PAU2017 Perwakilan sambut semboyan PRU-14 Presiden UMNO



KUALA LUMPUR: Susulan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, rata-rata kepimpinan parti menyifatkan ia merupakan mesej dan nasihat berdepan pusingan akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-1 4 (PRU14).  Malah, kepimpinan parti itu turut melihat pelbagai cabaran dan realiti yang perlu dihadapi terutama melibatkan cabaran media sosial. 

“Ya, kita memang sudah agresif dan kita akan tambah agresif lagi. Kita bukan sahaja bersemuka, tetapi kita akan mengguna apa yang ada sekarang ini seperti media, media sosial, pendigitalan…semua kita akan gunakan. Jangan sangka Wanita UMNO ketinggalan. Tidak, sebaliknya kita sebenarnya mengungguli zaman.”
Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun

“Pertama sekali ialah taat dan wala’ kepada kepimpinan. Bermakna kita tidak mahu apa yang berlaku lepas – seperti apa yang dikatakan Presiden, kalau ada yang tidak tercalon dalam pilihan raya, lepas itu ada yang sanggup mensabotaj dan menjatuhkan parti sendiri.”
Ahli MT UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

“Kita tidak mahu berkobar-kobar sahaja di dalam tapi bila mereka balik dah jadi ‘suam-suam kuku’. Oleh sebab itu, semangat yang berkobar-kobar di dalam dewan hari ini harus diterjemahkan iaitu semasa fasa melakukan kerja apabila kita pulang nanti.”
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

“Kali ini saya jangkakan perang digital akan berlaku ‘underground’ iaitu menggunakan aplikasi WhatsApp atau Telegram. Ini satu platform yang agak sukar untuk kita hidu atau semak pandangan pembaca sebab apabila muat naik dalam Facebook, kita boleh baca. Mana mungkin kita boleh membacanya. Viralnya begitu dasyat sekali.”
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

“Kita bekerja sebagai satu pasukan dan kita pastikan kemenangan pada PRU-14. Antara lain Presiden kata jangan segan, jangan gentar untuk turun bawah dan dekati meerusi Puteri Peduli. Maknanya pemimpin iktiriaf kita punya aktiviti Puteri Peduli.
Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah



Source link

read more

Reese Witherspoon kantoi … didakwa tiru skrip Gone Girl



KUALA LUMPUR: Sebelum ini dipuji, kini beliau dikeji.

Pelakon popular Hollywood, Reese Witherspoon kini berdepan saman atas dakwaan menciplak skrip dan rangka cerita hasil nukilan penulis sutradara, Leslie Weller.

Ironinya, pelakon berdagu runcing itu merupakan produser bersama filem tersebut.

Menurut Weller, skrip Gone Girl menyerupai skrip ‘Out of the Blue’ yang ditulisnya pada 2005.

Weller menghantar salinan skrip itu kepada seorang perunding skrip dan produknya dipercayai digunakan tanpa keizinan.

Kata Weller, novel Gone GIrl yang diterbitkan pada 2012 juga merupakan hasil kerjanya.

Weller mendakwa terdapat beberapa persamaan utama dalam rangka cerita Gone Girl dan Out of The Blue.

Antaranya, kedua-dua skrip ini memberi focus kepada hubungan suami-isteri yang semakin dingin.

Selain itu, kedua-dua skrip ini juga menyaksikan watak isteri sebagai seorang isteri yang tidak normal, dan berkelakuan psycho sehingga mengancam suami.

Tambah Weller, skrip dan novelnya mempunyai struktur yang sama seperti Gone Girl dimana pada awal ceritanya semua watak memberi simpati kepada sii isteri sehingga mengetahui cerita yang benar.

Weller turut berkata Gone Girl mempunyai sebuah babak dimana si suami dilihat memegang sebuah tukul dan memberi elemen suspen jika si isteri akan diancam.

Turut disaman Bersama Reese Witherspoon ialah penulis novel ‘Gone Girl’, Gillian Flynn dan pengarah filem ‘Gone Girl’ David Fincher’.



Source link

read more

Orang tidak tunggu pekeliling, mahu maklumat segera – Mahdzir Khalid – Politik


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Dianggap sebagai antara menteri yang paling effektif menyampaikan maklumat melalui media sosial, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan terus menggunakan Facebook dan Twitter untuk menyampaikan sebarang maklumat atau keputusan berkaitan dasar pendidikan.

Mahdzir menegaskan, pegawai di Kementerian Pendidikan juga telah disaran untuk menggunakan media sosial untuk menyampaikan maklumat kerana masyarakat terutama warga kerja di kementerian telah berubah dan mahukan sesuatu keputusan dengan segera.

“Saya fikir sekarang orang tidak mahu tunggu perkeliling. Kalau ada satu pekeliling surat itu datang daripada kementerian kemudian pergi ke jabatan seterusnya ke Pejabat Pendidikan Daerah dan akhirnya ke sekolah.

“Sekarang orang tidak tunggu begitu. Kalau ada isu pada pukul 9 pagi sebelum pukul 12 tengah hari kita kena beri tindak balas. Amalan itu saya beritahu pegawai-pegawai di kementerian. Jika kita mengunggu surat pekeliling dari kementerian, dua minggu baru sampai,” jelas Mahdzir dalam segmen Sembang Online di Utusan Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC.

Mahdzir sebelum ini dipuji oleh warga pendidik kerana menggunakan media sosial untuk mengumumkan sebarang keputusan penting. Antaranya mengecualikan mereka yang bermasalah penglihatan dalam Kursus I-Thing dalam talian serta mengesorkan agar guru tidak perlu ke sekolah semasa cuti.

Media sosial menjadi antara cabaran yang digariskan dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi. Sementara itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus menguasai Kedah dengan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Saya penuh yakin bahawa insyaAllah kita di Kedah juga akan mencapai kemenangan. Kita nampak jentera parti telah bersiap sedia dan ahli masyarakat juga menyokong perjuangan UMNO dan BN.

“Sebab kalau ada parti lain nak ganti tempat UMNO dan BN mereka kena jadi lebih baik dari kita. Hari ini walaupun pelbagai momokan dibuat kononnya nak mengantikan BN tetapi saya nampak bahawa sehingga hari ini rakyat mash lagi bersama dengan UMNO dan BN,” tambah beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kalau ahli UMNO tidak seiring 4.0 apa akhirnya KBAT



KUALA LUMPUR: Kalau pelajar sekolah pun sudah digital pembelajarannya.

Kalau guru-guru pun sudah pasang gajet elektroniknya.

Tentunya UMNO juga perlu adaptasi Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) dengan UMNO 4.0.


 

“Kita mahu ahli UMNO jadi ejen kepada KBAT ini dan ia tidak hanya tertakluk di sekolah tetapi juga di luar sekolah,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Untuk ke arah itu ahli UMNO perlu berubah terlebih dahulu seterusnya menjadi ejen kepada perubahan pemikiran dan ke arah 4.0.” jelas beliau ketika ditanya mengenai apa hala tuju UMNO di masa akan datang.

KBAT ialah pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT yang merupakan satu proses dan benda baharu, jadi tidak mungkin ambil masa satu atau dua hari untuk dijadikan sebagai amalan.

Ia satu proses yang menggalakkan pelajar untuk berfikir, berkomunikasi dan membuat secara cepat.



Source link

read more

Priyanka Chopra dinobat Wanita Paling Seksi Asia 2017



KUALA LUMPUR: Pelakon Hollywood dan Bollywood, Priyanka Chopra menduduki tempat pertama dalam carta 50 Sexiest Asian Women 2017 (50 Wanita Paling Seksi di Asia 2017).

Ini adalah kali kelima ‘Desi Girl’ itu dinobat gelaran ‘Wanita Paling Seksi di Asia’ dalam carta yang dikeluarkan setiap tahun oleh Eastern Eye.

Priyanka juga mengalahkan bintang Bollywood Deepika Padukone dalam tinjauan berundi itu.

Deepika meduduki tempat ketiga manakala Nia Sharma dan Alia Bhatt menduduki tempat kedua dan keempat masing-masing.

Priyanka menerusi akaun Instagramnya, mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, pengikut setianya dan Eastern Eye.

Sebelum ini, Priyanka tersenarai dalam Forbes’s List of 100 Most Powerful Women (Senarai 100 Wanita Paling Berkuasa) pada tempat ke-15 dalam senarai Hiburan dan Media.

Priyanka juga pernah memenangi People’s Choice Awards dua kali bagi lakonannya dalam siri televisyen popular Amerika, Quantico.

Pada ketika ini, Priyanka berada di New York untuk merakam musim ketiga Quantico yang dijangka ditayangkan pada 2018.



Source link

read more

Program Fairview di Bangkok capai objektif – Pendidikan


PROGRAM lawatan sambil belajar yang dianjurkan Sekolah Antarabangsa Fairview saban tahun berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan sentiasa memberi satu pengalaman baharu kepada pelajar yang mengikut program tersebut.

Malah, pembelajaran di luar kelas itu turut memberi satu pengalaman dan pembelajaran yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Menerusi program tersebut, penekanan dari segi pembelajaran luar kelas dengan objektif utama membentuk pelajar memahami aspek kehidupan, meningkatkan pemahaman, sikap, dan keterampilan serta perkembangan diri dalam mewujudkan karakter yang baik.

Bukan sahaja didedahkan dengan budaya negara lain, malah para pelajar juga diberikan kesempatan mencuba beberapa aktiviti yang telah disediakan terutamanya di Kampung Kebudayaan Thailand yang mempunyai 12 aktiviti sekali gus menceritakan tentang hampir keseluruhan budaya di Thailand.

Pada bulan Oktober lalu, seramai 72 pelajar Sekolah Antarabangsa Fairview daripada tiga buah cawangannya iaitu dari Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang telah dibawa ke Bangkok, Thailand selama lima hari dengan mengikuti beberapa aktiviti termasuk program kebajikan di rumah orang kurang keupayaan di Bangkok.

Guru sekolah, Vicky Vallance yang mengetuai lawatan itu berkata, penganjuran program seperti ini dilakukan sebanyak dua kali dalam setahun dimana setiap pelajar dibahagikan mengikut gred masing-masing.

“Lawatan di Bangkok melibatkan pelajar daripada gred 8 dan 9…Peluang membuat lawatan di Bangkok sambil mendalami budaya dan sedikit sebanyak sejarah tentang apa yang berlaku di Thailand, pastinya membuka minda pelajar untuk berfikiran lebih luas.

“Ekpedisi ini telah mencapai objektif dan semua pelajar mengikuti program ini dengan baik terutama di kampung kebudayaan Thailand, contohnya mereka mempelajari tarian buluh, seni pertahankan diri muay Thai dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ugut bunuh majikan amah Kenya dipenjara



AYER KEROH: Seorang amah warga Kenya dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh keluarga majikannya Ogos lalu.

Tertuduh, Skeetar Rigine Lameck, 36, dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah di depan majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, yang dibacakan dalam Bahasa Inggeris, tertuduh membuat ugutan jenayah untuk membunuh isteri majikannya, Hanim Salim A Hore, 33, dan keluarganya di Swiss Garden Hotel di sini sekitar 930 malam 21 Ogos lalu.

Justeru, tertuduh yang telah tiga tahun berkhidmat sebagai pembantu rumah majikannya di Arab Saudi, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Prosiding, yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari, memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan juga masyarakat.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan diberikan memandangkan dia menanggung tiga anak serta ibu di negara asalnya.

Tertuduh juga memberitahu dia datang ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga majikannya.

Sejurus mendengar hujahan kedua belah pihak, Mohd Firdaus kemudian menjatuhi hukuman penjara terhadap tertuduh dari tarikh ditahan pada 23 Ogos lalu.



Source link

read more

Uqasha Senrose diugut peminat serah gambar bogel



PELAKON Uqasha Senrose bengang apabila ada peminat yang bertindak liar dan agresif meminta gambar bogelnya menerusi direct message di akaun Instagramnya.

Luahan Uqasha itu disuarakan melalui entri terbaharu Instagram Story pelakon drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella’ itu malam tadi.

“Ya Allah ada juga manusia macam ini!” tulis Uqasha.

Dalam teks yang dikirimkan oleh pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab itu, Uqasha diugut untuk menyerahkan gambar bogel dan berjanji akan berhenti menulis komen negatif di ruangan gambar pelakon itu.

Namun, sekiranya Uqasha enggan, individu itu mengugut untuk menggodam akaun Instagram Uqasha yang kini sudah mengumpul pengikut seramai 2.6 juta orang.

“Uqasha, jika kamu memberikan saya gambar-gambar bogel kamu, saya akan berhenti menulis komen buruk tentang kamu. Saya janji.

“Hey, jika tidak saya akan menggodam Instagram kamu,” tulis individu itu menerusi kiriman teks.

Uqasha bukan artis pertama yang berdepan dengan serangan seksual di media sosial.

Terdahulu, Rozita Che Wan, Fizz Fairuz, Shukri Yahaya dan Sufian Suhaimi pernah menjadi mangsa buli siber dengan ugutan menyebarkan foto bogel.

Malah, pelakon cantik Nora Danish juga pernah meneriman ancaman rogol dan komen lucah di Instagramnya sekitar tahun 2014.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

[VIDEO] BN, UMNO terbukti cemerlang terajui negara – Politik


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Sokongan kaum India khususnya golongan muda terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat hasil daripada pendekatan proaktif yang diterapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembelajaran Antarabangsa Malaysia (IMEC), Prof. Dr. Selvaraj Oyyan Pillay berkata, peningkatan itu dapat dilihat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini selepas kerajaan dilihat mengutamakan kebajikan semua kaum khususnya India.

Katanya, sebelum Najib menerajui negara, persepsi kaum India terhadap kerajaan jelas kurang meyakinkan apatah lagi dengan perkembangan media sosial menyebabkan pelbagai maklumat disebarkan tanpa sebarang tapisan.

“Sebenarnya dalam 10 hingga 15 tahun sebelum ini, persepsi kaum India secara amnya teragak-agak terhadap kerajaan kerana memikirkan apa yang dilakukan kerajaan untuk mereka. Namun, dalam tempoh lima tahun, mereka merasa inilah kerajaan yang mendekati kaum India sampai ke rumah.

“Bukan sahaja dalam bidang pendidikan dan perniagaan tetapi bantuan diberikan menyeluruh. Walaupun pembangkang menggunakan taktik di media sosial, kaum India tidak mudah terpedaya dan menerima hakikat bahawa kerajaan yang boleh membawa nasib kaum India adalah BN,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai ucapan dasar Presiden UMNO ketika majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Selvaraj berkata, itu satu ucapan yang bagus dan tepat pada masanya.

“Najib mengingatkan rakyat tentang hala tuju negara. Pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14), rakyat usah memperjudikan masa depan negara dengan memilih pembangkang. UMNO dan BN sudah buktikan mereka menjalankan tugas dengan cemerlang selama ini.

“Rakyat memahami ini bukan sekadar cita-cita tetapi fakta dengan prestasi BN di bawah pimpinan Najib telah membawa Malaysia ke tahap dihormati dunia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penjual tipu pelajar iPhone 7 didakwa



GUA MUSANG: Seorang jurujual didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini kerana menipu seorang pelajar membabitkan wang berjumlah RM2,000 untuk membeli iPhone 7 melalui laman mudah.my pada Mei lalu.

Tertuduh, Yusnani Mohd Yusof, 20, dari Kuantan, Pahang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan itu, Yusnani didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan pembelian telefon iPhone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Mohd Rosly membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 15 Januari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes berkenaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons