Tingkatkan kualiti perkhidmatan ni kami tengok bas pun takut- PIBG



KUALA LUMPUR: Benar harga minyak di negara ini tidak menentu dan ditambah pula dengan peningkatan kos operasi, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) sebelum ini ada mencadangkan untuk menaikkan tambang bas sekolah.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Ustaz Mohd Faisal Al-Hafiz Mohd Noor, cadangan itu perlu disesuaikan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan pengusaha bas.

“Boleh kalau mereka nak naikkan, tetapi kena la naik taraf perkhidmatan juga.

“Contohnya, masih ada perkhidmatan bas sekolah ni kalau kita tengok sekarang, bas yang ada tu kita tengok pun takut.

“Mana dengan tiada pembantu pemandu, muatan lebih, tiada penghawa dingin ditambah malah merisikokan pelajar, kenaikan tambang nampaknya tidak berbaloi setakat ni,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini hari ini.

Tambahnya, kalau pengusaha bas memikirkan kos operasi mereka sahaja yang meningkat, bukankah ia juga meningkatkan ‘kos operasi’ anak-anak?

Beliau turut menzahirkan harapannya untuk pihak pengusaha bas sekolah turut memahami cabaran yang turut dihadapi ibubapa kini.

Biarpun senada dengan Mohd Faizal, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Shahpandi Abdul Manan pula mahu cadangan kenaikan antara RM10 hingga RM20 itu dikurangkan.

“Saya berpendapat kenaikan yang dicadangkan itu boleh dikurangkan sikit kita mohonlah mereka kurangkan kepada separuh sahaja,” katanya.

Astro Awani juga cuba mendapatkan respon daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung isu ini.

Tiada respon diberikan pengurusan tertinggi SPAD memandangkan sejak 2016, kawal selia untuk tambang bas sekolah telah dimansuhkan dan setiap kadar yang dikenakan tertakluk kepada persetujuan antara pengusaha bas sekolah dengan ibubapa.

Pengusaha bas sekolah turut diberikan kemudahan subsidi petrol dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai langkah membantu mereka menghadapi kenaikan kos operasi.



Source link

read more

Jangan salahkan saya tugas promosi drama tak ada dalam kontrak – Aqasha



BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4) yang juga teraju utama drama bersiri Misi Laksa dan Laksam, Aqasha menyifatkan tindakannya tidak mempromosikan drama tidak patut dijadikan isu besar.

Bagi Aqasha, drama lakonannya bersama Rita Rudaini itu merupakan siaran ulangan dan dia pernah mempromosikan produk sama sebelum ini ketika disiarkan di sebuah platform digital pada awal tahun ini.

“Saya pernah mempromosikan drama ini pada awal tahun ketika ia disiarkan di sebuah platform digital dan sekarang apabila ia ditayangkan di televisyen, sudah bukan tanggungjawab saya lagi.

“Memang benar Misi Laksa dan Laksam adalah projek yang melibatkan saya sebagai pelakon dan saya pasti menghebahkannya kepada peminat.

“Tidak adil untuk menyalahkan saya semata-mata kerana tugas untuk mempromosikan drama di media sosial tidak pernah dinyatakan dalam kontrak lakonan,” jelas Aqasha.

BACA: GV4: Tersingkir, Aqasha akui persembahan bawah par

BACA: GV4: “Enjoy tengok Daddy menari” – Aqasha dedah rutin berlatih depan anak

Terdahulu, penerbit drama, Fadzil Teh memuat naik status di Facebooknya menyatakan rasa kecewa terhadap sikap pelakon drama itu yang tidak membantu mempromosikan drama di laman sosial.

Malah, Fadzil memberitahu dia enggan lagi bekerjasama dengan pelakon itu yang disifatkan hanya mahukan bayaran yang mahal namun tidak mahu menyokong produk lakonan sendiri.

Fadzil bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat pelakon yang dimaksudkan sementelah tindakan Aqasha memuat naik status balas di Facebook seolah-olah menjawab isu yang dibangkitkan Fadzil.

“Bukan produser je boleh ada kontrak. Pelakon pun bole buat. Kau bayar aku lambat sehari, aku charge 5 peratus interest.

“Baru dia tahu menggelupur nak cepat. Time offer, call macam esok kiamat. Time bayar, dia yang kiamat,” tulis Aqasha.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Campbell sedia ganti Vingada – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Walaupun ranking Malaysia merudum ke tangga 174 dunia, namun masa depan bola sepak negara dilihat cerah sehingga menarik minat bekas pertahanan tengah England, Sol Campbell untuk membimbing Harimau Malaya pada masa akan datang.

Campbell, 43, yang menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama Tottenham dan Arsenal, sebelum menamatkan karier di Newcastle mengakui, dia berminat untuk beralih arah kepada karier kejurulatihan dan menyasarkan negara Asia bagi mencari pengalaman pertama.

“Pastinya saya berminat untuk menjadi jurulatih pada masa akan datang, mungkin memulakan karier itu dengan membimbing negara-negara di Asia.

“Mungkin jurulatih atau penasihat bola sepak di Malaysia juga apa salahnya. Ia meluaskan lagi pilihan saya,” katanya kepada Utusan Online dalam sesi soal jawab bersama media di Sunway Velocity Mall hari ini.

Campbell turut memberi pandangan mengenai sasaran yang diletakkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menyaksikan Malaysia beraksi dalam Piala Dunia 2050 dengan menganggap ia sebagai sesuatu yang realistik.

Tambahnya, sekiranya sasaran itu mahu direalisasikan oleh Malaysia maka pembangunan dan persediaan yang rapi perlu dilakukan bermula sekarang.

“Tumpuan harus diberikan di peringkat akar umbi bagi membentuk sebuah pasukan yang mampu membawa cabaran Malaysia ke peringkat tertinggi itu.

“Saya tidak melihat perkara itu tidak mampu dicapai mungkin mampu dicapai dengan lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Ya..Ia realistik kerana untuk mencapai ke tahap tertinggi itu, persiapan dan perancangan yang terbaik perlu dilakukan dengan teliti,” jelasnya.

Hari ini, bola sepak negara dikejutkan dengan pengumuman Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada hanya selepas enam bulan membimbing skuad kebangsaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TAKUT DISAMAN, HAPRAKDAILY BUANG ARTIKEL FITNAH!!! ~ SEMUT HITAM


Laman portal yang menjadi lidah rasmi Pas sudah membuang artikel kontroversi menuduh berlaku aktiviti khalwat setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang disiarkan baru-baru ini.

Penurunan artikel tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof yang mengakui mereka terlepas pandang membenarkan artikel tersebut disiarkan dan menyifatkan tuduhan itu bukan pendirian Pas tetapi sebaliknya ada bersifat peribadi.

“Awalnya ia termuat naik kerana ada sedikit terlepas pandang teknikal dalam pemilihan berita, jadi bila sidang redaksi menyedarinya, maka Harakahdaily tarik balik laporan tersebut,” beliau dipetik berkata.

Semalam portal berita milik Pas, Harakahdaily melaporkan Portal rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan berlakunya kegiatan khalwat dan maksiat setiap kali berlangsungnya PAU.




Source link

read more

Sebenarnya rakyat Malaysia bimbangkan isu inflasi dan kos sara hidup



KUALA LUMPUR: Isu inflasi dan kos sara hidup menjadi antara lima isu utama yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.

Ia merupakan hasil tinjauan laporan  ‘Apa Yang Merisaukan Malaysia’  melibatkan lebih 2,000 responden di seluruh negara yang dilaksanakan oleh Agensi Penyelidikan Pasaran Global, IPSOS tahun ini.

Kajian itu turut menyenaraikan  isu kawalan imigrasi, tadbir urus dan pengangguran sebagai isu yang paling dibimbangi rakyat Malaysia.

“Kebimbangan warga Malaysia bukan suatu perkara yang ringan. Isu-isu sosial seperti kawalan imigresen dan pengangguran adalah serius dan mempunyai kesan langsung terhadap mata pencarian rakyat,” jelas Pengarah Urusan IPSOS Malaysia, Katherine Davis.

Semalam, Astro AWANI menjalankan kaji selidik (survey) untuk mengenal pasti apa kebimbangan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Sejumlah, 3,638 pengundi mengambil bahagian dalam undian ini. Keputusan menunjukkan 53 peratus memilih kebimbangan yang tinggi terhadap inflasi dan kos hidup.

Isu pengangguran menduduki tangga kedua dengan 26 peratus diikuti oleh 14 peratus yang memilih kemasukan pekerja asing.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada bulan lalu menjangkakan inflasi pada tahun ini berada pada paras antara 3 ke 4 peratus.



Source link

read more

Saya Masih Single Bahagia Dengan Anak-Anak – Fasha Sandha



PELAKON drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha akui masih solo dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
 
Menurut Fasha, dia masih belum terfikir dan tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup buat masa ini.
 
“Saya masih solo, belum ada lelaki yang boleh menambat hati saya untuk menjadi kekasih.
 
“Memang ada yang cuba mendekati namun hubungan itu hanyalah sekadar kawan sahaja.
 
“Saya berkawan dengan semua orang dan tidak ada yang istimewa namun  Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan saya bersama Rayfal dan Jemyma,” katanya.
 
Fasha ditemui selepas majlis pelancaran drama adaptasi sinetron Indonesia, Syurga Yang Kedua pada Selasa.
 
Mengulas mengenai kehidupannya, Fasha memberitahu mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan akan memikirkan soal cinta selepas dua tahun.
 
“Saya sibuk dengan kerja dan jadual  pun memang terlalu padat sehingga ada masanya saya tidak sempat bertemu anak-anak.
 
“Lagipun kekangan masa dengan urusan kerja juga membuatkan saya belum terfikir tentang hal peribadi. Biarlah saya fokus pada kerja terlebih dahulu.
 
“Mungkin apabila umur dah masuk 35 tahun nanti baru saya akan memberi ruang kepada diri untuk berfikir lebih serius mencari pasangan,” jelasnya.
 
Selain Fasha, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Siti Elizad, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.
 
Surga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) jam 6 petang bermula 12 Disember ini. Foto: IG @fashasandha

Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more

Bashar Al Assad tolak rundingan damai dakwa pembangkang



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) digesa membuka mata kepada tindak-tanduk pentadbiran Presiden Syria Bashar Al-Assad yang didakwa tidak menghormati pelan damai yang sedang dirintis badan dunia itu.

Pembangkang Syria mendakwa Bashar jelas menolak pelan damai PBB dengan tidak hadir pada pertemuan yang dirancang di Geneva pada Selasa.

Jurucakap pembangkang Syria, Nasr Hariri berkata, delegasi pembangkang yang hadir di Geneva adalah bagi menghormati resolusi damai oleh Majlis Keselamatan PBB, Resolusi 2254 dan 2118.

“Kami di sini untuk melaksanakan Geneva Communique (Resolusi) 2254 dan 2118.

“Dan anda tahu bahawa rundingan hanya berlaku apabila adanya perbincangan dua pihak, pembangkang dan rejim Bashar.

“Kami datang ke Geneva dengan satu delegasi, dengan satu pandangan politik. Dan kami berada di sini, seperti yang saya sebutkan, untuk melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan.

“Kami tidak membuat resolusi ini,” jelasnya selepas pertemuan dengan Wakil Khas PBB ke Syria, Staffan De Mistura, di Geneva pada Selasa.

Nasr dalam pertemuan itu turut menggesa De Mistura agar mewar-warkan kepada dunia tentang apa yang berlaku di Geneva pada hari tersebut.

“Jadi, kini ia menjadi tanggungjawab komuniti antarabangsa. Ia adalah tanggungjawab PBB, dan utusan khas de Mistura, untuk mengumumkan kepada dunia bahawa pentadbiran Bashar yang menolak rundingan.

“Kami berada di sini dan kami akan terus mencapai satu penyelesaian politik, yang diaspirasikan oleh rakyat Syria berdasarkan Geneva Communique 2254,” tambahnya.



Source link

read more

Gempa landa Laut Maluku – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Laut Maluku di utara Indonesia pada pukul 8.14 malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa tersebut berlaku kira-kira di 950km sebelah tenggara Semporna, Sabah, kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut turut menambah, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa itu. – BERNAMA



Source link

read more

Minta maaf kepada yang tak selesa geli – Ika Nabella komen video cium mulut



“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak selesa atau rasa geli dengan video tersebut.

“Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi, tapi bila saya toleh ciuman tersebut terkena pada bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar.”

Itu jawapan Ika Nabella ketika diminta mengulas mengenai video boomerang yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini yang menampakkan dia dan suami seakan bercium.

Ika Nabella turut memohon maaf kepada segelintir pihak yang tidak senang melihat video boomerang tersebut.
 

❤️

A post shared by Malaysian-based Influencer (@ikanabella) on

Tambah Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 28, ciuman tersebut bukanlah dirancang tetapi berlaku secara tidak sengaja.

“Kalau anda lihat betul-betul saya bukan cium mulut dengan suami. Malah, kami tidak merancang untuk melakukannya,”ujarnya.

Dia juga  tidak menyangka video tersebut menjadi tular sehingga ada yang rasa tidak senang melihatnya.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang memahami situasi tersebut dan berasa hairan perkara tersebut boleh menjadi isu.

“Saya tak sangka video itu boleh jadi tular. Sebab saya kongsi sebab rasakan benda itu kelakar.

“Nasib baik ada juga sesetengah orang yang faham situasi itu dan mereka juga pelik kenapa nak diperbesarkan perkara tersebut,” ujarnya.

Buat masa ini Ika belum merancang untuk memadam video tersebut.

Dalam perkembangan lain, bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 6 ini baru sahaja selesai penggambaran filem Awang Gerudi yang akan ditayangkan pada tahun depan.

Sumber: mStar Online
Foto: Instagram Ika Nabella

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons