HANCUR HARAPAN WAN AZIZAH NAK JADI TPM!!! ~ SEMUT HITAM


Hancur harapan Wan Azizah untuk menjadi calon Timbalan Perdana Menteri apabila dia dan dua lagi pemimpin Pakatan Haprak tu diarahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar denda.

Perintah mahkamah itu dikeluarkan sebagai ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel yang mempunyai unsur fitnah 7 tahun lepas.

Wan Azizah dan dua orang lagi defendan perlu membayar ganti rugi RM2 juta selepas mahkamah membenarkan rayuan Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selaku perayu terhadap ganti rugi RM70,000 yang diputuskan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 13 Februari lalu.

Dalam penghakiman lisannya, Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, mewakili Felda bahawa ganti rugi RM70,000 dan kos RM10,000 yang diberikan kepada perayu sebelum ini terlampau rendah dan sepatutnya dinaikkan.

Beliau berkata timbalan pendaftar mengeluarkan perintah terhadap ganti rugi itu sebelum ini gagal menilai artikel bertajuk “Felda Bankrap” dan artikel berserta gambar bertajuk ”Kontroversi” dan ”Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan 3 Individu” menyebabkan perayu mengalami kerugian kewangan dan saham Felda turut mengalami kemerosotan.

Katanya, mahkamah juga berpendapat jika jumlah itu tidak diketepikan dan digantikan dengan jumlah ganti rugi sewajarnya, ia boleh menyebabkan semua pihak memandang remeh kepada kes fitnah dilemparkan terhadap badan berkanun.

“Ia menyebabkan mereka rasa mereka boleh melakukan perkara yang sama (memfitnah) ke atas badan berkanun dan terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar jumlah ganti rugi yang rendah. Ini memberikan mesej salah kepada masyarakat di luar sana.

“Oleh itu, ia memerlukan langkah perundangan sewajarnya kepada peneroka Felda. Saya dengan ini melaksanakan kuasa budi bicara yang ada pada saya untuk membenarkan rayuan ini dan mengetepikan jumlah ganti rugi yang diberikan kepada perayu sebelum ini,” katanya yang turut memerintahkan kesemua responden membayar kos RM25,000 kepada perayu.

Pada 17 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan 2 artikel fitnah dalam akhbar PKR ”Suara Keadilan”.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan 2 artikel memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ”Felda Bankrap” dan artikel berserta gambar bertajuk ”Kontroversi” dan ”Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan 3 Individu” menjejaskan imej mereka.

Pada 30 September 2014, bekas editor ”Suara Keadilan”, Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, mengakui bahawa artikel itu adalah palsu dan sengaja diterbitkan oleh ”Suara Keadilan” untuk menjejaskan reputasi Felda.




Source link

read more

Ketiadaan Almarhum Tunku Jalil dirindui


KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakandanya, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim sempena dua tahun kemangkatan baginda di Makam Diraja Mahmoodiah, di sini, hari ini.

Turut berangkat sama adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim serta suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Foto-foto di makam Almahrum dikongsi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor, Royal Press Office (RPO).

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anakanda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim sempena dua tahun kemangkatan baginda di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru, pada Selasa. Gambar: Johor Royal Press Office

Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah turut berangkat sama. Gambar: Johor Royal Press Office

Pada masa sama, ternyata masih ramai yang merindui putera kesayangan rakyat Johor. Ini dapat dilihat selepas status Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimuat naik di laman media sosial, Facebook.

Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang sinonim dengan gelaran mesra rakyat cukup dikenali dengan sifat peramahnya dan membuatkan sesiapa sahaja senang mendampinginya.

Hari ini, genap dua tahun kemangkatan baginda akibat kanser hati tahap empat pada 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.

Almarhum Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana Johor.

BACA: Rakyat, pemimpin kongsi kesedihan atas kemangkatan Tunku Jalil



Source link

read more

Remaja hilang ditemui selamat – Nasional


BATU PAHAT 5 Dis. – Remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Yong Peng, pagi semalam ditemukan dalam keadaan selamat di ibu negara, petang ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, remaja berkenaan Nur A’liyah Haslan dipercayai mengikut rakannya ke Kuala Lumpur/

“Bapa mangsa sudah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil remaja terbabit selepas dia dikesan berada di sana oleh orang ramai.

“Polis menganggap kes ini sudah selesai susulan penemuan remaja tersebut dan dia disahkan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Utusan Online hari ini melaporkan, Nur A’liyah dilaporkan hilang selepas motosikal jenis skuter SYM ditunggangnya ditemukan dalam keadaan terbalik berhampiran persimpangan masuk Estet River, Yong Peng kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam.

Remaja berkenaan sepatutnya keluar dari rumahnya di Taman Berjaya, di sini untuk menghadiri ujian berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sambil ditemani seorang rakan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAU2017 PRU-14 paling mustahak masalah dalaman parti ketepikan dahulu



KUALA LUMPUR: “PRU paling mustahak, (masalah) dalam parti ketepikan dahulu,” itu antara mesej yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi Taklimat Presiden di hadapan deligasi Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) petang tadi.

Mesej itu dikongsikan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil selepas taklimat tertutup yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu berakhir.

Jelas Shahrizat, taklimat tersebut lebih memfokuskan usaha untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Datuk Seri Najib bertanyakan, ‘Are you ready? Yes we are’. Sebenarnya tidak ada masalah dalaman parti.

“Cuma Datuk Seri Najib mengingatkan perwakilan UMNO bahawa PRU adalah paling mustahak. (Masalah) dalaman parti ketepikan dahulu.

“Apa yang paling mustahak dan utama adalah kita hendak tentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) untuk PRU,” ujar Shahrizat.

Sementara itu beberapa perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut berkongsi reaksi mereka pasca ucapan Datuk Seri Najib;

“Ini satu perkara yang baik kerana semua maklum, dua tahun lalu, kita berdepan pelbagai cabaran… sebab tu amanat president kali bukan sahaja dapat menggemblengkan dan juga menyentuh selain menghargai suasana yang berbeza tahun ni, sebaliknya pada masa sama Presiden kita telah berikan penekeanan tertentu yang saya tengok diterima baik oleh para perwakilan.”
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

“Beliau ingatkan ahli parti supaya kita semua mesti berada dalam
kesiapsiagaan yang paling tinggi sebelum hadapi PRU tidak lama lagi. Datuk Seri Presiden meletakkan syarat yang pertama adalah kita mesti mulakan dengan melunaskan segala masalah dalaman parti. Tiada lagi konflik dalaman antara pemimpin samada peringkat negeri, bahagian, atau cawangan.”
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron

“Beliau tekankan betapa pentingnya untuk kita semua bersatu padu demi hadapi PRU. Dengan perkembangan ekonomi begitu baik sekarang ini, kita merasakan semua pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat bahagian atau akar umbi hendaklah bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain.”
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani
 



Source link

read more

Noorshila Amin tuntut sumpah laknat dalam tempoh 44 hari



PENYANYI era 1980-an, Noorshila Amin telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap Lana Nodin dan Roslan Shah berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.

Malah, kata Noorshila pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang bagi menyelesaikan kemelut antara mereka dan bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Noorshila juga tidak meminta ganti rugi atau permohonan maaf daripada individu terbabit sebaliknya meminta agar melakukan perkara yang sama dengan mengangkat sumpah laknat jika yakin berada di pihak yang benar.

“Saya sekeluarga ingin memaklumkan kami tidak menuntut permohonan maaf daripada Lana dan Roslan, rakan peniaga dan artis yang telah menyebarkan fitnah terhadap saya sekeluarga.

“Kami menuntut mereka sama-sama mengangkat sumpah laknat selama tempoh 44 hari supaya membenarkan kata-kata mereka adalah benar dan sekiranya tidak, laknat Allah akan jatuh pada mereka.

“Saya juga merayu kepada Roslan agar berhenti menyebarkan dan menyentuh isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi sebagai penyanyi dan peniaga.

“Namun, saya masih terbuka untuk berbincang dan bermaaf-maafan bagi menyelesaikan masalah ini dengan baik,” katanya dalam sidang media khas di Hartamas, Kuala Lumpur petang semalam.

Noorshila dan anaknya, Nurrul Admeina Norrizan telah mengangkat sumpah laknat bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan dia menipu wang milik lapan selebriti yang terlibat dalam festival di Brunei pada bulan April lalu.

BACA: “Saya kuis je…” – Noorshila Amin nafi tendang meja, angkat sumpah laknat

Kemelut antara Noorshila dan Lana tercetus apabila kedua-dua selebriti itu dilaporkan bertengkar ketika berada di festival beli-belah di Singapura pada hujung bulan lalu.

Perkara menjadi lebih rumit apabila Roslan Shah bertindak campur tangan dalam perbalahan antara Noorshila dan Lana menerusi siri siaran langsung di Facebook peribadinya.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Krisis fahaman Syiah dan Sunni di Yaman makin getir



KUALA LUMPUR: Konflik dan krisis kemanusiaan di Yaman belum berpenghujung, malah mungkin berdepan musibah lebih besar jika tidak dibendung.

Bermula dengan perselisihan kecil berhubung isu fahaman atau pegangan Sunni dan Syiah di Yaman yang kemudiannya merebak menjadi wabak yang tidak terkawal.

Hasilnya sehingga November 2017, hampir tujuh juta penduduk Yaman berdepan masalah kebuluran dan kesihatan yang kronik.

Derita itu meningkat apabila wujud campur tangan luar yang secara diplomatiknya dilihat hubungan dua hala rasmi Arab Saudi-Yaman dan Iran-Yaman.

Riyadh bertindak menutup pelabuhan bagi kemanusiaan, dan Tehran (melalui kumpulan pemberontak Houthi) menutup laluan darat bagi kemasukan bekalan bantuan kemanusiaan.

Melihat konflik berpanjangan dan keperitan hidup rakyat Yaman hampir tujuh tahun sejak 2011 itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan krisis kemanusiaan Yaman sebagai paling buruk dalam sejarah dunia.

Rentetan itu, negara dunia mula memberi tekanan kepada kedua-dua negara yang terlibat secara langsung dalam konflik terbabit agar mengendurkan sekatan dan berusaha menjadi perantara bagi keamanan Yaman.

Nyata usaha itu berhasil, tanpa kita sedar dan tahu di mana ia bermula, pemimpin tertinggi kumpulan pemberontak Houthi Ali Abdullah Saleh merintis jalan keluar lebih awal berbanding yang sedang cuba dilakukan Presiden Abed Rabbo Mansor Hadi.

Pada Oktober 2017, Ali membuat keputusan menubuhkan sebuah lagi pasukan baharu dan tidak lagi memimpin kumpulan pemberontak Houthi.

Namun asasnya sama iaitu perjuangan dan fahaman masih berpaksikan Syiah dan Iran.

Ali mahu jalan penyelesaian terbaik dengan berbincang secara langsung dengan pentadbiran Abed Rabbo dan Arab Saudi.

Keputusan Ali itu nyata dibenci kumpulan pemberontak Houthi. Mereka menggelar Ali sebagai ‘pemimpin pengkhianat’ dan halal untuk dibunuh.

Susulan peletakan jawatan itu, kumpulan pemberontak Houthi dipimpin keturunan itu sendiri iaitu Abdul-Malik Badreddin al-Houthi yang kini berusia 38 tahun.

Kenapa Abdul Malik tidak dilantik dari dahulu lagi untuk memimpin.

Jawapannya mudah, waris dinasti Houthi itu masih muda ketika kebangkitan Arab Spring tercetus pada 2011 dan Ali dipilih sebagai individu paling layak dan berpengalaman.

Selama sebulan usaha menjejak Ali dan menewaskan kumpulan dipimpin Ali gagal dilakukan pemberontak Houthi walaupun serangan dilakukan di kediaman Ali di Sanaa.

Pada tanggal 4 Disember 2017, misi balas dendam kumpulan pemberontak Houthi yang dipimpin Abdul-Malek berjaya membuahkan hasil.

Ali disahkan meninggal dunia di dalam kenderaannya di pos kawalan sempadan yang dikawal Houthi di Marib.

Beliau didakwa cuba melepasi kawasan sempadan untuk memasuki Arab Saudi atas tujuan keamanan yang cuba diusahakannya.

Ali dan kumpulannya terpaksa menggunakan laluan darat atas dua sebab pertama, kerana memikirkan akan ada budi bicara dari kumpulan pemberontak Houthi di sempadan dan kedua kerana laluan ke lapangan terbang terhampir dikuasai kedua-dua pihak bertelagah.

Jika diikut kepada asas perang saudara tersebut adalah kerana fahaman yang disokong Iran dan Arab saudi serta sasarannya adalah pemimpin tertinggi kedua-dua belah pihak iaitu Abed Rabbo Mansor Hadi dan Ali Abdullah Saleh.

Selepas kematian Ali, kedua-dua tentera pakatan dilihat seakan hampir hilang punca.

Di satu pihak, iaitu pakatan Arab Saudi, sasaran menumbangkan pemimpin tertinggi Houthi telah dilaksanakan lawan manakala sasaran lawannya itu iaitu Iran terpaksa ditangguh kerana perpecahan dalaman kalangan penyokong.

Wujud penyokong yang memihak Ali dan ada penyokong yang memihak kepada Abdul Malik.

Kedua-dua kumpulan terbabit pada asalnya adalah daripada parti yang dipimpin Ali, Parti Kongres Rakyat.

Abdul Malik dalam ucapan yang disiarkan di televisyen menamakan hari kematian Ali sebagai hari bersejarah buat Houthi

“Kami telah berjaya menjejak ketua pengkhianat dan tentera yang jadi tali barut dan kami berjaya menghentikan langkah jenayah seterusnya,” jelasnya.

“Hari ini adalah hari kejatuhan konspirasi pengkhianatan dan pengkhianatan.

“Ini adalah hari yang gelap untuk tentera pakatan (Arab Saudi, Yaman dan Amerika Syarikat),” tambahnya.

Beberapa jam selepas pengumuman yang dibuat Abdul Malik, Abed Rabbo pula mengeluarkan kenyataan.

Jelasnya rakyat Yaman perlu bersatu termasuk penyokong kumpulan pemberontak Houthi yang merasakan diri mereka diabai.

“Saya menyeru semua rakyat Yaman di semua wilayah, yang masih berada di bawah pemerintahan pengganas, untuk bangkit dan menentang mereka, dan tentera kita akan menjadi pemenang,” jelasnya dalam ucapan di kaca televisyen.

“Kami bersama anda, dalam musibah yang sama dan dengan satu matlamat, iaitu berjuang untuk republik dan revolusi, dan pengusiran militan Houthi-Iran,” jelasnya.

Dari pengucapan yang dibuat kedua-dua pemimpin ini, dapat dilihat hala tuju terkini Yaman masih berkiblatkan kemusnahan pihak lawan yang secara jelas kemusnahan buat Yaman.

Paling ketara buat masa ini, Yaman sedang berada di ambang lebih getir dengan jutaan lagi rakyatnya bakal terhimpun dalam krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia.

Jika penghujungnya adalah kemenangan kepada Syiah, maka ia mengembangkan lagi penguasaan Iran yang sedang ditentang Israel.

Dan jika memihak kepada Sunni, maka serangan Iran tidak akan terhenti di Yaman kerana lokasi lain menanti pakatan Arab Saudi dan Amerika Syarikat di Syria.

Apa kesudahan bumi Syam ini?


* Syah Hairizal Kamalul Arifin bertugas sebagai wartawan di Astro AWANI.

** Pendapat ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kena-mengena dengan Astro AWANI.
 



Source link

read more

Ibu Zul Ariffin meninggal dunia akibat serangan jantung



IBU kepada pelakon Zul Ariffin, Robiah Nasir, telah meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada aktor Zul Ariffin di Sungai Penchala, Damansara.

Astro Gempak difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.

BACA: “Apa yang boleh saya buat?” – Zul komen isu Zahirah, Kamal & Emma

BACA: Ini puncanya Zul Ariffin ‘deactivate’ sementara akaun Instagram

BACA: Tombiruo: Penunggu Rimba kutip RM8 juta, jadi filem kedua terlaris 2017

Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan keluarganya dan semestinya ini merupakan kehilangan terbesar kerana Robiah sangat rapat dengan anak-anaknya.

Sementara itu di ruangan komen Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), sudah mula dihujani ucapan takziah daripada para peminat.

Mereka turut mendoakan agar Zul Ariffin tabah menjalani ujian ini.

Foto: Instagram ZAFC

 



Source link

read more

Imran Ajmain cemburu dengan industri muzik Indonesia



PENYANYI lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain mengakui cemburu dengan industri muzik Indonesia.

“Sejujurnya saya rasa cemburu apabila melihat sambutan peminat terhadap industri muzik mereka. Apa jua genre yang dibawakan oleh seorang penyanyi, peminat boleh menerima dengan hati terbuka.

“Peminat juga memberikan penghargaan besar terhadap karya yang dihasilkan oleh pemuzik mereka. Keadaan tersebut berbeza dengan peminat industri muzik tempatan yang kurang menerima elemen pembaharuan dalam karya yang diketengahkan,” kata Imran.

Ketika ditanya adakah industri muzik tempatan mundur kerana irama 1990-an menjadi pilihan peminat masa kini, Imran ada jawapan tersendiri.

“Saya sendiri sedih nak menyebut perkataan mundur itu. Tetapi hakikatnya, kurang pembaharuan dan agak sukar untuk peminat muzik tempatan menerima pembaharuan.

“Lagu duet saya bersama Najwa Mahiaddin menjadi usaha kecil kami untuk muncul dengan genre muzik berbeza. Saya berharap di masa akan datang, peminat dapat menerima semua jenis muzik dan menghargai karya berkualiti,” katanya lagi.

Imran dan Najwa berkolaborasi dalam lagu terbaru berjudul Sentiasa Merinding yang dicipta oleh mereka sendiri bersama Az Avex Azman.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Imran Ajmain



Source link

read more

CCMD lantik Pengarah Urusan Kumpulan baharu – Korporat


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Lembaga Pengarah CCM Duopharma Biotech Berhad (CCMD) melantik Leonard Ariff Abdul Shatar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan susulan pengasingan CCMD daripada Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) yang dijangka selesai hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Normala Abdul Samad berkata, Leonard memainkan peranan penting dalam menguruskan transformasi dan kejayaan CCMD sejak 2008 dan telah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan CCMD pada 2015.

Menurut beliau, Leonard bertanggungjawab dalam mengukuhkan kedudukan CCM untuk menjadi peneraju dalam industri farmaseutikal di Malaysia dan ASEAN.

“Ketua Pegawai Operasi yang juga Ketua Pegawai Kewangan CCMB, Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin akan mengambil alih tempat Leonard sebagai Pengarah Urusan Kumpulan CCMB yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kedudukan Lembaga Pengarah turut berubah apabila proses pengasingan tersebut selesai.

Normala akan melepaskan jawatan Pengerusi CCMD dan bakal digantikan oleh Tan Sri Siti Sa’diah Sh. Bakir. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

Datuk Mohamad Kamarudin Hassan pula akan mengambil alih jawatan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif manakala Datuk Nik Moustpha Nik Hassan dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Sementara itu, Datuk Eisah A. Rahman, Puan Sri Rohani Abdullah, Razalee Amin, Zaiton Jamaluddin kekal sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Dalam pada itu, Datuk Azmi Mohd. Ali yang memegang jawatan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif CCMD tidak akan mengisi kerusi lembaga pengarah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PTPTN sebenarnya tidak kejam | Astro Awani



LENGGONG: Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disekat ke luar negara dinasihatkan untuk membuat rundingan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum berlepas.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu bagi memudahkan proses mengeluarkan sementara sekatan itu terhadap peminjam-peminjam selain mengelak kesulitan di saat-saat akhir.

Menurut beliau, pihak PTPTN sentiasa bersedia mengeluarkan sementara sekatan nama peminjam sekiranya mereka datang membuat rundingan semula.

Katanya, sekiranya rundingan baharu mengenai pembayaran semula pinjaman tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak, PTPTN tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengeluarkan sementara sekatan berkenaan.

“Kita fleksibel walaupun sekatan ke luar negara kita boleh juga berunding dengan para peminjam memandangkan PTPTN meletakkan pejabat kaunter di klia2 selama 24 jam.

“Kita memang mengalakkan untuk mana-mana peminjam membuat semakan tujuh hari sebelum ke luar negara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang memberitahu seramai 447,890 peminjam PTPTN telah dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara baru-baru ini.

Beliau ditemui pada program kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Lenggong pada Selasa.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons