KUALA LUMPUR 4 Dis. – Pemain dram kumpulan XPDC, Lola mengakui ada unsur sabotaj dengan memburuk-burukkan mereka dan konsert yang bakal disertainya.

Menurut Lola atau nama sebenarnya Saiful Rizla Kamarudin, 44, perbuatan sabotaj itu dilakukan sejak sebulan yang lalu di laman sosial Facebook.

“Ada individu yang memuat naik status dengan tujuan untuk menghasut orang lain memboikot XPDC serta konsert Public Distortion yang akan kami sertai.

“Individu itu bukan sahaja memburukkan kami tetapi juga cuba memburukkan kumpulan Prime Domestic yang akan turut serta dalam konsert itu,” jelasnya.

Tambah Lola, sudah lebih lima kali laporan polis dilakukan dan mereka sedang mengumpulkan bahan bukti untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

“Kita kenal pasti individu yang mahu mensabotaj kami. Dia tak perlulah nak buat perkara begini.

“Tidak ada gunanya nak dengki kerana kita dalam satu industri dan rezeki masing-masing, Allah yang tentukan,” katanya.

XPDC ketika ini dianggotai oleh Eddie, Izo dan Ali.

Dalam pada itu, XPDC akan membuat persembahan di konsert Public Distortion yang turut menampilkan Prime Domestic dan Amy Search selalu penyanyi jemputan.

Konsert itu akan diadakan pada Sabtu ini di Oasis Square, Petaling Jaya. Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket berharga RM68 dengan melayari laman sesawang www.ilassotickets.com atau menerusi talian 03-21706333. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: