Ancelotti tolak tawaran latih Itali – Bola Sepak


MILAN 4 Dis. – Carlo Ancelotti mendedahkan, dia menolak tawaran untuk membimbing skuad bola sepak kebangsaan Itali kerana lebih berminat menguruskan kelab.

Ancelotti, 58, menjadi pilihan untuk menggantikan Giampiero Ventura yang dipecat bulan lalu ekoran kegagalan Itali melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

“Ya, persekutuan (Persekutuan Bola Sepak Itali) ada menghubungi saya dan saya bercakap dengan mereka.

“Saya beritahu mereka apa yang saya beritahu anda sekarang, saya anggap ia satu penghormatan apabila ramai orang mahu saya menjadi jurulatih skuad kebangsaan.

“Bagaimanapun, ia sama sekali tugas yang berbeza. Menjadi jurulatih kebangsaan tidak sama dengan melatih kelab. Saya masih seronok bekerja dan berlatih setiap hari. Bola sepak Itali juga mempunyai beberapa masalah yang perlu diselesaikan,” kata Ancelotti kepada program televisyen La Domenica Sportiva, semalam.

Bekas pengurus Chelsea, Real Madrid, Juventus dan AC Milan itu kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas dipecat oleh Bayern Munich pada hujung September lalu.

Dilahirkan di Reggiolo, Itali, Ancelotti menjadi pilihan untuk memulihkan bola sepak Itali kerana mempunyai rekod cemerlang sebagai pemenang tiga kejuaraan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Ancelotti percaya, masalah yang dihadapi bola sepak Itali sangat serius dan dia tidak dapat memulihkan keadaan berseorangan.

“Bola sepak Itali mempunyai masalah serius dan saya tidak fikir saya mampu menyelesaikannya secara bersendirian. Seperti biasa jurulatih dipersalahkan tetapi itu bukan cara ia berfungsi.

“Terdapat masalah struktur. Sebagai contoh, kenapa kita satu-satunya negara di Eropah yang mana stadium tidak penuh dari awal hingga akhir dan separuh kosong? Itu bukan kesalahan Ventura.

“Saya menyedari terdapat konflik kepentingan antara kelab dan persekutuan, seperti di Jerman, Perancis dan England, tetapi sekarang persekutuan perlu menunjukkan kuasa mereka terhadap kelab dengan memperkenalkan peraturan baharu demi memperbaiki bola sepak Itali.

“Sebagai contoh, saya fikir Serie A akan mendapat banyak manfaat dengan dikurangkan daripada 20 pasukan kepada 18 dan saya tahu ada kelab yang bersedia untuk mengundi keputusan tersebut,” katanya lagi. – AFP



Source link

read more

Janda lepas pantang pura-pura cari rumah sewa tawar khidmat urut rupa-rupanya …



KEPALA BATAS: Taktik seorang wanita warganegara Indonesia yang berpura-pura mahu mencari rumah sewa dan menawarkan khidmat urut sebelum mencuri akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 43 tahun yang juga seorang janda itu ditahan dalam satu serbuan di rumahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu. 

“Siasatan polis mendapati wanita itu menjadikan suri rumah sebagai sasaran dan suspek pergi kerumah-rumah mangsa yang kebanyakannya tinggal sendirian antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari.

“Wanita yang tiada dokumen perjalanan diri itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak awal Januari lalu dan dipercayai mencuri di lebih 30 buah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah (SPT),” katanya.

Tambahnya, suspek bergerak bersendirian dan menggunakan motosikal yang dipinjam untuk menjalankan kegiatan jenayahnya.

Susulan penahanan wanita berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai barangan hasil curi, antaranya barang kemas yang belum dijual, telefon bimbit, surat pajak, beg tangan dan pakaian, di dalam rumah suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.



Source link

read more

Ayah diserang strok Tomok minta peminat turut berdoa



PENYANYI Tomok memohon peminat berdoa bersamanya agar ayahnya disembuhkan daripada kesakitan dialaminya.

Ayah Tomok telah dimasukkan ke hospital akibat serangan strok.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @tomokofficial sebentar tadi.

“Ayah saya kena strok pada 13hb yang lepas menyebabkan sebelah kanan badan hingga kaki dia tidak boleh bergerak.

“Percakapan juga terganggu. Saya minta doa sahabat semua semoga di permudahkan segalanya untuk ayah saya.

“Kalau ada info apa-apa tentang proses rawatan strok boleh bagi tau saya dan kami akan iktiar semampu boleh,” tulisnya.
 



Source link

read more

Beban kerja punca wanita Jepun enggan bercinta



Tokyo: Kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta, disebabkan beban kerja yang semakin meningkat, lapor The Japan Times, memetik tinjauan cocoloni.jp, sebuah agensi khidmat nasihat dalam talian.

Agensi berita Xinhua News Agency melaporkan, golongan wanita di negara itu sekarang, berdepan beban kerja sama seperti kaum lelaki, faktor penat menjadikan wanita lebih memilih untuk berehat sambil menonton drama lipur lara, selepas waktu bekerja daripada pergi berdating. 

Cinta di pejabat tidak lagi menarik dan janji temu dengan seseorang yang tidak dikenali, dianggap sebagai satu tekanan dan membosankan, kerana jarang mendatangkan hasil memuaskan.

Hasil tinjauan juga mendapati, satu daripada empat wanita mengakui seringkali tertidur semasa berdating disebabkan keletihan. 

Satu lagi laman web temu janji dalam talian, Lovely Media berkata, semakin ramai wanita enggan pergi janji temu kerana beranggapan ia sesuatu yang membuang masa. 

Menurut The Japan Times, jika mengimbau sekitar tahun 1980an, lebih 60 peratus golongan muda berusia 20an di Jepun sudah menjalinkan hubungan, sedangkan pada hari ini kumpulan itu menjadi minoriti.

“Waktu kerja lebih pendek, jaminan cuti bersalin serta paterniti, dan pengurangan suasana yang tidak berapa memberangsangkan, dilihat masih jauh untuk membantu wanita lebih memikirkan soal cinta,” kata laporan itu.



Source link

read more

‘Kami tidak aniaya Felda’ – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menegaskan tidak timbul isu penganiayaan atau mempunyai agenda apabila Felda United tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim depan kerana kegagalan mendapatkan lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Skuad The Fighters yang menduduki tangga ketiga dalam Liga Super 2017 sebaliknya akan beraksi dalam Liga Perdana pada musim 2018 selepas gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit pada tarikh yang ditetapkan, iaitu punca utama lesen tidak dikeluarkan kepada mereka.

“Adakah setiap keputusan yang dibuat perlu diputar belit supaya nampak seperti ia adalah untuk menganiayai sesuatu pihak supaya segalanya menyebelahi JDT (Johor Darul Ta’zim)?

“Cara pemikiran ini adalah lebih untuk menutup kesalahan sendiri dengan menuding jari. Bila pula kita nak terima kelemahan, baiki kesalahan dan terus maju?,” kata Kevin dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, FMLLP tidak boleh menutup mata atau ‘memberi peluang’ kepada mana-mana kelab supaya mereka dapat setanding dengan negara jiran yang tegas terhadap pelesenan kelab.

“Sebagai contoh, dua pasukan Divisyen 2 Liga Thailand telah diturunkan ke Divisyen 4 kerana gagal mendapatkan pelesenan kelab. Tinggalkan semua pemikiran yang negatif supaya bola sepak kita mampu maju ke hadapan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Buaya masuk kampung pengawal keselamatan digantung kerja



KUALA LUMPUR: Kecoh sekampung selepas seekor buaya sepanjang 2.5 meter dengan berat lebih 50 kilogram tersesat dari Sungai Kemaman memasuki kawasan sawah.

Buaya yang dijumpai di Kampung Paya itu kemudian ditangkap oleh kakitangan Perhilitan dan dihantar ke Zoo Kemaman.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan Restoran McDonald’s di Britain digantung kerja selepas bersikap anti Islam.

Mana taknya, dia mengarahkan salah seorang pelanggan yang bertudung untuk menanggalkan tudung sebelum memasuki restoran terbabit.

Saksikan KOMPAK bersama Hilal Azmi untuk butiran lanjut.



Source link

read more

Di mana anda berada Raku setia menemani



KUALA LUMPUR : Walau beribu batu anda berada, anda masih boleh mendapatkan siaran rancangan-rancangan menarik di TV Astro menerusi aplikasi Raku.

Selain rancangan disukai, pengguna yang memuat turun aplikasi itu dari telefon bimbit juga boleh mendengar lagu-lagu tempatan melalui aplikasi Raku walaupun berada di luar negara.

Malah, aplikasi Raku boleh dimuat turun menerusi App Store dan Play Store dari telefon pintar masing-masing secara percuma.

Menurut Pengarah Raku, Rithan Vijay, hanya dengan satu aplikasi, anda bakal nikmati pelbagai kandungan seperti semua stesen radio Astro dan rancangan TV Astro.

“Antara radio stesen Astro yang boleh anda dengarkan adalah Era FM, THR Gegar, Hitz FM dan MIX Fm.

“Manakala antara rancangan TV Astro yang anda dapat tonton adalah Gegar Vaganza dan Maharaja Lawak,”  katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, selepas melakukan beberapa testimoni, rakyat Malaysia di luar negara menyatakan bahawa Raku membantu mereka untuk terus mengikuti perkembangan di tanah air.

“Kami dapat buktikan ini apabila jumlah pendengar Raku melonjak naik dari 12,000 pendengar dalam masa dua tahun kepada 310,000 pendengar sebulan.

“Maklum balas yang kami terima adalah suatu yang menggembirakan dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda selama ini,” ujarnya.

Raku kini mempunyai dua stesen radio terbaharu iaitu Zayyan yang mengetengahkan muzik Islam kontemporari, manakala Go Xuan merupakan stesen radio yang mengetengahkan remaja Cina. Dengarkan!



Source link

read more

Enam maut dalam pertempuran di selatan Filipina



DAVAO CITY: Enam orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan pemberontak di selatan Filipina pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua, memetik sumber tentera pada Isnin.

Pertempuran terbaharu itu meletus di bandar raya Tasik Sebu di wilayah Cotabato Selatan Mindanao, beberapa jam selepas pemberontak menyerbu sebuah balai polis di wilayah Misamis Oriental, yang mencederakan enam anggota polis.

Jurucakap tentera, Mejar Ezra Balagtey berkata, dua askar dan empat gerila Tentera Rakyat Baharu terbunuh dalam pertempuran selama sejam di kampung Ned itu.

Pertempuran berkenaan adalah yang terbaharu membabitkan pasukan keselamatan Filipina dengan anggota bersenjata Parti Komunis Filipina (CPP), selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan rundingan antara kedua-dua pihak dihentikan.

— BERNAMA



Source link

read more

Pusat Komuniti Setiawangsa dibuka Februari 2018 – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Kemudahan dewan keraian serta pusat kegiatan setempat bakal dinikmati warga Setiawangsa dengan pembukaan Pusat Komuniti Setiawangsa di Jalan Taman Setiawangsa di sini menjelang awal Februari tahun hadapan.

Penaung Yayasan Amal Wangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata, projek awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM19.5 juta itu beri kelegaan terutama penduduk di Keramat dan sekitarnya.

Beliau yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, kemudahan dewan utama, gelanggang badminton, perpustakaan dan bilik-bilik khas boleh dimanfaatkan untuk tujuan majlis keraian dan aktiviti persatuan-persatuan penduduk di sini.

“Projek pusat komuniti ini sudah lama dinanti penduduk terutama bagi mendapatkan dewan besar bagi menjalankan sebarang program dan kenduri kahwin yang agak terhad dalam kawasan ini,” katanya dalam sesi lawatannya ke pusat komuniti itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Oil falls after U.S. drilling picks up



LONDON: Oil fell on Monday after U.S. shale drillers added more rigs last week, but prices still held close to their highest since mid-2015, supported by an extension to output cuts agreed last week by OPEC and other producers.

Drillers in the United States added two oil rigs in the week to Dec. 1, bringing the total count to 749, the highest since September, energy services company Baker Hughes said in its closely followed report late on Friday.

February Brent crude futures were down 54 cents at $63.19 a barrel by 1003 GMT, while U.S. West Texas Intermediate was down 61 cents at $57.75.

The Brent price hit a two-year high of $64.65 a month ago and has since attracted record investment by fund managers.

The U.S. rig count, an early indicator of future output, has risen sharply from 477 active rigs a year ago after energy companies boosted spending plans for 2017.

Drillers were encouraged during 2017 to increase activity as crude prices started recovering from a multi-year price slump after the Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) and some non-OPEC producers, including Russia, agreed to production cuts a year ago.

Last week the producers agreed to extend those cuts of 1.8 million barrels per day (bpd) until the end of next year.

“Market reaction has been positive so far. There are only two worrying aspects … one is that Iraq’s indiscipline has not been discussed, at least not publicly,” PVM Oil Associates strategist Tamas Varga said, referring to Iraq’s poor compliance with the deal.

“The second is OPEC’s own forecast for next year. They are by far the most bullish on 2018, with the annual call on their oil at 33.42 million bpd.

This compares with the EIA estimate of 32.70 million bpd and IEA prediction of 32.38 million bpd.”

The latest agreement allows for producers to exit the deal early if the market overheats. Russian officials had expressed concern that extending the cuts might encourage U.S. shale oil companies, which have been a thorn in OPEC’s side, to pump more crude.

U.S. output rose in September to 9.5 million bpd, the highest monthly output since 9.6 million bpd in April 2015, government data shows. On an annual basis, U.S. output peaked at 9.6 million bpd in 1970.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons