KOTA BHARU 4 Dis.- Seramai 25 pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi negeri telah menerima pelantikan sebagai Penyelaras Peraturan (RC) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini hari ini.

Sijil pelantikan berkenaan telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat dalam satu majlis sempena Pelancaran Hari Terbuka Dasar Amalan Baik Peraturan (GRP) di Hotel Perdana.

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Ab. Rahim Yusoff berkata, sehingga hari ini, seramai 368 pegawai di peringkat Kementerian dan Agensi Persekutuan telah dilantik sebagai Penyelaras Peraturan.

“Penyelaras Peraturan ini berperanan sebagai juara untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan amalan terbaik Analisis Impak Peraturan (RIA) dan menjadi perantara yang baik antara jabatan dan pegawai selia mengenai dasar pembangunan dan pindaan kepada peraturan negeri.

“Selain Kelantan, negeri-negeri lain yang telah mengikuti langkah melaksanakan GRP ini adalah Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka, Sarawak dan Perak,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: