GUA MUSANG: Seorang jurujual didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini kerana menipu seorang pelajar membabitkan wang berjumlah RM2,000 untuk membeli iPhone 7 melalui laman mudah.my pada Mei lalu.

Tertuduh, Yusnani Mohd Yusof, 20, dari Kuantan, Pahang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan itu, Yusnani didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan pembelian telefon iPhone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Mohd Rosly membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 15 Januari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes berkenaan.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: