LEPAS ROTI, IKAN PULAK JADI MODAL NURUL IZZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Dah pasrah dengan perjuangan untuk membebaskan bapanya dari penjara kerana dijatuhkan hukuman meliwat bekas pegawai peribadi sebelum ini membuatkan Si Nurul Izzah ni mula meroyan.

Kalau sebelum ini, Si Nurul Izzah tu pernah tampil dengan gimik mengedarkan roti kepada penduduk – penduduk didalam kawasan Parlimennya. Kali ini, ikan pulak jadi modal Politik dia.

Nampak gayanya, Si Nurul Izzah ni dah mula ketandusan idea untuk menarik perhatian rakyat sehingga terpaksa menjaja cerita pasal harga ikan kembong dilaman media sosial miliknya.

Tapi, bak kata sahabat blogger, Cucu Tok Selampit, Si Nurul Izzah ni menggambarkan seorang pemimpin yang Pemalas. Maka sebab itu dia bangkitkan isu tu dilaman media sosial.

Persoalannya, sejak bila pulak harga ikan kembong tu jadi penanda aras untuk dikaitkan dengan isu kenaikkan harga barang sedangkan ianya bukan makanan ruji rakyat di Malaysia?

Kenapa tidak Si Nurul Izzah turun ke padang dan bertemu sendiri dengan nelayan dan peraih ikan untuk bertanya secara lansung kepada mereka mengenai kenaikkan harga ikan tersebut? Kalau setakat duduk dirumah main handphone je, baik tak payah jadi wakil rakyat!!!




Source link

read more

Tindakan wajib solat tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan



KUANTAN: Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan yang ingin mewajibkan setiap sekolah, menganjurkan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah adalah tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996.

Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor berkata, salah satu langkah yang berkesan dan lebih praktikal dalam melaksanakan pembelajaran Pendidikan Islam adalah melalui amalan solat berjemaah di sekolah.

Jelasnya, Seksyen 50 Akta Pendidikan 1966 memperuntukkan supaya semua sekolah, termasuk sekolah swasta, wajib mengadakan kemudahan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, apabila terdapat lima orang murid Islam atau lebih di sesebuah sekolah.

“Solat terutamanya solat berjemaah, asas paling utama dalam Pendidikan Islam, harus diterapkan kepada setiap pelajar Muslim di sekolah sama ada rendah mahupun menengah,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Salkukhairi berkata demikian sebagai mengulas tentang bantahan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim terhadap cadangan tersebut yang dikatakan bertentangan dengan semangat sekolah kebangsaan.

Menurutnya, berkemungkinan Noor Azimah tidak memahami bahawa perkara yang dilakukan di sini tidak boleh ditolak jika ia berlandaskan agama Islam memandangkan ia adalah agama rasmi.

“Saya tidak nampak manakah asas yang beliau katakan tindakan menggalakkan pelajar Muslim bersolat jemaah di sekolah itu menyalahi semangat sekolah kebangsaan.

“Barangkali mungkin beliau tidak baca Perlembagaan Persekutuan sendiri yang jelas menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Lagi pun tidak timbul isu pelajar bukan Islam dipaksa terhadap cadangan tersebut, kerana mata pelajaran agama Islam hanya diambil oleh pelajar Muslim dan bukan diwajibkan kepada semua,” katanya.

Sementara itu, katanya, kementerian pelajaran seharusnya meningkatkan lagi usaha memperkasakan pendidikan Islam di setiap sekolah termasuk sekolah kebangsaan.

“Ini kerana hanya melalui asas pendidikan agama yang kuat diterapkan di sekolah dapat menjadi benteng kepada golongan muda menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia moden hari ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Cubaan warga emas seludup beg berisi 200 lipas hidup gagal



GUANGDONG: Pegawai kastam di sebuah lapangan terbang di China terkejut apabila membuka sebuah beg mengandungi 200 ekor lipas yang masih hidup.

Beg itu milik pasangan warga emas yang cuba membawa masuk lipas-lipas berkenaan ke dalam penerbangan di Lapangan Terbang Baiyun di Guangdong.

Menurut laporan Beijing Youth Daily yang dipetik BBC, pihak berkuasa menyedari sesuatu yang ‘pelik’ menerusi mesin pengimbas X-ray sebelum memeriksa beg yang dibawa masuk sebagai ‘hand-carry‘.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila menjumpai beg plastik putih dengan ratusan lipas di dalamnya.

“Pada 25 November, penumpang berkenaan membawa satu bekas dan kami menyedari ada ‘pergerakan’ apabila ia melalui mesin pengimbas.

“Seorang pegawai kami terkejut apabila membukanya dan seekor lipas berjaya melepaskan diri,” kata Xu Yuyu, seorang pegawai keselamatan.

Pasangan itu dikatakan membawa lipas berkenaan untuk membuat krim bagi merawat kulit si isteri.

Memandangkan organisme hidup tidak dibenarkan dibawa menaiki pesawat, pasangan berkenaan terpaksa meninggalkan beg tersebut.

Namun tidak diketahui apa yang dilakukan pihak kastam ke atas lipas-lipas berkenaan.



Source link

read more

Komando pasukan khas Taliban terbunuh – Luar Negara


KABUL 3 Dis. – Komando cawangan pasukan khas Taliban dikenali sebagai Unit Merah, dilaporkan terbunuh di wilayah Helmand dalam satu serangan dilancarkan oleh tentera Afghanistan minggu lalu.

Direktorat Keselamatan Kebangsaan (NDS) berkata, Mullah Shah Wali dikenali sebagai Mullah Naser terbunuh bersama-sama dua lagi komando Taliban lain serta seorang pengebom bunuh diri.

Mullah Shah menjadi komando Unit Merah serta timbalan gabenor wilayah Helmand tiga tahun lalu selain turut terbabit secara langsung dalam serangan melibatkan Taliban. – REUTERS



Source link

read more

Buaya sesat di tali air sawah berjaya ditangkap



KEMAMAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor buaya tembaga di sebatang tali air di Kampung Paya Pamam, Kemaman.

Buaya tembaga sepanjang kira-kira 2.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram itu dipercayai sesat dari Sungai Kemaman memasuki tali air kawasan sawah padi Paya Pamam ketika air pasang sejak 29 November lalu.

Usaha mengesan buaya tembaga berkenaan dijalankan Perhilitan membabitkan lima kakitangan jabatan itu dan reptilia itu berjaya ditangkap dengan bantuan kakitangan Zoo Kemaman kira-kira jam 4 petang Ahad.

Buaya itu kemudian dihantar ke Zoo Kemaman.

Sementara itu, penduduk sekitar kawasan buaya itu ditemukan melahirkan rasa syukur kerana mereka tidak lagi bimbang untuk turun ke sawah.



Source link

read more

Aqasha tersingkir tujuh bintang mara ke separuh akhir



KUALA LUMPUR: Perjalanan penyanyi Aqasha di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berakhir apabila tersingkir pada peringkat suku akhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

GV4 yang memasuki minggu keenam itu, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 34, tewas dengan markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan lagu “That’s Why You Go Away” nyanyian asal Michael Learns to Rock.

Penyingkiran Aqasha seterusnya melayakkan tujuh bintang lain iaitu Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Firman dan Syura ke peringkat separuh akhir.

GV4 minggu keenam menampilkan tema ‘Jangan Tak Tahu” dan dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse, sementara Tajul dan Wany Hasrita tampil sebagai artis jemputan.

Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juri profesional yang mengadili pertandingan ini adalah Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal tampil sebagai juri jemputan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons