KLANG 6 Dis. – Keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP supaya Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden gabungan pembangkang itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seolah-olah tidak disenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 



MOHAMED AZMIN

MOHAMED AZMIN

Timbalan Presiden PKR itu ketika ditemui dalam satu program di sini malam ini sebaliknya menyifatkan keputusan itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi gabungan parti-parti pembangkang itu. 

“Ianya bukan keputusan tetapi hanya cadangan antara lima pemimpin teratas Pakatan Harapan.

“PKR akan terus berbincang kerana ini merupakan satu keputusan yang besar untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Baru-baru ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Persetujuan itu dicapai selepas cadangan untuk menamakan kedua-dua individu itu dikemukakan semasa pemukiman gabungan pembangkang yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu.  

Malah, beberapa pemimpin pembangkang lain difahamkan telah mengesahkan bahawa cadangan tersebut dibangkitkan semasa permukiman berkenaan namun ia perlu mendapatkan restu daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: