Seorang maut 11 cedera dalam kemalangan bas double decker dan dua lori



KAMPAR: Seorang penumpang bas terbunuh, apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena dan lori treler.

Kemalangan tiga kenderaan itu berlaku di Kilometer 294 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Pusat Transformasi Bandar Gopeng, Kampar, Perak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang terbunuh, Chan Kwai Fah, 43, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitenden Ng Kong Soon berkata, kemalangan pada 5.45 pagi itu menyebabkan 11 yang lain, termasuk pemandu bas ekspres, lori kontena dan lori treler mengalami kecederaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila bas ekspres yang berada di laluan kiri telah melanggar lori treler, manakala lori kontena dari arah sama tidak dapat mengelak dan turut terbabit dalam kemalangan itu.

“Lori kontena tersebut kemudian telah melanggar bahagian belakang bas ekspres itu.

“Mangsa dari Taman Cempaka, Ipoh itu disahkan meninggal dunia kira-kira 8.11 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat punca kemalangan itu dan kesemua kenderaan itu dibawa ke Puspakom Gopeng bagi pemeriksaan lanjut.

“Pihak polis telah menahan pemandu bas ekspres berkenaan bagi siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.



Source link

read more

Sumbang dana KWAPM di gerai Kementerian Pendidikan – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Orang ramai diseru supaya turut sama memberi sumbangan kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pendidikan mereka.

Pengunjung boleh menyalurkan sumbangan mereka di gerai Kementerian Pendidikan yang terletak di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dibuka sehingga Sabtu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan, Amir Khusairi Harun berkata, selain peruntukan sedia ada pihaknya juga turut menggalakkan orang ramai untuk memberi sumbangan.

Selain tabung itu, gerai tersebut turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO ke-71.

“Terdapat persembahan busking dari Sekolah Bimbingan Jalan Gasing di mana pelajar sekolah itu akan menampilkan kemahiran bermain alat-alat muzik.

“Selain itu kita juga mengadakan kuiz-kuiz. Soalan-soalan kuiz diberi berdasarkan pameran yang dipaparkan,” ujarnya.

Amir Khusairi berkata, pihaknya turut membawa pegawai-pegawai daripada Sekolah Berasrama Penuh untuk memberi maklumat lengkap kepada ibu bapa yang hadir ke gerai tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemuda UMNO perlu jadi hero basmi dadah – Sohaimi



KUALA LUMPUR: UMNO tidak pernah berkompromi dalam usaha membasmi dadah selain melihatnya usaha berterusan yang menjadi jihad parti itu sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, ia sekali gus membuktikan kesungguhan parti itu melalui pelbagai biro di dalam sayapnya sendiri.

“Kerajaan itu tidak lagi boleh guna cara lama lagi dan kena cari kaedah baru. Penguatkuasaan yang perlu kita buat adalah untuk menyekat.

“Pertama sudah tentulah untuk pencegahan; kedua adalah kesedaran dan yang ketiga penguatkuasaan.

“Jadi saya tekankan tiga perkara ini kerana ini jadi isu rakyat dan masyarakat. UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjuarai isu ini dan saya hendak sarankan kepada Pemuda UMNO supaya ada kempen pencegahan kesedaran dadah dan juga membuat satu jihad agresif utk membasmi penyalahgunaan dadah,” katanya semasa ditemui sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Tegasnya, sayap Pemuda UMNO sendiri harus menekankan isu dadah dalam memastikan anak muda tidak terjebak dengan gejala yang merosakkan negara itu.

“Bagi Pemuda UMNO, isu ini harus dilihat dalam konteks yang lebih luas dan impak negatifnya perlu dihentikan sebelum ia merosak anak bangsa.

“Kerana itu saya mahu parti menjadi hero dan berjihad dalam memastikan isu ini tidak berpanjangan, ujarnya.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Penjara baru-baru ini menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada jumlah banduan di negara ini dipenjara akibat kesalahan berkaitan dadah.

Jumlah itu sekiranya diterjemahkan kepada angka merujuk kepada 33,500 daripada 59,600 banduan keseluruhannya di Malaysia.

Lebih membimbangkan ialah apabila 71.3 peratus daripada jumlah banduan yang melakukan kesalahan berkaitan dadah itu adalah orang Melayu.



Source link

read more

Sheila Majid jangan jadi alat propaganda pembangkang – Rizal Mansor



KUALA LUMPUR: Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid dinasihatkan agar tidak menjadi alat propaganda untuk pembangkang atau memesongkan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar.

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor membuat teguran itu ekoran kenyataan Sheila menerusi akuan Twitternya mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.

Jelas Rizal, tidak ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha membawa masuk pelaburan agar peluang pekerjaan bertambah dan mengukuhkan nilai ringgit serta meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Sebagai artis veteran yang banyak pengalaman dan pengaruh, anda sepatutnya faham bahawa banyak hal dalam ekonomi yang bukan dalam kawalan kerajaan kerana faktor luaran sehingga nilai ringgit menyusut dan peluang pekerjaan makin mencabar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal turut mengingatkan Sheila tentang tiket konsert penyanyi itu Ogos lepas habis dijual termasuk yang berharga RM888 sebagai tanda ekonomi negara tidak terjejas.

“Mampukah para peminat anda yang mungkin kebanyakannya golongan umur pertengahan mampu membayar tiket konsert semahal itu jika benar hidup mereka terhimpit dan berada dalam kesusahan sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Pada Isnin, Sheila menerusi akaun Twitternya memuat naik kenyataan mengenai kos sara hidup dan keluhan rakyat yang didakwa bosan dan marah kerana diperah untuk membayar hutang yang bukan berpunca daripada pihak lain.



Source link

read more

Pelan bunuh Theresa May gagal



PLOT untuk membunuh Perdana Menteri United Kingdom Theresa May telah digagalkan, kata satu sumber rasmi.

Menurut laporan Sky News, polis percaya ada perancangan melancarkan sejenis alat letupan yang dibuat di kediaman Perdana Menteri di Downing Street.

Sky News menambah bahawa ini adalah sesuatu yang telah dihidu selama beberapa minggu oleh Scotland Yard, MI5 dan Polis West Midlands.

Terdahulu, jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata bahawa Britain telah menggagalkan sembilan plot dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Sementara itu, media melaporkan, dua lelaki akan hadir di mahkamah di London pada Rabu, berdepan tuduhan merancang plot yang membabitkan pembunuhan Theresa May.

Polis Metropolitan London menamakan mereka sebagai Naa’imur Zakariyah Rahman, 20, dari utara London dan Mohammed Aqib Imran, 21, dari tenggara Birmingham.

Kedua-dua lelaki itu ditahan kerana disyaki merancang untuk membunuh perdana menteri dengan menggunakan bom bagi meletupkan pintu Downing Street dan kemudian menyerangnya dengan pisau, kata laporan itu.



Source link

read more

Shahrom Kalam, Zaquan Adha tidak lagi bersama Bos Gaurus – Bola Sepak


IPOH 6 Dis. – Ketua pasukan, Mohd. Shahrom Abdul Kalam dan Muhammad Zaquan Adha Abdul Radzak serta pemain import, Thiago Junio de Aquino antara pemain yang digugurkan dalam senarai pasukan Liga Super Perak bagi tahun 2018 yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), hari ini.

Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sebaliknya mengumumkan pengekalan 12 pemain tempatan musim lalu dan lapan lagi pemain baharu dengan sasaran untuk mencapai kedudukan tiga terbaik liga serta sekurang-sekurangnya merangkul satu piala pada musim depan.

Turut dikekalkan ialah barisan pengurusan The Bos Gaurus melibatkan Mehmet Durakovic selaku ketua jurulatih dan Ahmad Shahrul Azhar sebagai pengurus pasukan.

Abdul Puhat berkata, Pafa juga telah bersetuju untuk mengekalkan khidmat dua pemain import musim lalu iaitu Leandro Dos Dantos Oliveira dan Gilmar Jose Da Silva.

“Pafa akan memenuhkan kuota tiga pemain import bagi melengkapkan senarai 25 pemain bagi musim 2018. Bagi tujuan ini, ketua jurulatih sedang mengenal pasti dan meneliti beberapa pemain import untuk mengisi kuota tersebut dan perkara ini dijangka diselesaikan pada bulan ini.

“Pafa juga sedang mengkaji kemampuan dan kelayakan beberapa orang pemain tempatan khususnya dari pasukan Piala Presiden untuk mengisi lima lagi kekosongan untuk ke pasukan Liga Super kerana kita percaya Perak mempunyai banyak bakat-bakat baharu yang boleh dicungkil,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Seramai 12 pemain musim lalu yang dikekalkan ialah Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Khairul Amri Salehuddin sebagai penjaga gol diikuti oleh Shahrul Mohd. Saad, Amirul Azhan Aznan, Mohamad Idris Ahmad, Nazirul Naim Che Hashim, Mohamad Nasir Basharudin, D. Kenny Pallraj, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri, Mohd. Hafiz Kamal, Mohd. Nizad Ayub dan Mohd. Nazrin Nawi.

Lapan pemain baharu pula terdiri daripada Brendan Gan, Nor Hakim Hassan (T-Team), Rafiuddin Roddin (Pulau Pinang), Muhammad Syazwan Zaipol Bahari (PKNP FC), Muhamad Rizal Che Aziz (Piala Presiden), Muhammad Nasrullah Abdul Aziz (Piala Presiden), Muhammad Rafiq Faeez Muhammad Fuad dan Khairul Asyraf Sahizah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

KKLW sedia bantu hadapi banjir gelombang kedua di Pantai Timur


KUALA LUMPUR: Gelombang kedua banjir dijangka bakal melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung Jumaat ini.

Sebagai persediaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mengedarkan ‘survival kit’ kepada mangsa banjir terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata gelombang kedua banjir dibimbangi mengakibatkan kesan lebih buruk kepada mangsa.

“Kita bimbang ada gelombang kedua jadi, kita bersedia lebih awal. Jumlah sukarelawan kita pun dah bertambah untuk bersiap sedia jika berlaku banjir di Pantai Timur,” katanya semasa melancarkan Survival Kit Prihatin @ KKLW di UniKL pada Rabu.

Kit ikhtiar hidup disediakan pihak KKLW sebagai persediaan buat mangsa banjir di pusat pemindahan .

Jelasnya, survival kit ini penting sebagai memenuhi keperluan asas diri ketika di pusat pemindahan mahupun setelah pulang ke kediaman pasca banjir.

Sebanyak 4,000 pakej survival kit disediakan yang mengandungi barangan keperluan asas seperti tuala, sabun, syampu, berus dan ubat gigi, lampu suluh dan bateri, kain sarung, snek, air mineral dan juga mini first aid.

Sehingga kini, seramai 4,416 Sukarelawan Prihatin @ KKLW terbabit dalam misi bantuan banjir sejak 14 November lalu membabitkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang serta Pulau Pinang.



Source link

read more

Kerana cinta gadis 22 tahun jalani 30 prosedur pembedahan plastik



USIANYA baru 22 tahun, namun dia telah menjalani hampir 30 prosedur pembedahan plastik sejak lima tahun lalu.

Semua itu dilakukan bintang YouTube Hong Kong, Berry Ng, demi cinta terhadap teman lelakinya.

Memetik laporan China Press, Ng mengakui mengalami masalah kurang keyakinan diri sejak awal remaja lagi.

“Saya sering membandingkan diri saya dengan kecantikan yang dimiliki peragawati dan bintang terkenal. Saya tahu ia tidak patut tetapi saya tidak dapat halang diri saya,” katanya.

Perkenalan Ng dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua tidak lama selepas itu, membawa Ng berjinak-jinak dengan pembedahan plastik.

Jika kebanyakan lelaki akan menerima teman wanita mereka tanpa syarat, sebaliknya pula berlaku pada Ng. Dia diyakinkan teman lelakinya bahawa dia ‘tidak cukup cantik’.

“Dia kerap memuji gadis lain dan mengatakan saya tidak cukup cantik. Setiap kali saya melakukan prosedur pembedahan plastik, ia tetap tidak memuaskan hatinya.

“Saya melakukan prosedur di bahagian dahi, mata, pipi, hidung dan dagu. Namun dia tetap tidak memuji saya,” cerita Ng.

Tambah Ng, jika dia mendapat pujian seperti yang diharapkan, dia akan berhenti melakukan kesemua prosedur itu.

Kemuncaknya apabila Ng melakukan pembedahan payudara selepas teman lelakinya mengkritik ‘saiznya terlalu kecil’.

Namun ketika dia terlantar di hospital selepas pembedahan, teman lelakinya datang dan memarahinya, sambil mendakwa dia tidak pernah menyuruh Ng melakukan pembedahan itu.

Kesabaran Ng sampai ke penghujung selepas melihat ibunya kerap menangis sewaktu menjaganya di hospital, lantas mengambil keputusan memutuskan hubungan.

Ditanya jika dia suka dengan penampilannya hari ini, Ng berkata, dia lebih suka wajahnya dahulu.

“Kalau saya mampu, saya akan lakukan apa sahaja untuk kembali ke masa silam dan hentikan kebodohan saya,” katanya.



Source link

read more

Solidariti kunci perjuangan Pemuda UMNO – Khairy – Politik


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Semangat solidariti perlu diterapkan dalam kalangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO bagi memastikan mereka sentiasa bersatu dalam perjuangan parti.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap pemuda adalah saling bergantungan antara satu sama lain dan diingatkan agar tidal sesekali membiarkan rakan mereka ditinggalkan berseorangan.

“Kalau hendak berani mati kena ada solidariti, jangan sesekali tarik brek tangan. Saya setuju dengan ayat anda tidak akan berjalan berseorangan.

“Ini kerana kita kena ingat bahawa semua Pemuda UMNO adalah united atau bersatu,” katanya dalam ucapan penggulungan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, dalam manifesto pilihan raya perlu diberikan tawaran baharu untuk anak muda Melayu yang tinggal di kampung dan mereka yang gagal menyambung penganjian ke peringkat lebih tinggi.

“Kita angkat isu ini sebagai suara Pemuda UMNO bahawa anak muda di kampung yang rata-ratanya Melayu tidak ketinggalan. Mereka hanya bergantung kepada perusahaan kecil dan sederhana.

“Kita mahu dilihat sebagai mengangkat mereka sebagai penyokong kuat,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Cadangan hapus hukuman buang sekolah Segalanya bermula dari ibu bapa – Perunding



KUALA LUMPUR: Sejak beberapa bulan lepas, Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mencadangkan supaya hukuman buang sekolah dimansuhkan.

Hukuman itu dilihatnya tidak akan memperbaiki keadaan kerana pelajar akan terus terbiar dan berisiko terjebak dengan pelbagai lagi gejala negatif, dan sebaliknya pelajar bermasalah perlu dihantar ke kelas pemulihan untuk memberi peluang kedua kepada mereka.

“Saya setuju kalau mereka diberikan program pemulihan yang terancang dan berstruktur supaya kelebihan dan kekuatan yang mereka miliki tidak disia-siakan, malah dapat dikenal pasti dan dimanfaatkan untuk mereka menyumbang kepada masyarakat.

”Kalau mereka dibuang terus, ia satu kerugian yang besar dan kita tidak akan mempunyai golongan pelapis yang ramai untuk membentuk negara,” kata perunding keibubapaan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, melihat dari aspek yang lebih besar, segalanya bermula dari rumah.

Katanya, biarpun hukuman dimansuh, cara ditukar dan pelbagai program disusun, ia tidak akan berkesan sepenuhnya dalam membentuk atau memperbaiki peribadi dan sahsiah diri pelajar jika ibu bapa tidak memainkan peranannya.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2014, lebih 50 peratus kanak-kanak yang terlibat dalam gejala negatif adalah mereka yang tinggal bersama ibu bapa masing-masing.

Di mana silapnya?

Masa bersama. Afidah melihat kurangnya masa diluang antara ibu bapa dengan anak-anak kerana terlalu sibuk dalam mengejar rentak dan kehendak kehidupan masa kini.

“Ini kerana mereka merasakan anak remaja ni boleh berdikari dan hidup sendiri, jadi ibu bapa rasa tidak perlu meluangkan banyak masa bersama.

“Sedangkan anak remaja itu berada pada peringkat di mana mereka sedang mencari identiti. Jadi mereka memerlukan sokongan dari segi emosi yang sangat kuat daripada ibu bapa mereka sendiri. Mereka perlukan masa untuk meluahkan perasaan, menceritakan apa yang sedang dihadapi dalam hidup.”

Akibat daripada ketidakhadiran ibu bapa dalam hidup anak-anak mereka, maka disebabkan itu dilihat remaja lebih cenderung menjauhkan diri dari ibu bapa masing-masing dan meluangkan lebih masa dengan rakan-rakan mereka yang dirasakan lebih memahami hidup mereka.

Katanya lagi, jika ibu bapa tidak faham terhadap kecederungan, keperluan dan rentak anak remaja mereka, maka sukar untuk membimbing mereka.

Selain itu, komunikasi ibu bapa dengan anak juga faktor penting dalam pembentukan karektor dan pembawaan diri remaja ke sekolah juga khalayak yang lebih luas.

”Remaja ini di usia mereka sedang mencari identiti. Bagaimana mereka mencari identiti? Melalui apa yang dipertuturkan ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka.

“Kalau apa yang mereka dengan tentang diri mereka adalah kekurangan mereka, kenakalan mereka dan benda-benda negatif, maka itu akan membentuk konsep diri yang negatif.

“Kerana ibu bapa adalah pendidik, pembimbing atau guru pertama dan utama bagi seseorang anak itu,” tegasnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons