Malaysia pohon enam rakyat disyaki edar dadah di Hong Kong diekstradisi



KUALA LUMPUR: Malaysia akan membuat permohonan ekstradisi daripada pihak berkuasa Hong Kong ke atas enam rakyatnya yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa negara itu kerana disyaki menyeludup dadah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata Malaysia mempunyai Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan negara China yang mana Hong Kong adalah wilayah autonomi republik itu, sekaligus memudahkan proses penghantaran pulang enam rakyat Malaysia itu.

BACA: Enam rakyat Malaysia cuba seludup RM2.1 juta dadah ditahan di Hong Kong

“Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan Polis Hong Kong akan dilakukan untuk proses ekstradisi tersebut yang turut terkandung dalam MLA itu malah PDRM telah dimaklumkan oleh Polis Hong Kong mengenai penangkapan tersebut dan akan menyiapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Sama ada Akta Dadah Berbahaya 39B atau akta lain akan digunakan, itu terserah kepada mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Memetik laporan portal berita South China Morning Post, enam rakyat Malaysia ditahan sepasukan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong selepas disyaki menyeludup dadah ketamin bernilai HK$3.9 juta (RM2 juta) ke negara itu.

Kesemua warga Malaysia berusia antara 18 dan 28 tahun itu ditahan ketika sesi pemeriksaan kastam sebaik tiba dari Kuala Lumpur pada Rabu.

— BERNAMA



Source link

read more

Syria dakwa Israel lancar serangan udara di kem tentera di Damsyik



TENTERA Syria mendakwa kem tenteranya di Damsyik dibedil Israel melalui serangan udara yang dilancarkan pada tengah malam Sabtu.

Menurut agensi berita tempatan dan pemerhati badan hak asasi manusia serangan terbabit berjaya dipintas senjata anti peluru berpandu bagaimanapun peluru berpandu terbabit jatuh di kawasan kem.

Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan dibuat berhubung mangsa yang terlibat.

Tentera Israel yang dihubungi media antarabangsa enggan mengulas mengenai serangan tersebut.

Namun beberapa jam selepas serangan dibuat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran terhadap Iran berhubung operasi ketenteraan di Syria.

Mesej langsung itu memberi amaran tidak akan bertoleransi dengan mana-mana negara yang mahu menghancurkan negara yahudi terutamanya Iran.

Israel turut mendakwa telah menembak jatuh pesawat dron milik Syria yang melakukan operasi intipan.

Ketegangan memuncak antara kedua-dua negara apabila israel mendakwa Syria telah melanggar perjanjian gencatan senjata 1974 apabila memulakan pembinaan di kawasan pertikaian di Golan.



Source link

read more

Hati-hati guna laluan Gua Musang-Lojing – Nahas & Bencana


GUA MUSANG 2 Dis. – Laluan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Kundur di sini terpaksa dibuka satu lorong berikutan kejadian rekahan jalan dan runtuhan cerun, hari ini.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan laluan itu.

Katanya, jalan FT185 itu merupakan laluan utama untuk ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak.

“Kita berharap pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan agar berhati-hati kerana hakisan mungkin menjadi semakin teruk sekiranya hujan berterusan.

“Kita juga telah meletakkan papan tanda amaran dan pengguna jalan perlu mematuhinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ibu bapa perlu menabung elak anak berhutang di masa depan



BESUT: Kerajaan akan terus memberi penerangan secara ilmiah bagi menggalakkan ibu bapa membuat simpanan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi mengelak pelajar berdepan masalah dengan pinjaman pendidikan pada masa akan datang.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan skim tersebut, bukan sahaja menyasarkan kutipan pembayaran pinjaman tetapi juga mahu bertanggungjawab mendidik masyarakat.

Beliau berkata bagi menyokong usaha menabung, kerajaan menerusi PTPTN menyediakan geran sepadan kepada pelajar Tahun Satu di sekolah bantuan penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i .

“Ini bermakna setiap akaun akan menerima RM50 lagi (menjadikan jumlah akaun RM100) daripada kerajaan dan kini satu geran sepadan lagi diwujudkan melibatkan akaun tabungan berjumlah RM500.

“Untuk satu akaun RM500, kerajaan akan memberi percuma RM500…namun untuk 500,000 pelajar yang layak sahaja. Jadi rebutlah peluang ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan pada Program Ceria Kembali Ke Sekolah Bersama PTPTN di sini hari ini.

PTPTN dijangka melakukan penerangan mengenai geran tersebut dari semasa ke semasa bagi membolehkan orang ramai terus berminat menabung, katanya.

Selain itu, Idris yang juga Anggota Parlimen Besut berkata PTPTN melakukan pelbagai penambahbaikan dan dijangka mampu mengutip pinjaman melebihi sasaran RM4 bilion tahun ini.

“Sehingga kini, PTPTN telah kutip sebanyak RM3.36 bilion. Kita lihat PTPTN telah berbelanja RM51.55 bilion untuk memberi pinjaman kepada 2.8 juta pelajar di seluruh negara.

“Kutipan sebelum ini kita lihat kurang daripada RM1 bilion, dua tahun lalu kita kutip hampir RM2 bilion dan tahun lalu mereka kutip RM3.4 bilion. Tahun ini, Insya-Allah lebih RM4 billion akan dikutip, bermakna PTPTN berjaya meyakinkan pelajar untuk membayar,” katanya.

Beliau berkata tindakan peminjam membayar balik pinjaman mereka mempunyai kaitan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi diskaun 15 hingga 20 peratus, dan sehingga kini, lebih 2,000 peminjam merebut peluang tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN Datuk Wan Ahmad Wan Yusof berkata pihaknya kini giat memberi galakan menabung dengan permulaan RM1 sehari bagi mendapatkan RM30 sebulan.

“Hari ini sahaja, PTPTN sediakan simpanan kepada 400 pelajar, sebanyak RM100 seorang daripada golongan kurang berkemampuan. Ia sebagai permulaan kepada ibu bapa mereka membuat tabungan. Banyak keistimewaan diuar-uarkan termasuklah perolehan dividen yang tinggi dan takaful.

“Pada masa depan, kita berharap masyarakat tidak terlalu bergantung dengan pinjaman kerana pinjaman yang tinggi boleh menyukarkan anak-anak kita di kemudian hari. Justeru, saya menyarankan ibu bapa membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi anak masing-masing,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Yusri Che Lah bakal bergandingan dengan Sathit Bensoh – Bola Sepak


KOTA BHARU 2 Dis. – Desas-desus bekas pengendali Felcra FC, Yusri Che Lah bakal bergandingan dengan Sathit Bensoh untuk melatih Kelantan semakin menjadi kenyataan.

Ini berikutan, Yusri dilihat sudah berada di padang untuk mengendalikan persiapan pra- musim The Red Warriors (TRW) bersama Bensoh walaupun di nafikan oleh kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Sumber dalaman Kafa berkata, Bensoh dan Yusri akan dibantu oleh bekas pemain Kelantan, Nazaruddin Mohd. Zin yang merupakan jurulatih Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Tanah Merah.

Menurutnya, dia yakin gandingan baharu itu dijangka mampu memperkasakan lagi pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018.

“Yusri bukanlah nama baru dalam lapangan bola sepak Malaysia ditambah pula dia pernah membuat penampilan sebanyak 42 kali bersama pasukan kebangsaan satu ketika dahulu.

“Bukan itu sahaja, pengalaman membimbing Perlis dan Felcra FC mampu digunakan untuk membantu Bensoh bagi merencanakan ramuan terbaik buat Kelantan,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Utusan Malaysia 24 November lalu melaporkan, Yusri dikhabarkan semakin hampir menyertai Kelantan untuk memperkasakan barisan kejurulatihan TRW apabila tiba di Kota Bharu untuk urusan perbincangan kontrak de­ngan pihak atasan persatuan itu.

Tambah sumber dalaman Kafa itu lagi, Bensoh juga semakin hampir untuk mengepalai barisan kejurulatihan Kelantan musim depan.

Katanya, semua pemain yang sedang diuji ketika ini termasuklah tonggak import akan dinilai oleh Bensoh.

“Ketika ini TRW sudah mulai giat menjalani sesi latihan biarpun negeri ini sedang dilanda musim tengkujuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

ADUN PKR MARAH, DAPigs LABEL DIA “PEMALAS”!!! ~ SEMUT HITAM


Wakil rakyat PKR, ADUN Kebun Bunga yang diketepikan Rejim DAPigs Pulau Pinang berkata, dakwaan bahawa dia tidak bekerja hanya bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Adun Kebun Bunga itu dalam satu kenyataan berkata, dia sibuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir membina semula komuniti mereka yang dimusnahkan banjir baru-baru ini.

Malah dia juga sibuk dengan insiden tanah runtuh yang berlaku di Bukit Bendera sehingga menjejaskan perkhidmatan kereta kabel dan tragedi di tapak pembinaan Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa.

Sehubungan dengan itu, katanya, dia tidak menjangkakan bahawa tindakannya itu dipergunakan oleh sesetengah ahli Politik hanya semata – mata untuk mengalihkan perhatian rakyat.

ADUN PKR itu berkata demikian sewaktu diminta untuk mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai bantahan terhadap perkhidmatan yang diberikan di Kebun Bunga.

Lim mendakwa penduduk di Kebun Bunga “sangat tidak puas hati”, malah mengeluarkan “kata – kata kesat” kepada wakil PKR itu, tetapi mereka memuji tindakan ADUN DAPigs Pulau Tikus yang membantu mereka.

Katanya, rakaman video lawatannya ke Ladang Hong Seng di Kebun Bunga selepas banjir baru-baru ini menunjukkan penduduk setempat menegur Cheah yang didakwa tidak prihatin dengan kesusahan mereka.

Minggu lalu, Lim Guan Eng berkata, dia sendiri akan menyerahkan bantuan dari Rejim DAPigs yang dibawah pimpinannya sebanyak RM700 kepada mangsa banjir di Kebun Bunga.

Guan Eng turut memberikan alasan, perkara itu sekadar “perubahan prosedur dalaman” dan keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Setiausaha Negeri, Datuk Seri Farizan Darus.

Dalam satu kenyataan selepas pengumuman itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan penjelasan itu “naif dan sukar diterima” serta sama dengan tindakan mengetepikan peranan PKR dalam kerajaan negeri.




Source link

read more

Eight killed after fishing boat capsizes in South Korea



SEOUL: A South Korean fishing boat capsized off the country’s western coast on Sunday after it collided with a refueling vessel, killing eight people, South Korea’s coast guard said.

The boat was carrying two sailors and 20 passengers when the collision occurred in waters near Incheon west of Seoul, according to the coast guard.

Two people remain missing and a search and rescue operation involving five helicopters and 19 vessels is underway. The reason for the collision has yet to be confirmed, the coast guard added.

South Korea’s President Moon Jae-in visited a national emergency management centre and ordered all measures be taken to find those missing, the Presidential Blue House said.



Source link

read more

Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik – SPRM



PUTRAJAYA: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu baru-baru ini berhubung aktiviti melombong pasir di Selangor adalah bebas daripada unsur politik mahupun sebarang pengaruh atau sabotaj, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau menegaskan apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah bersifat profesional dan tidak ada sama sekali perkiraan politik.

“Jadi apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah berdasarkan maklumat yang SPRM terima. Dan apabila mempunyai asas kepada maklumat yang diterima maka SPRM jalankan siasatan.

“Semua pihak perlu bersikap profesional dan biar SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab. Biar SPRM selesaikan siasatan yang sedang berjalan. Tunggulah minggu depan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

BACA: Skandal lombong pasir Kajang: Kerugian didakwa mencecah jutaan ringgit

BACA: Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman

BACA: Tiga ditahan terlibat lombong pasir, batu secara haram sejak 2014

Dzulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov selepas majlis menandatangani ikrar bebas rasuah oleh pucuk pimpinan Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan).

Kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov mendakwa penyebaran maklumat kononnya anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang ditahan SPRM pada 29 Nov kerana terbabit dalam perlombongan pasir haram adalah berniat jahat.

Kenyataan pejabat Menteri Besar itu bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan bahawa individu yang ditahan terbabit adalah anak saudara Mohamed Azmin.

Pada 30 Nov Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman tujuh hari ke atas empat individu bagi membantu siasatan kes aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

Tempoh tahanan reman berkenaan berakhir 6 Dis.

Empat individu termasuk dua pengarah syarikat melombong pasir, seorang pengurus tapak bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan, disyaki bersubahat dalam aktiviti tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Bekas Presiden Yemen setuju berunding – Luar Negara


SANA’A 2 Dis. – Bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menyatakan kesediaannya untuk berunding dengan pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi selepas terlibat dengan pertempuran yang berlanjutan selama beberapa tahun.

Ali ketika berucap menerusi satu saluran televisyen sebagai berkata, beliau bersedia untuk ‘menutup buku’ jika sekatan ke atas utara Yemen ditarik balik.

Pada masa yang sama, beliau juga mahu serangan ke atas wilayah itu dihentikan, lapor BBC.

Arab Saudi dilaporkan gembira dengan tawaran tersebut, namun, kumpulan pemberontak Houthi yang juga sekutu rapat Ali menuduh pemimpin berkenaan cuba melakukan rampasan kuasa susulan tawaran berkenaan.



Source link

read more

Kes wanita maut dijerut suami isteri ditahan



KAMPAR: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita yang ditemui dengan leher terjerut di sebuah ladang kelapa sawit di Mambang di Awan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata hasil bedah siasat oleh forensik ke atas mangsa, S. Letchumi, 28, maut setelah dipukul bertubi-tubi dengan objek tumpul di bahagian kepala.

Kong Soon berkata pasangan suami isteri berusia 46 tahun itu dikatakan mengenali mangsa.

BACA: Wanita maut dijerut ditemui

Katanya, siasatan lanjut juga mendapati terdapat pelbagai hasil dapatan lain ke atas mayat wanita yang ditemui bersama kecederaan di leher dan kepala serta kesan jerutan di leher.

“Siasatan forensik mendapati berlaku pergelutan di antara suspek dan mangsa sebelum kejadian berlaku.

“Pihak perubatan forensik juga mendapati tiada koyakan pada alat sulit wanita berkenaan,”ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya juga telah menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 46 tahun pada 12 tengah malam Rabu untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal polis, lelaki berkenaan adalah teman lelaki kepada mangsa yang ditemui maut, manakala wanita berkenaan adalah isteri kepada lelaki tersebut.

“Isteri teman lelaki itu datang ke IPD Kampar manakala lelaki berkenaan ditahan di rumahnya, dan kita masih dalam proses melaksanakan siasatan ke atas kes ini,” katanya.

Kong Soon berkata sampel darah mangsa akan dihantar untuk tujuan analisis DNA atau toksikologi ke Jabatan Kimia Malaysia.

Ssemalam Astro AWANI melaporkan mengenai penemuan mayat wanita di Mambang Di Awan,dekat sini yang ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya pada polis.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons