JOHOR BAHRU 7 Dis. – Seorang anggota polis berpangkat Koperal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang guru agama.

Suspek yang berusia 49 tahun dan bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ditahan di Pusat Membaiki & Service Kereta RMB Workshop kira-kira pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Hasil siasatan yang dijalankan, suspek dipercayai meminta sejumlah wang suapan pada Ahad dan menerima wang rasuah berjumlah RM 3,000 semalam untuk tujuan menyelesaikan siasatan berhubung satu kes dadah oleh Bahagian Narkotik IPD Kulai yang melibatkan pengadu.

Susulan tangkapan ke atas suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, pasukan penyiasat telah menjalankan penggeledahan di dua lokasi berasingan di sini dan menyita akaun bank serta beberapa dokumen berkaitan kes.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a)Akta SPRM 2009 yang mana boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, suspek akan dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: