LIVERPOOL 7 Dis. – Hatrik pertama Philippe Coutinho untuk Liverpool telah membantu skuad bimbingan Jurgen Klopp membelasah Spartak Moscow 7-0 yang sekali gus melayakkan kelab Merseyside itu ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara, hari ini.

Sadio Mane meledakkan dua gol, manakala Roberto Firmino dan Mohamed Salah masing-masing menjadi penyumbang gol yang turut menyaksikan `Fab Four’ (kehebatan empat pemain) membawa pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu ke pusingan kalah mati selepas sembilan tahun gagal berbuat demikian.

Liverpool muncul juara Kumpulan E menyertai Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Tottenham Hotspur melepasi saingan peringkat kumpulan dan sekali gus menjadikan England negara pertama memiliki lima wakil ke pusingan 16 terbaik.

“Kami memulakan perlawanan dengan cukup sempurna dan selepas mendahului, kami tidak lagi perlu bertahan. Amat sukar untuk kami meningkatkan permainan ke `gear’ seterusnya dan memanfaatkan ruang yang ada. Seronok dapat menyaksikan perlawanan malam ini (awal pagi waktu Malaysia),” kata Klopp kepada BT Sport. – AFP



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: