KPKT bakal salur dana baikpulih pangsapuri terbakar – Selangor


KAJANG 4 Dis- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyalurkan dana untuk membaik pulih tiga kediaman di Pangsapuri Kajang Perdana 2 di sini akibat kebakaran pada dua tahun lalu.

Pegawai Tugas-tugas Khas KPKT, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, bantuan itu adalah bukti keprihatinan Menterinya, Tan Sri Noh Omar terhadap permasalahan yang berlaku dan diharap dapat melegakan penduduk.

“Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan menilai kos kerosakan itu yang saya anggarkan berjumlah kira-kira RM250,000 dan dijangka siap pada bulan Mac tahun hadapan.

“Sebelum ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) mereka tidak aktif menyebabkan bantuan lambat diterima,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan ke rumah mangsa kebakaran di pangsapuri berkenaan hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAN MEROYAN BILA MAKLUMAT PM PAKATAN BOCOR!!! ~ SEMUT HITAM


Seolah – olah macam ianya satu rahsia besar apabila puak parti Ternakan DAPigs ni meroyan tak tentu arah kerana kebocoran maklumat berkaitan cadangan nama calon PM Pakatan.

Realitinya, semua orang sudah menjangka Tun Mahathir akan menjadi calon tunggal bagi jawatan tersebut makala Wan Azizah pula akan menjawat jawatan selaku Timbalan Perdana Menteri.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila bekas Perdana Menteri Malaysia itu sehingga ke hari ini masih enggan menamakan calon Perdana Menteri dari kalangan puak Pakatan Haprak tu.

Bahkan sewaktu masih bersama – sama dengan UMNO pun, soalan yang sama, siapa calon yang boleh menggantikan Datuk Seri Najib juga tidak dijawab oleh bekas Perdana Menteri itu.

Maka tak hairan la sekiranya Tun Mahathir tetap berkeras mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan memerintah walaupun ada yang beranggapan ianya hanya untuk sementara waktu.

Secara tidak lansung, tindakan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak itu membuktikan bahawa pemimpin gabungan pembangkang itu tidak ada yang layak.

Dan apa yang jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAN seperti yang tersebar dalam media sosial hari ini turut mengiyakan spekulasi mengenai pencalonan yang telah dibuat.

Jadi, tak perlu la puak parti Ternakan DAPigs tu nak meroyan sangat apabila maklumat mengenai pencalonan bekas Perdana Menteri itu bocor kepada rakyat secara umum. Sebaliknya, tindakan yang mereka lakukan hanya membodohkan diri sendiri!!!




Source link

read more

Aini Ideris dilantik semula Naib Canselor UPM



PUTRAJAYA: Prof Datin Paduka Aini Ideris dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) selama dua tahun bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019.

Menurut kenyataan pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM hari ini, Aini telah menerima surat pelantikan rasmi daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini.

Aini merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kepercayaan, peluang dan amanah kepada beliau untuk menerajui UPM selama dua tahun lagi bagi meneruskan legasi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.

“Pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggung jawab yang amat besar bagi saya. Insya Allah saya akan menjalankan tugas ini dengan terbaik demi kecemerlangan UPM dan pendidikan tinggi Malaysia. Saya berdoa agar dikurniakan kekuatan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik oleh yang Maha Esa.

“Dengan pelantikan ini, saya akan terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan unggul yang mengharumkan nama negara di peringkat global,” katanya.

Aini pertama kali dilantik sebagai Naib Canselor UPM pada 1 Januari 2016 bagi tempoh hingga 31 Disember 2017.

Antara pencapaian terbaik UPM semasa Aini menjawat jawatan sebagai Naib Canselor ialah memperkukuhkan ranking ke-229 universiti terbaik dunia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2017/2018 selain mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik dalam negara dan mencatat kenaikan kedudukan sebanyak empat tahun berturut-turut. — Bernama



Source link

read more

Najwa Mahiaddin berteka-teki di media sosial



PENYANYI Najwa Mahiaddin dalam twit terbaharunya bagai memberi gambaran bakal keluar dengan buah tangan baru buat peminat yang sudah lama menantikan lagu-lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini.

Dalam twit itu, Najwa turut mengenang kembali perjalanannya sebagai seorang penyanyi dengan menulis bahawa seawal usianya tiga tahun dia sudah mahu belajar bermain piano.

Dia juga berterima kasih kepada peminatnya selama ini yang tidak putus menyokong sehingga dia berjaya mencipta nama di dalam bidang seni suara.

Sehubungan itu, Najwa berkongsi bakal mengadakan satu pengumuman ‘penting’ yang akan didedahkan penyanyi ini esok.

Najwa merupakan satu-satunya penyanyi dalam industri muzik tempatan masa kini yang memperjuangkan jenama R&B-pop beliau yang tersendiri.

Penulisan dan susunan lagu nyanyiannya benar-benar menarik dan mendapat tempat di pasaran muzik balada Melayu seperti Got To Go dan Impian Terindah.

Kali terakhir Najwa menghasilkan album adalah pada tahun 2014 iaitu Aurora.



Source link

read more

Puteri UMNO lancar kempen S.A.F.E. – Nasional


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Masyarakat perlu membuka mata terhadap keganasan dan eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak dalam usaha memerangi isu ini dari lebih melarat.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Shamsuddin, Kempen Hentikan Penderaan Untuk Persekitaran Lebih Selamat (SAFE) yang dilancarkan hari ini merupakan salah satu usaha dalam menyedarkan masyarakat akan pentingnya menyelami dan memahami isu ini.

“Ini merupakan salah satu sumbangan kecil Puteri UMNO dalam merealisasikan pemerkasaan wanita menjelang 2018,” kata Mas Ermieyati sejurus majlis pelancaran kempen ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kempen yang dianjurkan oleh Biro Perundangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pergerakan Puteri UMNO ini dianjurkan bersempena penganjuran Perhimpunan Agung UMNO 2017 bermula esok.

Selain demonstrasi pertahanan diri dan sesi interaktif bersama sukarelawan, skuad S.A.F.E. akan turut menjelajah seluruh negara bagi menyebarkan kempen kesedaran ini di kalangan pelajar sekolah dan univeriti, dan orang ramai. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perbaiki indeks rasuah negara – TPM Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR: Kedudukan indeks rasuah negara di tangga ke-55 kini masih perlu diperbaiki supaya tidak memberi persepsi negatif terhadap Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sendiri mengambil berat tentang perkara itu dan mahu semua pihak bersama-sama bekerjasama menurunkan kedudukan itu.

Menurutnya, angka terkini itu juga tidak disenangi kerajaan tetapi melihat kepada usaha Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia satu langkah yang harus disokong semua pihak.

“Kajian yang dilakukan mendapati kita di tangga ke-55 dan perkara itu bukan sesuatu yang baik kerana boleh menyebabkan persepsi mengenai amalan integriti dipandang rendah.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat dan SPRM untuk menurunkan kedudukan yang dikeluarkan Transparency International (TI) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Sidang Kemuncak Pemerkasaan Generasi Baharu di sini pada Isnin.

Persidangan itu diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan bermula pada 5 sehingga 9 Disember ini.

Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016, daripada tangga 54 kepada 55 daripada 176 buah negara.

Dalam pada itu tegas Ahmad Zahid, isu rasuah harus ditangani secara bersama tanpa mengira latar belakang politik termasuk daripada parti kerajaan mahupun pembangkang.

Sebelum ini, Transparency International Malaysia (TI-M) yakin SPRM mempunyai strategi tersendiri dalam mengambil tindakan terhadap pelaku rasuah dalam kalangan ahli politik.

Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar berkata, SPRM akan bertindak terhadap ahli-ahli politik walaupun kebanyakan kes sekarang tertumpu kepada ‘jerung-jerung’ dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).



Source link

read more

The Good is Back jadi taruhan Fazura Anggun … Nantikan



PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa, Anggun, menyifatkan kolaborasi dengan Fazura dalam lagu berjudul ‘The Good is Back’ itu sebagai satu peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

Biarpun pada awalnya tidak begitu mengetahui perkembangan karier Fazura sebagai penyanyi, namun menyedari ada sesuatu yang menarik tentangnya.

“Saya menonton ‘Facing Up to Fazura‘ dan saya mengakui terpikat dengan kekuatan personalitinya,” kata Anggun.

Bagi Fazura, dia melihat kolaborasi berkenaan sebagai satu tanggungjawab yang sangat besar, apatah lagi dengan reputasi besar penyanyi yang berasal dari Indonesia itu.

“Saya berbesar hati apabila dipilih untuk berkolaborasi dengan Anggun, tetapi dalam masa yang sama ia satu tanggungjawab yang besar kerana kualiti yang dimilikinya.

“Apapun saya cuba berikan yang terbaik dan berharap peminat akan menyukainya,” ujar Fazura.

Kedua-dua bintang itu ditemui semasa temubual khas bersama media sempena pengumuman kolaborasi itu di sebuah studio di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Lagu bernuansa pop rock itu menceritakan tentang kekuatan dan kebangkitan wanita selepas melalui masa-masa sukar.

NOTA: Nantikan temu ramah ekslusif Fazura dan Anggun di FB Live Astro AWANI pada jam 4 petang ini.



Source link

read more

Terus wujudkan peluang untuk belia negara – PM Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha mewujudkan peluang untuk belia adalah kunci kepada masa depan yang lebih terjamin bagi Malaysia.

Beliau berkata ini termasuklah dengan memastikan pendidikan dan kemahiran yang betul disediakan untuk mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah penting dalam melahirkan tenaga kerja muda yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

“Inilah sebabnya mengapa semua institusi TVET Malaysia di tujuh kementerian sedang digabungkan untuk menjadi TVET Malaysia di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia,” kata Najib semasa merasmikan Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (KLIYD2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Perdana Menteri juga bercakap tentang perlunya mengambil pendekatan yang lebih holistik terhadap isu-isu yang mungkin memberi kesan kepada golongan muda.

“Sebagai contoh, sejak sekian lamanya kami berusaha gigih untuk menangani penagihan dadah. Tetapi kabinet saya mengakui bahawa pendekatan sedemikian mungkin bukanlah cara yang paling berkesan,” kata beliau.

Najib berkata ‘Agenda Sosial’ yang mahu diperkenalkan kerajaan akan melihat kepada usaha menyelesaikan masalah penagihan dadah menerusi penyertaan.

Beliau berkata ini akan memastikan golongan muda mempunyai pekerjaan supaya mereka mahu menjalani kehidupan berbanding mengejar eskapisme yang menghancurkan kehidupan.

“Daripada mengasingkan penagih, kita perlu menyatukan mereka. Kita perlu memberi peluang kepada mereka,” katanya pada majlis itu yang dianjurkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung dari 5 hingga 9 Dis ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga membelanjakan hampir RM13 bilion untuk membantu golongan muda memiliki rumah mampu milik dan menyelesaikan isu perumahan terutamanya di kawasan bandar.

“Ini adalah antara beberapa dasar yang kita buat untuk menangani cabaran dalam mewujudkan masa depan yang lebih terjamin bagi golongan muda Malaysia,” kata beliau sambil memberitahu bahawa kerajaan juga banyak berunding dalam merumuskan agenda Transformasi Negara 2050 (TN50).

Najib menggunakan platform itu untuk menyerlahkan pelbagai pencapaian kerajaan susulan kestabilan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokratik dan diterajui oleh UMNO.

Perdana Menteri turut menempelak mereka yang membuat pelbagai janji tetapi tiada sebarang rekod kejayaan untuk diperkatakan.

“Mereka menentang walaupun secara diam-diam, mereka bersetuju dengan sesuatu cadangan itu – kerana mereka bukannya bimbangkan kebajikan rakyat Malaysia. Tidak. Mereka hanya bimbangkan cita-cita politik yang mementingkan diri sendiri sahaja,” kata beliau.

Najib seterusnya membidas belanjawan bayangan pembangkang dengan menyatakan bahawa ekonomi fantasi mereka hanya akan menjadikan Malaysia tidak selamat, tidak terjamin dan tidak stabil.Perdana Menteri berkata kerajaan pimpinannya, sebaliknya, mempunyai rekod pencapaian yang sudah terbukti.

“(Ia) adalah rekod yang menyaksikan delegasi kerajaan Malaysia diberi sambutan penuh minat oleh para pemimpin di seluruh dunia – dari Amerika Syarikat dan United Kingdom ke China, India dan Arab Saudi, sekadar menyebut beberapa negara,” kata beliau.

Beliau berkata ia juga merupakan rekod yang menyaksikan Malaysia menerima penghargaan daripada Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi serta banyak institusi global lain.

— BERNAMA



Source link

read more

GV4 Tersingkir Aqasha akui persembahan bawah par



Aqasha menjadi bintang Gegar Vaganza 4 (GV4) kelima tersingkir selepas Elyana, Haida, Raja Azura dan Ferhad.

Dengan menyanyikan lagu That’s Why You Go Away (Michael Learns To Rock), Aqasha gagal mengekalkan kedudukan dengan jatuh menjunam pada konsert minggu keenam malam tadi.

Menjelaskan penyingkiran tersebut, kata Aqasha dia mengakui persembahan yang ditampilkan tidak memuaskan hatinya berikutan tidak cukup persediaan.

“Persembahan saya memang bawah par kerana tidak cukup persediaan dan tidak dapat penuhi masa untuk berlatih dengan band.

“Mungkin saya kurang keserasian dengan lagu tersebut.

“Saya menghormati pentas dan ruang tempat saya membuat persembahan dan sudah memberikan sehabis baik, rezeki saya cuma setakat ini sahaja,” katanya yang ditemui selepas konsert keenam GV4 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Aqasha juga mengakui persaingan daripada penyanyi lain yang lebih berpengalaman tidak disangkal menjadi cabaran utama sepanjang enam minggu GV4.

“Saya banyak belajar daripada GV4, tiada sesiapa pun boleh mengambil remeh tentang genre lagu hanya disebabkan kita tidak minat dengan sesuatu genre itu.

“Ia ujian untuk semua penyanyi yang bertanding dalam Gegar Vaganza setiap tahun iaitu mencari versatiliti dan kepelbagaian,” tambah Aqasha.

Nota: GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Digi Star Of The Week

Anda juga jangan lepaskan peluang mengundi Digi Star Of The Week pada setiap minggu dan berpeluang memenangi sebuah telefon pintar jenis Huawei P10 Lite.

Kami kongsikan bagaimanakah caranya.

1. Anda perlu memuat turun dan mendaftar masuk aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.

2. Klik MyDigi Rewards.

3. Pilih “Undi Pantas Digi 4G Plus untuk GegarVaganza 2017” pada bahagian Monthly Rewards.

4. Tekan butang Get Reward dan sahkan pilihan anda.

5. Klik MyRewards dan tebus kod undi.

6. Isikan kod undi anda di <www.gegarvaganza.com.my> untuk mendapatkan 3 undian ekstra bagi artis kegemaran anda.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @kakifoto_



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons