13 maut dalam dua letupan berasingan di Nigeria – Luar Negara


KANO, Nigeria 3 Dis. – Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera dalam dua serangan bom berasingan di timur laut Nigeria, semalam.

Difahamkan, serangan itu berlaku di pekan Biu, kira-kira 185 kilometer (km) ke selatan ibu negeri Borno iaitu Maiguduri yang menjadi kubu kuat kumpulan pemberontak Boko Haram.

Seorang jurucakap polis memberitahu, siasatan awal mendapati, kedua-dua insiden tersebut didalangi oleh dua pengebom bunuh diri wanita.

“Salah seorang daripada mereka meletupkan diri dengan IED (peranti letupan yang diubah suai) di tengah pasar utama di Biu manakala seorang lagi suspek pula berbuat demikian di luar dataran pasar berkenaan,” katanya. -AFP



Source link

read more

KHALID IBRAHIM LANCAR “PERANG” KE ATAS AZMIN!!! ~ SEMUT HITAM


Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor demi memastikan negeri itu terus maju dan makmur.

Bekas menteri besar Selangor yang dipecat dari PKR itu bagaimanapun berkata, dia tetap akan bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana parti politik termasuk Umno dan PAS.

“Saya menyambut baik semua usaha yang dibuat untuk memperkasakan perpaduan umat Islam dan rakyat Malaysia sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang sebab saya mahu jadikan Selangor maju makmur dan bersatu. Saya yakin ia lebih efektif berbanding sokong satu pihak yang sokong retorik keadilan.

“Apa pun saya akan bekerja keras untuk menentukan prinsip amanah, telus dan bertanggungjawab dalam segala tindakan dan keputusan demi Selangor.

“Sebab itu saya bersedia untuk bekerja dengan BN Selangor dan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya, ketika sidang media bersama Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bekas ahli PKR itu menghadiri Konvensyen UMNO Selangor di Dewan Merdeka hari ini. Pada satu ketika beliau dilihat berjalan beriringan dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke Dewan Merdeka.

Turut difahamkan, dia menyertai konvensyen itu atas kapasiti tetamu jemputan. Khalid sebelum ini turut menyertai Muktamar PAS 2017 yang telah diadakan di Alor Setar, Kedah.

“Dengan adanya perjumpaan saya dengan Noh Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mereka sedia menerima kerana inilah yang terbaik untuk rakyat Selangor.

“Saya akan guna pengalaman dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor supaya mereka dapat memilih parti mana yang boleh menerajui Selangor dengan baik dan berguna kepada semua,” katanya.

Khalid berkata, walaupun beliau akan membantu Umno memenangi Selangor dirinya akan kekal dengan pendiriannya untuk bergerak secara bebas tanpa parti demi memastikan tujuan tidak disalah ertikan oleh rakyat.




Source link

read more

Pendapatan isi rumah naik dua kali ganda – PM Najib



KUALA LUMPUR: Kemajuan ekonomi bumiputera menampakkan peningkatan memberangsangkan apabila pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM3,624 pada tahun 2009 kepada RM6,267 tahun lalu dengan peningkatan hampir dua kali ganda.

Malah, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak beliau mula memegang tampuk pemerintahan negara, kadar kemiskinan bumiputera juga berjaya diturunkan daripada 5.3 peratus pada tahun 2009 kepada 0.5 peratus pada tahun lalu.

“Semenjak saya mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2009, pelbagai inisiatif telah Kerajaan Barisan Nasional laksanakan, ada yang kita tambah baik daripada kepimpinan terdahulu, untuk terus memperkasa Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional.

“Kita akan pastikan Melayu dan bumiputera terus berdaya saing, sama ada dari segi pendidikan, pekerjaan, pemilikan aset dan banyak lagi.

“Semua ini saya rangkumkan dalam Transformasi Kesejahteraan Bumiputera yang dilancarkan pada awal tahun ini, yang menyingkap segenap pencapaian dan juga aspirasi masa hadapan kita untuk Melayu dan bumiputera di Malaysia,” kata beliau menerusi blog najibrazak.com.

Mesej tersebut dibuat sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang akan bermula pada 5 sehingga 9 Disember ini.

Tambah beliau, perjuangan UMNO yang sentiasa berteraskan rakyat memungkin semua kejayaan itu dikecapi pada masa kini.

“Kesemua kejayaan ini adalah hasil perjuangan UMNO, atau lebih tepat lagi, hasil kesanggupan, hasil titisan darah dan keringat, hasil kesetiaan dan wala’ tidak berbelah bahagi kesemua ahli-ahli UMNO, dari setiap lapisan masyarakat, dari akar umbi ke pucuk kepimpinan.

“Kerana UMNO adalah parti yang bertunjangkan kepentingan rakyat, memperjuangkan nasib rakyat. UMNO adalah parti yang cintakan negaranya, yang sanggup berkorban hingga ke titisan darah terakhir demi Malaysia. UMNO adalah parti rakyat, hak dan milik ahli-ahlinya, bukan parti milik mana-mana individu,” ujar beliau.



Source link

read more

Malaysia setuju teruskan pelarasan pengeluaran minyak hingga 31 Dis. 2018 – Nasional


KUALA LUMPUR 2 Dis.- Malaysia bersetuju melanjutkan pelarasan pengeluaran minyak sehingga 31 Dis, 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.



ABDUL RAHMAN DAHLAN

ABDUL RAHMAN DAHLAN

Beliau berkata persetujuan itu dibuat selaras dengan keputusan untuk memperluas lagi ‘Deklarasi Kerjasama’ untuk tempoh sembilan bulan lagi pada Mesyuarat Peringkat Menteri Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Bukan Opec, di Vienna, Austria pada 30 Nov.

“Pelanjutan penyesuaian pengeluaran diperlukan untuk mengurangkan inventori minyak ke tahap yang lebih munasabah, yang akan memberikan kestabilan dan kelestarian dari segi harga, selain permintaan dan bekalan.

Sejak Januari hingga Oktober 2017, negara OPEC dan Bukan OPEC berjaya mengurangkan tahap inventori membabitkan lebih daripada 600 juta tong.

Berdasarkan anggaran, lanjutan pelarasan pengeluaran itu akan memudahkan pasaran minyak melalui perseimbangan semula menjelang akhir 2018. Ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga sejak 2016,” katanya dalam satu kenyataan dari Vienna hari ini.

Abdul Rahman mewakili Malaysia pada mesyuarat peringkat menteri, manakala pegawai kanan dari Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri menghadiri mesyuarat teknikal sehari sebelum mesyuarat peringkat menteri.

Pada mesyuarat itu juga beliau berkongsi pandangan Malaysia terhadap persetujuan untuk meneruskan penyertaan dalam dasar pelarasan pengeluaran tersebut.

Beliau berkata Malaysia tidak berminat untuk melihat harga minyak mencapai US$100 atau lebih setong seperti sebelumnya.

“Malaysia lebih suka harga minyak yang stabil, pada paras yang munasabah, memandangkan turun naik harga tidak baik untuk unjuran hasil negara.

“Harga minyak yang stabil dan seimbang akan memudahkan perancangan belanjawan ekonomi, dan mengekalkan inflasi,” katanya.

Abdul Rahman berkata mesyuarat itu juga merupakan ulang tahun pertama Deklarasi Kerjasama antara negara OPEC dan bukan OPEC, yang ditandatangani pada Disember 2016.

Semasa mesyuarat pertama, Malaysia komited mengurangkan secara sukarela minyak mentah dan pengeluaran kondensat sebanyak 20,000 tong sehari.-BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons