Fenomena air pasang Terengganu Bomba sedia hadapi kemungkinan



KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan fenomena air pasang yang dijangka boleh menyebabkan banjir.

Fenomena itu diramalkan berlaku selama tiga hari minggu ini bermula Selasa sehingga Khamis.

Komander Operasi Kanan JBPM Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata rondaan dan pemantauan turut dilakukan di kawasan berisiko yang menjejaskan penduduk.

Katanya, pihaknya turut bersedia bagi menghulurkan bantuan memindahkan mangsa yang terlibat.

“Kita telah menggerakkan pasukan-pasukan kita sepanjang pesisir pantai daripada daerah Besut sehingga ke Kemaman.

“Pasukan kita melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko berlakunya kenaikan paras air, yang akan menjejaskan penduduk, supaya berwaspada dengan fenomena ini,” kata Mohamed Zulkhairul.

Beliau turut mengingatkan penduduk agar sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan semasa, ekoran bimbang kadar hujan serta fenomena air pasang akan menyebabkan kenaikan paras air.

Jelasnya, selain menghadapi bencana banjir, pihaknya juga memberikan komitmen yang tinggi dalam kes kebakaran dan kemalangan jalan raya.

“Dalam tempoh monsun timur laut, walaupun sepanjang tempoh bencana banjir, kita juga masih menerima panggilan-panggilan kecemasan berkaitan dengan pemadaman kebakaran kediaman,” katanya.

Sepanjang tempoh 10 hari bermula 27 November, sebanyak 25 kes kebakaran telah direkodkan termasuk dua buah kediaman.

Beliau turut menasihatkan mangsa banjir agar berhati-hati dalam menggunakan kembali peralatan elektrik yang ditenggelami air bagi mengelak insiden tidak diingini.



Source link

read more

Blake Lively cedera penggambaran The Rhythm Section ditangguh



KUALA LUMPUR: Aktres jelita Blake Lively mengalami kecederaan di tangan di set ‘The Rhythm Section’. Perkara itu memaksa pihak produksi menghentikan seketika penggambaran filem penyiasatan itu.

Penggantungan sementara penggambaran itu diumumkan penerbit Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli bagi pihak Paramount Pictures dan Global Road.

Lively cedera ketika melakonkan babak aksi dan kecederaannya dilaporkan serius dengan salah satu daripada jarinya patah.

Bagaimanapun, pasangan kepada pelakon Ryan Reynolds ini dijangka mampu meneruskan penggambaran dalam masa terdekat.

‘The Rhythm Section’ adalah siri pertama daripada novel Stephanie Patrick, hasil tulisan Mark Burnell.

Ia mengisahkan usaha seorang wanita membongkar kebenaran di sebalik nahas kapal terbang yang mengorbankan anggota keluarganya.

Filem arahan Reed Morano ini turut menampikan Jude Law dan dijadual ditayangkan pada 22 Februari 2019.



Source link

read more

United, Basel wakil kumpulan A ke pusingan 16 terbaik – Bola Sepak


MANCHESTER 6Dis.- Manchester United gah melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selaku juara Kumpulan A selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan CSKA Moscow 2-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

The Red Devils menamatkan saingan peringkat kumpulan di depan Basel yang turut mara setelah melakar kemenangan 2-0 ke atas Benfica.

Kemenangan itu menyaksikan United muncul juara kumpulan dengan mengumpulkan 15 mata, tiga mata di depan Basel yang menghuni tangga kedua dan enam mata meninggalkan CSKA Moscow yang berada di kedudukan ketiga.

CSKA Moscow akan beraksi dalam saingan Liga Europa selepas tamat cuti musim sejuk.

Dalam aksi di Old Trafford, United yang terlepas beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada awal perlawanan dikejutkan jaringan pembukaan oleh pasukan pelawat menerusi Vitinho pada minit ke-45.

Namun, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford menyelamatkan maruah tuan rumah apabila masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan kemenangan buat pasukan itu pada minit ke-64 dan ke-66. -AFP



Source link

read more

Genderang PRU14 dipalu siap sedia bertindak cari kemenangan besar



KUALA LUMPUR: Angin Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini ditiup.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat bahawa pilihan raya hampir tiba.

Katanya, parti itu harus memenangi kembali penguasaan dua pertiga kerusi dan tidak mengabaikan biarpun satu undi.

Tidak boleh tidak, wajib katanya, semua kerusi yang dimenangi dikekalkan di samping merampas kembali kerusi yang terlepas.

Empat rangkap pantun di akhir ucapan perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita Pemuda Puteri UMNO, Ahmad Zahid memberi petunjuk masa itu hampir tiba.

Pedang sudah di tangan,
Genggam erat strategi kemenangan,
Panglima sudah ke depan
Marilah kalian

Malah dalam rangkap kedua pantunnya, orang nombor dua parti terbesar Malaysia ini juga menggambarkan pemimpin tertinggi parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersedia memimpin parti berdepan PRU14.

Berucap di hadapan hampir 3,000 perwakilan tiga sayap UMNO itu, Ahmad Zahid berkata 7 Lembayung Arjana (Kejayaan) Bangsa yang digariskannya akan menjadi manifesto sebelum manifesto parti pada PRU14.

Satu siri jelajah negara kini dirancang bagi membolehkan beliau serta pemimpin UMNO menjelaskan akujanji UMNO itu kepada rakyat.

Amanat yang ditiupkan Naib Presiden UMNO itu disifatkan sebagai pembakar semangat jentera sayap.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda akan memastikan maklumat salah dan fitnah diperangi habis-habisan.

Di samping itu, mereka juga akan pastikan UMNO mendapat sokongan besar 1.9 juta pengundi lelaki Melayu bawah 40-an.

Manakala Wanita pula akan memanfaatkan kekuatan jenteranya mendekati pengundi secara hati ke hati.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata cara tradisi itu juga membolehkan mereka menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ menyampaikan masalah rakyat kepada kerajaan.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula beri jaminan pergerakan pimpinannya akan bersama Wanita dan Pemuda membantu parti dalam PRU14 nanti.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons