Polis Sabah buru seorang lagi rakan Abu Paliyak



KOTA KINABALU: Polis kini giat memburu seorang lagi ahli kumpulan yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu pada tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, usaha memburu suspek itu adalah susulan kejayaan pihaknya menembak mati Abu Paliyak atau dikenali sebagai Komander Paliyak atau Yusuf, 31, di kawasan perairan Pulau Kantong Kalongan, di Lahad Datu, jam 3 pagi, semalam.

Beliau berkata, suspek bersama Abu Paliyak bersama sembilan lagi ahli menganggotai Kumpulan Remy yang terkenal sebagai kumpulan penculik untuk tebusan (KFR).

“Kumpulan ini ada 11 ahli, empat telah ditembak mati pasukan keselamatan Filipina, seorang (ditembak mati) oleh pasukan keselamatan kita, semalam, dan lima lagi telah ditahan penguat kuasa Filipina.

“Sementara itu, seorang lagi masih bebas dan kini dipercayai berada di selatan Filipina namun sesekali memasuki perairan Sabah.

“Peranan individu yang diburu ini sama iaitu terlibat melakukan rompakan dan penculikan untuk tebusan dan mereka ini aktif di sekitar tahun 2014 hingga pertengahan tahun hujung 2015,” katanya.

Ramli berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Inisiatif Pesara Polis Sabah sebagai Pemimpin Keselamatan Kejiranan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya kini akan berkerjasama rapat dengan pasukan keselamatan di Filipina bagi mengesan suspek yang terlibat.

Tambah beliau, kumpulan terbabit kini hampir lumpuh kerana hampir semua ahli sudah ditangkap dan ditembak mati pasukan keselamatan.

Jelasnya, Polis Sabah sentiasa bertukar maklumat dengan pasukan keselamatan di antara dua negara iaitu Filipina dan Indonesia bagi memastikan keselamatan perairan negara ini terus terjamin.



Source link

read more

Najib terima bas foton untuk kemudahan petugas UMNO – Politik


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mewakili parti itu menerima sumbangan sebuah bas foton daripada syarikat logistik, Gets Global Berhad.

Bas dengan kapasiti seramai 41 penumpang itu sebagai sokongan logistik dan bagi memudahkan pergerakan khususnya kakitangan UMNO yang bertugas di ibu pejabatnya di sini.

Simbolik penyerahan berupa replika bas yang bernilai kira-kira RM400,000 dan diimport dari China itu dibuat Pengarah Urusan Gets Global Berhad, Datuk Che Azizuddin Che Ismail.

Yang turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Sementara itu, Che Azizuddin berkata, pihaknya yang terbabit dalam perniagaan pembuatan bas dan logistik terpanggil untuk menyokong UMNO menerusi sumbangan tersebut sebagai salah satu usaha menghargai peranan parti berkenaan dalam memakurkan ekonomi negara.

“Bas ini kelak akan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia bagi menyesuaikannya dengan keperluan jentera UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bas berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kumpulan gangster didalangi warga asing di Pasar Borong KL dikenal pasti



KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti beberapa kumpulan gangster didalangi warga asing yang aktif melakukan peras ugut di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan yang dianggotai mengikut etnik dan negara asal masing-masing itu dipercayai masih bergiat aktif  walaupun pihaknya sudah mengambil tindakan sebelum ini.

Katanya, polis kini dalam peringkat mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti ahli dan kegiatan dilakukan mereka sebelum mengambil tindakan susulan.

“Sekarang ini kita menjalankan urusan mengindeks mereka ini iaitu mengenal pasti ahli kumpulan dan tempat mereka bersembunyi.

“Kita akan membuat operasi terhadap gangsterism ini dalam masa terdekat untuk kita tangkap mereka ini supaya mereka tidak melakukan yang tidak diingini seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Program Komuniti Polis Bersama Pengusaha Pasar Borong dan Ketua Polis Kuala Lumpur siang tadi.

Datuk Mazlan berkata indeks jenayah di Pasar Borong Kuala Lumpur telah menurun sebanyak 54 peratus pada tahun ini.



Source link

read more

Lara Alana Yusuf Iskandar dan Arrian lebih popular daripada ayah dan ibu mereka


BOLEH dilihat nama-nama seperti Yusuf Iskandar, Syeriv Samheizy, Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Arrian Shah Akid, populariti mereka lebih daripada ibu dan bapa sendiri.

Yusuf Iskandar ada 1.9 juta pengikut di Instagram (IG), Syeriv Samheizy yang mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya pula sudah mengumpul 333 ribu pengikut IG, walaupun baru berusia tujuh bulan.

Setakat ini si comel Lara Alana, yang mempunyai pengikut paling ramai di IG aitu sebanyak 3 juta pengikut. Wow! Sikit hari lagi, kalahlah ‘daddy’ yang baru kumpul 3.4 juta pengikut tu…Hehehe…

Aaisyah Dhia Rana pula sudah mempunyai 913 ribu pengikut, manakalah Arrian Shah Akid berkongsi IG dengan ayahnya, Tomok yang memiliki 1.8 juta pengikut.

Boleh dilihat nama-nama seperti Yusuf Iskandar, Syeriv Samheizy, Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Arrian Shah Akid, populariti mereka lebih daripada ibu dan bapa sendiri. - Foto Instagram

Hebatkan? Mereka semua ini, uploadlah apa-apa gambar atau video di IG pasti puluhan ribu likes! Tahap kecomelan karakter dan kepintaran masing-masing tu yang buat ramai orang geram.

Tapi, mereka ini juga tak terlepas daripada kecaman netizen tau! Alahai netizen-netizen yang tidak bertanggungjawab, dengan budak kecil pun nak cari gaduh? Lucu!

Apa-apa pun Astro Gempak tabik dengan ibu dan bapa mereka yang sentiasa sabar dengan netizen yang jahat mulut dan suka cakap yang bukan-bukan terhadap anak-anak comel ini.

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Awal Ashaari & Scha Alyahya, Hairul Azreen & Hanis Zaikha, Zain Saidin & Rozita Che Wan serta Tomok & Rahayu semoga terus kuat mendidik anak-anak, tambahan lagi di zaman celik IT ini, lain cabarannya!

Haa..korang semua pun kalau nak tengok macam mana cara Sam mengendalikan ‘anaknya’ yang dibantu oleh Zizan Razak, bolehlah langgan Baby Bro di Astro First Eksklusif.

Sila ke saluran 480 dan ikut arahan tertera! Mudah sahaja dan Selamat menonton!

Filem Televisyen (FTV) Baby Bro ini dibawakan khas untuk anda semua bersempena dengan musim cuti persekolahan ini.

Yang pasti, Baby Bro hasil sentuhan sutradara tersohor tanah air, Ghaz Abu Bakar ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Filem komedi yang menampilkan gandingan duo terhebat, Zizan Razak dan Shaheizy Sam, ini sudah menemui peminat di saluran Astro First Eksklusif mulai 23 November lalu.

Foto: Instagram



Source link

read more

Rugi RM50,000 kebun dilanda banjir – Nahas & Bencana


TUMPAT 5 Dis. – Seorang petani kerugian hampir RM50,000 apabila tanaman cili dan jagung yang diusahakan musnah ditenggelami air banjir sejak tujuh hari lalu di Kampung Nechang, di sini.

Mohd. Khairi Mat Husien, 32, berkata, ini merupakan kali kedua dia terpaksa menanggung kerugian selepas kebunnya ditenggelami air awal tahun ini.

Menurutnya, cili dan jagung yang diusahakan itu sepatutnya sudah dapat dipetik minggu ini namun ia mulai rosak setelah beberapa hari ditenggelami air.

“Saya sama sekali tidak menyangka banjir berlaku lebih awal sehingga tidak sempat membuat persiapan untuk memindahkan kesemua pokok cili dan jagung.

“Saya reda dan menerima kerugian ini dengan hati yang terbuka,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kadar tambang bas sekolah dijangka naik tahun depan



IPOH: Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan tahun depan berikutan kos operasi yang meningkat.

Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof berkata pihaknya menjangkakan kenaikan itu adalah RM10 bagi kawasan luar bandar, manakala RM20 bagi kawasan bandar.

“Kenaikan tersebut dilakukan berikutan pelbagai kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti yang naik 50 hingga 80 peratus setiap tahun selain kos penyelenggaraan.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk membolehkan mereka terus bernafas dan memberikan perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Keenam di sin, hari ini.

Ketika ini tambang bas sekolah bagi kawasan bandar adalah sekitar RM80, manakala RM60 bagi kawasan luar bandar.

Menurut Mohd Rofik, cadangan kenaikan itu bagaimanapun perlu dibincangkan terlebih dahulu antara pengusaha bas sekolah dan ibu bapa.

“Tambang bas sekolah kini terpulang kepada (perbincangan) antara pengusaha bas dengan ibu bapa. Ibu bapa mempunyai ruang yang secukup-cukupnya, kalau dia rasa pengusaha ini mahal, boleh pergi kepada yang lain,” katanya.

Selain itu, katanya, harga minyak yang tidak menentu juga menjadi antara sebab kenaikan kadar tambang bas sekolah tahun depan.

Sehubungan itu, beliau mengulangi permintaan persatuan agar kerajaan memberikan subsidi minyak diesel sebanyak RM1 seliter kepada kira-kira 18,000 pengusaha bas di seluruh negara seperti yang diterima nelayan.

Mohd Rofik berkata ketika ini terdapat pengusaha yang menerima kad subsidi minyak diesel bagi membolehkan mereka menikmati subsidi RM0.20 seliter sehingga maksimum 570 liter setiap bulan.

“Daripada 18,890 ahli persatuan, hanya 2,000 yang menerima kad subsidi itu setakat ini. Kami juga menerima banyak aduan daripada pengusaha mengenai stesen minyak enggan menerima pembelian diesel subsidi menggunakan kad tersebut.

“Saya terima banyak aduan daripada pengusaha bas sekolah yang memberitahu apabila mahu beli diesel guna kad ini, pengusaha stesen minyak kata mesin tergendala sehingga kereka terpaksa membayar mengikut harga pasaran,” katanya.

Beliau dalam pada itu, turut menyarankan kerajaan menyeragamkan proses pembaharuan lesen, cukai jalan serta pemeriksaan Perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi kenderan perdagangan.

Katanya tempoh tamat secara berasingan bagi setiap dokumen berkaitan menyukarkan operasi pengusaha bas.

“Kalau boleh biarlah tamat serentak dalam tempoh setahun. Diharap agensi-agensi terlibat seperti JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), Puspakom dan lain-lain melihat semula dasar ini bagi memudahkan pengusaha bas sekolah,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Terdesak sangat ke Rizal Mansor tegur artis populariti merudum



KUALA LUMPUR: Kelantangan sesetengah artis menemplak kerajaan baru-baru ini mendapat teguran Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang secara terbuka menasihati segelintir artis yang sewenangnya menghentam kerajaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya juga buat teguran terbuka kepada seorang artis yang telah merudum popularitinya dek kerana perangai sendiri yang tidak berdisiplin dan terlibat dengan gejala-gejala negatif.

“Kini, terdesak untuk meraih semula populariti, beliau cuba membuat posting-posting politik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang ditulis.

“Dapatkan fakta yang betul sebelum menulis dan tulislah dalam keadaan WARAS!!,” tegasnya dalam muat naik status FB miliknya.

Rizal pada masa sama menasihati pelakon terbabit berhenti dari menggunakan pengaruh sebagai artis untuk memesongkan pemikiran rakyat negara ini.

“Jangan menjadi perkakasan parti pembangkang yang kini terdesak untuk meraih populariti menjelang PRU14.

“Malah parti itu nak buat Mesyuarat Agung pun tak mampu bagaimana nak diharapkan untuk mentadbir negara?,” tambahnya lagi.

Mereka juga diminta berusaha keras dalam dunia seni tempatan yang disifatkan cukup luas bidangnya.

Kata Rizal, sekiranya mereka sudah tidak lagi menjadi pelakon, mereka harus berusaha ke arah lain atau setidaknya gunakan pengaruh untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan.

“Daripada menghabiskan masa membaca portal berita atau blog pembangkang, lebih baik mencari maklumat untuk mendapatkan pelbagai bantuan khususnya untuk orang bangsa sendiri dan masyarakat seni,” katanya.

Rizal turut memberi contoh, nasib beberapa artis dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali kepada dunia seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat mereka.



Source link

read more

Seperti dijemput malaikat maut – Siti Sarah – Hiburan


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin, 32, menjelaskan, tindakannya meminta maaf kepada semua orang termasuk suami tercinta, Shuib Sepahtu, 32, ketika sakit tempoh hari ialah kerana merasakan dirinya seperti hendak mati.

“Jujurnya ketika itu saya rasa tak sedap hati. Tak pernah ada pengalaman pitam dan pengsan. Apabila jadi macam itu, tipulah kalau kata saya tak panik atau menggelabah. Bagaimanapun, saya cuba kawal perasaan, tenangkan diri.

“Apabila sampai hospital, doktor dapati tekanan darah saya rendah. Lepas beberapa jam rawatan diberikan, keadaan tubuh badan saya kembali normal dan stabil,” katanya kepada Utusan Online.

Katanya lagi, sakitnya berpunca daripada keletihan yang melampau lantaran jadual kerja seninya yang padat.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kesetiaan itu menafikan rejim dietnya menyumbang kepada kemerosotan tahap kesihatannya.

“Saya makan seperti biasa, bukannya tak makan langsung. Itu bunuh diri namanya. Cuma saya memilih makanan yang lebih sihat memandangkan usia semakin meningkat.

“Tambahan pula, saya fobia untuk kelihatan gemuk seperti sebelum ini. Selepas melahirkan bayi sulung dan kedua, berat badan mencecah hingga 70 kilogram. Sedangkan sebelum itu tidak pernah pun cecah 50 kilogram.

“Jadi, saya amalkan pemakanan sihat supaya dapat menurunkan berat badan dengan kaedah yang betul,” jelasnya ketika ditemui usai majlis pelantikannya sebagai duta produk kesihatan rambut jenama tempatan, Sugardoll di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bapa terkejut anak dua tahun koma dipatuk ular tedung


IPOH: Seorang bapa terkejut apabila anak keempatnya yang berusia dua tahun tujuh bulan dipatuk ular tedung lalu koma di sebuah bilik di rumah mereka di Bandar Baru Putra di sini, pada Isnin.

Kejadian itu disedari Sumardi Chek Had, 39 apabila terdengar suara tangisan anaknya meraung kesakitan kira-kira jam 7 pagi itu.

Sumardi segera mengangkat mangsa, Muhammad Izz Fayyad dari katil sebelum ternampak seekor ular tedung di bawah tilam.

“Masa itu, Muhammad Izz menangis kesakitan dan saya ternampak ada bekas gigitan ular di tangan kirinya serta bengkak.

Muhammad Izz di pangkuan ibunya

“Saya segera memanggil isteri dan menghantar Muhammad Izz ke hospital selain dia dilaporkan koma dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Selasa,

Tambah Sumardi dia segera menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap reptilia berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kinta, Lt Rayner Saimon berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 7.30 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Ular tedung yang brjaya ditangkap pasukan APM dari rumah Sumardi.

Katanya, sebaik sahaja tiba pihaknya berjaya mengesan ular tedung di dalam rumah mangsa.

“Seramai lima anggota berjaya menangkap ular tedung berkenaan dan segera membawanya ke hospital untuk diserahkan bagi rujukan penawar racun gigitan ular.

“Ini merupakan kes ketiga yang sama berlaku di kawasan berkenaan, kerana sebelum ini memang kami pernah menangkap ular yang memasuki kawasan perumahan di Bandar Baru Putra,” katanya.

Tinjauan Astro Awani mendapati mangsa, Muhammad Izz Fayyad kini masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun buat masa ini dan dalam pemantauan ketat pihak perubatan.



Source link

read more

Dedah wajah anak pelakon Hafizul Kamal pilih nama Raisya Amanda



PELAKON Hafizul Kamal mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Raisya Amanda selepas 40 hari bayi comel itu dilahirkan.
 
Hafizul berkongsi foto anaknya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) semalam.
 
Foto berkenaan juga turut diserta dengan kapsyen:
 
“Assalamualaikum… Saya Raisya Amanda… Umur saya hari ini 40 hari tapi dalam gambar ini dua hari,” tulisnya ringkas.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons