Israel hails Trumps historic declaration Palestinians condemn



JERUSALEM/RAMALLAH: Israel hailed U.S. President Donald Trump’s recognition of Jerusalem as its capital on Wednesday, but the Palestinians condemned the move and said it diminished Washington’s role as a peace mediator.

In a landmark speech in Washington, Trump reversed decades of U.S. policy in defiance of warnings from around the world that the gesture risked creating further unrest in the Middle East.

Past U.S. presidents have insisted that the status of Jerusalem – home to sites holy to the Jewish, Muslim and Christian religions – must be decided in negotiations between the two sides.

Palestinian factions called a general strike on Thursday throughout the occupied West Bank, the Gaza Strip and Palestinian areas of Jerusalem and for rallies to be held at midday (1000 GMT) in protest at Trump’s move, raising the chances of violent clashes.

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu said in a pre-recorded video message that Trump’s decision had made for a “historic day” and was “an important step towards peace”.

He added that any peace deal with the Palestinians would have to include Jerusalem as Israel’s capital and he urged other countries to follow the U.S. lead by also moving their embassies to the city.

He said there would be no change to access to Jerusalem’s holy sites. “Israel will always ensure freedom of worship for Jews, Christians, and Muslims alike.”

But Palestinian President Mahmoud Abbas said Trump’s move was “tantamount to the United States abdicating its role as a peace mediator” and declared Jerusalem as the “eternal capital of the State of Palestine”.

Israel captured Arab East Jerusalem in the 1967 Middle East war. It later annexed it, declaring the whole of the city as its capital, a move not recognised internationally.

Palestinians want East Jerusalem as the capital of their future state which they want to establish in the Israeli-occupied West Bank and the Gaza Strip.

“With this announcement, the American administration has chosen to violate all international and bilateral agreements and resolutions and it has chosen to violate international consensus,” Abbas said.

The move, he said, would serve “the extremist groups which try to turn the conflict in our region into a religious war that will drag the region … into international conflicts and endless wars.”

Israeli-Palestinian peace talks have been frozen since 2014. Trump’s adviser and son-in-law, Jared Kushner, is leading Trump’s efforts to restart them but those efforts have shown little progress. Israel’s West Bank settlement building has been one of the main obstacles.

Palestinian Islamist group Hamas, which dominates the Gaza Strip, said Trump’s move was “flagrant aggression against the Palestinian people” and urged Arabs and Muslims to “undermine the U.S.’s interests in the region” and to “shun Israel.”



Source link

read more

Pembelajaran sepanjang hayat asas perubahan – Sultan Nazrin



SERI ISKANDAR: Pembelajaran sepanjang hayat merupakan trend khusus yang bertepatan dengan peningkatan pengiktirafan bahawa lanjutan pembelajaran, latihan dan kemahiran, diperlukan dalam dunia yang semakin berubah dan tidak menentu, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, terdapat beberapa inisiatif penting di dalam perlaksanaan tersebut di Malaysia, yang melibatkan usaha untuk mengenalpasti pengalaman seorang pelajar serta kaedah penilaian selain bidang peperiksaan semata-mata.

Titah Baginda, penambahbaikan hubungan di antara pengajian tinggi dan industri turut menyumbang kepada keberkesanan subjek yang disampaikan di samping mengalakkan akses kepada pengajian tinggi melebihi demografi dikuasai era muda pada hari ini.

Titahnya, negara lain turut meletakkan pelaburan besar dalam aspek lanjutan pembelajaran dan pendidikan golongan dewasa seperti Singapura yang menubuhkan institusi Skills Future.

Institusi itu bermatlamat membimbing rakyat tempatan dari segenap peringkat kerjaya menuju ke pendidikan yang difokuskan, serta program berkemahiran, malah mempunyai jalinan erat dengan badan industri.

“Evolusi lanjut untuk perubahan kepada ekosistem pendidikan secara tradisional ini akan memerlukan pertukaran polisi berkaitan serta inovasi. Kini, kita sedang merangka polisi yang lebih komprehensif untuk mengendalikan isu-isu yang penting ini selaras dalam konteks Malaysia Higher Education (MyHE) 4.0.

“Untuk mencapai perubahan radikal yang diperlukan, adalah penting untuk memupuk pendekatan yang berteraskan keusahawanan terhadap pengajian tinggi berbanding yang sedia ada kini.

“Terdapat beberapa risiko yang dikaitkan dengan strategi ini dengan cabaran ketegangan asas di antara misi umum pendidikan serta motif berteraskan keuntungan yang menggerakkan sektor swasta.

“Namun, adalah perlu kini untuk membawa tindakan berisiko dan semangat keusahawanan ini ke tugasan mencabar dalam pembaharuan pendidikan ini,” titah Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Titah Diraja pada program ‘Building A Dynamic and Inclusive Education Ecosystem’ yang didadakan sempena ulangtahun ke-20 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Dewan Canselor UTP di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Titah Baginda, seperti yang kini berlaku di Malaysia pada hari ini, pelbagai langkah diambil di pelbagai tempat untuk memperkenalkan pendekatan inovatif yang lebih sesuai dan bertepatan dengan perubahan masa.

“Ini merangkumi kaedah pengajaran baharu yang lebih berpusat kepada pelajar, berbanding masa lampau, termasuk perubahan kepada kurikulum dan kaedah penilaian,” tambahnya.

Sultan Nazrin menegaskan, negara mesti melaksanakan pendekatan tersebut ke atas sektor pengajian tinggi bagi memastikan ia mencukupi secara dinamik dan inklusif untuk berkembang dalam dunia yang tidak dapat diramal serta pantas berubah.

Baginda juga mengingatkan, untuk mencapai matlamat asas dalam mengecapi pengiktirafan dan kecemerlangan bertaraf antarabangsa, Malaysia bukan sahaja perlu seiring dengan trend progresif terkini di dalam pengajian tinggi malah bergerak selangkah di hadapannya.

Titahnya, kesemua ini adalah cabaran untuk mentransformasikan sistem sedia ada agar ia dapat memainkan peranan untuk mendidik generasi masa depan secara lebih efektif.

“Pendekatan baharu kepada pengajian tinggi mendedahkan bahawa pelajar hari ini perlu menguasai kemahiran memproses informasi dan pengetahuan.

“Dalam era Internet dan Google, penyebaran informasi bukan lagi merupakan matlamat sebenar dalam pendidikan. Sebaliknya, pelajar perlu mengembangkan kemampuan untuk belajar dan mempersoalkan dan mengkritik sumber informasi yang sedia ada.

“Mereka (pelajar) perlu membuat kesimpulan sendiri daripadanya, bukan sekadar mengulangi kebijaksanaan yang diterima atau pandangan yang pernah dikemukakan.

“Hanya melalui persoalan yang dikemukakan, kita dapat merangka penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang kita hadapi,” titah Baginda.



Source link

read more

Polis tingkatkan rondaan pada musim banjir – Nasional


TUMPAT 6 Dis. – Polis Kelantan sentiasa melakukan rondaan di musim banjir bagi mengelak berlakunya kejadian pecah rumah ketika mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, rondaan tersebut sentiasa dilakukan meskipun anggotanya turut terlibat dengan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir.

“Orang ramai dinasihatkan sekiranya terlihat gerak-geri individu yang mencurigakan di kawasan mereka agar segera maklumkan kepada pihak kami.

“Ini bagi membolehkan tindakan segera diambil oleh polis untuk mengekang aktiviti tidak sihat itu berlaku,” katanya

kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Superintendan Mohamad Pajeri Ali dan Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Ahmad Amri Ab. Rahman.

Hasanuddin memberitahu, pihaknya juga sedang mengenal pasti jumlah kerosakkan melibatkan balai-balai miliknya yang ditenggelami banjir gelombang pertama minggu lalu.

“Saya sudah arahkan Ketua-ketua Polis Daerah yang terlibat untuk meneliti jumlah kerosakan. Sepanjang tempoh tersebut, balai-balai ini tetap beroperasi seperti biasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dakwaan miliki bom Pelajar ubah pengakuan kepada tidak bersalah



KOTA BHARU:

Seorang pelajar lelaki tingkatan enam yang sebelum ini membuat pengakuan memiliki dua butir bom buatan sendiri dan dipercayai akan digunakan untuk serangan di pesta arak `Better Beer Festival 2017’ Oktober lalu, menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini hari ini.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pada 5 November lalu, tertuduh, Mohd Hafizi Mat Jusoh, 19, yang juga calon Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membuat pengakuan bersalah namun menukarnya hari ini selepas melantik peguam Ariff Azami Hussein.

BACA: Pelajar tingkatan 6 mengaku bersalah miliki bom tangan

Mengikut pertuduhan, pelajar sekolah menengah di Sri Aman itu didakwa memiliki dua butir bom improvised explosive device (IED) dengan menyalahi undang-undang di sebuah rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh, pukul 6.05 petang, pada 10 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebatan minimum enam kali.

Tertuduh dipercayai terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas sejak berusia 12 tahun itu turut berdepan empat pertuduhan lain iaitu terbabit dengan aktiviti pengganas Daish.

Empat pertuduhan berkenaan, masing-masing ialah memiliki gambar, video dan dokumen, memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas, memberi latihan menerusi aplikasi ‘whatsapp’ dan hadir di tempat latihan pengganas Daish.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa  mengikut seksyen 130jb(1)(a), seksyen 130jb(1)(b), 130f(a) dan seksyen 130fb(1)(a).

Di mahkamah yang sama, dua tertuduh lain, Azmi Ahmad Rosli, 24, yang juga bekas anggota tentera berdepan tiga pertuduhan iaitu seksyen 130fa (a) kerana menerima latihan pengganas melalui whatsapp, seksyen fb (1) (a), dan seksyen 130jb (1) (a) serta buruh, Mahadi Ibrahim, 34 tahun, dua pertuduhan mengikut seksyen 130fa (a), serta seksyen 130fb (1) (a).

Pertuduhan membabitkan seksyen 130f adalah pertama kali dituduh di negara ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Mahkamah menetapkan 11 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
 



Source link

read more

Beregu perak Sukan Olimpik kembali bergabung – Badminton


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Demi persiapan Piala Thomas 2018 dan peraturan baharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong digandingkan semula hanya selepas tiga bulan dipisahkan.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, bermula tahun depan, BWF menetapkan pusingan kelayakan tidak akan diguna dalam kejohanan Tahap 2 dan 3 (Siri Super Premier serta Siri Super), sekali gus menyukarkan peluang kedua-dua pemain itu untuk beraksi memandangkan ranking mereka bersama gandingan baharu masing-masing agak rendah.

V Shem sebelum ini digandingkan dengan Teo Ee Yi, manakala Wee Kiong bersama Ong Yew Sin. Bagaimanapun Ee Yi kini akan kembali bergabung dengan Yew Sin demi menguatkan kombinasi mereka.

“V Shem-Wee Kiong dan Ee Yi-Yew Sin akan digandingkan semula dalam beberapa kejohanan selepas ini sebagai persediaan menghadapi Piala Thomas tahun hadapan kerana mereka masih di kedudukan yang baik dalam ranking dunia yang lama. Ini secara tidak langsung akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan baik untuk aksi kelayakan.

“Dalam beberapa bulan akan datang, gandingan lama ini akan menyertai kejohanan berbeza kerana BWF sudah menetapkan peraturan baharu bahawa tiada lagi pusingan kelayakan bagi kejohanan Tahap 2 dan 3.

“Jadi, Malaysia akan berdepan risiko besar sekiranya meneruskan gandingan Wee Kiong-Yew Sin dan V Shem-Ee Yi kerana mereka berkemungkinan tidak layak beraksi dalam kejohanan Tahap 2 dan 3,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Badan induk badminton negara itu sebelum ini terpaksa memisahkan V Shem-Wee Kiong selepas gandingan itu menunjukkan penurunan prestasi yang drastik ekoran masalah komunikasi.

Tindakan tersebut menyaksikan V Shem digandingkan bersama Ee Yi, manakala Yew Sin bersama Wee Kiong dalam beberapa kejohanan sebelum ini, namun gagal menghasilkan sebarang keputusan positif.

Kelayakan Piala Thomas 2018 akan diadakan di Alor Setar pada 6 hingga 11 Februari, dan jika layak Malaysia akan beraksi dalam pusingan akhir di Bangkok dari 20–27 Mei. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAU2017 30 peratus senator wanita jika BN menang besar



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang untuk meminda undang-undang berkaitan wanita sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Presiden UMNO itu berkata, pindaan itu akan memperuntukkan kuota 30 peratus kepada wanita untuk dilantik sebagai senator Dewan Negara.

“Oleh sebab itu, kalau kita (BN) menang besar, kita (Kerajaan) akan pinda perlembagaan negara.

“Kita akan khaskan (kuota) 30 peratus (senator) Dewan Negara kepada wanita. Insyaalah,” katanya ketika meninjau perjalanan Persidangan Sayap Wanita, Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini memberi jaminan bilangan senator wanita di Dewan Negara akan ditambah seiring dengan hasrat kerajaan meningkatkan penyertaan golongan itu dalam politik.

Malah, jelasnya keberadaan golongan wanita dalam bidang politik negara akan memberi gambaran lebih baik kepada sistem pilihan raya dan menjadikan proses politik lebih inklusif, sekali gus mengukuhkan demokrasi.



Source link

read more

PETA pilih monyet tersengih sebagai Tokoh Tahunan



PERTUBUHAN People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) mengiktiraf seekor monyet istimewa sebagai Tokoh Tahunan pertubuhan itu untuk tahun 2017.

Monyet dari Indonesia yang bernama Naruto itu mula popular selepas mengambil swafoto dirinya sendiri yang sedang tersenyum lebar, pada tahun 2011.

Dalam kenyataannya seperti yang dipetik dalam laporan media antarabangsa, PETA menyifatkan monyet itu sebagai ‘individu’ dan bukannya haiwan.

Setiap tahun, PETA akan mengiktiraf seorang individu sebagai tokoh, namun tahun ini berlaku sedikit kejutan apabila seekor haiwan dinobatkan dengan gelaran itu.

Ramai menganggap pengiktirafan itu adalah bertitik tolak daripada kegigihan Naruto ‘memperjuangkan’ haknya dalam menuntut hak pemilikan gambar swafoto tersebut.

PETA, mewakili Naruto, sebelum ini menuntut hak gambar itu diberikan kepada monyet berkenaan kerana Naruto yang memetik shutter kamera milik jurufoto Britain, David Slater.

Foto itu dirakam ketika kembara Slater ke Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Biarpun perbicaraan di mahkamah berakhir dengan gambar itu diberikan hak milik kepada Slater, namun dia diarahkan menyumbangkan 25 peratus pendapatan daripada hasil penggunaan gambar berkenaan kepada tabung pemeliharaan habitat Macaques di Indonesia.



Source link

read more

Isu Baitulmaqdis: Jordan, Palestin gesa Liga Arab adakan mesyuarat tergempar – Luar Negara


KAHERAH 6 Dis. – Jordan dan Palestin hari ini menggesa agar satu mesyuarat tergempar antara Menteri-Menteri Luar negara Arab diadakan bagi membincangkan isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut satu sumber diplomatik dalam Liga Arab, mesyuarat itu dijangka bersidang Sabtu ini.

Terdahulu, delegasi negara-negara anggota Liga Arab dalam satu kenyataan bersama mendakwa, tindakan Trump jika menjadi kenyataan boleh dianggap sebagai satu ‘serangan yang jelas terhadap negara-negara Arab, hak penduduk Palestin serta semua semua penduduk Islam dan Kristian’ di Baitulmaqdis.

Trump dijangka mengumumkan keputusannya itu pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia) dari White House dan mengarahkan Jabatan Negara untuk mencari kawasan bagi pembinaan kedutaan itu di Baitulmaqdis. AFP



Source link

read more

Biadab dengan sultan Jangan biarkan Zaid Ibrahim jadi gengster – Noh



KUALA LUMPUR: Rakyat Selangor seharusnya segera menolak perbuatan biadab Datuk Zaid Ibrahim yang menafikan peranan Raja-Raja Melayu dalam titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan balas Ahli DAP itu juga seharusnya tidak boleh diberi muka dan boleh menjadi semakin biadab jika dibiarkan begitu sahaja.

“Sultan ini payung kita. Sultan yang memerintah akan kekal sebagai ketua negeri. Jadi bila ada orang yang cuba mencuit kita, kita tidak boleh beri muka sebab apabila kita bagi lagi nanti dia akan buat lagi.

“Ini langkah awal untuk kita amik tindakan tegas sebab kalau dibiarkan dia boleh jadi gengster,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

BACA: Zaid Ibrahim biadap pertikai titah Sultan Selangor – Budiman

Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.

Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai “rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam” yang boleh “membakar seluruh negara”.

Namun, titah Sultan Selangor itu mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid Ibrahim, yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

BACA: Saya masuk UMNO? Ini jawapan bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim

Dalam pada itu kata Noh, tindakan yang dilakukannya itu bukan berasaskan politik namun demi perpaduan rakyat Selangor sendiri.

Dalam perkembangan berasingan, Noh menjelaskan, kerjasama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kekecewaannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tegasnya, perbincangan sudah dilakukan secara peribadi dan ia menguatkan Barisan Nasional Selangor secara keseluruhannya.

“Keempat-empat menteri besar telah jumpa saya secara peribadi dan bincang rasa kecewa dengan kerajaan Selangor sekarang.

“Bukan sahaja bekas menteri besar dari BN tetapi Khalib Ibrahim yang dilihat berjaya lemahkan BN,” ujarnya.

Kehadiran Khalid pada Konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini dikatakan persediaan untuk bekerjasama dengan BN serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.



Source link

read more

Lelaki parah dipukul keluarga mentua – Jenayah


KLUANG 6 Dis. – Seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan koyak di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul keluarga mentuanya kerana tidak berpuas hati mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Berangan, di sini Isnin lalu, bapa mangsa berusia 54 tahun, teman wanitanya lingkungan 20-an dan bayi kepada wanita itu berumur setahun turut cedera akibat pertelingkahan terbabit.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, keempat-empat mangsa terbabit dipercayai diserang sekumpulan enam lelaki dan seorang wanita ketika menjamu selera di kedai makan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berpunca akibat tidak puas hati terhadap mangsa kerana mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya yang sedang dalam proses bercerai.

“Suspek-suspek terbabit difahamkan turut membawa lari mangsa, wanita tersebut dan bayi berkenaan ke lokasi tidak diketahui sebelum polis mendapati mangsa-mangsa terbabit berada di hospital kecuali bapa mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Mohamad, kesemua suspek berusia 16 hingga 53 tahun tersebut sudah berjaya ditahan polis dan kini direman selama seminggu bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons