Gara-gara aksi menari Bollywood tular pegawai polis digantung kerja



BAGAIMANAKAH anda berkongsi berita gembira menerima kenaikan pangkat? Belanja makan? Membawa keluarga bercuti? Berkaraoke bersama teman-teman?

Berbeza pula dengan cara meraikan kenaikan pangkat di India, seorang pegawai polis dilihat sedang asyik menari dengan lagu Bollywood telah tular meluas di internet.

Memetik The Indian Express, rakaman video berdurasi hampir satu minit itu merupakan hari terakhir Asisten Sub-Inspektor, Krishna Sadhan Mondal sebelum dipindahkan ke Balai Polis Chittaranjan atas sebab kenaikan pangkat, pada 2 Disember lalu.

Menerusi rakaman video berkenaan, dia dilihat ketika itu sedang berpakaian seragam polis sambil menari mengikuti rentak lagu Bollywood yang mengubah nasibnya.

Sejurus video terbabit tular, kenaikan pangkatnya telah digantung.

Pesuruhjaya Polis Daerah Asansol-Durgapur, Laxmi Narayan Meena berkata satu arahan telah dikeluarkan bagi menyiasat keseluruhan insiden itu.

Sementara itu, portal NDTV melaporkan dua anggota polis telah diarahkan untuk menjelaskan tindakan mereka dan disoal siasat untuk mengetahui sama ada orang luar turut hadir semasa kejadian.



Source link

read more

PATAMI Astro RM589 juta, naik 23 peratus – Korporat


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Astro Malaysia Holdings Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 23 peratus kepada RM589 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama 2017 berbanding RM479 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, jumlah susut nilai dan pelunasan (EBITDA) syarikat juga menunjukkan peningkatan positif sebanyak empat peratus kepada RM1.43 bilion.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah perolehan bagi sembilan bulan tahun ini susut dua peratus kepada RM4.14 bilion berbanding RM4.22 bilion tahun lalu.

“Pertumbuhan yang dicatatkan ini didorong oleh pengukuhan yang berterusan dalam perkhidmatan yang ditawarkan kepada isi rumah dan pelanggan komersial di Malaysia namun pada masa yang sama, kami juga sedang mempersiapkan diri dengan membina ekosistem yang mencakupi aspek ‘Tonton, Dengar, Baca dan Beli’ sebagai pelengkap kepada gaya hidup digital individu di Malaysia dan serantau.

“Astro menyahut baik perubahan yang dibawa oleh teknologi digital dan mudah alih untuk terus menyokong teras syarikat yang mengutamakan pengguna dalam usaha menuju ke arah penambahbaikan syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rohana berkata, jangkauan dan penglibatan pengguna Astro terus kukuh apabila merekodkan 313,000 pelanggan baharu khususnya melalui perkhidmatan NJOI sekali gus meningkatkan jumlah langganan isi rumah kepada 5.3 juta, mewakili 73 peratus isi rumah dalam negara.

Menurutnya, di samping penembusan isi rumah, Astro juga sedang membina keupayaan dalam pasaran individu dengan lebih agresif untuk menjana aliran pendapatan baharu melalui pengiklanan digital, kandungan dalam aplikasi mudah alih (OTT) dan e-dagang.

“Kami akan terus memacu perniagaan sedia ada dengan memperkukuh dan menambah nilai kepada perkhidmatan yang ditawarkan kepada isi rumah dan penglibatan kepada pengiklan, pada masa yang sama giat membentuk acuan perniagaan baharu untuk masa depan yang mampan dalam ruangan kehidupan digital.

“Astro akan terus mempertahan aliran pendapatan teras di samping menjana pertumbuhan keuntungan dengan mempelopori bidang digital dan kecekapan pengurusan kos selain pelaburan dalam bidang-bidang baharu juga akan memperkasakan lagi kedudukan kami dan memberi pulangan keseluruhan yang positif kepada pemegang saham,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Rohana berkata, sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan portfolio jangka panjang yang strategik, Astro juga telah memeterai terma ikatan dengan Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd. (GMK) dengan membentuk usaha sama yang mana Astro akan melabur RM100 juta untuk kepentingan sebanyak 51 peratus dalam Karangkraf Digital 360 Sdn. Bhd.

“Kerjasama ini akan meningkatkan kehadiran Astro di platform dalam talian terutamanya dalam kalangan pengguna berbahasa Melayu dan secara tidak langsung melonjakkan jumlah keseluruhan pelawat unik kepada kira-kira 10 juta orang.

“Inisiatif ini juga sejajar dengan matlamat syarikat untuk terus giat membangunkan kandungan vertikal nusantara dan Islamik selain menyasarkan untuk melaksanakan strategi pengewangan 360 darjah ke atas kandungan harta intelek Karangkraf Digital merentasi pelbagai platform,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

South Korean fintechs come to KL



KUALA LUMPUR: As we turn to embrace the Fourth Industrial Revolution (Industry 4.0), the demand for everything digital is increasing day by day.

A key component to drive the growth of Industry 4.0 is the financial technology (fintech) industry, and South Korea, a leader of fintech, hopes to expand its network and services throughout South East Asia.

In light of this, the Korea FinTech Center will be holding the 2017 Fintech Road Show, at the InterContinental hotel here on Thursday.

The event is organised in collaboration with the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) and the FinTech Association of Malaysia (FAOM), a body established to support Malaysia in fintech innovation and investment.

There will be talks on the South Korean and Malaysian fintech industry trends, a look at government policies on fintech by MDEC and the regulatory norm for Malaysian fintech businesses by FAOM.

Another key highlight will be on the technology demonstrations by 10 fintech companies – six from South Korea and four from Malaysia.

Among them are Bizworks Co. Ltd., the creator of “GT-Pay” which is a non-face-to-face payment solution that overcomes the risk of QR code payments, and M-Robo, which promotes robotic journalism technology that combines text with data and artificial intelligence (AI) to create a “free to use robot reporter service”.

A Memorandum of Understanding (MoU) will also be signed between Korea FinTech Center and FAOM at the event to foster cooperation in the fintech field.



Source link

read more

Gara-gara pencuri jenuh angkut air


KUCHING: Penduduk Taman Dahlia, Jalan Matang Batu 5 di sini, terpaksa berhadapan dengan masalah ketiadaan air sejak tengahari Selasa.

Semuanya gara-gara kecurian kabel di bilik pam air yang mengakibatkan seluruh taman tersebut menghadapi gangguan bekalan air.

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berharap pihak berkuasa dapat bertindak segera membantu menyelesaikan masalah ini serta memburu pencuri terlibat.

Penduduk terpaksa bergelut dengan gangguan bekalan air sejak semalam

“Kesianlah kepada mereka terutama warga emas, wanita dan kanak-kanak yang ‘berpeluh-peluh’ mengangkut air,” kata penduduk tersebut ketika dihubungi Astro AWANI. 

Laman Facebook Kamek Miak Sarawak juga mengetengahkan isu ini dan menjadi platform buat mereka yang terlibat menyuarakan keluhan.

  



Source link

read more

Tunai umrah Siti Nordiana mohon maaf sebelum berangkat ke Mekah



PENYANYI Siti Nordiana telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam,  untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Siti Nordiana mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

Siti Nordiana atau Nana  turut berdoa agar perjalanan serta ibadahnya dipermudahkan.

Terdahulu, Nana memaklumkan kepada Astro Gempak, ini merupakan ibadah umrah pertamanya.

Nana ke tanah suci bersama anaknya,  Muhammad Rayyan serta beberapa ahli keluarganya.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Nana berjalan lancar.



Source link

read more

Kesan iktiraf Baitulmaqdis ibu kota Israel



KUALA LUMPUR: Baitulmaqdis kini bukan lagi milik Palestin, tetapi menjadi ibu kota Israel.”

Itu yang akan diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Seorang pegawai kanan pentadbiran White House berkata pengumuman itu akan dibuat Trump semasa ucapannya di White House pada 1 tengah hari waktu tempatan atau 1 pagi waktu Malaysia.

“Beliau akan mengumumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Beliau juga akan menyifatkan pengumuman kontroversi ini sebagai realiti sejarah dan kemodenan,’’ kata pegawai berkenaan yang enggan dikenali kepada BBC News.

Sementara itu, penganalisis melihat pengiktirafan ini sekali gus menamatkan dasar berhati-hati Washington berhubung isu Asia Barat.

“Selain itu, ia dilihat sebagai tidak mengendahkan amaran mengenai kesilapan yang mencetuskan keganasan di rantau itu.

“Tetapi bukan itu sahaja, pengiktirafan ini akan menyukarkan usaha damai Palestin-Israel yang tersangkut sekian lama disebabkan beberapa isu, termasuk soal Baitulmaqdis, ’’ kata penganalisis Asia Barat dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM, Profesor Dr Kamaruzaman Yusoff ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Menurutnya, beliau menjangkakan pengumuman Trump itu mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pemimpin dan warga Palestin.

Lebih akan mendapat kecaman kata Kamaruzaman, tindakan Trump di mana selepas ini beliau akan akan turut sama mengarahkan perpindahan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitumaqdis.

“Walaupun ia akan mengambil masa mencari lokasi bersesuaian, menangani soal keselamatan, mereka kemudahan baharu, membiayai kemudahan baharu dan membinanya, ia sudah pasti akan mencetuskan kontroversi susulan,’’ ujar beliau.

Menyusuli perkembangan ini, pegawai kerajaan AS diarah menjauhi Kota Lama Baitulmaqdis dan Tebing Barat disebabkan sifatnya yang akan mencetuskan bantahan besar-besaran.

Sebelum ini, menjelang pengumuman berkenaaan, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Kesatuan Eropah (EU) selain Perancis dan Jerman memberi amaran kepada Trump mengenai impak kepada tindakannya itu.

Malah, awal-awal lagi Konsulat AS di Baitulmaqdis telah mengarahkan kakitangan dan ahli keluarga mereka supaya tidak melakukan perjalanan peribadi ke Kota Lama Baitulmaqdis atau Tebing Barat.

Ini kerana bimbang berlakunya rusuhan ke atas keputusan mengejut AS berkenaan Baitulmaqdis.

Kumpulan warga Palestin sebelum ini mengancam akan melakukan protes besar-besaran jika Trump mengakui Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel.

Untuk rekod Israel sering kali menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, manakala Palestin turut mendakwa Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota bagi masa depan sebuah negara Palestin berdaulat.

Apabila Baitulmaqdis diangkat atau diiktiraf sebagai ibu kota Israel, AS menjadi negara pertama berbuat demikian pasca perang pada 1948.

Isu Baitulmaqdis antara duri dalam daging dalam isu damai Israel-Palestin selain pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik Palestin.

Berdasarkan perjanjian Palestin-Israel 1993, status akhir berhubung Baitulmaqdis perlu dibincangkan dalam siri rundingan damai seterusnya.

Bagaimanapun malangnya, rundingan damai Israel-Palestin sudah menemui jalan buntu sejak sekian lama.

“Justeru, tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel ini akan menyebabkan proses menggerakkan usaha damai lebih terjejas,’’ jelasnya.



Source link

read more

APMM selamatkan anak kapal terjatuh dari kapal – Nahas & Bencana


TELOK KEMANG 6 Dis. – Seorang anak kapal berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas dia terjatuh dari sebuah kapal dagang yang belayar di Selat Melaka berhampiran Port Dickson, dekat sini hari ini.

Anak kapal warga negara India itu, Ajit Kumar, 36, diselamatkan kira-kira pukul 12.40 tengah hari selepas terjatuh dari kapal NYK Daniella yang berpangkalan di Singapura.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, ketika kejadian, kapal berkenaan berada kira-kira enam batu nautika dari barat daya pantai Port Dickson dan sedang dalam pelayaran menuju ke Port Klang, Selangor.

“Satu pasukan APMM yang menaiki bot Petir 84 bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu dari Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya pada pukul 11.27 pagi.

“Anggota penguat kuasa APMM berjaya menemui dan menyelamatkan mangsa pada pukul 12.40 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang keletihan diserahkan kepada kapal NYK Daniella untuk tindakan selanjutnya.

Utusan Online difahamkan, mangsa telah terjun ke dalam laut akibat tekanan emosi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAU2017 Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO – Aziz Kaprawi



KUALA LUMPUR : Tohmahan pembangkang dengan memburukkan kerajaan tanpa memberikan fakta sahih dilihat hanya usaha mengelirukan rakyat.

Bagaimanapun, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi strategi itu sudah dikira lapuk dan boleh dihidu UMNO.

“Isu yang dibangkitkan sengaja dieksploitasikan pembangkang dengan membuat banyak kenyataan yang disalah anggap dan mengelirukan rakyat,” katanya ketika melawat bilik berita Astro AWANI sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan UMNO Johor sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan persediaan di peringkat akar umbi meskipun pelbagai cabaran dijangka mendepani UMNO di negeri itu.



Source link

read more

Spain Sepanyol bukan ke sama Matrix dekat planet Marikh ke – Netizen persenda Aliff Syukri



JUTAWAN kosmetik Datuk Aliff Syukri menjadi bahan ketawa netizen gara-gara kapsyen yang ditulisnya di Instagram.

Aliff menerusi sebuah muat naik sebelum berangkat ke Sepanyol untuk penggambaran muzik video, Abang Nak Tegur dua hari lalu, menulis kapsyen dan memberitahu akan ke ‘tiga’ buah negara untuk tujuan tersebut.

BACA: Kenapa ‘unlike’ video saya? – Datuk Aliff Syukri
 

Netizen bagaimanapun mula menjadikan kapsyen tersebut bahan lawak dan bertanya kepada Aliff di mana letaknya negara ‘Matrix’, ‘Spain’ dan ‘Sepanyol’.

Selain itu, netizen turut mempertikaikan tentang kesalahan ejaan lain yang berlaku dalam entri tersebut.

@muhammadhairul_red: betulkan ejaan tu..eja video asyik salah je..anak buah aku 5 tahun pandai mengeja dgn betul..ejaan lain jgn kira lah terabur baq hang..dato ni jutawan tapi sng diperbodohkan. #openyoureyes

@eyqaidris: Nak masuk matrik mana xtau

@azam_46: Spain – sepanyol sme je

@shimshima_hashim:  Wow dato..mentang2 smlm cakap umur ada tak mcm 18 tahun harini dan2 nak masuk matrik semula..cayalah dato

Dalam pada itu, netizen masih mengkritik lagu nyanyian Aliff dan usahawan kosmetik Nur Sajat itu.

Dan rata-ratanya tidak berpuas hati dengan Nur Sajat kerana vokalnya yang dikatakan tidak layak untuk bergelar penyanyi.

@hasyriqmario: Jujur dari saya , Kalau Dato solo , Rasanya Dah ramai Like. Bukan nak kata Suara Nur Sajat tu Tak sedap . Suara jadi lagi sedap kalau Dia keluarkan Suara yang betul . Industri Musik Sekarang muka tak dipandang , Tapi Bakat . kalau saya invest 1M Dollar untuk 1% daripada syarikat Dato, Dato Setuju tak ?

@hzrth_: Bilo masuk part sajat , jahannam !

@zrithsufie_23: Suara nur sajat tu pengacau

@[email protected]_: Betul, suara Sajat tu Tak tentu arah langsung.

Teks: Astro Gempak



Source link

read more

Kerajaan negeri Terengganu sumbang RM2.3 juta untuk pelarian Rohingya – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kerajaan negeri Terengganu hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM2.3 juta kepada Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia sebagai bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dana tersebut berjaya dikumpul hasil sumbangan rakyat negeri Terengganu sekali gus mencadangkan supaya sebahagian daripada sumbangan itu diperuntukkan untuk pembinaan surau di kem pelarian tersebut.

“Kalau dari segi bantuan makanan, sudah banyak pihak yang memberi sumbangan kepada mangsa pelarian tersebut. Jadi, kerajaan negeri Terengganu mencadangkan supaya sumbangan yang diberikan pada hari ini digunakan sebahagiannya untuk membina surau.

“Selain itu, sumbangan itu juga akan disalurkan untuk tiga aktiviti utama iaitu pengagihan barang penggunaan harian, klinik perubatan dan pembinaan bilik air serta telaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara anak syarikat Kerajaan Terengganu, Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) dengan Brahim SATS Food Services Sdn Bhd (Brahim’s) serta Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Terengganu dan Majlis Penyerahan Replika Cek Mercy Malaysia, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons