[VIDEO] Pemain Thailand, Vietnam dalam radar Melaka United – Nasional


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Melaka United sedang mengenal pasti beberapa pemain dari Thailand dan Vietnam yang berpotensi untuk mengisi kuota pemain import ASEAN bagi menghadapi kancah Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron berkata, proses penilaian masih lagi dilakukan barisan kejurulatihan yang diterajui ketua jurulatih, Eduardo Almeida untuk memastikan pemain yang dipilih perlu mencapai piawaian yang ditetapkan.

Kata Idris, Melaka United memberikan tumpuan kepada pemain-pemain dari dua negara berkenaan kerana kemampuan mereka beraksi penuh 90 minit selain mempunyai kekuatan dalam aspek stamina dan larian.

“Timbalan Presiden, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi membayangkan kita mungkin mengambil pemain dari Vietnam atau Thailand. Kita belum ada keputusan muktamad kerana hendak tengok sama ada kualiti permainan mereka mencapai tahap yang diharapkan atau tidak.

“Daya tahan pemain Melaka United musim lalu sekitar 60 hingga 65 minit sahaja, selebihnya kita bertahan. Jadi, kita perlukan pemain dari negara yang disebutkan tadi kerana mampu berlari 90 minit sekali gus memberikan suntikan motivasi kepada rakan sepasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika mengadakan lawatan ke bilik operasi Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Ditanya mengenai bayangan nama pemain dari dua negara terbabit yang telah disenarai pendek Melaka United, Idris berkata, beliau belum lagi menerima nama pemain berkenaan.

Dalam pada itu, Idris memberitahu, Melaka United mengambil langkah awal dalam pasaran perpindahan pemain akhir musim ini adalah kerana mahu memastikan pasukan itu tidak mengulangi kesilapan sama seperti yang dilalui musim ini.

Katanya, Melaka United mempunyai masalah besar musim ini kerana menganggap pemain utama boleh membawa perubahan kepada pasukan tetapi hasrat itu tidak kesampaian.

“Di dalam persaingan itu terdapat beberapa puak yang tidak mempunyai keseragaman dari segi perasaan, emosi dan tindakan. Lebih berpuak-puak. Ada yang hanya menghantar bola kepada seorang pemain sahaja walaupun pemain itu berada pada kedudukan tidak stabil dan lemah.

“Jadi ini berlaku dan kita kenal. Apabila kita lakukan siasatan memang ada puak di dalam pasukan di peringkat awal dan selepas dikeluarkan pemain itu, keseragaman permainan lebih ketara, lebih mantap. Akhirnya kita kesan memang ada komplot dan memang ada pasukan kecil dalam Melaka United pada peringkat awal dan ini tidak akan berlaku lagi,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Keluhan Gen-Z Hutang pengajian tinggi peluang pekerjaan tak banyak



KUALA LUMPUR : Kaum wanita, pelajar-pelajar dan golongan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 mempunyai tahap kerisauan tertinggi dari segi pengangguran seperti yang dilaporkan syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS.

Kaji selidik yang dibuat tahun ini seiring dengan kaji selidik global itu memperoleh dapatan tentang tiga kumpulan yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dalam kalangan orang Melayu dari golongan Generasi Z berusia di antara 15 dan 24 tahun dan masih bujang.

Astro AWANI membuat tinjauan di laman media sosial bagi mendapatkan pandangan netizen dan menerima pelbagai reaksi dari warga Gen-Z.

Ada yang mengusik warga emas yang sudah lama berkhidmat untuk membuka ruang lingkup untuk para mahasiswa merebut peluang pekerjaan mereka.

Peranan ibu bapa

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Danial menekankan peranan ibu bapa dalam menentukan profesion anak-anak mereka. Perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pekerjaan agar masalah pengangguran tidak ketara.

BACA: Generasi Z pilih kerjaya berbeza

Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di media sosial hari ini menyenaraikan Generasi Z berusia 15 tahun  hingga 24 tahun dan masih bujang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi tentang pengangguran selepas menamatkan pengajian.

Sejumlah, 3,638 pengundi mengambil bahagian dalam undian ini. Keputusan menunjukkan 53 peratus memilih kebimbangan yang tinggi terhadap inflasi dan kos hidup.

Isu pengangguran menduduki tangga kedua dengan 26 peratus diikuti oleh 14 peratus yang memilih kemasukan pekerja asing.

 

Tinjauan tahun 2017 ini dijalankan seiring dengan kaji selidik global di 26 negara, menanyakan rakyat tentang isu-isu utama yang mereka percaya sedan dialami oleh negara mereka.

Lebih daripada 2,000 warga Malaysia yang ditemu ramah menyatakan bahawa tiga kerisauan utama ialah Kawalan Imigrasi, Tadbir Urus (Pengendalian oleh Kerajaan & Korporat) dan Pengangguran.

 



Source link

read more

Sering dikejar peminat fanatik Kendall Jenner mahu beli pistol



DEMI menjaga keselamatan diri, personaliti TV dan model, Kendall Jenner akui merancang untuk membeli sepucuk pistol.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati dirinya sering dikejar peminat fanatik yang sentiasa mengikuti pergerakannya sehingga ke tahap berani memecah masuk ke kediamannya.

Dalam program Keeping Up With the Kardashians baru-baru ini Kendall, 20, memberitahu hasratnya itu kepada kakaknya, Khloe Kardashian.

“Dalam seminggu, pasti ada sekali atau dua rumah saya didatangi peminat fanatik.

“Saya sendiri berasa tidak selesa dengan keadaan ini,” katanya.

Mendengar luahan adiknya itu, Khloe seperti bersetuju kerana dia juga sudah mula merasa keluarganya kini menjadi target musuh.

Bagaimanapun, Kim Kardashian tidak bersetuju dengan rancangan Kendall mahu memiliki pistol demi menjaga diri.

Walaupun tidak dipersetujui namun Khloe dan Kendall seperti nekad akan membeli senjata tesebut agar mereka boleh berasa tenang terutama ketika di waktu malam.

“Saya tahu Kim melarang kami memiliki pistol. 

“Tapi untuk Kendall dan saya, pistol dapat membuatkan kami tidur nyenyak di malam hari,” kata Khloe.

Sumber: People.com

 



Source link

read more

Kanak-kanak tersepit kepala di katil – Nahas & Bencana


PONTIAN 5 Dis. – Kepala seorang kanak-kanak berusia dua tahun tersepit pada lubang katil di rumahnya di Kampung Melayu, Kayu Ara Pasong di sini kira-kira pukul 4 petang tadi.

Bagaimanapun kanak-kanak perempuan tersebut berjaya diselamatkan selepas bantuan diberikan dua angggota bomba dari Balai Bomba Pontian tanpa sebarang kecederaan.

Jabatan bomba dan penyelamat negeri dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, bomba daerah ini menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 petang.

“Kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang katil dan operasi selesai pukul 4.44 petang,” demikian menurut kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pekerja hilang pekerjaan mulai 2018 layak terima elaun tunai



KUALA LUMPUR: Mulai 2018, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima faedah interim berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada PERKESO untuk melaksanakan SIP tersebut.

Katanya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.

“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) layak mendapat faedah tetapi mereka yang tamat tempoh kontrak perkhidmatan tidak layak menerima faedah berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERKESO akan mengadakan jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi seluruh negara mulai esok untuk memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP.

SIP mula dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Pada 25 Okt lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 dan Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.

— BERNAMA



Source link

read more

Siar klip Amitabh Bachchan dalam laporan kematian Shashi Kapoor BBC mohon maaf



STESEN televisyen BBC membuat permohonan maaf selepas menyiarkan klip video yang salah ketika penyiaran berita kematian legenda Bollywood, Shashi Kapoor.

Kesilapan itu dibuat sewaktu segmen tribute khas untuk Kapoor dalam program berita ‘BBC News at 10’, pada Selasa.

Klip video yang disiarkan adalah klip Amitabh Bachchan dan Rishi Kapoor.

Ia mengundang kemarahan ramai, khususnya peminat fanatik Bollywood yang berpendapat ia sangat pelik kerana ketiga-tiga bintang itu mempunyai rupa paras yang berlainan.

BBC melalui penerbit program itu, Paul Royall, mengeluarkan permohonan maaf sebaik sahaja menyedari kesilapan itu.

Kata Royall, ia merupakan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak menggambarkan kualiti sebenar stesen televisyen berkenaan.

BBC bukan yang pertama melakukan kesilapan berhubung laporan kematian Sashi. Sebuah stesen televisyen di India secara tidak sengaja meletakkan nama pemimpin Kongres, Shashi Tharoor, ketika melaporkan kematian Kapoor di Twitter.

Tharoor, menerusi Twitter, memaklumkan dia dihujani panggilan daripada wartawan selepas penyiaran tweet berkenaan.



Source link

read more

Penyewaan Airbnb haram Singapura dakwa dua lelaki



SINGAPURA: Singapura hari ini mendakwa dua lelaki atas kesalahan menyewakan empat pangsapuri secara tidak sah di bawah penyewaan jangka pendek Airbnb, lapor media tempatan.

Pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya di negara tersebut.

Dokumen mahkamah tidak merujuk kepada Airbnb yang enggan mengulas mengenai kes berkenaan.

Syarikat itu berkata sejak setahun lalu, komuniti Airbnb telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 330,000 pelancong ke Singapura.

“Rangka kerja semasa untuk perkongsian rumah di Singapura tidak mencerminkan bagaimana warga Singapura melakukan perjalanan atau menggunakan rumah mereka hari ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Rangka kerja semasa juga berbeza dengan komitmen Singapura terhadap inovasi,” tambah kenyataan itu.

Kedua-dua tertuduh menghadapi empat pertuduhan di bawah Akta Perancangan untuk menyewakan empat unit di sebuah kondominium selama kurang daripada enam bulan tanpa kebenaran dari Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar Singapura.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga S$200,000 (sekitar RM603,000) bagi setiap kesalahan.

Awal tahun ini, Singapura meluluskan peraturan baru dengan memberi hak kepada pegawai untuk masuk secara paksa ke dalam kediaman penduduk bagi memeriksa jika mereka menyewakan hartanah mereka secara haram.



Source link

read more

Kereta junam sungai, dua beradik mati lemas terperangkap – Nahas & Bencana


MIRI 5 Dis. – Dua beradik mati lemas akibat terperangkap dalam kereta yang terjunam ke dalam sungai di pangkalan feri, Ladang Liku Estate Woodman di sini petang ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 1.46 petang ini.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dengan kekuatan keseluruhan seramai 11 pegawai dan anggota serta enam orang lagi daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi setelah menerima maklumat itu.

“Jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.14 petang dan mendapati dua mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan itu.

“Usaha menarik keluar kenderaan itu dari dasar sungai dijalankan menggunakan ragum besi, sementara menunggu PPDA tiba untuk menjalankan operasi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha itu tidak berjaya berikutan arus deras dengan kedalaman sungai kira-kira lima meter dan jarak tebing ke kereta sejauh 15 meter.

Beliau berkata, PPDA telah turun ke sungai pada pukul 4.01 petang bagi menjalankan operasi pencarian dalam air dan menemukan Gary Nevile sejam kemudian.

Tambahnya, mangsa kedua pula ditemukan pada pukul 5.27 petang.

“Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 5.37 petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pendidikan bukan membimbangkan rakyat Malaysia



KUALA LUMPUR: Pendidikan di Malaysia didokong oleh satu sistem yang baik dan boleh diguna pakai serta tidak perlu menjadi punca kebimbangan dalam kalangan warga Malaysia.

Agensi Penyelidikan Pasaran Global, IPSOS dalam satu kaji selidik yang dikeluarkan hari ini mencatat tangga terendah dalam senarai ‘What Worries Malaysia’ atau ‘Apa yang Merisaukan Malaysia’?

Menurut Ketua Perunding Perniagaan, Kiranjit Singh sistem pendidikan di Malaysia adalah di tahap yang baik dan tiada keperluan untuk kebimbangan wujud sama sekali.

“Pendidikan bukan satu isu yang perlu diberi perhatian rakyat negara ini kerana kita mempunyai sistem pendidikan yang baik,” katanya ketika ditemui di sidang media ‘Kaji Selidik IPSOS’ di ibu negara di sini hari ini.

Ironinya, Malaysia merekodkan tahap kebimbangan tertinggi tentang kebanjiran pekerja asing di negara ini, menurut kaji selidik IPSOS tersebut.

Kaji selidik itu mendedahkan majoriti orang Melayu di kawasan luar bandar yang berpendapatan kurang dari RM3,000 kerap melontarkan pandangan mengenai isu tersebut.

Menurut kaji selidik itu juga, terdapat kira-kira 1.9 juta pekerja asing berdaftar di negara ini. Angka itu tidak mengambil kira pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

Singh berkata, isu kawalan imigrasi terutamanya pekerja asing sangat berhubung kait dengan peluang pekerjaan.

“Pekerja asing dengan tahap kemahiran yang lebih rendah menjadi kebimbangan terbesar. Orang Melayu di luar bandar menganggap mereka sebagai saingan kerana mengambil alih peluang pekerjaan mereka,” tambahnya lagi.

Faktor tadbir urus (pengendalian kerajaan dan korporat) menduduki tangga kedua dalam ranking “Apa yang Merisaukan Malaysia?”.

Pengganguran dalam kalangan wanita dan pelajar mendominasi tangga ketiga. (Rujuk artikel: Keluhan Gen-Z: Hutang pengajian tinggi, peluang pekerjaan tak banyak)

‘Jenayah dan Keganasan’ berada di tangga keempat, diikuti dengan inflasi dan kos sara hidup.

Kebimbangan Malaysia terhadap penyalahgunaan dadah berada di tahap keenam dan kemiskinan dan ketidakseimbangan sosial adaah di tangga yang seterusnya.

Di empat tangga terbawah termasuk kebimbangan terhadap kemiskinan dan ketidakseimbangan sosial, keganasan terorisme, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Kaji selidik ini dijalankan seiring dengan kaji selidik global di 26 negara. Sejumlah 2,027 warga Malaysia berusia 15 hingga 64 tahun menjadi responden kaji selidik ini melalui wawancara telefon.



Source link

read more

Banjir: Kesemua pusat pemindahan ditutup – Nahas & Bencana


KUALA TERENGGANU 5 Dis. -Banjir di negeri ini kembali pulih hari ini setelah keadaan cuaca baik sejak semalam membolehkan kesemua mangsa yang terpaksa berpindah kembali ke rumah masing-masing.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman memberitahu, kesemua pusat pemindahan telah ditutup, dan keluarga terakhir yang pulang ialah dari pusat pemindahan di Pasir Putih Marang, menjelang tengah hari tadi.

Namun Bilik Gerakan Bencana Negeri masih beroperasi, dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga apabila hujan lebat kembali berterusan di beberapa kawasan petang ini.

 Hujan lebat juga diramalkan tempoh Khamis (7 Disember) sehingga Ahad (10 Disember) yang boleh mencetuskan gelombang kedua banjir ekoran fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di beberapa negeri.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika meninjau  keadaan mangsa dan pengurusan banjir di sini, memberitahu Agensi Pengurusan  Bencana 

Negara (Nadma) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan 

itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons