Warga Malaysia rangkul anugerah aktor terbaik di ACFF 2017



PUTRAJAYA: Aktor Malaysia Jack Tan memenangi Anugerah Aktor Terbaik menerusi filem Malaysia ‘Shuttle Life’ pada majlis penutupan Festival Filem ASEAN-China (ACFF) 2017 di sini malam ini. 

Filem China ‘Wolf Warrior 2’ memenangi anugerah filem Rencana Terbaik sementara aktres Filipina, Laila Ulao diumumkan Aktres Terbaik menerusi filem ‘Women of the Weeping River’.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam ucapannya pada majlis itu berkata ACFF dapat mendorong pembikin filem di ASEAN dan China mengadakan kerjasama rentas sempadan dalam produksi filem.

Filem dapat juga memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China, katanya lagi.

ACFF yang bermula 1 Dis berakhir hari ini. Ini kali pertama festival itu diadakan di sebuah negara ASEAN.  

Bandaraya Xiamen di wilayah Fujian, China akan menjadi hos bagi ACFF 2018.

ACFF adalah program pertukaran budaya rakyat dengan rakyat antara  ASEAN dan China, dengan filem menjadi medianya. 

Sejumlah 23 filem dari 10 negara ASEAN dan tujuh filem dari China ditayangkan di ACFF.

Dianjurkan oleh Agensi Kewangan ASEAN dan Guangxi Art University, China, ACFF disokong oleh Kedutaan China di Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Menteri Luar Palestin gesa Liga Arab OIC bincang situasi Baitulmaqdis



RAMALLAH: Menteri Luar Palestin, Riad Al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). 

Gesaan itu disuarakan, berikutan laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, diplomat Palestin itu mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen,

Al-Maliki memberi amaran, langkah AS itu akan memberi kesan serius dan mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin serta rantau berkenaan.

Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi intipati kepada konflik Israel-Palestin.

Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.



Source link

read more

Ubah mentaliti terhadap wanita – Khairy – Nasional


KUALA LUMPUR 4 Dis.- Mentaliti masyarakat di Malaysia terhadap wanita perlu diubah jika ingin menjadi sebuah negara maju dalam masa 30 tahun akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini masih terdapat segelintir golongan dalam masyarakat yang bersikap misoginistik dan langsung tidak menghormati golongan wanita.

Katanya, selagi Malaysia mempunyai mentaliti sebegini, aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi lebih sukar untuk dicapai.

“Seperti apa yang berlaku kepada atlet wanita gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi, beliau memenangi tiga pingat emas di Sukan SEA 2015 di Singapura dua tahun lalu tetapi ramai komen pasal pakaian atletnya bukan pencapaiannya.

“Ini satu kritikan yang mengarut dan menunjukkan kita ini mempunyai masyarakat yang misoginistik sebab itu mentaliti ini perlu diubah, kalau tidak selagi itu kita tidak akan ke mana-mana,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada sesi ketiga Persidangan Antarabangsa Wanita dalam Politik Kuala Lumpur (WIPKL 2017) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bollywood matinee idol Shashi Kapoor dies at 79



MUMBAI: Veteran actor Shashi Kapoor, a Bollywood matinee idol who starred in over 100 films, died in Mumbai on Monday. He was 79 and had been battling a kidney ailment.

Kapoor, a three-time winner at India’s National Film Awards, is survived by his three children. His wife, English actress Jennifer Kendal, died in 1984.

He was part of what became known as Bollywood’s first family, alongside two brothers who were also leading men: Raj, who died in 1988, and Shammi who died in 2011.

His easy charm and intense demeanour made Shashi Kapoor an instant hit with audiences in the 1960s and 70s. He acted in blockbusters such as “Deewaar” (Wall) and “Kabhi Kabhie” (Sometimes) alongside Bollywood superstar Amitabh Bachchan.

He straddled roles in mainstream Bollywood films with regular appearances in film producer Ismail Merchant’s collaborations with U.S. director James Ivory. He had memorable roles in films such as “The Householder” (1963) and “Shakespeare Wallah” (1965).

Kapoor also set up Mumbai’s Prithvi Theatre, synonymous with experimental and avant-garde theatre in India. His daughter Sanjana now runs it.

Tributes to Kapoor began to pour in on Monday, with Prime Minister Narendra Modi and President Ram Nath Kovind offering condolences on his death and applauding his contribution to cinema.

“Shashi Kapoor’s versatility could be seen in his movies as well as in theatre, which he promoted with great passion. His brilliant acting will be remembered for generations to come,” Modi said on Twitter.

Kapoor, who made few public appearances, was last seen in 2015 at an event where he received the Dadasaheb Phalke award, India’s highest honour for cinema.



Source link

read more

Senator wanita ditambah jika BN menang besar pada PRU14 – PM Najib



KUALA LUMPUR: Jumlah senator wanita akan ditambah demi menyahut hasrat kerajaan menambah bilangan golongan itu dalam arena politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu akan menjadi kenyataan jika Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, situasi itu menunjukkan proses politik lebih inklusif dan mengukuhkan sistem demokrasi negara.

“Kita boleh cadang menambah kuota di Dewan Negara, iaitu kita perlu ada sekurang-kurangnya 30 peratus senator wanita. Saya berasa amat gembira jika hasrat ini dapat dijayakan.

“Itulah sebabnya saya berharap kita mendapat mandat yang kuat dalam pilihan raya akan datang.

“Kita boleh mulakan lebih ramai wanita dilantik sebagai senator dan mereka akan menunjukkan kemahiran kepemimpinan di Dewan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 Wanita Dalam Politik (WIPKL 2017) bertema Wanita & Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Kepemimpinan dan Kesaksamaan Hakiki di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tan Sri Aishah Ghani menjadi senator pertama wanita pada 1962 manakala anggota Kabinet pertama wanita ialah Tun Fatimah Hashim pada tahun 1969.

Tokoh wanita lain yang pernah dan kini berada dalam Kabinet termasuk Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Napsiah Omar, Tan Sri Zaleha Ismail, Tan Sri Dr. Ng Yen Yen, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada majlis sama, turut dilancarkan buku yang menghimpunkan sejarah perjuangan selama lebih 60 tahun Pergerakan Wanita UMNO, Srikandi Negara edisi ketiga berjudul Ibu Terbaik Bangsa.

Ia dilancarkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama-sama edisi kedua buku Srikandi Negara Dari Sayap Kepada Tulang Belakang yang diterbitkan pada 2015.

Dalam pada itu kata Najib, kerajaan berharap lebih ramai usahawan wanita daripada semua peringkat generasi tampil bagi memenuhi wawasan kerajaan dalam IR4.0.



Source link

read more

Remaja kejam lempar kucing | Astro Awani


SATU rakaman video berdurasi 10 saat memaparkan seekor kucing dilempar di Ontario, California.

Rakaman itu telah dimuat naik di media sosial Snapchat dan dikatakan tidak berhati perut sehingga mendapat perhatian orang ramai.

Menurut laporan Dailymail, remaja berusia 16 tahun itu dikenali sebagai Charlie, dipercayai mengangkat kucing itu dengan kedua-dua tangan kemudian melemparkannya ke udara sebelum haiwan itu jatuh ke tanah.

Rakaman video tersebut dikatakan tidak berhati perut sehingga mendapat perhatian orang ramai. Sumber: Dailymail

Kenyataan pasukan polis Ontaria menerusi laman Twitter mereka pula berkata, kucing itu mengalami kecederaan di bahagian kaki dan akan menyiasat perbuatan kejam tersebut.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis masih lagi menyiasat kes itu dan enggan mendedahkan nama sebenar pelaku kerana beliau merupakan penjenayah bawah umur.

Pada masa sama, pemilik kucing, Parla dan ibunya enggan menonton video kejam tersebut.

Beliau mahu penganiaya tahu bahawa dia mencederakan mangsa yang tidak dapat pertahankan diri sendiri.



Source link

read more

Banjir gelombang kedua dijangka melanda minggu depan – Nasional


KOTA BHARU 4 Dis.- Banjir gelombang kedua dijangka melanda Kelantan bermula pada 8 Disember ini dengan ramalan berlakunya hujan di kawasan pedalaman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Kamal Mustapha.

Justeru beliau meminta semua pihak agar berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

“Buat masa sekarang, paras air sungai Kelantan belum naik. Apa yang kita jangka gelombang kedua ini berlaku hujan di kawasan pedalaman serta fenomena air pasang besar.

“Jika kedua-dua ini berlaku pada waktu yang sama, ia akan bertembung dan berlakunya banjir gelombang kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Hari Terbuka Dasar Amalan Baik Peraturan (GRP) di Hotel Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ab. Rahim Yusoff.

Pada majlis itu, seramai 25 pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi negeri telah menerima pelantikan sebagai Penyelaras Peraturan (RC) oleh MPC.

Tambah Mohd. Faudzi berkata, pihaknya turut membekukan cuti pegawai-pegawai kanan yang terlibat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.

“Seperti tahun 2014, banjir gelombang pertama telah berlaku pada 17 Disember dan gelombang kedua pada 23 Disember sehingga akhir Disember.

“Jadi, kita kena bersiap sedia daripada segala aspek,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

German police say Potsdam explosive package not terrorism



BERLIN: German police on Monday investigated further suspicious mail packages found around the country as they tried to catch an extortionist who sent a defective parcel bomb to a pharmacy in the city of Potsdam last week.

That package, which contained powerful firecrackers, wires and nails and did not explode, was found to be a criminal extortion attempt against logistics firm DHL rather than “terrorism,” German authorities said on Sunday.

DHL, owned by Deutsche Post, warned its clients on Monday that other suspect packages could arrive through its service among millions of parcels sent in the holiday season.

The company said it would not change its postal secrecy principle to control the content of packages.

More suspicious packages were reported to authorities around Germany – one, which German media suspected contained a grenade, was sent to the state chancellery in the eastern region of Thuringia but police found only rolled-up catalogues inside it.

Police in the eastern state of Brandenburg, where Potsdam is located, said they checked 10 suspicious packages on Monday but gave the all-clear for all of those parcels.

The police said a special team investigating the Potsdam pharmacy package was doubled to over 50 officials and they were searching for the extortionist.



Source link

read more

Komander Abu Sayyaf individu ditembak di Lahad Datu pagi tadi



LAHAD DATU: Seorang lelaki yang ditembak pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) awal pagi ini merupakan salah seorang ‘komander’ kepada Kumpulan Militan Abu Sayyaf.

Suspek, Abu Paliyak atau dikenali sebagai Komander Paliyak atau Yusuf, 31 juga berperanan sebagai tali barut kepada kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) yang diketuai oleh Kumpulan Remy.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, Kumpulan Remy itu aktif melakukan jenayah rentas sempadan di selatan Filipina dan pantai timur Sabah.

“Siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di laut iaitu kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar tahun 2014,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini pada Isnin.

Ramli menambah, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, sebuah bot dinaiki Abu Paliyak dikesan di kawasan perairan Pulau Kantong Kalungan, Lahad Datu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika bot pasukan keselamatan cuba menghampiri bot tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba bot itu memecut laju serta Abu Paliyak melepaskan tembakan ke arah bot pasukan keselamatan.

Menurut beliau, ekoran tindakan Abu Paliyak itu, polis telah melepaskan tembakan balas ke arah bot suspek sebelum berjaya menghampiri dan mendapati seorang lelaki telah terbaring di dalam bot terbabit dengan kesan tembakan.

“Hasil siasatan lanjut pada bot suspek itu menjumpai selaras senapang patah yang telah diubah suai bersama satu butir kelongsong peluru di dalam kebuk senjata tersebut .

“Pemeriksaan pada badan suspek mendapati terdapat kira-kira sembilan parut lama dipercayai kesan tembakan dan terkena bahan letupan di bahagian peha, perut serta lengan kanan selain jari tengah sebelah kiri suspek putus dipercayai kesan daripada kecederaan lama,” katanya.

Tambah Ramli, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan saki-baki tali barut dan ahli kumpulan mereka yang masih bebas.



Source link

read more

Gunung Agung Bali reda namun amaran dikekalkan



BALI: Gunung Agung di pulau peranginan Indonesia Bali hari ini mereda dan hanya mengeluarkan asap sulfurik yang nipis.

Menurut jurucakap Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho, amaran gunung berapi di zon pengecualian sejauh 10 kilometer dikekalkan pada tahap tertinggi namun Bali kini diisytihar sebagai selamat.

“Tiada letusan direkodkan buat masa ini,” tambah beliau.

Susulan itu lapangan terbang antarabangsa Bali kembali beroperasi seperti biasa selepas ditutup selama tiga hari minggu lepas.

Ini berikutan abu dan asap tebal daripada gunung itu yang boleh menjejaskan darjah penglihatan dan keselamatan penerbangan menyebabkan ribuan pelancong terkandas.

Pihak berkuasa meningkatkan amaran kepada tahap tertinggi pada 27 November lalu dan mengarahkan hampir 100,000 penduduk berpindah selepas gunung itu meletus selama dua hari berturut-turut.

Lebih daripada 60,000 mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Gunung Agung setinggi 3,031 meter itu meletus selama hampir setahun pada 1963 dan 1964 yang meragut seramai 1,200 nyawa.

Indonesia terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik yang terkenal dengan kejadian gempa bumi dan gunung berapi aktif.

Terdapat 127 gunung berapi yang aktif di seluruh Indonesia.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons