Enam remaja terperangkap dalam lif lega diselamatkan



PANGKOR: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan enam remaja yang terperangkap di dalam sebuah lif di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Pasir Bogak, dekat sini, pada malam Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis berkata pihak bomba menerima panggilan sekitar 10.18 malam mengenai insiden berkenaan dan bergegas ke lokasi.

Katanya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pangkor mendapati kesemua enam remaja tersebut terperangkap di lif tingkat bawah dan pintu tidak dapat dibuka.

“Bekalan elektrik juga tidak stabil ketika kesemua remaja belasan tahun itu berada di dalam lif.

“Anggota BBP Pangkor akhirnya dapat mengeluarkan keenam-enam dengan selamat dengan menggunakan kunci pendua,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

Jelasnya, operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Muzaidi Mohamad itu mengambil masa kurang daripada 20 minit dan tamat sekitar 10.36 malam.



Source link

read more

Pelangi 9 jam pecah rekod dunia


TAIPEI: Pelangi adalah suatu kejadian alam yang menakjubkan.

Namun kebiasaannya, pelangi hanya terbentuk selepas hujan atau apabila cahaya matahari dipancar ke atas partikel air, untuk tempoh seketika.

Di Taiwan, bagaimanapun, pembentukan pelangi paling lama direkodkan adalah selama sembilan jam!

Pelajar dan kakitangan di Chinese Culture University (CCU) di Taipei cukup bertuah dapat mengamati kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.

Pelangi berkenaan muncul dari jam 6.57 pagi hingga 3:55 petang waktu tempatan, iaitu lapan jam 58 minit - hampir sembilan jam direkodkan. - Gambar CCU, Taipei

Pelangi berkenaan muncul dari jam 6.57 pagi hingga 3.55 petang waktu tempatan, iaitu lapan jam 58 minit – hampir sembilan jam direkodkan.

Ia sekali gus memecah rekod pelangi paling lama yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebelum ini, iaitu enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

Dipercayai musim hujan di Taiwan ketika ini adalah punca fenomena alam itu bertahan lama.

Kejadian pelangi, kebiasaannya, hanya berlaku dalam tempoh sekitar sejam.



Source link

read more

25 pegawai terima pelantik RC – Kelantan


KOTA BHARU 4 Dis.- Seramai 25 pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi negeri telah menerima pelantikan sebagai Penyelaras Peraturan (RC) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini hari ini.

Sijil pelantikan berkenaan telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat dalam satu majlis sempena Pelancaran Hari Terbuka Dasar Amalan Baik Peraturan (GRP) di Hotel Perdana.

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Ab. Rahim Yusoff berkata, sehingga hari ini, seramai 368 pegawai di peringkat Kementerian dan Agensi Persekutuan telah dilantik sebagai Penyelaras Peraturan.

“Penyelaras Peraturan ini berperanan sebagai juara untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan amalan terbaik Analisis Impak Peraturan (RIA) dan menjadi perantara yang baik antara jabatan dan pegawai selia mengenai dasar pembangunan dan pindaan kepada peraturan negeri.

“Selain Kelantan, negeri-negeri lain yang telah mengikuti langkah melaksanakan GRP ini adalah Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka, Sarawak dan Perak,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Demi RM500 sanggup menyamar jadi mangsa banjir



KOTA BHARU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengesan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mendaftar sebagai mangsa banjir untuk mendapatkan wang ihsan RM500.

Timbalan menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata pihaknya sukar untuk mengesan memandangkan status sebenar mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah terlalu ramai.

“Saya dapat berita orang tak layak telah daftar di pusat pemindahan untuk dapat sumbangan. Jangan kita pergi daftar lepas tu tak duduk di Pusat Pemindahan sedangkan rumah kita air lalu sahaja depan rumah dan belum tenggelam. Tapi kerana nak dapatkan bantuan maka kita daftar sebagai mangsa,” katanya.

Bagi perkembangan banjir Jazlan turut mengingatkan penduduk di Kelantan dan di kawasan terlibat supaya bersedia untuk menghadapi gelombang kedua kerana kebiasaannya Kelantan dilanda banjir lebih daripada sekali.

BACA: Kerajaan pusat akan kaji fenomena ‘air termenung’ di Tumpat

BACA: Mangsa banjir di Pahang masih kekal 71 orang

BACA: Jumlah mangsa banjir Terengganu menurun

BACA: Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan

BACA: Mangsa banjir di Pahang kian meningkat

BACA: Keadaan banjir di Perlis makin pulih



Source link

read more

Izreen Azminda batal sidang akhbar – Hiburan


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Selepas menjelaskan status dirinya sebagai isteri kedua kepada pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pelakon Izreen Azminda mengambil keputusan untuk membatalkan sidang akhbar yang sepatutnya diadakan Khamis ini.

Sebelum ini Izreen dikatakan mahu mengadakan sidang akhbar tersebut untuk menjelaskan kedudukannya sebagai isteri Ude.

Bagaimanapun selepas episod Utusan Online mendapatkan pengakuan isteri pertama Uda iaitu Intan Liana Salih, 31, yang kini dia bermadu dengan Izreen, nampaknya pelakon ini mengambil jalan untuk membatalkan sahaja sidang akhbar tersebut.

Malah Izreen juga sudah membuat pengakuan mengenai pernikahannya di laman sosial Instagram miliknya semalam.

Menurut kapsyen yang dimuat naik dengan gambar nikah mereka, Izreen, 32, menjelaskan punca dia merahsiakan pernikahannya adalah disebabkan permintaan suaminya sendiri.

“Memandangkan status saya sebagai isteri, saya terpaksa akur dengan permintaan suami. Suami minta supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua saya,” tulisnya.

Dalam kapsyen yang sama Izreen turut mendedahkan tarikh dan lokasi pernikahan kali keduanya itu yang berlangsung di Sunway Damansara, Selangor pada 8 Ogos lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Yemens ex-president Saleh shot dead after switching sides in civil war



SANAA/DUBAI: Veteran former president Ali Abdullah Saleh was killed in a shooting on Monday after switching sides in Yemen’s civil war, abandoning his Iran-aligned Houthi allies in favour of a Saudi-led coalition, foes and supporters said.

Sources in the Houthi militia said its fighters stopped Saleh’s armoured vehicle with an RPG rocket outside the embattled capital Sanaa and then shot him dead. Sources in Saleh’s party confirmed he died in an attack on his convoy.

Unverified footage of his bloodied body lolling in a blanket circulated just days after he tore up his alliance with the Houthis following nearly three years in which they had jointly battled the Saudi-led coalition that intervened to try to reinstate Yemen’s internationally recognised government.

In a televised speech on Monday, Houthi leader Abdul Malik al-Houthi congratulated the Yemeni people for what he described as a victory against a “conspiracy of treason” engineered by the group’s Gulf Arab enemies. He did not mention Saleh’s death.

Saleh, 75, had said in a speech on Saturday that he was ready for a “new page” in ties with the coalition and called the Houthis a “coup militia”, leading them to accuse him of betrayal.

Warfare between the former allies has torn densely populated Sanaa for days as Houthi fighters seized control of much of the capital and on Monday blew up Saleh’s house while coalition jets bombed their own positions.

The end of their alliance had seemed poised to transform the fortunes of war after two years of attrition along mostly static front lines, which gave the Saudi-led coalition a new advantage over the Houthis.

Stalemate in Yemen has contributed to a human catastrophe as a Saudi-led blockade and internal fighting has thrust millions to the brink of famine and accelerated the spread of deadly epidemics.

Eyes will now turn to Saleh’s political allies and military commanders, whom analysts credited with aiding the Houthi march southwards in 2014 to dominate swathes of western Yemen.

“What happens now and whether his family and political allies fight on is not yet clear,” said Adam Baron, a Yemen expert at the European Council on Foreign Relations.

“His people will be angry, and many will certainly be out for blood, but there are many in the middle especially among the tribes who will fall with whoever appears stronger,” he said.

“The (Saudi-led) coalition may have put a lot of their eggs in Saleh’s basket only for it to fall over now. They appeared to strongly support his attempt to confront the Houthis and now that bid may have failed.”

HEADS OF SNAKES

Saleh once compared his 33-year rule over Yemen to “dancing on the heads of snakes”, a period that included unification of conservative north and Marxist south Yemen, civil war, uprisings, Islamist militant campaigns and tribal feuds.

But he was forced from power in 2012 following an Arab Spring uprising that left him wounded by an attempted assassination, leading to a Saudi-brokered political transition.

He fled to his one-time ally Saudi Arabia for treatment of his injuries and the princes in Riyadh allowed him to return to Yemen months later – something they came to bitterly regret as he undermined the transition plan and later joined the Houthis.

That set the stage for his final role – that of ally to the Houthi movement which he had previously fought six times during his own presidency, and to Iran, the Houthis’ political backer.

But they vied for supremacy over the territory they ran together, including Sanaa, which the Houthis seized in September 2014, and their feud burst into open combat on Nov. 29.

The manoeuvring ended on Monday, as footage circulating on social media appeared to show his corpse, a deep wound in the side of its head, wrapped in a red blanket and being loaded onto a pick-up truck as tribal fighters waved their weapons.

“Praise God!” and “Hey Ali Affash!” (another name for Saleh) they were shouting.

Officials in his own General People’s Congress party said Saleh was killed outside Sanaa in an RPG and gun attack on his convoy along with the GPC’s assistant secretary general, Yasser al-Awadi.

His death was confirmed by Saleh’s nephew and former chief of Yemen’s security forces, Yahya Mohammed Abdullah Saleh, who hailed him as a martyr on his official Facebook page.

STREET BATTLES EASE IN SANAA

Residents reported that the situation in Sanaa had calmed. Most people were indoors, and streets were deserted amid a state of fear as the Houthis asserted full control. Saudi-led aircraft continued to fly overhead.

Houthi spokesman Mohammed Abdul Salam claimed significant gains in the battle for Sanaa on Monday.

“With the aid and approval of God, the security forces backed up by wide popular support were able last night to cleanse the areas in which the militias of treason and betrayal were deployed,” he said in a statement.

The Houthi movement’s TV channel al-Masirah and witnesses said Houthi fighters had seized the downtown home of Saleh’s nephew Tareq, an army general.

Residents said the warring sides traded heavy automatic and artillery fire as the Houthis advanced in the central Political District, which is a redoubt of Saleh and his family.

“We lived through days of terror. Houthi tanks have been firing and the shells were falling on our neighbourhood,” said Mohammed al-Madhaji, who lives in the frontline district.

“The fighting has been so violent we feel we could die at any moment. We can’t get out of our homes.”

Houthi media and political sources also reported that the Houthis also advanced toward Saleh’s birthplace in a village outside Sanaa where he maintained a fortified palace.



Source link

read more

JKDM Sabah rampas ribuan pil ekstasi tahan lelaki tempatan


KOTA KINABALU: Taktik sindiket pengedaran dadah untuk menyeludup 10,196 pil ekstasi yang diletakkan di dalam sebuah beg berisi pakaian terpakai berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Cawangan Bungkusan Pos Kota Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Beg yang diubah suai sebelum disembunyikan dadah seberat empat kilogram dan disimpan di dalam kotak itu berjaya ditemui pasukan JKDM pada jam 12 tengah hari Selasa lalu.

Pengarah JKDM Sabah, Datuk Hamzah Sundang berkata kesemua dadah itu ditemui sepasukan pegawai JKDM hasil daripada pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas di lokasi berkenaan.

Menurutnya, JKDM turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang datang pada hari sama (Selasa) di lokasi kejadian bagi menuntut bungkusan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menggunakan mesim pengimbas, kita mendapati ada imej mencurigakan di dalam beg yang disimpan di dalam kotak besar itu.

Dua plastik berisi pil ekstasi berjaya dirampas JKDM Sabah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi itu kemudian mendapati ada ruang khas dipercayai untuk menyembunyikan dadah-dadah terbabit ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Sabah di sini pada Isnin.

Tambah Hamzah, siasatan awal mendapati bungkusan itu dipercayai dikirim daripada Belanda dan pakaian terpakai yang terdapat dalam beg tersebut dipercayai hanya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Kata beliau, bungkusan itu dialamatkan untuk dihantar ke Sandakan tetapi dibawa ke Kota Kinabalu terlebih dahulu bagi tujuan pemeriksaan.

HAMZAH (dua dari kanan) berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun ketika cuba menuntut bungkusan itu.

“Lelaki tempatan yang mahu menuntut bungkusan itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Hamzah berkata, kes itu juga adalah yang pertama pihaknya membabitkan cubaan menyeludup dadah menerusi bungkusan pos pada tahun ini.



Source link

read more

Ada orang sabotaj XPDC – Lola – Hiburan


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Pemain dram kumpulan XPDC, Lola mengakui ada unsur sabotaj dengan memburuk-burukkan mereka dan konsert yang bakal disertainya.

Menurut Lola atau nama sebenarnya Saiful Rizla Kamarudin, 44, perbuatan sabotaj itu dilakukan sejak sebulan yang lalu di laman sosial Facebook.

“Ada individu yang memuat naik status dengan tujuan untuk menghasut orang lain memboikot XPDC serta konsert Public Distortion yang akan kami sertai.

“Individu itu bukan sahaja memburukkan kami tetapi juga cuba memburukkan kumpulan Prime Domestic yang akan turut serta dalam konsert itu,” jelasnya.

Tambah Lola, sudah lebih lima kali laporan polis dilakukan dan mereka sedang mengumpulkan bahan bukti untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

“Kita kenal pasti individu yang mahu mensabotaj kami. Dia tak perlulah nak buat perkara begini.

“Tidak ada gunanya nak dengki kerana kita dalam satu industri dan rezeki masing-masing, Allah yang tentukan,” katanya.

XPDC ketika ini dianggotai oleh Eddie, Izo dan Ali.

Dalam pada itu, XPDC akan membuat persembahan di konsert Public Distortion yang turut menampilkan Prime Domestic dan Amy Search selalu penyanyi jemputan.

Konsert itu akan diadakan pada Sabtu ini di Oasis Square, Petaling Jaya. Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket berharga RM68 dengan melayari laman sesawang www.ilassotickets.com atau menerusi talian 03-21706333. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Messis statue hacked down again



BUENOS AIRES: Argentina’s Lionel Messi is used to being hacked down by desperate defenders but his statue in Buenos Aires has suffered even rougher treatment for the second time this year.

The Barcelona forward’s bronze sculpture on Paseo de la Gloria was vandalised on Monday, chopped off at the ankles with the body left on the pavement.

Appropriately perhaps, given how difficult it is to pry it away from him on the pitch, the ball remained stuck to the left boot at the base of the statue.

Since being installed in June, 2016 the statue has been a regular target for vandals and in January it was cut in half at the waist.

Messi, five-times world player of the year, scored a hat-trick against Ecuador in October to secure Argentina’s passage to next year’s World Cup in the final South American qualifying match.

But some Argentina supporters believe the 30-year-old has been a disappointment for the national team, having failed to lead them to World Cup or Copa America glory.

Messi’s Argentine lost the 2014 World Cup final against Germany and suffered defeats by Chile in the 2015 and 2016 Copa America finals.

He retired from international football in June last year but changed his mind two months later.



Source link

read more

Khaled Nordin nafi terlibat skandal rasuah hartanah di Johor



ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan sekeras-kerasnya  tuduhan penglibatannya dalam skandal rasuah hartanah di negeri berkenaan.

Mohamed Khaled juga menegaskan, pentadbirannya tidak menerima sebarang suapan dan tidak akan menerima suapan.

Malah tuduhan yang dibuat Ahli Dewan Undangan DAP Senai, Wong Shu Qi itu dianggap ‘malafide’ atau berniat jahat bagi mencalarkan nama baiknya secara peribadi serta barisan pentadbirna negeri.

”Saya ingin jelaskan bahasa saya sama sekali tidak tahu kewujudkan dokumen yang mempunyai kenyataan saksi tersebut.

”Saya juga tidak mempunyai cara untuk mengesahkan kebenaran dan ketulenannya. Hanya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sahaja yang layak untuk mengesahkannya,” katanya ketika menggulung Persidangan Penggal Kelima DUN Johor ke-13 di sini, hari ini.

Shu Qi sebelum ini mendakwa terdapat satu laman sesawang telah memuat naik dokumen saksi SPRM yang mengaitkan Mohamed Khaled dengan perubahan status lot perumahan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

SPRM juga mengesahkan bahawa dokumen berkenaan adalah rahsia yang telah dibocorkan.

Ia juga telah dikeluarkan secara terpilih dan ditokok tambah sekali gus membuktikan kandungan yang tersebar adalah tidak benar dan terpesong dari kandungan asal.

Mohamed Khaled menejelaskan, pada tarikh-tarikh yang dirujuk dalam petikan dokumen itu, beliau berada di luar negara dan tempat-tempat lain atas pelbagai urusan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons