Kerajaan Modi terpaksa campur tangan isu filem Padmavati



KUALA LUMPUR: Kerajaan India dibawah pimpinan Narendra Modi akhirnya terpaksa campur tangan dalam isu filem epik, Padmavati.

Memetik laporan Times of India, Kementerian Kesatuan Penerangan dan Penyiaran meminta bantuan dari Kementerian Pembangunan Sumber Manusia untuk mencadangkan beberapa pakar sejarah terkemuka untuk menyertai panel yang akan ditubuhkan bagi mengkaji semula filem itu.

Panel sejarahwan ini bertanggungjawab untuk mengkaji semula filem kontroversi ini bersama-sama ahli panel Central Board of Film Certification (CBFC) sebelum memberi lampu hijau untuk ditayangkan.

Di India, Padmavati  mencuri tumpuan pengkritik terutamanya kumpulan konservatif yang mendakwa filem itu mengubah fakta sejarah.

Pengarah filemnya, Sanjay Leela Bhansali menafikan dakwaan sekeras-kerasnya.

Padmavati turut dibarisi pelakon Bollywood, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh.

Sementara itu, pelakon Saif Ali Khan berkata tarikh tayangan filem barunya, Kaalakaandi mungkin akan bertempur dengan tarikh tayangan Padmavati jika mendapat kelulusan.

Menurut laporan DNA India, pelakon yang terkenal dengan lakonannya dalam Rangoon, Love Aaj Kal dan Kurbaan berkata, “jika Padmavati ditayangkan pada 12 Januari, kami mungkin akan mengalihkan tarikh tayangan Kaalakaandi. Saya berharap tarikhnya tidak akan bertembung kerana saya sangat bangga dengan hasil Kaalakaandi.”

Tambah Saif, walaupun beliau berasa bangga melihat dua filem yang berlainan genre ditayangkan pada masa yang sama, pengarah dan penerbit tidak selesa dengan idea itu.

Tarikh tayangan Padmavati dijadual penayangan pada 1 Disember terpaksa ditunda sehingga mendapat kelulusan dari CBFC.

Trailer pertama filem Kaalakaandi dikeluarkan pada Rabu dan mendapat 2 juta tontonan dalam masa 20 jam.



Source link

read more

Ahli UMNO dalam `attack mode’ – Politik


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Ahli-ahli UMNO kini perlu berada pada `attack mode’ bagi melancarkan serangan ke atas pihak pembangkang khususnya di dalam perang siber, dilihat agak ketinggalan pada masa ini.

Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku jeneral perang telah meniupsemboyan ahli-ahli UMNO perlu menyahut dan menterjemahkannya dalam bentuk serangan teratur dan terarah.

“Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini jelas dan lengkap, jadi ia perlu diambil serta dibawa pulang sebagai peluru untuk digunakan bagi menyerang pembangkang.

“Ucapan Presiden perlu dijadikan video-video pendek untuk diedarkan dan tularkan di media sosial. Ini digemari oleh golongan muda yang berpendidikan dan bakal menjadi pengundi majoriti pada pilihan raya akan datang,” katanya pada ketika ditemubual pada segmen Sembang Online di studio mini Utusan Online di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) di sini hari ini.

Menurut beliau, ahli-ahli UMNO perlu menggunakan telefon bimbit yang ada untuk memberi penjelasan dan memperbetulkan persepsi tentang kerajaan yang telah banyak melakukan pelbagai usaha dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat dijaga.

Antara yang diberi penekanan, kata beliau, ialah dalam menangani masalah kos sara hidup, kemudahan perubatan dan mencipta peluang pekerjaan.

Pelbagai pembangunan juga, jelas beliau, telah dilakukan tetapi oleh kerana tidak diperjelaskan kepada masyarakat kerajaan dianggap tidak melakukan apa-apa setelah dikaburkan fikiran mereka tentera siber pembangkang.

“Ahli UMNO tidak ada pilihan mereka perlu bangkit kerana mereka adalah pejuang parti yang memperjuangkan Islam dan Melayu, jika parti ini tiada, maka tiadalah lagi payung yang meneduhi orang Melayu serta Islam pada masa yang sama memastikan kaum lain di negara ini turut dibela,” katanya.

Parti-parti pembangkang yang ada di negara ini, katanya, termasuk yang baharu ditubuhkan atau yang telah lama berada di persada politik lebih kepada bermatlamat perjuangan peribadi dan ada yang terang-terangan hendak menghapuskan terus semua hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu, bumiputera dan Islam sekali gus melalui konsep Malaysia, Malaysian.

Oleh itu, ujar beliau, ahli UMNO perlu menggunakan telefon bimbit yang ada sebagai senjata dan diperluaskan lagi penggunaannya kepada sanak saudara bagi memerangi salah tanggap di alam siber terhadap UMNO dan kerajaan.

“Saya yakin dengan kejayaan perang siber dan perpaduan utuh dalam kalangan UMNO ia akan memberi kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional (BN),” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jenazah Ahli Parlimen Jelebu selamat dikebumi



JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainuddin Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Petaseh Hilir, Pertang, di sini, kira-kira 11.50 pagi tadi.

Talkin dibacakan imam Masjid Seri Pernama Kampung Petaseh, Zakaria Ahmad Wahidi.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan ketika proses pengebumian berlangsung, yang dihadiri kira-kira 500 sanak saudara serta kenalan Allahyarham.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Villa Puteri Condo di Kuala Lumpur, pada 7.30 malam semalam akibat ketumbuhan otak yang dihidapinya.

BACA: Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Allahyarham yang pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam kepalanya pada 13 Mei tahun lepas di Hospital Kuala Lumpur, meninggalkan seorang balu Datin Roziah Yaakob serta tiga anak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zainudin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan Raj Munnil Sabu daripada Pas.

– BERNAMA



Source link

read more

Saman wartawan mahkamah tolak rayuan Shila Amzah



MAHKAMAH Rayuan di sini tadi menolak rayuan penyanyi Shila Amzah yang menyaman syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) berhubung penyiaran artikel didakwa berunsur fitnah dalam akhbar Kosmo!.
 
Artikel tersebut didakwa antara lain mengaitkan konsert, Shila Amzah – Love Live In Malaysia ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini.
 
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah yang bersidang bersama Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
 
Kuorom berkenaan turut memerintahkan Shila dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Bhd. membayar kos RM20,000 kepada setiap responden.
 
Panel tersebut berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi betul ketika mencapai dapatannya sewaktu menolak tuntutan saman yang difailkan Shila.
 



Source link

read more

Selebriti Hollywood turut jadi mangsa kebakaran Los Angeles



PARA selebriti mungkin memiliki rumah yang gah dan mewah namun hal ini tidak mengecualikan kediaman mereka daripada dibaham api.

Kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat telah mengakibatkan segelintir selebriti Hollywood kehilangan tempat tinggal mereka.

Antara nama-nama hebat yang terjejas akibat kebakaran itu ialah pelakon dan penyanyi tersohor, Paris Hilton; pelakon muzikal Glee, Lea Michele dan penyanyi veteran Lionel Richie.

Paris Hilton telah mengongsikan visual kebakaran besar itu di laman Twitternya dengan kapsyen memuji pasukan bomba atas keberanian memadamkan api besar tersebut.

Hilton juga terpaksa mengosongkan rumahnya, sekali gus membawa keluar haiwan-haiwan kesayangannya.

Lea Michele pula dalam tweetnya memaklumkan beliau tidak sempat berkemas untuk meninggalkan rumahnya.

Beliau turut bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sudi menumpangkan rumah mereka kepadanya pada saat-saat genting.

Dalam pada itu, Lionel Richie pula terpaksa membatalkan pertunjukannya bagi bantu anggota keluarganya berpindah.

Namun, beliau berjanji akan kembali ke pentas pada hujung minggu ini demi para peminatnya.



Source link

read more

Unimap hargai jasa penyumbang – Nasional


ARAU 7 Dis. – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) amat menghargai segala sumbangan melalui saluran wakaf dan endowmen daripada syarikat-syarikat korporat, industri serta individu yang menyokong selama ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, segala kerjasama itu diharapkan akan diteruskan lagi sebagai satu kesinambungan untuk menghasilkan situasi menang-menang jangka panjang secara bersama.

Sehubungan itu, Unimap juga amat mengalu-alukan potensi suntikan dana daripada sumber-sumber penyumbang baru dari dalam dan juga luar negara kepada universiti muda yang baru mencecah usia 15 tahun itu untuk terus kekal relevan dan berdaya saing di peringkat kebangsaan dan juga global.

“Mana-mana pihak baru yang berminat untuk menyumbang melalui skim wakaf atau endowmen kepada universiti boleh mengubungi Penolong Naib Canselor Keusahawanan dan Kelestarian Kewangan Unimap, Prof. Datuk Wira Dr. Mohd Salleh Din untuk mendapat maklumat lanjut,” titah baginda.

Baginda selaku Canselor Unimap bertitah demikian ketika mencemar duli menerima taklimat ‘post-mortem’ pengurusan tertinggi bagi membentangkan tindakan-tindakan susulan yang bakal diambil hasil daripada program ‘Jelajah Ilmu Unimap ke Kazakhstan dan Azerbaijan’ baru-baru ini yang diadakan di Galeri DiRaja Arau.

Turut hadir, Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor bagi Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Unimap, Prof. Mohd. Fo’ad Sakdan.

Baginda juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada para penyumbang dari kalangan rakan Unimap untuk hadiah-hadiah industri pada Istiadat Konvokesyen Ke-12 baru-baru ini.

Titah baginda, sumbangan itu diberikan kepada 43 pelajar yang memperolehi CGPA melebihi 3.50 serta aktif dalam ko-kurikulum dan mempunyai ciri kepimpinan serta hadiah-hadiah inovasi yang diberikan kepada 43 siswazah yang dipilih berdasarkan potensi daya Inovasi yang ditunjukkan dalam Projek Tahun Akhir.

Titah baginda lagi, antara syarikat yang menaja hadiah industri ialah Kumpulan Media Karangkraf, On Semiconductor, Silterra, Elsevier, Emerald System, Tekmark, CIMA, iLAB, Dream Catcher, Unimap Holdings dan banyak lagi.

Manakala bagi Hadiah Buku pula, sumbangan dari pelbagai syarikat nasional dan multinasional antaranya United Technology (M) Bhd., Springer, ProQuest, Wiley dan lain-lain lagi telah diterima untuk dianugerahkan kepada 88 orang pelajar terbaik dari semua program, berdasarkan CGPA tertinggi, serta cemerlang dalam kokurikulum.

Baginda juga menzahirkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kerana sentiasa berkolaborasi dengan Unimap dalam aktivitinya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tengkujuh Nelayan dinasihat tidak turun ke laut



KOTA BAHRU: Nelayan di Kelantan dinasihatkan supaya tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh memandangkan keadaan angin kencang dan laut bergelora di perairan negeri itu agak membahayakan keselamatan mereka.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Anuar Salam Sulaiman berkata walaupun nelayan terbabit telah diberikan kursus berkaitan langkah-langkah keselamatan ketika di laut namun mereka masih terdedah kepada bahaya di musim tengkujuh ini.

“Kalau boleh kita elakkan ke laut kerana kita tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini. Di negeri ini terdapat lebih 5,000 nelayan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Nelayan Tanjung Kuala Sabak di sini, Mohd Faizal Rashid, 38, berkata jumlah nelayan yang ke laut musim ini tidak ramai dan mereka diingatkan supaya membawa alat komunikasi bagi memudahkan mereka dapat dikesan jika berlaku kecemasan.

“Sekiranya ada nelayan yang sanggup turun ke laut pada musim tengkujuh ini, mereka perlu membawa rakan sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Seorang nelayan, Mustapa Ahmad, 48, berkata meskipun mengetahui keadaan ombak di musim tengkujuh tidak menentu namun beliau tetap cekal hati untuk ke laut kerana punca pendapatannya hanya bergantung kepada menangkap ikan.

“Saya dan beberapa lagi rakan terpaksa memberanikan diri keluar menangkap ikan walaupun mengetahui keadaan laut bergelora musim ini namun kami akan lebih berhati-hati,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

UMT raih anugerah SIIF 2017 di Seoul – Nasional


KUALA TERENGGANU 7 Dis. – Delegasi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi menempa nama di persada antarabangsa dengan merangkul tiga anugerah di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017 di Korea Selatan, baru-baru ini.

UMT dalam kenyataannya hari ini berkata, pesta pameran itu berlangsung di COEX Korea Exhibition Centre dari 30 November hingga 3 Disember lalu.

Tiga orang penyelidik yang memenangi anugerah itu ialah Dr. Azman Kasan dari Institut Akuakultur Tropika, Dr. Wan Iryani Wan Ismail dari Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) dan Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi.

Dr. Azman memenangi pingat emas menerusi produk inovasi ‘Rapid Biofloc’ iaitu teknologi hijau bagi pengurusan udang dalam industri akuakultur.

Dr. Wan Iryani pula meraih pingat gangsa menerusi produk Marine Nanoparticle Reducing Agent (MARNO) manakala Dr. Wahizatul Afzan menerima anugerah khas daripada Lebanese Innovation Association menerusi produk inovasi ‘Stingless Bee Pollination’.

UMT telah menghantar sejumlah 3 produk dalam pertandingan ciptaan tahunan yang dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) yang disertai lebih 20 negara. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Astro bags double awards for Best Corporate Practices



KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd was bestowed the Excellence Award for Corporate Governance Disclosure by the Minority Shareholders Watchdog Group (MSWG) at the MSWG-ASEAN Corporate Governance Recognition Awards 2017 today.

It also received the ‘Best Investor Event’ Award at the IR Magazine Awards and Conference South East Asia 2017, while also coming up as the second runner-up in the ‘Best Annual Report’ and ‘Best ESG Communications’ categories.

The MSWG-ASEAN Corporate Governance Recognition Awards recognises best corporate governance practices, quality and transparency among public listed companies in Malaysia.

While the ‘Best Investor Event’ award is in recognition of Astro’s Analyst and Investor Day, held for the first time last July.

The Analyst and Investor Day was held to communicate the Group’s value creation strategy in a landscape of increasing digitalisation, through presentations from Astro’s senior management.

Astro Group Financial Officer, Shafiq Abdul Jabbar, said the awards were in line with the Group’s consistent efforts to uphold best practices within the industry.

“Astro has been making consistent effort to improve our corporate governance disclosures. We are honoured that MSWG has recognised our commitment towards improving our corporate governance practices,” he said.



Source link

read more

Kes tikam Sungai Petani remaja ditangkap



SUNGAI PETANI: Polis percaya kes seorang lelaki mati ditikam di Taman Arked di sini dua hari lalu telah berjaya diselesaikan dengan penangkapan seorang suspek berusia 19 tahun.

Suspek ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, tengah hari semalam.

Siang tadi, suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid, siasatan awal polis mendapati suspek bertindak menikam mangsa di sebelah kiri dada akibat tekanan dengan bebanan hutang RM2,000 yang gagal dijelaskan.

BACA: Lelaki maut ditikam di dada, kereta dibakar

Katanya, suspek yang bekerja sebagai penjual ikan berhutang dengan mangsa, Liu Chee Wei, 25, dan perlu membayarnya RM26 setiap hari.

Difahamkan, pada hari kejadian, berlaku pergelutan di dalam kereta antara mangsa dengan suspek ketika berbincang mengenai pembayaran hutang sebelum mangsa ditikam.

Mayat Liu ditemui berlumuran darah oleh orang awam selepas mereka terdengar suara orang mengerang kesakitan di lorong belakang di tempat kejadian.

Sebuah Perodua Axia yang digunakan mangsa juga turut dibakar ditemui di kawasan semak tidak jauh dari tempat mangsa ditemui.

Sementara itu, siang tadi anggota polis dari Unit Forensik IPD Kuala Muda melakukan pencarian pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

Pisau terbabit dibuang ke dalam tali air yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons