Comelnya Fazura di majlis perkahwinan adik ipar


DALAM masa dua minggu ibu dan bapa pelakon popular Fattah Amin telah menerima dua menantu dalam keluarga mereka.

Tahniah berganda dari kami di Astro Gempak. Semakin besar dan meriahlah keluarga Mohd Amin dan Ibu Zah selepas ini ya!

Menariknya, pasangan pengantin baru Fattah Amin dan Fazura turut menjadi perhatian sepanjang majlis berlangsung.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak  selepas melihat beberapa video yang tersebar di Instagram, peminat mula memanggil Fattah dan Fazura dengan gelaran Abang Long dan Kak Long.

Astro Gempak difahamkan majlis perkahwinan adik kedua Fattah yang dipanggil ‘Angah’ ini telah berlangsung pada Jumaat (akad nikah) dan majlis persandingan berlangsung pada Sabtu (semalam).

Lebih sweet  lagi Fattah tidak melepaskan genggaman tangan isterinya ‘Yang Paling Manis’ walau sesaat pun!

Ada juga peminat yang mengusik nakal dan memberi komen; “Abang Long sayang sangat dekat Kak Long sebab itu tangan tak lepas-lepas dari tadi.”

Yang penting, kami dah tak sabar nak tunggu majlis resepsi Fattah dan Fazura yang dijangka berlangsung pada Januari depan.

Apa-apa pun jom tengok foto-foto dan video yang dikongsi oleh peminat #FattZura di Instagram ini:
 



Source link

read more

Dua maut kemalangan libat tiga kenderaan – Nahas & Bencana


KUANTAN 3 Dis. – Dua maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 102.8 Jalan Kuantan-Segamat di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami mereka.

“Ketika kejadian, cuaca dalam keadaan hujan lebat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat dan butiran lengkap berhubung kemalangan maut itu akan menyusul. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jumpa bayi di tapak sampah



KUDAT: Seorang pencari barangan lusuh terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan yang diletak dalam lipatan tuala berwarna merah di tapak pelupusan sampah Jalan Langkon di Kota Marudu dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, saksi lelaki yang dikenali sebagai Welmon, 30-an, berkata ketika itu dia dan rakan-rakannya sedang memunggah sampah di tapak pelupusan berkenaan untuk mencari barangan terpakai.

Asyik memunggah, saksi terlihat satu alas plastik meja di bawah timbunan sampah lalu menarik plastik itu sebelum menemui lipatan tuala berwarna merah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah berkata, sebaik membuka lipatan tuala itu, pengadu terkejut melihat mayat seorang bayi perempuan yang sempurna sifatnya dan masih mempunyai uri serta tali pusat.

“Pengadu bergegas memaklumkan perkara terbabit kepada rakan-rakannya sebelum menghubungi polis.”

Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kota Marudu dan hasil pemeriksaan mendapati umur bayi berkenaan adalah berusia kira-kira 28 minggu dalam kandungan serta tiada sebarang kecederaan fizikal terhadap tubuh badan bayi itu.

Jelasnya, punca kematian masih belum dapat dipastikan kerana ianya memerlukan pemeriksaan pakar forensik dan mayat bayi itu dijadualkan dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu pada Selasa depan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.



Source link

read more

Empat cedera jambatan runtuh di Prague



PRAGUE: Empat cedera dalam satu kejadian tanah runtuh di Prague, Republik Czech pada Sabtu.

Menerusi laporan APTN, pihak bomba mengesahkan dua daripada mangsa tersebut mengalami kecederaan parah.

Jambatan konkrit yang melintasi sungai Vltava itu merupakan laluan utama bagi penunggang basikal dan pejalan kaki untuk ke sebuah zoo yang terkenal di Prague.

Pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian.



Source link

read more

AZMIN ALI JADI MANGSA BULI DIVA AA!!! ~ SEMUT HITAM


RABU lalu, negara digemparkan dengan berita anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia membabitkan kes melombong pasir tanpa lesen di Sungai Long, Kajang sehingga mengakibatkan anak sungai tertimbus serta tersekat.

Susulan penahanan itu, selebriti terkenal, Azwan Ali dilihat meluahkan rasa gembira berhubung kes berkenaan menerusi beberapa posting di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Menerusi posting berkenaan juga, Azwan dilihat sempat ‘mencabar’ anak saudaranya yang bernama Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid merayu pertolongan daripada Azmin untuk dibebaskan daripada tahanan SPRM.

Azwan turut menyifatkan penangkapan itu sebagai balasan daripada Tuhan di atas perbuatan keterlaluan anak saudaranya yang tidak menganggap Azwan sebagai bapa saudara ketika majlis perkahwinan Mohd Nuzul Fadli sebelum ini.

“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)?

“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau.

“Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau!

“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Sementara itu, Azmin juga tidak terlepas daripada tempias ‘kelancangan’ mulut Azwan memandangkan salah laku yang dipalit dengan nama menteri besar itu dianggap memalukan keluarga arwah ayahnya, Ali Omar.

Sebelum ini, SPRM telah menahan Nuzul Fadli di kediamannya yang berlokasi di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 1 tengahari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.




Source link

read more

7 maut 2 hilang dalam insiden bot karam di Korea Selatan



SEOUL: Sekurang-kurang tujuh maut manakala dua lagi masih hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot nelayan yang dinaiki mereka bertembung dengan kapal minyak di perairan Incheon, Korea Selatan.

Jurucakap Pengawal Pinggir Laut negara itu berkata angka korban dijangka meningkat kerana enam daripada 13 mangsa yang berjaya diselamatkan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Tambahnya, 22 orang berada di atas bot nelayan 9.8 tan itu ketika kejadian pada Ahad sebelum ia bertembung dengan kapal mengisi minyak seberat 336 tan.

Kapal tersebut tidak mengalami kerosakan.

Menurut kenyataan dari pejabat Presiden Korea Selatan, usaha menyelamat melibatkan unit helikopter dan kapal terbang.

Setakat ini, lebih 10 kapal tentera laut dan pengawal pinggir laut termasuk empat helikopter telah dikerah ke lokasi kejadian.



Source link

read more

Anggun teruskan legasi kejayaan menerusi What We Remember



KUALA LUMPUR: Sebut sahaja nama Anggun Cipta Sasmi, siapa yang tidak kenal.

Jika sekali pun anda bukan peminat setianya, anda pasti mengenali dan mengetahui reputasi tinggi artis yang berasal dari Jakarta, Indonesia ini.

Memulakan kerjaya seni seawal usia 12 tahun, Anggun meninggalkan tanah airnya pada usia 20 tahun untuk mengejar cita-citanya sebagai artis antarabangsa.

Sejak itu, Anggun tidak menoleh ke belakang lagi. Bermula dengan lagu hit Snow On the Sahara, Anggun telah melahirkan enam album berbahasa Inggeris, empat album berbahasa Perancis, selain lima album dalam bahasa Indonesia.

Lagu-lagu nyanyian Anggun pernah tersenarai dalam beberapa buah carta muzik terkemuka antarabangsa, antaranya Billboard Dance Charts dan Billboard Pop Songs Charts.

Selain menyanyi, duta keamanan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyumbangkan kepakaran dan pengalamannya sebagai penyanyi apabila dilantik sebagai juri pertandingan realiti pencarian bakat  Asia’s Got Talent.

Single terbaharunya, What We Remember, yang baru sahaja dilancarkan telah pun memasuki carta Top 10 best selling iTunes. Album terbaharunya, ‘8’ bakal menemui peminat 8 Disember ini.

Untuk peminat Anggun, pastikan anda meluangkan masa lunch break anda untuk bersama-sama menantikan pengumuman istimewa Anggun dan Fazura melalui sesi Facebook Live, jam 1 petang esok, di Facebook Astro AWANI.



Source link

read more

Misteri kehilangan kapal selam Argentina belum terungkai



BUENOS AIRES: Misteri kehilangan kapal selam milik Argentina masih belum terungkai dan kini telah memasuki hari ke-18 insiden itu yang berlaku pada 15 November lalu.

Terbaharu, tentera laut Argentina mengesahkan objek yang ditemui radar pada Jumaat bukan serpihan dari kapal selam ARA San Juan.

Menurut jurucakap tentera, Enrique Balbi imej yang dikesan radar terbabit telah dianalisa pada Sabtu.

“Selepas analisa dibuat ia disahkan bukan milik kapal selam ARA San Juan,” jelas Enrique Balbi dalam sidang media di Buenos Aires.

Balbi berkata pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai tentera laut tidak lagi memberi fokus kepada pencarian kelasi yang hilang.

Pada 15 November lepas, kapal selam yang membawa seramai 44 kru kapal sedang dalam perjalanan dari pelabuhan Ushuaia dari Pelabuhan Mar Del Plata, 400 kilometer dari Beunos Aires.

Siasatan awal mengesahkan terdapat log dari kapten kapal yan gmemberitahu air laut memasuki bahagian kapal dan merosakkan bateri serta berlaku litar pintas.

Letupan turut dilaporkan berlaku ketika komunikasi tersebut dibuat.



Source link

read more

India: Suami mungkin dipenjara jika cerai isteri dengan talak tiga – Luar Negara


NEW DELHI 2 Dis. – Para suami di India yang menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekaligus mungkin berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun tidak lama lagi.

Hukuman itu digariskan dalam draf undang-undang terbaharu yang sedang digubal untuk masyarakat Islam di sini, lapor BBC.

Pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Agung India memerintahkan supaya amalan perceraian tersebut tidak lagi diamalkan selepas mendapati ia tidak mengikut perlembagaan dan ajaran Islam yang sebenar.

Bagaimanapun, amalan terus dikatakan masih berleluasa hingga ke hari ini.

Justeru, undang-undang lebih tegas termasuk mendenda atau memenjarakan pesalah terpaksa digubal semula dalam usaha melindungi hak-hak wanita Islam di India.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons