Agak menghairankan juga apabila ada dikalangan artis yang kaya raya dan memiliki kemewahan yang melebihi pemimpin Politik bersuara mengenai kesempitan hidup yang dihadapi ketika ini.

Betul la diorang pun rakyat Malaysia juga. Tapi dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh golongan artis itu hanya dianggap retorik kerana kemewahan yang mereka miliki tidak sama seperti orang lain.

Dan tak salah sekiranya diorang nak mengkritik tindakan Kerajaan mengenakan GST ke atas barangan yang dijual. Namun, kritikan yang diberikan itu sepatutnya dibuat secara rasional.

Setidak – tidaknya, cuba diorang namakan sebuah Negara yang tidak mengenakan cukai ke atas barangan jualan mereka. Waima Negara seperti Indonesia pun mengenakan cukai barangan.

Malah Negara Singapura yang dibanggakan oleh DAPigs juga mengenakan cukai barangan sebanyak 7 peratus sejak bulan Julai 2007. Tapi, takde pulak rakyatnya mengkritik tindakan tersebut.

Realitinya, cukai GST yang dikenakan oleh pihak Kerajaan bukan hanya semata – mata untuk mengaut keuntungan. Jauh sekali untuk mengkayakan golongan tertentu dalam parti Politik.

Sebaliknya, hasil kutipan cukai GST itu digunakan untuk pembangunan rakyat. Untuk menyediakan infrastruktur yang lebih baik bagi menjamin kesejahteraan secara menyeluruh.

Bahkan hasil kutipan GST itu juga digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam seperti anggota keselamatan, jururawat, guru dan sebagainya yang terdiri dari kalangan orang Melayu.

Sewajarnya, golongan artis yang hidup mewah diatas kutipan hasil yang dipungut dari kalangan rakyat melalui nyanyian dan lakonan ini perlu sedar tanggungjawab mereka sendiri.

Soalnya, apa sumbangan mereka kepada rakyat? Ada diorang bukak hospital? Ada diorang keluar duit membaiki dan membina jalan raya? Ada diorang membiayai perbelanjaan urustadbir sekolah?

Itu yang perlu difikirkan oleh golongan artis ni. Sedangkan nak urustadbir keluarga sendiri pun diorang tak mampu, tak perlu la diorang nak mengkritik Kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat diseluruh Neara. Kalau setakat tau nak pertikai je, baik tak payah!!!




Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: