Pengantin berang busana tidak siap di hari persandingan


SETIAP pasangan raja sehari mengimpikan persalinan sedondon yang menawan pada hari bersejarah mereka.

Malah, rata-rata mahu menjadi lime light di hari persandingan mereka selain suka menerima pujian bahawa busana mereka kelihatan cantik.

Tapi berbeza dengan pasangan pengantin ini apabila mereka naik berang sebaik sahaja mendapat tahu persalinan pengantin mereka tidak siap.

Ekoran itu, mereka bertindak ‘menyerang’ butik pengantin itu apabila busana raja sehari mereka gagal disiapkan sehari sebelum majlis persandingan di utara Semenanjung.

Pihak butik pula memberitahu gagal menyiapkan busana itu pada malam Ahad.

Insiden itu diluahkan salah seorang ahli keluarga pengantin di laman sosial Facebook hingga menjadi tular di media sosial.

Malah, video dan gambar yang dimuat naik ahli keluarga pengantin itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap pihak butik berkenaan tidak bertanggungjawab.

Status yang dimuat naik kakak kepada pengantin di laman media sosial.

Dakwa ahli keluarga, pemilik butik itu juga memberi jawapan tidak berasas dan mengecewakan apabila pihaknya bertanyakan mengenai busana pengantin.

Selain busana pengantin, pelamin yang dipersetujui juga tidak ditunaikan malah boleh dikatakan indah khabar dari rupa.

“Pelamin tak semegah harga RM1500, janji lain, dapat macam jahanam,” kata pelanggan itu melalui komennya di media sosial.

Tambah ahli keluarga pengantin, mereka terpaksa mencari karpet sendiri apabila pihak butik tidak menyediakan perkara berkenaan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik berlaku pertelingkahan dipercayai di antara pihak butik dan beberapa ahli keluarga pengantin.

Situasi menjadi lebih tegang apabila salah seorang kakitangan butik membaling objek ke arah ahli keluarga pengantin dan tidak lama kemudian tiba seorang lelaki berbaju merah dilihat seperti mahu bergaduh dengan mereka.

Difahamkan, pihak pengantin akan membuat laporan mengenai kejadian itu kepada pihak polis dan tribunal pengguna.



Source link

read more

Ikon Bollywood Shashi Kapoor meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Lagenda Bollywood, Shashi Kapoor meninggal dunia hari ini di sebuah hospital di New Delhi selepas bertarung dengan komplikasi buah pinggang selepas menderita sekian lama, menurut keluarganya.

Kapoor merupakan layar perak India tahun 1970-an dan anggota keluarga terkenal industri itu meninggal

Kapoor meninggal dunia di sebuah hospital di sini, kata anak saudaranya, Randhir Kapoor kepada agensi berita Press Trust of India (PTI).

“Ya, beliau sudah meninggal dunia. Mendiang menderita masalah buah pinggang selama beberapa tahun,” kata Randhir kepada PTI.

Shashi, anak lelaki bongsu Prithviraj Kapoor, perintis filem dan teater Hindustan, lahir di bandar timur India di Kolkata pada 1938.

Ini apa kata pemimpin dan selebriti tentang pemergian beliau:



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Apa makna Xi Jinping bagi Asia Tenggara


ADAKAH China – di bawah Presiden Xi Jinping – hegemon baharu Asia Tenggara?

Pemerhati gemar membandingkan Presiden Xi dengan seorang maharaja. Cakap-cakap seumpama itu bertambah selepas Kongres Nasional Parti Komunis China ke-19 di Beijing dan Sidang Kemuncak APEC di Danang, Vietnam yang mana beliau umumnya mendapat pujian.

Banyak orang menganggap Xi sebagai salah seorang pemimpin China yang paling berkuasa – setaraf, atau malah mengatasi pendahulunya yang tidak lama dahulu, Deng Xiaoping dan Mao Zedong.

Juga, dengan Amerika Donald Trump yang sedang berundur penuh, prospek sebuah “Pax Sinica” – satu tata dunia pimpinan China – mungkin menjadi semakin besar.

Maka tidak dapat dielakkan bagi semua orang – dan terutamanya di Asia Tenggara – mencari persamaan-persamaan dalam sejarah China, melihat ke masa lalu untuk mendapatkan petunjuk bagi masa depan di bawah pimpinan Xi Jinping.

Serius, terhormat dan mengkagumkan, Xi mengilhamkan profil personaliti yang tidak terkira ramainya.

Tentunya, kebangkitan beliau hingga menjadi terkenal, penyingkiran pesaing-pesaingnya secara tanpa belas dan pemaksaan personalitinya ke atas negaranya adalah melebihi cita-cita dan kekerasan beberapa pemimpin China paling unggul dalam sejarah.

Memandangkan bahawa pernah suatu masa China – dan boleh dikatakan masih merupakan – sebuah empayar, kecenderungannya adalah untuk membandingkan beliau dengan maharaja-maharaja terdahulu.

 Setem Cina sebagai tanda memperingati 600 tahun ekspedisi pertama Dinasti Ming di Lautan India di bawah Zheng He. Foto China Post

Malah, banyak orang melihat sebuah “Empayar China” yang dipulihkan, dicergaskan (dengan tinta merah), di bawah Xi, sebagai komponen kritikal dalam anjakan geopolitik terhadap Asia-Pasifik.

Tentunya terdapat banyak calon tokoh dalam sejarah untuk Xi. Pengukuhan kuasanya, peluasan pengaruh China dan penekanan terhadap identiti nasional membuatkan sesetengah pihak membandingkan beliau dengan maharaja-maharaja teragung dinasti Qing: Kangxi, Yongzheng dan Qianlong.

Yongzheng, khususnya dikenali dengan usahanya membanteras korupsi dan reformasi kewangan – perkara-perkara yang juga dilakukan oleh Xi.

Yang lain pula percaya beliau adalah seperti maharaja Yongle dari dinasti Ming. Beliau menjadikan semula Beijing sebagai ibu kota imperial dan melaksanakan projek-projek pembinaan yang meluas, dan paling penting, melancarkan pelayaran-pelayaran Zheng He ke Asia Tenggara, dan selanjutnya.

Melihat jauh ke belakang lagi, seseorang boleh dirujukkan pada hubungan meluas antara Kerajaan Tengah dan rantau kita kepada dinasti Song, malah Tang, terutamanya Tang yang meperlihatkan pelayaran terkenal I Ching ke Sri Wijaya.

Kemungkinan persamaan tidak ada penghujungnya – malah ia memberitahu kita lebih mengenai agenda dan kebimbangan orang yang membuat perbandingan itu daripada apa yang China abad ke-21 dan Xi mungkin benar-benar melakukannya.

Bagi Asia Tenggara bagaimanapun, persoalan penting ialah sama ada pemimpin-pemimpin ini dan dinasti mereka memberi kesan positif terhadap rantau kita atau tidak?

 Xi Jinping berjabat tangan dengan Perdana Menteri  Nguyễn Xuân Phúc, pada KTT APEC di Da Nang, Vietnam. Foto Xinhua

Adakah kita memperoleh manfaat ldaripada hubungan perdagangan dan ekonomi yang lebih kuat?

Adakah hubungan rantau ini dengan China – yang mana, jangan lupa adalah asasnya merupakan sistem “tributari”, yang mana empayar itu sentiasa berada di atas dan negara-negara lain adalah “orang gasar” yang tunduk – boleh bergerak memberikan manfaat pada kita?

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hubungan China dengan rantau ini tidak pernah 100 peratus memberikan kesan baik atau tanpa berkepentingan – tidak kira apa saja zamannya.

Pelayaran-pelayaran Zheng He, umpamanya, juga termasuk penyerbuan ibu kota Sri Wijaya, Palembang pada tahun 1407 kerana jelasnya untuk membanteras kegiatan lanun China di rantau ini.

Kedua-dua dinasti Ming dan Qing melancarkan pencerobohan ke atas Vietnam (1407-1427 oleh Ming dan 1788 dan 1789 oleh Qing) dan Burma (empat pencerobohan setiap satu antara 1382-1449 dan 165-1769).

Tahap perhatian Asia Tenggara yang diperoleh dari China adalah juga pelbagai sepanjang abad-abad itu.

Fokus maharaja-maharaja Qing selalunya lebih, kalau tidak secara eksklusifnya pada negeri warisan asal mereka di Asia Tengah.

Potret Yongzheng, Kaisar Dinasti Qing, memakai busana persidangan. Foto Wikimedia Commons

Kebanyakan dinasti China berkecenderungan untuk bergerak ke dalam negeri, terutamanya ketika di penghujung pemerintahan mereka.

Pastinya, apa saja pengaruh China yang ada di Asia Tenggara boleh dihujah bahawa ia telah kehilangan akibat kemaraan kolonialisme Barat, selaras dengan kemerosotan dan kebobrokannya.

Adalah juga amat bermakna bahawa Revolusi 1911 yang menumbangkan dinasti Qing dan monarki China telah dengan jelas disokong oleh orang China seberang laut di Asia Tenggara, banyak daripadanya datang ke sini selepas pengalaman Qing yang dimalukan melalui Perang-perang Candu (1839-1842 dan 1856-1860) dan Pemberontakan Taiping (1850-1871).

Apa yang hendak ditunjukkan di sini: Asia Tenggara tidak mahukan hegemon.

Kita mahu China yang kuat tetapi sedikit tertumpu pada hal ehwal dalamannya sendiri.

Dengan demikian, kita di rantau ini boleh memainkan Kuasa-kuasa Besar di antara satu sama lain. Kita mahu mereka berlumba mendapatkan sokongan dan perhatian kita, bukan sebaliknya.

Sebuah batu peringatan sebagai tanda pendaratan Laksamana Zheng He di 1405, Melaka, Malaysia. Foto Wikimedia Commons

Tidak ada sesiapa yang menafikan keperluan untuk menangani China: secara ekonomi, politik dan budaya.

Tetapi Xi Jinping yang amat berkuasa dan China yang semakin berani bukanlah menurut kepentingan Asia Tenggara.

Para pengkagum Xi yang berminat untuk menganggap beliau sebagai ‘Yongzheng baharu’ harus ingat bahawa pemerintahan Maharaja Qing menandakan titik ubah sejarah China, kerana Kerajaan Tengah itu kecundang dengan dasar-dasar yang silap pada permulaan pemerintahannya.

Maka ketika China berada dalam ayunan tinggi, suatu tindakan yang silap mungkin sedang berlaku – terutama jika krisis hutang sedang membayangi dan peningkatan ketidaksaksamaan pendapatan dalaman tidak diselesaikan.

Melihat pada sejarah, mungkin akhirnya perkara itu bukanlah suatu yang buruk bagi Asia Tenggara.

Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr



Source link

read more

Tiada kes pecah rumah mangsa banjir di Terengganu – Terengganu


KUALA TERENGGANU 4 Dis. – Polis Terengganu mengingatkan para penduduk yang terlibat banjir di negeri ini agar jangan risau dengan keadaan rumah serta harta benda, sepeninggalan mereka ketika ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.



FAZLISYAM ABD. MAJID

FAZLISYAM ABD. MAJID

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Fazlisyam Abd. Majid ketika memberi jaminan itu berkata, pihaknya akan memastikan keselamatan harta benda milik mangsa banjir sentiasa selamat dan tidak menjadi mangsa penjenayah.

Beliau menarik perhatian, sejak banjir mula melanda Terengganu 28 November lalu hingga kini, pihaknya tidak menerima sebagai laporan kejadian kes pecah rumah membabitkan kediaman mangsa bencana itu di negeri ini.

“Setakat ini sejak 28 November lalu, kita masih belum terima sebarang aduan kes pecah rumah milik mangsa banjir di negeri ini. Jadi kita harap semua mangsa banjir tidak perlu risaukan rumah serta harta benda mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Fazlisyam juga menasihati mereka yang terlibat agar memastikan rumah dikunci dengan selamat sebelum meninggalkan kediaman mereka untuk ditempatkan sementara di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

Malah, kata beliau, pihaknya akan memastikan anggota polis sentiasa membuat rondaan di kawasan perumahan yang dilanda banjir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Saleh party sources say Yemeni ex-president killed in Sanaa fighting – al-Arabiya TV



SANAA: Former President Ali Abdullah Saleh has been killed in fighting with the Iran-aligned Houthi militia raging in the Yemeni capital Sanaa, Saudi-owned al-Arabiya television said on Monday, quoting sources in Saleh’s party.

Al Arabiya quoted a source in Saleh’s General Peoples Congress as saying he was killed by sniper bullets. A Houthi video distributed on social media showed what appeared to be Saleh’s body, clad in grey clothes and being carried out on a red blanket. The side of his head bore a deep wound.

Unverified footage that circulated earlier on social media showed armed militiamen unfurling a blanket containing the corpse and shouting, “Praise God!” and “Hey Ali Affash!”, another last name for Saleh.

The radio station of the Houthi-run Yemeni Interior Ministry first reported Saleh’s death but his party quickly denied this to Reuters, saying he was still leading his forces in Sanaa.

Earlier on Monday, Houthi forces blew up Saleh’s house in Sanaa and came under aerial attack by Saudi-led coalition warplanes for a second day, residents said.

The Saudi-led air campaign, backed by U.S. and other Western arms and intelligence, has killed hundreds of civilians but has failed to secure the coalition any major gains in the nearly three-year-old campaign to restore Yemen’s internationally recognised president, Abd-Rabbu Mansour Hadi, to power.

Saleh’s loyalists have lost ground on the sixth day of heavy urban warfare with the Houthis during which the death toll has jumped to at least 125 with 238 wounded, according to the International Committee of the Red Cross.

“We are supporting the main hospitals in Sanaa who urgently need war-wounded kits,” ICRC spokeswoman Iolanda Jaquemet said in Geneva. “We are also looking at donating dead body bags to hospitals which are actually asking for them and hope to donate fuel to the main hospitals because they depend on generators.”

The United Nations called for a humanitarian pause in Sanaa between the hours of 10 a.m. and 4 p.m. to allow civilians to leave their homes, aid workers to reach them, and the wounded to get medical care.

STREETS ARE “BATTLEGROUNDS”

Jamie McGoldrick, U.N. humanitarian coordinator in Yemen, said in a statement that the streets of Sanaa had become “battlegrounds” and that aid workers “remain in lockdown”.

McGoldrick warned the warring parties that any deliberate attacks on civilians and against civilian and medical infrastructure are “clear violations of international humanitarian law and may constitute war crimes”.

Sanaa residents reported intense fighting overnight and into the morning with families cowering in their homes as explosions rocked the city. Coalition air strikes hammered Houthi positions in an apparent bid to shore up Saleh’s forces, witnesses said.

The realignment of Saleh’s forces with the Saudis would mark a significant turn in a war that is part of a wider struggle between regional powers Saudi Arabia and Iran.

Yemen’s protracted bloodshed has compounded the woes of one of the Arab world’s poorest countries and left at least 10,000 dead as hunger and disease have spread.

At the United Nations, U.N. Secretary-General Antonio Guterres urged the warring parties to stop all ground and air assaults. He also called for the resumption of all commercial imports into Yemen, saying millions of children, women and men were at risk of mass hunger, disease and death.

However, in a speech late on Sunday, Saleh formally annulled his alliance with the Houthis and pledged to step up his fight.

Saleh, who dominated Yemen’s heavily armed tribal society for 33 years before quitting in the aftermath of the Arab Spring uprisings in 2011, and the Shi’ite Muslim Houthis had made common cause against Hadi loyalists.

But they vied for supremacy over the territory they ran together, including Sanaa, which the Houthis seized in September 2014, and their feud burst into open combat on Wednesday.

Houthi spokesman Mohammed Abdul Salam claimed significant gains in the battle for Sanaa on Monday.

“With the aid and approval of God, the security forces backed up by wide popular support were able last night to cleanse the areas in which the militias of treason and betrayal were deployed,” he said in a statement.

The Houthi movement’s TV channel al-Masirah and witnesses said Houthi fighters had seized the downtown home of Saleh’s nephew Tareq, an army general.

Residents said the warring sides traded heavy automatic and artillery fire as the Houthis advanced in the central Political District, which is a redoubt of Saleh and his family.

“We lived through days of terror. Houthi tanks have been firing and the shells were falling on our neighbourhood,” said Mohammed al-Madhaji, who lives in the frontline district.

“The fighting has been so violent we feel we could die at any moment. We can’t get out of our homes.”

Houthi media and political sources also reported that the Houthis also advanced toward Saleh’s birthplace in a village outside Sanaa where he maintains a fortified palace.



Source link

read more

5544 unit komputer judi bernilai RM1.16 juta dilupus



KOTA KINABALU: Sebanyak 5,544 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian siber bernilai lebih RM1.16 juta berjaya dilupuskan polis di stor barang dan tapak pelupusan kes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, semua barangan berkenaan adalah membabitkan set komputer meja, monitor dan papan kekunci yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu membabitkan 96 kertas siasatan berjaya diselesaikan dalam tempoh sembilan tahun berkenaan.

Beliau berkata, pelupusan terbabit juga mengambil pendekatan untuk melupuskan barang kes dengan menggunakan kaedah e-waste selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah menerusi kontraktor dilantik.

“Untuk makluman, pada hari ini kita melupus 5,544 set komputer berunsur perjudian yang dirampas oleh IPD Kota Kinabalu sejak tahun 2006 hingga 2015 lalu dengan membabitkan nilai RM1.16 juta.

“Pelaksanaan pelupusan barang kes dengan menggunakan sistem atau kaedah e-waste ini adalah kali pertama dilakukan oleh pihak IPD Kota Kinabalu, “katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bersempena program pelupusan barang kes IPD Kota Kinabalu di IPK Sabah, hari ini.



Source link

read more

Bekas PM Thailand Yingluck tidak memperoleh pasport Britain



BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang kini hidup dalam pelarian, tidak memperoleh pasport Britain, kata Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua. 

Kenyataan beliau dikeluarkan, susulan berita awal yang melaporkan Yingluck telah diberikan pasport Britain selepas mencari suaka politik di negara itu. .

Don berkata, laporan itu tidak dilaporkan secara rasmi sama ada oleh pihak berkuasa, Thailand atau Britain.

Setakat ini, Kedutaan Britain di Bangkok tidak memberikan sebarang maklumat mahupun kenyataan mengenai Yingluck kepada Kementerian Luar, katanya.

Media Thailand sebelum ini, melaporkan Yingluck mencari suaka politik di Britain, selepas beliau secara sembunyi meninggalkan Thailand dan pergi ke Emiriyah Arab Bersatu pada Ogos.

Yingluck dilaporkan melarikan diri melalui Kemboja, dan tidak hadir ke Mahkamah Agung ketika mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana kecuaian dalam pelaksanaan skim subsidi beras. 

Beliau dikatakan telah melawat abangnya, bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, yang kini hidup dalam buangan di Dubai sejak hampir sedekad lalu.

Thaksin dan Yingluck digulingkan oleh junta tentera masing-masing pada 2006 dan 2014. 

— BERNAMA



Source link

read more

Diberkas dalam 24 jam selepas pecah masuk 2 rumah – Jenayah


KUALA TERENGGANU 4 Dis. – Polis berjaya memberkas seorang buruh selepas terbabit dalam dua kes pecah rumah di daerah Setiu melibatkan nilai kerugian kira-kira RM22,000 dalam kejadian kelmarin dan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Fazlisyam Abd. Majid berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditangkap di tepi Jalan Banggol di sini pukul 5.30 petang semalam.

Menurutnya, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 10 pagi, suspek memecah masuk sebuah rumah di Rhu Tapai, Merang, Setiu Sabtu lalu dan melarikan sejumlah barangan termasuk barangan kemas bernilai kira-kira RM20,000.

Katanya, suspek kemudian melakukan pecah rumah di Taman Roselle di Setiu pada kira-kira pukul 5.15 pagi semalam dan melarikan barangan serta wang tunai bernilai kira-kira RM2,000.

“Bertindak atas maklumat hanya dalam tempoh 24 jam, sepasukan anggota dari IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Terengganu berjaya menangkap suspek berusia 25 tahun berhubung kes terbabit dan dia disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di IPK Terengganu di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan, Fazlisyam berkata, pihaknya mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan juga kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Nik Fazila is new CCM boss



KUALA LUMPUR: Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin has been appointed as the new Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) group managing director.

Her appointment will take effect upon the completion of the demerger of CCM Duopharma Biotech Bhd (CCMD) from CCM.

The 51-year-old, who is CCM’s chief operating officer and chief financial officer, succeeds Leonard Ariff Abdul Shatar who has been elected to spearhead CCMD as group managing director.

Nik Fazila, an Economics graduate from Flinders University, South Australia, is a chartered accountant with over 25 years of experience in accounting, finance, business assurance and various corporate transactions.

She joined CCM in March 2012 as finance director and was appointed group COO/CFO in May 2016.

Before that, Nik Fazila served in multiple senior management positions in three Main Board public listed companies.

CHANGES AT CCMB BOARD

As for the CCM board of directors, Datuk Normala Abdul Samad will remain as non-independent and non-executive chairman while Datuk Seri Zaini Ujang will be re-designated to independent non-executive director from non-independent non-executive director.

Khalid Sufat will remain as senior independent non-executive director while Leong Chik Weng will maintain his position as independent non-executive director.

Holding their positions as non-independent non-executive directors are Datuk Azmi Mohd Ali and Datin Paduka Kartini Abdul Manaf.

Meanwhile, Tan Sri Siti Sa’diah Sh Bakir, who is currently an independent non-executive director of CCM, will step down from the Board and will continue to serve the Board of CCMD.

Datuk Nik Moustpha Nik Hassan, another independent non-executive director, will also step down from the CCM Board and will be appointed to the CCMD Board.

All changes will take effect upon the completion of the demerger, expected by this year end.

CCM executes corporate exercises

In August 2017, CCM announced two major corporate proposals, which include a de-gearing exercise involving the proposed sale of its three parcels of land in Shah Alam; a proposed private placement of up to 10 percent of the issued share capital in CCM which was completed on Oct 13, 2017, and the identification of other non-core assets to be divested.

The proposals also include the demerger of CCMD from CCM via a proposed distribution of its entire equity interest in the former. The placement exercise is expected to improve CCM’s earnings and in turn, enhance shareholders’ value as the partial repayment of RM35 million bank borrowings is set to result in interest savings of approximately RM1.7 million per annum.

CCM has also completed the acquisition of 10 percent equity interest in CCM Chemicals Sdn Bhd (CCMC) from Lanjut Setia Sdn Bhd and another 10 percent equity interest in CCMC from Permodalan Nasional Berhad (PNB) last Nov 24, for a total purchase consideration of RM40 million which was funded by proceeds from the placement exercise and internally generated funds.

Watch Astro AWANI’s recent interview with Leonard Ariff on the Marketplace:



Source link

read more

Orang Asli Sungai Kelit diuji jalan terputus hubungan


RAUB: Komuniti orang asli cukup dikenali dengan daya tahan diri yang tinggi, mampu hidup dalam budaya tersendiri sekali gus ‘bijak’ meneroka tempat tinggal mereka tanpa sebarang masalah walaupun berada di kawasan pedalaman.

Namun, berbeza dengan situasi yang dialami 71 daripada 21 keluarga orang asli dari Kampung Orang Asli Sungai Kelit, Raub Pahang apabila mereka terputus hubungan selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam.

Ini kerana rata-rata mereka tidak mempunyai jalan alternatif lain untuk pergi ke bandar serta meneruskan aktiviti harian.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, kerja-kerja pembersihan tanah runtuh masih dijalankan pihak JKR.

“Kerja pembersihan masih dilakukan di beberapa kawasan sepanjang empat kilometer menuju jalan masuk ke Ulu Sungai Raub.

Sumber: APM Pahang

Sumber: APM Pahang

“Pihak konsesi akan mengambil tindakan segera bagi membuat laluan sementara. Pembaikan kekal akan dibuat setelah mendapat reka bentuk yang sesuai,” ujarnya. 

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan banjir, setakat jam 4 petang ini hanya satu pusat pemindahan sementara yang masih dibuka iaitu di Balai Raya Kuala Semantan dengan 26 mangsa dari tujuh keluarga.

Cuaca bertambah baik dengan air Sungai Lipis dalam keadaan biasa dan trend menurun.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons