Sebenarnya tawaran ada cuma saya kurang berlakon – Didie Alias



PELAKON Didie Alias mengakui masih menerima tawaran berlakon namun memilih untuk kurangkan aktiviti seninya.

Menurut Didie, dia tidak hilang daripada dunia seni sebaliknya kini sedang sibuk menguruskan festival.

“Ramai yang bertanya mana saya menghilang tetapi sebenarnya saya ada sahaja cuma sibuk dengan perkara lain.

“Saya masih menerima tawaran lakonan tapi memilih untuk menghadkan aktiviti lakonan kerana ingin memberi fokus untuk menguruskan festival.

“Saya harus memberi perhatian penuh kepada festival tersebut memandangkan program itu diadakan di seluruh Malaysia.

“Alhamdulillah, saya seronok dengan apa saya buat sekarang kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya.,” katanya kepada Astro Gempak.

Didie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Grand Finale Lefestour 10.0 itu akan diadakan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Disember depan bertempat di Melaka International Trade Centre (MTIC) Melaka.

Festival itu merupakan acara penutup bagi 2017 selepas menjelajah ke 10 buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Antara selebriti yang dijangka terlibat dalam Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 adalah Jue Aziz, Amyza Aznan, Zul Huzaimy, Mawi, Rashid Sibir, Angah Raja Lawak dan ramai lagi. – Teks: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Anak panda naik angin dengan isteri Presiden Perancis



BEAUVAL: Kecil dan comel tetapi garang.

Biarpun hanya berusia empat bulan, anak panda pertama yang dilahirkan di Perancis mula tunjuk perangai.

Isteri Presiden Perancis, Bridget Macron yang hadir pada upacara penamaan anak panda itu di Zoo Beauval, di selatan Paris semalam, terkejut apabila Yuan Meng cuba mengacah Macron yang mahu membelai haiwan comel itu.

Malah, Yuang Meng juga menggeram ke arah Macron yang merupakan ‘ibu angkatnya.’

Nama diberi kerajaan China, Yuan Meng yang bermaksud ‘impian menjadi kenyataan’ itu diumumkan Macron pada majlis tersebut.

Mungkin keadaan bising dan sesak menyebabkan mamalia itu naik angin.

Terdahulu, Macron dalam ucapannya berkata kerajaan Perancis cukup ‘gembira dan berbangga’ dengan kehadiran pasangan panda gergasi dan anaknya yang dipinjamkan China, sebagai simbolik diplomasi kedua buah negara.



Source link

read more

Bank Islam sumbang dana zakat RM92,000 kepada 36 usahawan asnaf – Korporat


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyumbang dana zakat berjumlah RM92,000 kepada 36 usahawan asnaf melalui Program Amal Musa’adah.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, bantuan tersebut dikhususkan kepada para usahawan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Menurut beliau, usaha itu dimulakan dengan sokongan daripada para pelanggan dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah menyenaraikan sebanyak 36 penerima terpilih di bawah program berkenaan.

“Dalam memberikan nilai saksama kepada penciptaan ekonomi dan mengekalkan nilai beretika, Bank Islam mengadaptasi program ini dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi pemilik perniagaan yang kurang bernasib baik.

“Selain itu, ia turut membantu untuk mengekalkan perniagaan mereka tanpa bantuan pihak lain dalam jangka panjang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul menambah, program itu turut memperlihatkan aspirasi bank untuk melengkapkan dan menzahirkan ekonomi sebenar Malaysia di samping berkembang bersama masyarakat.

Katanya, kebanyakan usahawan asnaf tersebut terdiri daripada tukang jahit, pekerja pembersihan dan penjual makanan di pasar malam di sekitar kawasan Besut, Setiu, Shahbandar, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Antara barangan yang akan dibeli daripada dana zakat ini adalah pembeku, pengadun tepung, ketuhar, set janakuasa, pam air, kanopi, dapur dan pelbagai lagi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PEMILIHAN TUN M SEBAGAI PM SANGAT TEPAT!!! ~ SEMUT HITAM


Bersesuaian dengan dasar perjuangan puak Pakatan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, maka pemilihan Tun Mahathir sebagai calon PM Pakatan sangat tepat.

Spekulasi mengenai pencalonan bekas Perdana Menteri itu kembali memegang jawatan tersebut mula dibangkitkan semula apabila maklumat mengenainya disebarkan melalui laman media sosial.

Keputusan itu dianggap bijak memandangkan Tun Mahathir sendiri sehingga ke hari ini GAGAL untuk menamakan calon yang sesuai bagi menjawat jawatan pemimpin Nombor Satu itu.

Waima dia masih dalam UMNO sebelum ini pun, bekas Perdana Menteri itu keberatan untuk mengumumkan siapa calon yang layak untuk menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Soalnya, mengapa tidak? Apa salahnya Tun Mahathir kembali menjawat jawatan tersebut? Takkan pula jawatan Perdana Menteri itu nak diberikan kepada orang yang sedang meringkuk dalam penjara?

Dan sekiranya Pakatan nak mencalonkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri, Tunggul Kayu dalam PKR itu jelas tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk memegang jawatan tersebut.

Malah adalah mustahil sekiranya puak Pakatan Haprak tu nak beri laluan kepada Mukhriz Mahathir memandangkan persepsi rakyat melihat itu tujuan perjuangan Tun Mahathir yang sebenarnya.

Kalau nak diberikan kepada Azmin, dia terlalu rakus dan gila jawatan. Sedangkan dalam parti sendiri pun sanggup dicantas dan dikerat hidup – hidup. Bagaimana dia nak jadi Perdana Menteri?

Makanya, seluruh jentera Pakatan Haprak tu perlu menerima hakikat bahawa pencalonan Tun Mahathir itu adalah satu tindakan yang bijak memandangkan dikalangan mereka ketandusan calon yang sesuai.

Bahkan PKR juga terpaksa menjilat semula segala kahak dan ludah yang pernah ditujukan kepada Tun Mahathir kerana telah menyebabkan Si Ketua Penipu tu dilucutkan jawatan TPM sebelum ini.

Tapi dikalangan mereka yang pernah menggelarkan Tun Mahathir sebagai ‘Maha Firaun’ dan ‘Maha Zalim’ selepas ini akan hilang kemaluan kerana terpaksa tunduk dan akur kepada orang yang menuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang Peliwat yang terlibat dengan gejala seks songsang!!!




Source link

read more

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang kembali beroperasi



PASIR MAS: Perniagaan di kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini, kembali beroperasi selepas pekan tersebut lumpuh akibat ditenggelami banjir seminggu lalu.

Tinjauan mendapati kesemua jalan masuk dan keluar di pekan berkenaan boleh dilalui semua jenis kenderaan dan peniaga sudah membuka premis perniagaan masing-masing.

Seorang peniaga pakaian, Rabiatul Rahimah Mat Hassan, 48, berkata sebaik keadaan banjir pulih dua hari lepas, beliau segera membersihkan kawasan premis daripada kesan bencana alam itu.

“Alhamdulillah, banjir kali ini cepat pulih dan membolehkan kami kembali memulakan perniagaan seperti biasa,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kebanyakan barangan perniagaan tidak rosak kerana disimpan di bahagian lebih tinggi dalam kedainya itu.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit Nur Azlina Mohd Rosdi, 35, berkata kebanyakan barangan masih disimpan di bahagian tinggi sebagai langkah berjaga-jaga kerana bimbang gelombang kedua banjir akan melanda pekan berkenaan.

“Barang tersebut akan dibawa turun apabila ada pelanggan mahu membelinya, kami terpaksa berbuat demikian kerana bimbang jika air dari Sungai Golok naik secara mendadak dan kami tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Peniaga di kawasan zon bebas cukai itu akan berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir yang berulang sepanjang musim tengkujuh ini yang dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan. — Bernama



Source link

read more

Lelaki hampir maut besi cerucuk tertusuk leher



SEORANG lelaki di Andhra Pradesh, India terselamat setelah tertusuk batang besi cerucuk di lehernya.

Kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa Suresh, 35 tahun, cuba mengelak dari berlanggar dengan sebuah beca lalu tersasar dan jatuh ke kawasan pembinaan.

Besi cerucuk yang selalu digunakan bagi memperluaskan jalan itu tertusuk di belakang lehernya hingga terkeluar ke bahagian mulut.

Suresh bernasib baik apabila beberapa orang awam segera memberikan bantuan dan membawanya ke hospital berdekatan.

Katanya, dia tidak sedarkan dirinya sehingga berada di hospital.

“Selepas kemalangan, saya jatuh tidak sedarkan diri dan tidak tahu bagaimana saya tiba di hospital.

“Saudara-saudara saya memberitahu bahawa beberapa orang Samaria telah membawa saya ke hospital.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan nyawa saya,” katanya kepada The Sun.

Pembedahan dilakukan pakar bedah dengan kadar segera dan mangsa berjaya diselamatkan.

Dia kini pulih di rumahnya di daerah Godavari di Andhra Pradesh, India.



Source link

read more

Presiden Yemen arah tentera ambil alih Sanaa – Luar Negara


RIYADH 4 Dis. – Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour telah mengarahkan pasukan tentera untuk mengambil alih ibu negara Yemen, Sanaa daripada kumpulan pemberontak Houthi.

Menurut para pegawai, Abedrabbo telah mengarahkan Naib Presiden, Ali Mohsen al-Ammar yang berada di Marib (timur Sanaa) untuk menggerakkan unit tentera dan mara ke arah ibu negara.

Arahan itu dikeluarkan selepas pakatan selama tiga tahun antara kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran dengan tentera yang setia kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh tidak dapat dipertahankan dan mengakibatkan pertempuran di Sanaa.

Sementara itu kumpulan pemberontak Houthi dilaporkan telah meletupkan rumah Ali yang terletak dalam bandar tersebut manakala kedudukan bekas Presiden itu masih tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, para pegawai dari parti Kongres menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai propaganda Houthi.

Pada masa yang sama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah memaklumkan sekurang-kurangnya 125 orang terkorban dan 238 lagi cedera dalam pertempuran di bandar tersebut dalam tempoh lima hari. – AFP/Reuters



Source link

read more

YouTube to expand teams reviewing extremist content



ALPHABET Inc’s YouTube said on Monday it plans to add more people next year to identify inappropriate content as the company responds to criticism over extremist, violent and disturbing videos and comments.

YouTube has developed automated software to identify videos linked to extremism and now is aiming to do the same with clips that portray hate speech or are unsuitable for children.

Uploaders whose videos are flagged by the software may be ineligible for generating ad revenue.

But amid stepped up enforcement, the company has received complaints from video uploaders that the software is error-prone.

Adding to the thousands of existing content reviewers will give YouTube more data to supply and possibly improve its machine learning software.

The goal is to bring the total number of people across Google working to address content that might violate its policies to over 10,000 in 2018, YouTube CEO Susan Wojcicki said in one of a pair of blog posts Monday. http://bit.ly/2km1Dfi

“We need an approach that does a better job determining which channels and videos should be eligible for advertising,” she said. “We’ve heard loud and clear from creators that we have to be more accurate when it comes to reviewing content, so we don’t demonetize videos by mistake.”

In addition, Wojcicki said the company would take “aggressive action on comments, launching new comment moderation tools and in some cases shutting down comments altogether.”

The moves come as advertisers, regulators and advocacy groups express ongoing concern over whether YouTube’s policing of its service is sufficient.

YouTube is reviewing its advertising offerings as part of response and it teased that its next efforts could be further changing requirements to share in ad revenue.

YouTube this year updated its recommendation feature to spotlight videos users are likely to find the most gratifying, brushing aside concerns that such an approach can trap people in bubbles of misinformation and like-minded opinions.



Source link

read more

Pejabat Ketua Menteri Sarawak nafi catatan Facebook Borneo Voice



KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menafikan catatan dalam Facebook yang memetik ketua menteri sebagai berkata beliau telah membubarkan parti Barisan Nasional di Sarawak.

Menurut kenyataan itu, catatan Facebook di bawah akaun Borneo Voice menjadi viral akhir-akhir ini yang memetik ketua menteri kononnya berkata: “Saya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membubarkan parti Barisan Nasional di Sarawak dan selepas itu membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu”.

“Catatan itu juga disebar dengan meluas dalam chatgroup. Pejabat ini ingin memperjelaskan bahawa ketua menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Catatan ini adalah berita palsu rekaan orang tertentu atas sebab yang hanya mereka sendiri tahu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan ringkas itu dikeluarkan di sini petang ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Brexit gagal dicapai di Brussels Britain mahu adakan rundingan lanjut



BRUSSELS: Hasrat Britain untuk melihat rundingan Brexit berjaya dimuktamadkan pada Isnin bertemu kegagalan.

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Jean-Claude Juncker berkata kesepakatan mengenai syarat perpisahan Britain dari EU belum tercapai.

Berdasarkan perbincangan bersama Perdana Menteri Britain Theresa May, Juncker berkata kedudukan semasa kedua-dua belah pihak masih belum bertemu kata sepakat.

Namun beliau percaya ia dapat diselesaikan menjelang sidang kemuncak kesatuan itu pada 15 Disember ini.

“Kami kini mempunyai persefahaman mengenai isu-isu yang relevan.

“Hanya terdapat dua atau tiga perbincangan dan ia memerlukan perbincangan lanjut.” jelas Juncker dalam sidang media bersama Theresa May.

Sementara itu May pula berkata rundingan lanjut akan diteruskan minggu ini dan menegaskan hasil positif dicapai.

“Kedua-dua pihak telah bekerja keras dengan niat baik.

“Kami telah berunding di beberapa peringkat dan banyak kemajuan telah dibuat dan terdapat pemahaman yang sama dalam banyak isu.

“Namun, dalam beberapa isu ada perbezaan yang tetap memerlukan rundingan dan perundingan lanjut dan akan diteruskan tetapi kami akan kembali semula sebelum akhir minggu ini,” jelas May.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons