LEIPZIG 7 Dis. – Jaringan lewat permainan daripada Anderson Talisca telah mengakhiri kempen RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara apabila kelab Jerman itu tumpas 1-2 kepada Besiktas di laman sendiri, hari ini.

Porto meraikan kemenangan 5-2 ke atas Monaco dalam aksi Kumpulan G, dan ini bermakna walaupun Leipzig melakar kemenangan, ia tidak memadai untuk mereka melepasi halangan peringkat kumpulan.

Walaupun sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Leipzig tetap mahu menjaga maruah apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan menentang juara Kumpulan G, Besiktas, terima kasih kepada Naby Keita yang menjaringkan gol tiga minit sebelum waktu sebenar perlawanan berakhir.

Pasukan pelawat meledakkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Alvaro Negredo seawal minit ke-10, sebelum Talisca memastikan kemenangan kelab Turki, Basiktas pada minit ke-90. – AFP



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: