Jabatan Imigresen P. Pinang serius jalankan operasi penguatkuasaan – Jenayah


PERMATANG PAUH 7 Dis. – Jabatan Imigresen Pulau Pinang begitu serius menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) apabila telah mengusir 2,742 PATI sejak Januari hingga November tahun ini.

Selain itu jabatan terbabit juga telah mengadakan 1,296 operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan pada tahun ini berbanding hanya 750 operasi dalam tempoh sama tahun lalu menyaksikan peningkatan sebanyak 546 operasi.

Daripada 1,296 operasi itu, sebanyak 2,785 PATI telah ditahan selain 242 majikan turut didakwa atas pelbagai kesalahan pada tahun ini berbanding 296 pada tahun lalu.

Pengarahnya Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, pihaknya juga menumpukan pemeriksaan di dua pintu masuk negeri ini iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Pelabuhan Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 1,024 warga asing tidak dibenarkan masuk ke negeri ini menerusi LTAPP kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen pada tahun ini berbanding 995 orang pada tahun lalu.

“Seramai 36 warga asing telah ditahan di LTAPP pada tahun ini dari Januari hingga November dan berkurangan dua orang berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Selain itu di Pelabuhan Pulau Pinang, jumlah mereka yang tidak dibenarkan masuk juga agak meningkat kepada 1,506 orang pada tahun ini berbanding hanya 320 pada tahun lalu,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Imigresen peringkat negeri, di sini hari ini.

Tambahnya, pada tahun lalu tiada tangkapan dibuat di pelabuhan namun pada tahun ini seramai 124 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isu Baitulmaqdis UMNO rancang anjur perhimpunan solidariti



KUALA LUMPUR: UMNO akan berunding dengan rakan parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi menunjukkan keprihatinan terhadap Palestin susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) mengenai Baitulmaqdis.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan ini diadakan juga bagi menunjukkan penentangan terhadap keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Kami yakin umat Islam akan bersama-sama rakyat Palestin bagi menghadapi cabaran ini,” katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pandangan beliau turut dikongsi rakan sejawatnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan Malaysia ‘langsung tidak bersetuju’ dengan tindakan AS

“Kenyataan Presiden Trump (Donald) bukan sahaja kita tak persetujui tetapi kita tentang….noktah!,” katanya.

Selain itu, apabila ditanya sekiranya UMNO akan menyertai himpunan aman kelolaan Pas di Kedutaan AS esok, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, partinya akan menyokong usaha tersebut.

“Kami tidak dapat hadir himpunan tersebut kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tetapi beberapa ahli UMNO yang tidak terlibat secara langsung dengan perhimpunan ini akan hadir,” katanya lagi.



Source link

read more

Orang ramai banjiri gerai RM6 – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Menggunakan slogan unik ‘Sedap dan Berbaloi’, Kafe Rakyat RM6 yang terletak di aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ternyata terus menjadi pilihan para perwakilan, pemerhati dan pengunjung yang datang ke Perhimpunan Agung ke-71.

Kafe berkenaan yang telah dibuka sejak kelmarin menawarkan pelbagai sajian makanan ringan dan berat serta beraneka minuman sama ada sejuk atau panas dalam ruang yang cukup eksklusif.

Pelanggan boleh memilih sama ada untuk membeli secara ‘ala carte’ atau kombo mengikut citarasa masing-masing.

Antara menu yang dihidangkan termasuklah roti canai, nasi lemak, nasi campur, hot dog, bubur kacang hitam, sandwich, aneka minuman sejuk dan panas serta pelbagai lagi.

Seorang pengunjung, Rousni Ismail, 41, berkata, walaupun murah, namun makanan yang dihidangkan setanding dengan gerai-gerai di luar.

“Makanan yang disediakan segar dan sedap, memang meringankan beban orang ramai yang datang ke perhimpunan ini.

“Semua peringkat umur boleh datang ke sini kerana mereka menyediakan pelbagai makanan dengan harga yang sangat berpatutan,” katanya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang guru, Mohd. Zuraiez Raiz berkata, orang ramai tidak perlu keluar daripada bangunan PWTC untuk mencari makanan kerana di situ mereka menyediakan menu yang lazat.

“Di sini RM6 saya boleh dapat nasi berlaukkan ayam, daging atau ikan dan sayur berserta minuman.

“Saya harap kafe ini diteruskan di masa-masa akan datang bukan sahaja ketika perhimpunan Agung UMNO tetapi juga hari-hari biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmi Jasa, 37, berkata, dia berharap supaya lebih banyak meja dan kerusi ditambah memandangkan pengunjung yang datang semakin bertambah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Moodys affirms Malaysias A3 rating stable outlook



SINGAPORE: Moody’s Investors Service has affirmed the Government of Malaysia’s local and foreign currency issuer and senior unsecured bond ratings at A3.

The outlook is maintained at stable.

Moody’s underlined that the key drivers underpinning the A3 rating and stable outlook are:

  1. Moody’s expectation that the government’s debt burden will remain high but broadly stable
  2. The relatively high exposure of the economy and financial system to a tightening in external financing, as reflected in low reserve coverage of external payments, although balanced by several mitigating features
  3. Malaysia’s healthy and resilient growth prospects

Moody’s has also affirmed the A3 senior unsecured ratings to the US dollar trust certificates issued by Malaysia Sovereign Sukuk Berhad and Malaysia Sukuk Global Berhad, special purpose vehicles (SPV) established by the Government of Malaysia.

These trust certificates are considered direct obligations of the Malaysian government and their ratings automatically reflect changes to Malaysia’s sovereign rating.

Moody’s has also affirmed the instrument ratings on senior unsecured debt issued by Khazanah Nasional Berhad at A3. The Malaysian government guarantees these instruments.

Malaysia’s long-term foreign currency (FC) bond ceiling is unchanged at A1 and its long-term FC deposit ceiling is A3. Malaysia’s short-term FC bond and deposit ceilings are also unchanged at P-1 and P-2 respectively.

These ceilings act as a cap on ratings that can be assigned to the FC obligations of entities other than the government that are domiciled in the country. The long-term local currency (LC) bond and deposit country ceilings are unchanged at A1.

RATINGS RATIONALE

FIRST DRIVER — Government debt burden will remain high but broadly stable

At 50.9% of GDP as of June 2017, Malaysia’s general government debt is significantly higher than the A-rated peer median (40.5% of GDP at end-2016). While Moody’s expect the debt ratio to remain stable in the next few years, it is also likely to stay above the median for A-rated sovereigns.

The government’s commitment to fiscal consolidation has resulted in fiscal deficits narrowing in each of the past seven consecutive years. While the pace of consolidation will slow going forward, Moody’s still expect
the deficit to narrow slightly further to 2.8% of GDP in 2018 in line with the budget projections, from 3.0% in 2017 and 6.7% in 2010. 

SECOND DRIVER – High exposure of the economy and financial system to a tightening in the availability and cost of external financing

The active nonresident investor presence in Malaysia’s financial markets leaves it vulnerable to sudden swings in capital flows. Foreign currency reserves have climbed steadily from a recent trough, but remain lower than economy-wide cross-border debt due over the next year.

Foreign reserves are larger than short-term debt by original maturity. However, once currently maturing medium- and long-term debt is added, the ratio of annual external liabilities due to reserves — as measured by Moody’s external vulnerability indicator (EVI) — has been significantly above the 100% threshold for many years.

Moody’s says their forecast it at 139.7% for 2018 and do not expect it to change significantly in the next few years.

There are several mitigating features against these external vulnerabilities. A sizeable surplus on the net international investment position acts as a cushion. A large domestic institutional investor base also provides supportive demand, at least for local currency debt, should foreign investors’ appetite for Malaysian assets diminish. 

THIRD DRIVER — Healthy and resilient growth prospects

Malaysia has a highly diversified and competitive economic structure. Between 2012-21, Moody’s expect GDP growth to average 5.1%, making Malaysia one of the fastest growing A-rated sovereigns, surpassed only by China, Ireland, and on par with Malta.

Growth’s resilience through external headwinds, such as the fall in commodity prices and oil prices and a tumultuous political climate, is a testament to the economy’s shock absorption capacity.

RATIONALE FOR THE STABLE OUTLOOK

The stable outlook balances long-standing credit constraints — a high debt burden and vulnerability to external risks — against inherent credit strengths, including resilient economic growth and the presence of sizeable domestic institutions providing stable financing conditions for the government’s debt.

In the absence of further reform, Moody’s expect that the government’s demonstrated commitment to fiscal consolidation will only result in limited improvement on Malaysia’s public indebtedness and debt
affordability. 

MALAYSIA’S KEY ECONOMIC FACTORS PRESENTED BY MOODY’S

  • GDP per capita (PPP basis, US$): 27,292 (2016 Actual) (also known as Per Capita Income)
  • Real GDP growth (% change): 4.2% (2016 Actual) (also known as GDP Growth)
  • Inflation Rate (CPI, % change Dec/Dec): 1.8% (2016 Actual)
  • Gen. Gov. Financial Balance/GDP: -3.1% (2016 Actual) (also known as Fiscal Balance)
  • Current Account Balance/GDP: 2.4% (2016 Actual) (also known as External Balance)
  • External debt/GDP: 74.5% (2016 Actual)
  • Level of economic development: Very High level of economic resilience
  • Default history: No default events (on bonds or loans) have been recorded since 1983



Source link

read more

Cadangan hapuskan hukuman buang sekolah boleh dipertimbangkan – Mahdzir



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedia duduk semeja bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi berunding mengenai cadangan menghapuskan hukuman buang sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini tindakan buang sekolah hanya diambil sebagai langkah terakhir.

“Namun apabila Datuk Seri Rohani (Abdul Karim) mencadangkan perkara tersebut, kami sudi duduk berbincang mengenainya,” kata Mahdzir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Laman Media ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mencadangkan agar tindakan buang sekolah yang dikenakan terhadap pelajar bermasalah di negara ini dikaji semula.

Tambah beliau, ini kerana tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.



Source link

read more

Hartanah mewah Jennifer Aniston JLO dan Arnold terancam akibat kebakaran LA



BEBERAPA kediaman mewah dan rata-ratanya mahal di dunia milik selebriti Hollywood diancam kebakaran hutan terbesar di Los Angeles.

Empat kebakaran berlaku di beberapa kawasan yang berlainan hingga memaksa ribuan berpindah.

Api turut merebak ke kawasan kejiranan Bel Air yang mana terletaknya beberapa rumah mewah selebriti Hollywood.

Kilang Wain milik mogul media dan jutawan Rupert Murdorch adalah salah satu hartanah yang terancam.

Menurut jurucakap, kilang wain itu dipindahkan pada Rabu apabila api merebak ke kawasan rendah.

Mirror.uk melaporkan struktur hartanah itu dilihat terbakar dan operasi pemadaman semburan air menggunakan helikopter dilakukan pasukan penyelamat.

Turut terancam ialah kediaman mewah tujuh bilik milik pelakon Sitcom Friends Jennifer Anniston bernilai AS21 juta dolar.

Jennifer Lopez pula dilaporkan membeli hartanah bernilai AS28 juta dolar di kawasan berdekatan tahun lepas.

Manakala, Harrison Ford dan Gwyneth Paltrow memiliki rumah di Brentwood, kawasan seberang Bel Air.

Sementara kediaman bekas Gabenor Carlifornia Arnold Schwarzenegger juga terletak di kawasan perumahan itu.

Bagaimanapun, kawasan ini masih selamat tetapi penduduk diarah bersedia memindah pada bila-bila masa.

Kebakaran yang merebak berpunca dari angin Santa Ana yang panas dan kering telah memusnahkan 150 ekar kawasan perumahan Bel Air pada Rabu.

Pasukan bomba memberi amaran keadaan cuaca dijangka akan bertambah buruk pada Khamis.



Source link

read more

[VIDEO] Juadah percuma di perhimpunan – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Siapa sangka mengunjungi ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 memberi rezeki kepada pengunjung apabila dapat menikmati makanan secara percuma di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tinjauan Utusan Online mendapati, pengunjung yang mengunjungi “Food Truck Rakyat” itu dapat merasai pelbagai juadah yang menarik termasuk cendol, rojak dan nasi kerabu.

Malah rata-rata pengunjung yang ditemui menyifatkan inisiatif tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan mereka yang dari luar ibu kota untuk hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurut Abu Salim, 46, dia tidak sangka dengan kehadirannya kali pertama ke perhimpunan itu memberi tuah kerana dapat merasai pelbagai juadah yang jarang ditemuinya.

“Ada di antara makanan yang ditemui di sini jarang di dapati di kawasan saya. Saya sungguh seronok dan tidak melepaskan peluang keemasan ini,” ujarnya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Saadah Hashim, 35, inisiatif itu membantunya untuk meringankan beban perbelanjaan ke perhimpunan itu terutamanya melibatkan kos membeli makanan.

“Terdapat peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan ketika perhimpunan ini, justeru dengan usaha ini saya dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan,” katanya.

Manakala rata-rata pengusaha food truck menyifatkan menyediakan makanan di perhimpunan itu membuka peluang kepada mereka untuk mempromosikan jenama syarikat serta makanan yang ditawarkan kepada warga kota’

‘Food Truck Rakyat’ menyediakan sajian percuma bermula 7 hingga 9 Disember yang dibuka selama lima jam bermula pukul 12.30 tengah hari. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Malaysia sertai negara OIC kecam tindakan AS



KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa dunia mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki, Malaysia sama sekali tidak menerima kenyataan yang dikeluarkan AS dan akan menyuarakan pandangan ketika mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) minggu hadapan.

“Baitulmaqdis adalah kota suci umat Islam, dan ia sudah pasti menjadi satu perjuangan mutlak umat Islam seluruh dunia. Sudah pasti pada mesyuarat itu nanti, Malaysia akan menyumbangkan pendapat bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kita mahu hasil dari perbincangan itu nanti akan dibawa kepada negara dunia lain untuk tujuan berkerjasama menentang usaha buruk Amerika Syarikat dan Israel itu.” jelasnya ketika ditemui di laman media sempena Perhimpunan Agong UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Tegasnya lagi, jika negara bukan islam lain terutamanya Eropah enggan mengikuti langkah pembelaan yang diusahakan OIC, beliau bimbang keadaan dunia akan menjadi lebih buruk.

“Jika usaha yang diusulkan nanti tidak diterima atau tidak mendapat kerjasama penuh negara dunia lain, saya bimbang kita sebenarnya sedang mengiyakan keganasan.

“Keganasan yang saya maksudkan adalah kebangkitan ideologi atau gerakan baharu Neo-Radikalisme dan Neo-ekstremisme yang telah dipraktikkan Donald Trump.” tambahnya.

Dalam pertemuan antara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Jordan, Raja Abdullah II di Ankara Turki hari ini, Erdogan selaku pengerusi OIC mengumumkan mesyuarat pertubuhan itu akan diadakan pada 13 Disember ini.



Source link

read more

Lagi sehari nak bernikah Abam Bocey hantar kad kahwin di PWTC



KUALA LUMPUR:

Kurang 24 jam sebelum melangsungkan perkahwinannya, pelawak popular Abam Bocey ada masa pula untuk berlegar-legar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehadiran beliau dirasai selepas Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambar pelawak itu di Twitter peribadinya petang tadi.

Abam bakal melangsungkan perkahwinannya esok. Namun, perincian tentang majlis pernikahannya tidak dapat dikenal pasti buat masa ini.

Rakan rapat Abam, Tauke (Jambu) pula akan menamatkan zaman duda dengan tunangnya, Nadia Mohd Affendi sehari selepas itu.

Majlis pernikahan Tauke akan diadakan di Ambassador Hall, Putrajaya pada sebelah pagi sebelum bersanding di sebelah petang.

Astro AWANI mengucakpakan tahniah kepada Abam dan pasangan!



Source link

read more

IWK: Tiada potongan bil kepada pengusaha hotel – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menafikan dakwaan berhubung terdapatnya potongan pada bil perkhidmatan pembetungan kepada pengusaha hotel seperti yang didakwa Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana caj perkhidmatan pembetungan yang dikenakan kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak adalah berdasarkan kepada caj asas sahaja.

Namun demikian, katanya, bagi pengusaha hotel pula caj pembetungan yang dikenakan pada bil perkhidmatan adalah termasuk dengan caj asas yang berserta caj penggunaan air melebihi 100 meter padu.

“Caj asas adalah bergantung kepada maklumat nilai tahunan sesebuah premis yang diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun tiada caj penggunaan air berlebihan dikenakan kepada pengusaha stesen minyak,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini PDAM mengeluarkan kenyataan bahawa IWK memberi potongan bil kepada pengusaha hotel berbanding pengusaha stesen minyak ekoran kejadian jualan kupon bagi penggunaan tandas di sebuah stesen minyak di Kuala Terengganu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons