PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk dan tidak mengiktiraf tindakan Amerika Syarikat. mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Setiausaha Agong PBB Antonio Guterres berkata, sebarang tindakan mencemari rundingan yang masih berlangsung antara Palestin dan Israel adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, sejak hari pertama pertikaian itu dibangkitkan di New York, PBB menetapkan hanya rundingan langsung kedua-dua belah yang akan diiktiraf dunia.

“Dari hari ke hari sebagai Setiausaha Agung PBB, saya secara konsisten menegaskan sebarang langkah unilateral tidak akan diterima kerana ia akan menjejaskan prospek perdamaian bagi Israel dan Palestin.

“Baitulmuqaddis adalah isu status akhir yang mesti diselesaikan melalui rundingan langsung antara kedua-dua pihak berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung yang relevan,” jelasnya pada sidang media tergempar di New York susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Tegas Guterres, tidak wujud pelan ‘B’ dalam pelan damai dan rundingan terbabit.

“Dalam waktu yang cukup genting ini saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa  tiada alternatif kepada penyelesaian dua negara terbabit.

“Tidak ada Pelan B kerana semua isu status akhir diselesaikan secara kekal melalui rundingan, dan membawa aspirasi rakyat di kedua-dua pihak terlibat,” tegasnya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sidang tergempar pada Jumaat, khusus bagi membincang polemik terbaharu di Baitulmaqdis tersebut.

Susulan kebiadapan tindakan Trump itu, lapan dari 15 buah negara anggota telah bersetuju mesyuarat khas itu diadakan.

Negara terbabit adalah Perancis, Bolivia, Mesir, Italy, Senegal, Sweden, Britain dan Uruguay.

Hasil mesyuarat itu nanti bakal diumum Guterres selaku pengerusi Majlis Keselamatan.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: