Bersesuaian dengan dasar perjuangan puak Pakatan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, maka pemilihan Tun Mahathir sebagai calon PM Pakatan sangat tepat.

Spekulasi mengenai pencalonan bekas Perdana Menteri itu kembali memegang jawatan tersebut mula dibangkitkan semula apabila maklumat mengenainya disebarkan melalui laman media sosial.

Keputusan itu dianggap bijak memandangkan Tun Mahathir sendiri sehingga ke hari ini GAGAL untuk menamakan calon yang sesuai bagi menjawat jawatan pemimpin Nombor Satu itu.

Waima dia masih dalam UMNO sebelum ini pun, bekas Perdana Menteri itu keberatan untuk mengumumkan siapa calon yang layak untuk menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Soalnya, mengapa tidak? Apa salahnya Tun Mahathir kembali menjawat jawatan tersebut? Takkan pula jawatan Perdana Menteri itu nak diberikan kepada orang yang sedang meringkuk dalam penjara?

Dan sekiranya Pakatan nak mencalonkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri, Tunggul Kayu dalam PKR itu jelas tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk memegang jawatan tersebut.

Malah adalah mustahil sekiranya puak Pakatan Haprak tu nak beri laluan kepada Mukhriz Mahathir memandangkan persepsi rakyat melihat itu tujuan perjuangan Tun Mahathir yang sebenarnya.

Kalau nak diberikan kepada Azmin, dia terlalu rakus dan gila jawatan. Sedangkan dalam parti sendiri pun sanggup dicantas dan dikerat hidup – hidup. Bagaimana dia nak jadi Perdana Menteri?

Makanya, seluruh jentera Pakatan Haprak tu perlu menerima hakikat bahawa pencalonan Tun Mahathir itu adalah satu tindakan yang bijak memandangkan dikalangan mereka ketandusan calon yang sesuai.

Bahkan PKR juga terpaksa menjilat semula segala kahak dan ludah yang pernah ditujukan kepada Tun Mahathir kerana telah menyebabkan Si Ketua Penipu tu dilucutkan jawatan TPM sebelum ini.

Tapi dikalangan mereka yang pernah menggelarkan Tun Mahathir sebagai ‘Maha Firaun’ dan ‘Maha Zalim’ selepas ini akan hilang kemaluan kerana terpaksa tunduk dan akur kepada orang yang menuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang Peliwat yang terlibat dengan gejala seks songsang!!!




Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: