PROGRAM lawatan sambil belajar yang dianjurkan Sekolah Antarabangsa Fairview saban tahun berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan sentiasa memberi satu pengalaman baharu kepada pelajar yang mengikut program tersebut.

Malah, pembelajaran di luar kelas itu turut memberi satu pengalaman dan pembelajaran yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Menerusi program tersebut, penekanan dari segi pembelajaran luar kelas dengan objektif utama membentuk pelajar memahami aspek kehidupan, meningkatkan pemahaman, sikap, dan keterampilan serta perkembangan diri dalam mewujudkan karakter yang baik.

Bukan sahaja didedahkan dengan budaya negara lain, malah para pelajar juga diberikan kesempatan mencuba beberapa aktiviti yang telah disediakan terutamanya di Kampung Kebudayaan Thailand yang mempunyai 12 aktiviti sekali gus menceritakan tentang hampir keseluruhan budaya di Thailand.

Pada bulan Oktober lalu, seramai 72 pelajar Sekolah Antarabangsa Fairview daripada tiga buah cawangannya iaitu dari Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang telah dibawa ke Bangkok, Thailand selama lima hari dengan mengikuti beberapa aktiviti termasuk program kebajikan di rumah orang kurang keupayaan di Bangkok.

Guru sekolah, Vicky Vallance yang mengetuai lawatan itu berkata, penganjuran program seperti ini dilakukan sebanyak dua kali dalam setahun dimana setiap pelajar dibahagikan mengikut gred masing-masing.

“Lawatan di Bangkok melibatkan pelajar daripada gred 8 dan 9…Peluang membuat lawatan di Bangkok sambil mendalami budaya dan sedikit sebanyak sejarah tentang apa yang berlaku di Thailand, pastinya membuka minda pelajar untuk berfikiran lebih luas.

“Ekpedisi ini telah mencapai objektif dan semua pelajar mengikuti program ini dengan baik terutama di kampung kebudayaan Thailand, contohnya mereka mempelajari tarian buluh, seni pertahankan diri muay Thai dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: