu Barisan Nasional (BN) berdepan pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi pada tahun hadapan.

“Kira-kira 3,000 lagi pendaftaran ahli baharu akan kita usaha mendampingi mereka yang merupakan pengundi baharu dan berasal Kota Bharu agar hak mereka layak mengundi dapat dilaksanakan,” jelasnya sempena program Himpunan Kaseh: Jupo Mato Anak Kelate di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamed yang meriah dengan kehadiran lebih 300 anak rantau Kota Bharu sempena siri jelajah Himpunan Kaseh itu hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

EXCO SRIKANDI BUNGKUS PARTI BUNGA!!! ~ SEMUT HITAM


Seakan-akan tidak berpenghujung, pergolakan yang berlaku dalam (PPBM) berlarutan apabila salah seorang daripada Exco Srikandinya, Zuraini Kamal hari ini mengumumkan perletakan jawatan sekali gus keluar daripada parti.

Ketua Srikandi Kuala Kedah itu berkata, tindakan tersebut dibuat ekoran terlalu banyak isu dan polemik yang gagal diuruskan dengan baik selain tidak ditangani secara serius oleh pucuk pimpinan.

Selain Zuraini, tindakannya itu turut disusuli oleh empat lagi individu iaitu dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat (Ketua Srikandi PPBM Pendang) dan Rukiza Abu Bakar (Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena) serta dua AJK Srikandi Bahagian Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.

“Antara isu yang gagal ditangani adalah budaya fitnah dan tidak boleh ditegur. Terus terang saya katakan, ada ramai individu yang diketepikan atau ditukar jawatannya kerana kononnya ada salah laku namun malangnya orang berkenaan tidak diberi peluang untuk membela diri.

“Kalau cuba memberi pandangan, nanti akan adalah orang tertentu yang dipecat di peringkat bahagian dengan berselindung di sebalik perkataan ‘rombakan’.

“Sehinggakan pada satu ketika, terdapat dua individu berada di kedudukan sama dan itu sudah tentu membawa perpecahan di peringkat bahagian,” katanya.

Tambahnya, perkara itu pernah beberapa kali disuarakan kepada kepemimpinan parti termasuk di peringkat tertinggi namun tidak langsung dipedulikan.

“Keputusan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Selepas ini sudah tentu ada yang akan menggelarkan kami sebagai pengkhianat dan pemakan dedak tetapi kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

“Bukan semua benda boleh dibeli. Untuk pengetahuan, ramai dalam kalangan rakan-rakan seperjuangan yang telah meletak jawatan dan meninggalkan parti namun mereka tidak mahu untuk mendedahkannya secara terbuka atas sebab-sebab tertentu termasuk bimbang dilabelkan dengan gelaran bukan-bukan,” katanya.




Source link

read more

Kesiagaan komprehensif bendung ancaman tradisional – Hishammuddin



KUALA LUMPUR: Meningkatkan dan mengekalkan kesiagaan komprehensif semua aset pertahanan merupakan satu daripada empat cara bagi membendung ancaman tradisional dalam abad ke-21, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata Malaysia sentiasa memastikan aset-aset pertahanannya dikemas kini dari segi perkakasan selain memperkukuh semangat dan kapasiti anggota keselamatannya.

“Senjata terbaik di dunia tidak dapat membantu jika tentera kita tidak mampu dan bersedia untuk bertempur.

“Apabila ‘aset teras’ kita diberi motivasi, aset pertahanan lain diselenggara dengan baik dan dipertingkat secara rutin mengikut tempohnya, pada masa itulah kita mencapai keadaan kesiagaan komprehensif yang akan membolehkan kita menghadapi ancaman keselamatan tradisional dalam abad ke-21 dan berjaya mengatasi potensi konflik,” katanya dalam ucap tama pada Wacana Belia Antarabangsa KL 2017 (KLIYD 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Hishammuddin berkata cara lain bagi mengurang ancaman tradisional adalah dengan memperkenal mekanisme dan pengurusan membendung ancaman; sokongan dan pembangunan berterusan institusi multilateral melalui pelbagai saluran; serta kepimpinan yang rasional, responsif dan bertanggungjawab.

Beliau berkata langkah membendung serangan adalah yang paling berjaya digunakan dalam kempen menentang kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Negara Islam atau Daish, dan Malaysia sendiri amat komited dalam menangani punca akar umbinya dengan menggabungkan pendekatan secara lembut selain kekuatan ketenteraan.

“Kami sudah lama sedar bahawa mengebom pengganas supaya menyerah diri atau menghapusnya secara menyeluruh tidak akan menyelesaikan ancaman keganasan, sebaliknya ia mungkin menggalakkan lagi mereka yang bersimpati dengan pengganas untuk bertindak,” katanya.

Menurutnya Malaysia perlu terus menyokong dan membangunkan institusi-institusi multilateral termasuk ASEAN bagi memudahkan integrasi perdagangan dan ekonomi selain menjaga keamanan.

Dari segi kepimpinan, Hishammuddin berkata para pemimpin mestilah membuat keputusan berani di sebalik risiko yang sudah dihitung dengan teliti serta menggesa pengikut supaya berkompromi dan meningkatkan diri daripada melayani kehendak segelintir pihak.

Sementara itu, beliau berkata antara ancaman keselamatan tradisional utama pada masa ini adalah peningkatan kerentanan berikutan wujudnya kawasan bermasalah di rantau ini; pertikaian rumit berhubung wilayah legasi pelbagai pihak berkepentingan; berleluasanya persaingan senjata serta bertambahnya populisme autoritarian.KLIYD 2017 merupakan platform bagi belia berdialog tentang isu-isu semasa dengan para pemimpin.

Kali ini, ia membincangkan tentang ancaman masa depan berkaitan ekstremis, keselamatan makanan serta keselamatan siber.

— BERNAMA



Source link

read more

Rakyat Kelantan perlu saling membantu hadapi banjir – Wilayah


KOTA BHARU 3 Dis. – Rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang diminta saling memberi sokongan kepada satu sama lain pada saat menghadapi musibah banjir.

 Pengasas Yayasan SOW Asia, Darius Yuen berkata, keprihatinan bukan diukur melalui kebendaan semata-mata tetapi semua pihak boleh menyumbang dengan keupayaan yang ada pada diri masing-masing.

 Beliau berkata, jumlah mangsa banjir yang ada di negeri ini bukan satu jumlah yang sedikit dan semua pihak berperanan untuk meringankan beban mereka.

 “Semua orang boleh menyumbang dan memberi bantuan mengikut keupayaan masing-masing.

 “Pertolongan bukan semestinya melalui wang tetapi ia lebih kepada berkongsi apa yang ada dan saling menyokong serta menyayangi antara satu sama lain,” katanya di Program Suai Kasih Budi Disemai anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama SOW Asia dan Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM).

 

 Yayasan SOW Asia adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang telah diasaskan pada 2009 dan berpusat di Hong Kong.

 Program itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Kijang yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

 

 Yang turut hadir, Pengarah JKM negeri, Said Sidup dan Yang Dipertua PKPRCSWKM, Dr. Fadzillah Hussin.

 Pada majlis itu, Darius telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM250 seorang kepada 197 penerima terdiri daripada penghuni RSK Taman Kemumin, orang kurang upaya (OKU)  dan golongan kurang berkemampuan dari sekitar daerah ini.

 Esok, beliau akan turun ke Bukit Tiu, Machang bagi menyampaikan bantuan termasuk mengadakan lawatan dari rumah ke rumah pesakit terlantar membabitkan penerima seramai 203 orang lagi.

 Menurutnya, jumlah keseluruhan dana yang disumbangkan Yayasan SOW Asia melalui penyampaian bantuan dan pelaksanaan program di negeri ini dengan kerjasama  PKPRCSWKM adalah RM150,000. -!UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh lori



IPOH: Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ke Lenggong bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam satu insiden tengah hari ini.

Kemalangan berlaku di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora apabila motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai merempuh lori treler yang berhenti di laluan kecemasan.

Dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu, penunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 itu maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby, mangsa yang berusia 43 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuala Lumpur bersama sembilan buah motosikal lain.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, sebuah lori muatan konkrit bangunan telah berhenti di lorong kiri dan pemandunya turun membuat pemeriksaan di bahagian brek kenderaan.

“Tiba-tiba, pemandu itu mendengar bunyi rempuhan daripada belakang dan melihat motosikal mangsa merempuh bahagian lori di sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Jelasnya, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk serta remuk di bahagian hadapan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Mohd Ali lagi.

Sebelum ini, PLUS melaporkan kesesakan lalu lintas di PLUS arah utara berikutan kemalangan itu yang menyebabkan pengguna jalan raya tersangkut lebih daripada tiga jam.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons