Pekerja asing maut ditolak rakan asrama dari tingkat tiga



SITIAWAN: Seorang pekerja asing maut apabila dipercayai ditolak dari tingkat tiga oleh rakan asramanya di Kampung Acheh, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam video yang tular di media sosial, pekerja warganegara Nepal berkenaan dilihat diangkat menaiki pagar penghadang hostel dan ditolak ke tingkat bawah oleh seorang lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamad Hanif Othman berkata kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat mabuk.

“Kami menerima satu laporan berkaitan dengan kejadian bunuh sekitar jam 2.09 pagi pada Jumaat lepas.

“Siasatan awal mendapati motif berlakunya pergaduhan dan pergelutan berkenaan adalah disebabkan mabuk di mana seorang pekerja kilang, warganegara Nepal telah ditolak jatuh dari tingkat tiga.

“Suspek adalah seorang lelaki warganegara Nepal yang tinggal di hostel yang sama,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya setelah hasil bedah siasat di Hospital Seri Manjung.

Mohamad Hanif berkata kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Star Wars keluar wang kertas khas sempena ulang tahun ke-40



LONDON: Peminat tegar Star Wars berpeluang memiliki matawang sendiri apabila Disney dengan kerjasama pengeluar wang kertas De La Rue bakal mengeluarkan matawang Star Wars.

Wang kertas istimewa itu adalah hadiah kepada peminat Star Wars sempena sambutan ke-40 tahun saga futuristik itu.

Wang kertas itu bagaimanapun tidak laku untuk diniagakan dan ia hanya sebagai cenderamata kepada peminat.

Menurut Pengarah Kreatif De La Rue, Julian Payne, paparan wang kertas itu mewakili intipati filem terbaru saga Star Wars, “The Last Jedi” iaitu unsur kebaikan dan kejahatan.

Sisi depannya memaparkan imej Rey dan Luke Skywalker, serta Millennium Falcon, manakala sisi belakang Snoke dan Kylo Ren.

Angka “8” juga diletakkan di beberapa bahagian wang kertas itu secara berulang-ulang, sempena episod kelapan saga Star Wars.

Wang kertas Star Wars akan dipasarkan di ebay.co.uk, dengan hasil kutipannya didermakan kepada Together for Short Lives, badan kebajikan berpengkalan di Britain yang membantu kanak-kanak tidak bernasib baik serta kurang keupayaan.



Source link

read more

Mahkamah Agung AS benarkan sekatan perjalanan ke atas enam negara Islam



WASHINGTON: Mahkamah Agung membenarkan pentadbiran Donald Trump untuk melaksanakan sepenuhnya larangan perjalanan membabitkan warganegara dari enam negara dengan majoriti warga Islam untuk memasuki Amerika Syarikat pada Isnin.

Larangan itu dikenakan kepada pelancong dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman.

Kebenaran terbaharu daripada Mahkamah Agung itu akan dibawa ke Mahkamah Rayuan yang berpangkalan di San Francisco minggu ini

Resolusi oleh Mahkamah Rayuan akan membolehkan Mahkamah Agung mendengar semula dan memutuskan isu tersebut pada akhir Jun.



Source link

read more

Bekas kakitangan Utusan selamat dikebumikan – Nasional


PONTIAN 4 Dis. – Jenazah bekas bekas pekerja Kumpulan Utusan, Jamaludin Basri dan anaknya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Parit Kerimun, Benut di sini sebentar tadi.

Jenazah bekas kakitangan Jabatan Pamasaran Tebrau di Johor Bahru itu dikebumikan dalam satu liang bersama-sama anak perempuannya, Nurul Syahirah, 19, kira-kira pukul 10.40 malam INI.

Terdahulu jenazah kedua-dua beranak itu tiba di rumah keluarga mereka pada pukul 9.05 malam.

Jenazah kemudian disolatkan kira-kira 70 penduduk kampung yang bersedia menunggunya sejak selepas solat maghrib lagi.

Dalam kejadian pukul 5 petang semalam di KM 102.8 Jalan Segamat-Rompin, Kuantan, Pahang, Jamaluddin dan Nurul Syahirah terlibat kemalangan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara isterinya, Rozita Manan, 50, dan anaknya Hanis Humairah, 12, dan Hanis Nazirah, 17, mendapat kecederaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons